Bila CINTA tak diperlukan

Sedar dari lamunan itulah yang seharusnya kita lakukan! Walaupun kemain rapat kita dan dia selama ini, walaupun dia nampak begitu admire kita sangat-sangat sekian lama… dari pengalaman abang Razzi, ada lebih baik kita cepat-cepat sedar dari mimpi indah itu, takut hanyut hingga hilang dan tak dapat diselamatkan lagi.

gambar_blog10

I know, agak susah untuk menentukannya, apabila setiap hari kita post status dia yang mula-mula like, asal kita up gambar yang biasa-biasa saja pun dia komen over memuji… Hampir semua tentang kita, dia SUKA! But…kena ingat, itu TIDAK SEMESTINYA tanda dia minat giler kat kita, jauh sekali untuk mengagak itu cinta!

Memanglah orang ni, kalau dia nak tunjuk yang dia suka, macam-macam dia buat untuk tarik perhatian kita. Dah macam stalker pun ada. Kat mana kita berada, dia adaaa je kat situ. Kat mana pun kita like di facebook, dia pun like juga, kita komen kat page orang lain, aihhh…dia muncul juga dan komen lebih pada kita. Malah, seolah-olah nak tunjuk pada orang pula yang dia tu rapat dengan kita.

Hakikatnya? Tidak seperti itu… inilah yang bahayanya apabila berhadapan jenis manusia yang  suka bermain dengan perasaan kita. Takut bila kita sudah beranggapan “Waa… aku suka dia la, sebab dia macam minat sangat kat aku” lalu kita pun luahkan perasaan kepadanya…

Kemain lagi kita berharap dengan luahan panjang lebar betapa kita inginkannya, suka dia dan minat caranya… tambahan pula, dia juga yang macam suruh kita ceritakan perasaan kita. Then tiba-tiba dia menghilangkan diri. Senyap sedu… aihh, nampak sangat CINTA kita itu tidak diperlukan! …dan rupa-rupanya dia hanya nak main-main saja.

  • FRUST! Kecewa yang amat sangat bila situasi begini terjadi. At least, explain la sepatah dua why or what happen, jangan jadi pengecut, terus berdiam diri dan hilang tah kemana. Whatsapp ada, nak private message di facebook boleh, nak sms, nak call anytime… nampak sangat kelemahannya di situ!
  • Pandai sangat tunjuk bunga-bunga cinta, tapi bila orang mulai menggapainya, awak pula yang takut untuk menyerahkannya.

CINTA perlu ada keberanian. Kalau takut-takut, segan-segan tak kemana la… ianya seumpama hutan rimba yang kehidupannya penuh ranjau, onak dan duri. Kalau pengecut, bacul, usah nak kata nak bercinta, nak hidup bersama jauh sekali, pasti goyah dengan halangan dan rintangannya.

JADI, di sini satu pengajaran yang paling menguntungkan adalah… apabila kita sedar yang cinta kita itu tidak diperlukan, nyatalah yang dia itu, NOT WORTH IT AT ALL untuk kita even fikirkan lagi. Tak guna langsung untuk kita bayangkan, tak perlu lagi kita nak tanya mengapa dan usahlah kita ingat-ingatkannya lagi kerana dia tak berguna satu sen pun!

Yang berguna… adalah hati dan perasaan kita yang ikhlas MENYINTAINYA.

Hargailah jiwa dan semangat kita. PANDANG TINGGI akan rasa CINTA yang kita ada itu. Betapa bila kita jatuh cinta dan cinta kita itu amat bermakna dan tak ternilai harganya.

Cinta kepadanya? Kita anggap begini, Cinta kita kepada Allah swt, tidak akan berbelah bagi dan akan kekal selamanya, tetapi cinta kepada insan yang tidak menghargai kita, mudah saja untuk ditukar ganti dan pastinya akan berubah kepada yang lebih mengerti dan memahami, InsyaAllah!

Akhir sekali pesanan Abang Razzi, kita kena hati-hati… kena cepat sedar dari lamunan, kena cepat-cepat bangkit dari khayalan, apabila melihat corak Cinta yang tak diperlukan. So, all the best and good luck… “Love yourself more before you decide to love others!”

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda layari laman ebook + buku-buku Brother Love, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons