ishetheone

Berkata seorang wanita kepada Bro Razzi semalam, “Lelaki sama saja, semuanya PENIPU!”

Marah betul akak tu, barangkali dia selalu diperdaya lelaki la tu kan dan mungkin selalu putus cinta ditinggalkan lelaki kesayangannya. Jadi baginya yang pernah melalui pengalaman pahit ini… LELAKI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!  – Akan tetapi, betul ke lelaki tak boleh dipercayai? Takkan kesemua lelaki langsung tak boleh dipercayai? – Bukankah Allah swt telah jadikan dunia ini, kehidupan kita di alam semesta ini, BALANCE? adil? Semua perlu SEIMBANG! Bukankah Tuhan telah aturkan,

Ada siang, ada malam, ada waktu terang, ada waktu gelapnya. Ada saat sedih, sure akan ada saat gembira. Ada duka adalah nanti bahagianya. Ada yang jenis penipu dan jahat akan pasti ada yang jujur dan baik. Ini adalah untuk keseimbangan alam kita.

Itu logiknya, itulah sesuatu yang tidak boleh disangkalkan lagi. JADI, tak bolehlah kita berkata,

.Aku beri cinta sepenuhnya kepada lelaki pun dia menipu jugak. Kalau aku bagi sikit-sikit lagi dia komplen dan curang. …oops, TAK SEMUA LELAKI BEGITU.

PENDAPAT SAYA :

Sebenarnya untuk anda memahami situasi ini… Kita kena memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk menerima bahawa… kenyataannya adalah, apabila lelaki masih lagi tidak puas hati atau masih terus curang dan masih terpikat pada yang lain adalah kerana lelaki ini tidak benar-benar cinta kepadanya! That’s it and that’s all…

  • Bukan sebab lelaki tu complicated atau suka curang atau memang dasar lelaki penipu…TETAPI ianya adalah kerana lelaki itu masih belum berjumpa dengan wanita yang dia benar-benar hormat, yang dia kagumi, sehingga dia teramat kasih dan sayang, dan amat cintai!
  • Seriously, BILA LELAKI SUDAH JATUH CINTA, bila lelaki itu sudah berjumpa dengan wanita yang dia benar-benar kagum dengan keterampilan wanita itu, kagum dengan keperibadian wanita itu, dia akan terasa benar-benar ingin memilikinya!

LALU, inilah masanya lelaki rebah, lemah longlai terpikat kepada wanita itu sehingga dia akan sentiasa menggelisah ingin bersama sentiasa. Nak call setiap masa, nak dengar suara… nak berkepit, asyik teringat-ingat je especially bila berjauhan. BILA LELAKI SUDAH JATUH CINTA, waktu ini, lelaki itu sudah tak ada masa dah nak terpikat pada girl yang lain… tengok girl pun dia naik bosan, sebab yang dia nak tengok hanyalah gadis yang dia kagumi tadi, yang dia telah benar-benar kasih dan cintai!

SO, girls kalau lelaki tu masih terpikat pada girl lain tu that means, anda masih belum berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mencintai anda… Mungkin selama ini anda hanya berjumpa dan bersama lelaki yang hanya nak main-main saja, …in fact, walau SERIBU LELAKI sekali pun yang anda telah bercinta, dan lelaki itu tetap berubah hati dan masih terpikat pada wanita lain… maka, kemungkinan besar dia bukan untuk anda. The reason is so obvious, he’s NOT THE ONE!

Anda masih belum jumpa the right one. So, keluar dari perhubungan itu, dan bersama dengan yang betul-betul serius tentang masa depan bersama, serius mahu mendirikan rumahtangga bersama anda. Serius mengagumi segala-gala tentang anda! Okay?:)

p/s : Sekiranya anda berminat untuk membaca buku-buku & ebook tentang LELAKI dari Brother Love, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : No Comments