Adakah selepas 10 tahun saya tidak merakamkan lagu, boleh buat saya cool saja bila dapat peluang menyanyi lagi? Sudah tentulah saya keterujaan yang amat sangat. 😀

BILA – Adalah single terbaru Razzi Rahman. Sebuah lagu yang membuatkan saya terasa HIDUP di dalam jiwa ini yang sentiasa bersemangat bila dapat mendendangkan lagu-lagu cinta. Ya, apa lagi apabila saya ditawarkan oleh Producer/Penulis lirik lagu BILA, Dalin Lienda, memang tak terkata la kan. Terkinja, melompat kegembiraan.

The last time I record lagu cinta was, KERANA, 2010 seingat saya. Sempat menduduki carta THR gegar no 2. Dan album pertama saya dulu, Syakila (Final Juara lagu 1992) dan Rembulan Kesiangan yang menjadi hit di seluruh radio Malaysia, Singapore dan Brunei. Lagu Ke Dasar Cinta Mu, 1995, pula telah menjadi OST lagu untuk Filem Putera, lakonan Erma Fatima dan Joe Wings.

Kini, BILA – satu kepuasan buat saya, seperti satu nafas baru gitu yang dapat saya rasakan. Loving this song so much actually

1st of all, sangat teruja dengan hasil kerja Bro Syahir, my music engineer. Cara susunan muziknya sangat kena dengan jiwa Razzi. I love Modern Rock. Dalam masa yang sama, Bro Syahir juga menyuntik elemen emosi, kejiwangan 😛 dalam kesyahduan iringan backing vokal. Memang sesuai sangat. Love it so much. Alunan gitar solo beliau juga, membangkitkan semangat bagi yang mendengar, especially part chorus, perrghh… pemilik Longan Garage Studio ini, memang talented! check it out www.longangarage.com

Tanpa pengalun melodi, tanpa penulis lirik, kosong pulak lagunya kan. Dan saya turut berbangga dapat berkerjasama dengan pencipta-pencipta yang masih muda dalam menjayakan lagu BILA.

Lagu BILA ini, istimewanya dicipta oleh 2 orang. Alipp Aripin dan Yush. Kedua-duanya berkata, mereka telah lama study lagu-lagu Razzi. Haha 😀 ooo buat kerja dalam senyap ya. Kata mereka lagi, mereka juga follow lagu-lagu yang Razzi cover. Dari situlah tercetusnya melodi BILA ni. Jadi, syukur Alhamdulillah, dari demo yang diterima, Razzi dapat rasakan betullah mereka ini cukup genius, dan bijak dalam mencipta lagu dalam menyesuaikan cara nyanyian penyanyi dengan melodi ciptaan mereka, great job guys!

Dalin Lienda, www.dalinlienda.com   yang juga berada di dalam gambar di atas adalah Producer muda, untuk production kali ini. Beliau juga adalah penulis lirik BILA. Sejujurnya, lirik lagu ini langsung tidak ada perubahan apa-apa. Bagaimana ia ditulis dan diterima Razzi, itulah juga yang saya  nyanyikan. Seolah-olah lirik ini begitu sempurna sekali bagi saya. Sebab apa yang saya baca, terus saja saya dapat rasakan betapa ramai wanita di luar sana yang merasai seperti penulis lirik ini rasakan.

Ramai di luar sana yang terasa diri mereka dipersia-siakan, sedangkan kasih dan sayang mereka begitu mendalam. Namun langsung tidak dipedulikan, langsung tidak dihiraukan. Amat perit bagi yang merasakan. Bayangkan bila diri anda dianggap seperti sampah, langsung tak bermakna apa-apa. Adakah anda masih merasa kuat untuk menempuh hidup ini? Betapa hancurnya hati dan perasaan seseorang apabila diperlakukan sedemikian rupa… Wahhh, kita dah melalut jauh dah tu, terlalu asyik dengan lirik lagu ini kan.

Apa-apa pun, Razzi Rahman amat bersyukur dengan lagu cinta BILA ini, kerana ianya satu buah tangan Razzi buat peminat-peminat semua.

Sebab bila kita nak bagi hadiah ni, kita nak yang the best untuk kita hadiahkan kepada orang kan. Jadi, BILA adalah yang terbaik dari Razzi, dari Dalin Lienda, Syahir, Alipp dan Yush untuk anda semua. Moga ianya menjadi siulan, igauan dan kenangan yang tidak dapat dilupakan buat semua. Saya tinggalkan anda, dengan Video lagu BILA bersama lirik di bawah.

KLIK PLAY, like, share dan subscribe to my youtube channel… thank you.

Lagu : BILA
Lyricist: Dalin LienDa
Composer: Alipp Aripin, Yush
Music: Longan Garage Studio
Publisher: Fusion Records

Engkau bunga yang ku puja
Tulus ku baja dan ku siram
Menggunung harapan agar mekar
Di tangkai hatiku ini

Hilang kasihmu menambah derita
Tak pernah kau anggap ku ada
Entah bila ku bisa mendapatkan
Tulus cintamu

Aku yang selalu di sampingmu
Tak pernah kau anggap ada
Biarlah ku bawa cintaku
Pergi meninggalkanmu

Bila kau tersedar nanti
Tak mampu lagi kau putar waktu
Dan takkan bisa dirimu kembalikan cinta

Bila kau tersedar nanti
Tak mampu lagi kau putar waktu
Dan takkan bisa dirimu kembalikan cinta
yang telah pergi

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : No Comments