Brother love


blogimage_red01

Benar, ianya adalah takdir dari yang Maha Esa, samada kita sudah berpunya, atau pun masih single. Tetapi, cubalah renung-renung juga seketika, walaupun kenyataannya menyucuk di jiwa, pedih hempedu, telan dan buat tak tahu 😉 …cuba tanya, “mengapakah aku masih single?”

Anda cantik/lawa dan berbudi bahasa. Anda juga baik terhadap semua lapisan masyarakat. Ada ramai pula yang meminati anda, tetapi anda tetap juga belum kahwin-kahwin. Setiap kali anda memulakan perhubungan pula, ada sahaja perkara yang membuatkan perhubungan itu terputus di tengah jalan, lalu anda kembali single lagi. MENGAPA? 🙄 (more…)



Apa komen anda? : [21] Comments


mother

Hehe… jauh tersasar sedikit dari normal articles that bro Razzi always tulis. This time around I dedicated this article kepada RAMAI single mother out there! 😉

The actual fact is, memang I kenal ramai single mother among my friends sendiri. Some of them, muda-muda lagi dah divorced with one child. Adoi… Some of them pulak, sudah 2-3 kali kahwin doesn’t work out juga. Dan, ada yang akhirnya bahagia di samping seorang suami ke 2 yang penyayang.

Tapi, kan for all man… especially yang tak pernah kenal dengan CINTA SINGLE MOTHER… well, you can give it a try la. Hehehe… I jamin you akan berada di alam khayalan untuk masa yang lama bila sudah dilamun cinta dengan single mother. PERCAYALAH! 🙂

WHY? Well ada few reality facts :- (more…)



Apa komen anda? : [36] Comments


Anda ada pertanyaan atau persoalan cinta? Ingin mendapat bimbingan atau jawapan tentang cinta? Di sinilah tempatnya!

“Apakah anda perlu membayar? TIDAK! Satu sen pun tidak!…IT’S FREE!!”

Inilah sumbangan Razzi Rahman @ Brother Love kepada anda selama 5 tahun ini. Segala pengalaman saya sendiri selama lebih 10 tahun, pahit maung, suka dan duka telah saya lalui di dalam percintaan dan akhirnya berjaya menemui kebahagiaan! Dan Razzi mahu kongsikan dengan anda! SECARA PERCUMA!

Syarat & Terma :-

1 : Kepada yang ingin membuat pertanyaan, sila post kan soalan anda ke sini. Kepada yang sudah menulis masalah cinta diharap bersabar. Dan, sekiranya ada kawan-kawan bloggers yang ingin menolong, silalah baca persoalan cinta yang the latest one.

2 : Please set level ke minimum sahaja dalam menggunakan short form. JANGAN sehingga begitu susah untuk dibaca. Harus diingat, proses ini adalah percuma, untuk dikongsi dengan ramai pembaca blog Brother Love ini. Tak gunalah kalau tak boleh nak baca.

3. HakCipta terpelihara © 2006-2011 Razzi Rahman Productions. Semua posting, pertanyaan, komen, jawapan adalah menjadi hakmilik Razzi Rahman Productions. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik

Pendapat anda amatlah dialu-alukan.

p/s : Anda juga ingin mendapat tip & nota cinta? klik di sini untuk dapatkan secara PERCUMA

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [1,185] Comments


Tidak dapat digambarkan apabila mengetahui diri kita dicintai seseorang, kan? Betapa khusyuknya bila ada yang mencintai kita. Tiba-tiba setiap apa yang dipandang begitu menarik perhatian, bibir tersenyum lebar setiap masa…segala-gala bagai OK belaka! 🙂

Namun, adakah kita sedar yang dia dan cintanya itu fantasi atau realiti? Adakah he or she for real? Adakah segala-gala pengorbanannya, segala perlakuannya semata-mata kerana mencintai anda? If it’s yes…HOW SURE ARE YOU? Confirm ke dia benar-benar cintakan anda?

To be sure, sesungguhnya agak susah sebenarnya. Malah kadang-kadang ianya bagaikan hanya sebuah FANTASI..sebuah angan yang kita menipu diri kita sendiri just to feel good. Kita hanya membohongi diri yang konon kita akan bahagia bersamanya… kita akan dicintainya, dan kita akan menyayanginya dan mencintainya sampai bila-bila….

Hakikat sebenar? REALITI nya? Kita berada begitu jauh dari itu….Memang best kalau dapat jadikan fantasi kita itu bertukar menjadi realiti. I suka sangat apabila Impian kita selama ini menjadi kenyataan…

  • Suatu masa dulu, bro Razzi sendiri menyedari akan sebuah fantasi…
  • Mujurlah juga saya cepat menyedari dan kembali sedar dari fantasi itu… Menyedari akan mana mungkin gadis secantik dia, semanis dia, yang berpelajaran tinggi, yang muda remaja, yang dari keluarga ternama, boleh cintakan kita? Boleh inginkan kita? …almost like beauty and the beast story, so not real!
  • Tapi kalau REAL, best juga… siapa tak mahu. How I wish I can make it happen. Dan kalau berpeluang, I akan usahakan sesungguh yang mungkin. Namun kita kena sedar dan lihat perkara ini secara menyeluruh dahulu dan sedar,adakah ini Realiti atau pun Fantasi 🙂

Jadi, apa kata anda tanya pada diri anda sendiri, adakah anda hidup di dalam fantasi? Adakah cintanya sebuah khayalan? Adakah hanya anda sahaja yang merasa cinta sedangkan dia hanya sekadar mesra?

It’s okay, jika betul-betul khayalan atau fantasi BERUBAH menjadi realiti. Tentu saja ngam la kan, ON! …tetapi, kita perlu ingat “THERE’RE NO SHORT CUT TO HAPPINESS!”

In my case, walau perit, walau jiwa kacau, I must keep the distance away kerana I tahu semua itu hanya sebuah fantasi….How I wish that she’s MINE!

Nevertheless, someone as sweeter as her that I ever met… I must say thank you to her, kerana pernah buat I happy sangat with my life, support my career…BUT to love and to make her mine…well, saya sedar siapa diri ini…Namun jika benar-benar cinta why not, mesti kita mahu mencuba betul tak?

It’s like Falsafah Cina terkenal Lao Tzu once said,

“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.”

…dan I hanya akan buat, just that! Supaya I akan berani untuk kehilangannya dan tabah menghadapi the reality of life…who knows, along the way, I will find my real happiness within you… 😉

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [58] Comments


Apabila ibuku yang tidak pernah menyentuh wajah ini, tiba-tiba menjamah dan mengusap-usap mukaku, aku seolah-olah dapat merasa itulah saat-saat akhir aku bersamanya. Apatah lagi apabila beliau berkata dalam longlai,

  • “Pandanglah wajah ibu sepuas-puas hati, ibu sudah nak pergi…”

Kakakku yang sedari tadi, tegal berdiri…rebah, sebak dan menangis teresak-esak… dan aku, ya… air mata jantan ku juga turut tumpah…  Tak dapat aku menerima, ibu yang dulu sangat aktif, orang tinggi dalam kerajaan, disukai ramai wanita, dipuja ramai lelaki kini terbaring lumpuh sebelah tubuh, lebih 5 tahun. Tahun ini, umurnya sudah menjangkau 79 tahun, namun ibu begitu cekal, bertahan…

Kenangan bersamanya, masih jelas terbayang… kerana aku dan dia tidak pernah sehaluan. Mungkin kerana aku anak bongsu, lalu aku dimanjakan sewaktu kecil dulu. Pabila besar, segala apa sahaja yang  ingin ku lakukan, semuanya mendapat tentangan darinya.

Dari cara berpakaian, hinggalah pilihan karier, semua tidak disukainya. Aku… seperti biasalah, nak buat juga apa yang aku nak buat! Penuh di tanganku gelang-gelang perak, jari pakai cincin tengkorak, tengkuk dengan rantai emas… rock star lah katakan.

Namun…jauh disudut hati aku… walau aku suka melawan dan tidak mendengar larangannya, aku sayang ibuku lebih dari segala-galanya!

Tiada gadis atau wanita mana pun yang boleh menukarkan kasih aku pada ibu. Dialah segala-galanya buatku. Dialah juga yang mendorong aku untuk menjadi seorang penulis… malah dia cukup bangga dengan kejayaan aku sebagai penulis.  Kalian semua pun tahu aku selalu berkongsi pesanan-pesanan dari ibu kepada ku tentang cinta… kerana dialah tempat aku meluahkan segala kekecewaan dan kesedihan… kata-katanya akan buat aku bangkit gagah dan tabah…She’s the best! Ibu… kau begitu bermakna buat ku.

Dan kini, melihat dia sebegini, di saat-saat akhirnya… aku seolah-olah kehilangan arah… aku mahu menerima pemergiannya, tetapi di manakah tempat aku kembali nanti? Tempat dimana aku tahu walau aku salah, aku tetap akan merasa tenang?…tempat aku melepaskan kekecewaan?

Nafasnya begitu perlahan kini… kadang terhenti seolah-olah dia sudah pergi… kemudian bernafas semula. Matanya sekejap buka, sekejap rapat tutupnya seolah-olah dia sudah tiada. Perit aku rasa berada di depannya. Beginikah suasananya apabila seseorang sampai ke penghujung nyawa?

Aku kelemahan, lemah dalam jiwa yang tidak mahu kehilangan ibuku… aku tahu, aku kena terima takdir dari Allah s.w.t …tetapi, sememangnya lebih senang berkata-kata, daripada aku yang merasa berdepan dengan orang yang tersayang bakal pergi mengadap Tuhan yang Maha Esa.

Walau apa pun yang akan terjadi nanti… buat masa ini, aku bermohon agar ibuku tenang dan mudah perginya nanti… Sebelum aku keluar untuk ke pejabat, sempat dia berkata,

  • “Tak sempat dah rasanya nak berjumpa dengan anak-anak yang lain… dah nampak dah tuuu… tengah duk tunggu dah tu…”

– seram aku dibuatnya, apa atau siapa yang sedang menunggunya? Malaikat maut? Aku pun tak tahu… kesemua kata-kata dari ibu hari ini amat berlainan sekali dan tidak pernah diucapkan sebelum ini.

Ya Allah, jika inilah saat nafas terakhir ibuku, jika ajalnya sudah sampai, ku pohon padamu, tenangkanlah pemergiaannya, selamatkanlah dia dari seksa kubur,  berilah segala-gala kemudahan buatnya… ibu sudah terlalu lama menderita di dunia ini Ya Allah… tempatkanlah dia bersama-sama orang-orang berimam, InsyaAllah…

Bagi kawan-kawan semua… Razzi juga turut memohon agar kita semua dapat mendoakan HAJJAH RAFEAH MD NOOR selamat, diberkati dan tenang dalam perjalanannya menemui penciptanya nanti, AMIN.

“Ibu, G…sayang ibu sangat-sangat… G akan ingat ibu sampai bila-bila, Ibu… you’re the best, Ibu, I love you!”

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : No Comments




Dah lama dah bro Razzi nak baca you all punya tulisan pulak kat blog brother love ni. So this few days, datang idea ni… Apa kata, kita sama-sama menunjukkan bakat yang terpendam? Maybe you all nak tulis sajak ke? maybe puisi? pantun? apa sahaja… ‘penulisan bunga’

Pendek atau panjang tak kisah, asalkan tulisan you all memiliki soal CINTA yang berkait dengan KEHIDUPAN, KEKASIH, PERKAHWINAN, KEAGAMAAN, KESUNYIAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN, HARAPAN dan sebagainya! 😉

Tulis sebanyak mana yang anda mahu, no problem! Cuma, tak nak nukilan ciplak okay! Sekiranya mahu meletak orang lain punya piece, please put kredit kat dia or maybe their web link. Alright… I’ll be waiting, bro Razzi ni memang suka membaca tulisan bunga-bunga, jiwang karat, ayat-ayat cinta, so… GO! 😛

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

klik LIKE dan SHARE this with your friends…



Apa komen anda? : [48] Comments




Pukul 2:38 pagi, aku masih tak dapat nak lelapkan mata… ada kepiluan mencengkam kalbu, entah mengapa. Minda separuh sedar aku bagai mengatakan, “Kau tahu…tapi kau cuba elakkan dari merasakan apa yang kau rasa…”

Ya mungkin betul… mungkin betul aku tahu cuma aku tak sanggup menghadapinya… ATAU mungkin juga kerana aku tak yakin… Mungkin kerana aku tiba-tiba teringat SUATU MASA dulu aku pernah bahagia dengan seseorang yang berada jauh di seberang? atau mungkin kepiluan ini kerana aku teringat SUATU MASA dulu aku pernah happy dengan kawan-kawan aku? Dan mungkin juga kerana SUATU MASA dulu aku tidak memerlukan sesiapa?

Whatever it is, yang aku tahu dan aku amat merasakan at this time adalah SUATU MASA dulu aku tidak pernah merasa teramat sunyi sesunyi ini…

Kadang-kadang this kind of feelings memang kita tidak dapat nak elak dan kita terpaksa menempuh realiti kehidupan dan menghadapi kesilapan yang lalu…

Kita mungkin happy dengan keluarga tercinta, pasangan tersayang, kita mungkin happy dengan karier kita, gembira dengan pencapaian kita… but jauh di sudut hati kita… perkara di SUATU MASA itulah yang asyik bermain-main di minda kita…aduuuhhh…

Betapa aku mahu merasakan saat seperti dulu sekarang nihhh… ahhh, kalau lah dapat aku putarkan waktu, aku akan kembali ke SUATU MASA sebelum aku melakukan kesilapan-kesilapan yang lalu… dan aku tidak akan persia-siakan segala-galanya…

Sekarang, aku terpaksa menerima semua yang telah terjadi, terpaksa menempuh segala kesilapan-kesilapan lalu… Semoga Tuhan masih memberkati perjuangan yang belum selesai ini, teringat aku dengan lagu M.Nasir ‘Suatu Masa’ pada rangkap terakhir yang cukup sayu…

Suatu Masa
Lagu : M.nasir

Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Dapatkah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

P.s. Check out all my ebooks that are helpful for your relationship click here 

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [2] Comments


zl11bwak

Apabila terlanjur beberapa hari tidak menulis mengikut rutin di blog Brother Love ni, rasa rindu mulai menyelubungi jiwa. Rasa seperti ada yang tidak kena… dalam studio, library, even masa travelling pun, terfikir “Eh apa lagi yang belum aku lakukan?” Bila letakkan kepala ke bantal, “Alaaaa…aku belum tulis lagi artikel terbaru!”

  • Can you guys imagine? Kita belum pernah bersama, belum pun berjumpa, jauh sekali membelangkaskan diri kita…NAMUN, rasa rindu menyentuh kalbu…even menulis di blog sendiri pun bagai rindu untuk berhubung…

I’m very-very sure, ramai yang begitu…

  • Bukan ada hubungan, bukan kenal…tapi rindu.
  • Berchatting tiap masa, namun belum jumpa, belum kenal, katanya, “I miss you”
  • Hanya kenal pada suara, bergelak ketawa di talian mobil… habis saja perbualan itu, rasa rindu mencengkam kalbu, “Ahhh…I miss you so much, I miss your voice!”
  • Ramai juga yang melihat dari jauh, kenal dari sekitar, tapi… “Oh God…I miss you.”
  • Malah, ada yang sudah putus cinta…sudah hilang lama, tapi masih… “I miss you”

Bagi Bro Razzi…itulah indahnya rindu! Tanpa jumpa, tanpa bersama, tanpa sentuhan, tanpa kucupan, rasa rindu dari kesepian yang tercipta dari keindahan cinta itu bisa membuatkan kita mengucapkan, “I miss you…”

Kawan-kawan dan teman pasti marah, pasti cuba menasihati,

  • “Eh pasal apa kau nak rindu dia? Dia tak rindu kau pun.”
  • “Kau kenal dia pun tak, boleh kau rasa sayangkan dia? Rindu dia?”
  • “Dia sudah lama pergi, buat apa kau nak merindui dia lagi?”

Well, to me…jika anda tidak merindu, maka keringlah hati anda, jika susah untuk mengucapkan “I miss you…” well, you’re such a boring person! 🙂

hey, apa salahnya merindu? Apa salahnya I miss you? Rindu pada suaranya, rindu pada kata-katanya, rindu pada gelak ketawanya yang selalu mencuit hati, rindu pada manjanya…rindu pada caranya mengambil berat, rindukan sentuhannya.  APA SALAHNYA? …its sweet though, Go ahead babe!

Pabila ujud rasa rindu dalam diri kita, biar pun hanya kita sendiri….Itulah tandanya kita punya perasaan yang sangat suci dan berkualiti kerana kita menghargai seseorang beb. What a great person we are!!

…Kita rinduinya, hargai dirinya, kita kagumi caranya! Itu sesuatu yang sangat mulia di sisi Tuhan yang Esa! Kalau sudah begitu, masa bisa ianya tidak baik? Pasti, rindu adalah sesuatu yang amat baik!

Asalkan ia tidak memudaratkan kita, maka it’s better for us to miss someone daripada merintih sedih. Take it missing the loved ones tu sebagai keindahan kita, nikmat kita dalam cinta. Biarlah dia sudah pergi, biarlah dia kecewakan kita, tetapi kita treasure the moment!

“Biarlah kita belum betul kenal, belum jumpa lagi… namun itulah kita, itulah perasaan kita, itulah diri kita yang sangat mulia, amat prihatin dan penuh dengan kasih dan sayang…penuh dengan keindahan cinta, Treasure it!!”

Now the question remain is, “Do you even miss someone?”

~ Untuk mendapatkan tip & cara memikat pasangan lelaki anda dengan lebih romantik lagi, penuh intimasi dan seksi, dapatkan ebuku 101 cara “how to keep your man” , sila klik di sini! Brother Love menjawab segala masalah cinta anda di dalam ebuku ini!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [31] Comments


November 2008 – Semenjak pulang dari ibukota dua hari yang lalu, aku merasa agak kaku berada di kota sendiri. Funny aku rasa…hehe, dari seorang yang selalu aktif dan punya berbagai rancangan, aku mulai merasa sedikit kemurungan. Mungkin aku kerinduan dengan kesibukan kota itu yang aku benci selama ini.

Peliknya, aku tidak menghubungi sesiapa pun yang aku kenali sepanjang berada di  sana. Bukan seperti selalu. Aku sendiri pun tidak faham apa yang aku rasa sebenarnya. Apa yang aku dapat katakan, mungkin…just mungkin kerana hati aku yang pernah terluka dulu, kembali terasa pedih di parut lama.

  • “Betul juga kata orang tua-tua, sekali terluka sampai bila-bila kan terasa pedihnya”

Maaf pun sudah, terima pun sudah, melupainya pun sudah tetapi kembali juga rasa kecewa, frustrated dan kesedihan yang mendalam akan kisah lalu.

Kisah yang aku sebenarnya, tidak suka sangat tetapi it’s okay to talk about or think about sebab semuanya sudah tidak bermakna bagi aku. Well, siapa suka apabila cinta kita ditolak, siapa yang tidak kecewa apabila cinta suci kita dianggap sejati namun tidak dapat menerimanya kerana cintanya sudah untuk orang lain…Frust! Memang frust!

Tetapi, setelah sekian lama tiba-tiba kita dapat tahu yang cintanya kepada yang lain itu juga ditolak, lantas dia pula yang kecewa dan keseorangan…hati mulai tertanya-tanya, hati kelonjakan sendirian,

  • “Masih ada kah peluang untuk aku bersamanya? Adakah dia akan menerima aku kali ini?”

Nun jauh di sudut kebiruan kalbu ini, satu bisikan menghantui ku…

“Bukankah dia pernah mengecewakan kau? Mengapa masih mahu kembali kepadanya walau dia sudah sendirian? …tidakkah kau masih terasa luka lalu? Tidakkah kau ingat betapa hancur luluh perasaan mu? Tidakkah kau ingat bagaimana susahnya kau mengharungi hidup setelah dilukai dulu? Kau masih inginkan nya?”

Fuhh…it’s not easy apabila hati pernah terluka, perit rasanya. Walau aku tahu kini dia keseorangan, dan aku tahu peluang untuk bercinta kembali terbuka…tetapi berat rasanya untuk mengorak kembali cinta lalu. Walau jelas sekali dia sedang di dalam situasi yang agak lemah dan pasti menerima saja cinta yang hadir akibat dia juga dilukai….BUT, mungkin aku tidak akan kembali menagih cintanya.

Berat hati memikirkannya, berat lagi jiwa ini yang pernah dilukai. Kekecewaan lalu tidak mungkin dapat aku lupakan. Mungkin aku dapat bersatu dengannya, mungkin cinta kami kan mulai berputik dan dipupuk semula, tetapi tidak mungkin aku bahagia bersamanya.

Hati aku yang pernah dilukainya pasti akan bangkit memberontak, mengingatkan aku kembali bagaimana saat-saat dia membuang aku, menolak cinta ku, menyisih segala usaha ku, menganggap segala tindakan ku bagai debu-debu yang tertiup bayu sendu, berterbangan lenyap di kedinginan senja kali, hingga hancur sebuah harapan suci…

Tapi aku masih cintakan dia… ya, aku masih sayangkannya. Rela aku berkorban apa sahaja untuknya, rela aku bersusah payah deminya, mahu ku habiskan segala harta untuk kebahagiaannya… namun untuk aku bersamanya, memilikinya, mungkin tidak! Keperitan hati ini yang pernah dilukai, terlalu pedih walau pun untuk menyapu sedikit penawar untuknya…

Apa yang harus aku lakukan? Mandikan diri ku dengan kegembiraan selagi boleh dan sejauh yang terdaya kerana…kemurungan ini mungkin akan terus berpanjangan, kehadirannya mungkin akan terus ku rasai, cinta ini mungkin akan terus bersemadi di hujung-hujung jari jemari, ditepi-tepi kepiluan hati yang pernah dilukai… so,

“Life is too short, enjoy it while you still can!”

p.s. – Ingin memiliki peluang bersama your Personal Brother love? click here

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [25] Comments


I was driving from KL to Kb masa mula-mula sekali I terfikir untuk serius menulis. It was about 5 years ago. Actually, I ni memang minat menulis dari kecil lagi. Dulu-dulu I suka menulis surat-surat cinta. Berhelai-helai lah surat cinta yang I hantar kat girls yang I minat hahaha 😀

Tapi yang geramnya, girls ni hanya terus menerus minta I tulis surat cinta pada mereka, tapi mereka balas hanya sehelai saja or just a note saying, “Razzi please tulis lagi, kita suka baca surat awak!”

Adoi… you girls pun macam ni gak ke? hahaha 😆 – Kita ingat dapat la balasan yang best-best buat kita terbuai dek kata-kata cinta, tengok-tengok kena menulis lagi kat those girls, nasib baik I suka menulis. So continue je la menulis.

  • Best part…bukan bunga-bunga sangat pun I tulis, bukan bermadah or berpuisi, tetapi seperti sekarang ni lah the way I menulis, straight up from my heart…

Dan selalunya komen yang I dapat, “Bila baca tulisan Razzi, seolah-olah sedang berbual-bual, berdepan dengan tuan empunya diri la!” hehe betul ke? Itu ke yang you all rasa? Maybe itu yang buat I berbeza sikit kut?

Anyway, zaman persekolahan berlalu…I tinggalkan bidang penulisan. Namun, I always love reading and writing actually hinggalah akhir tahun 2006 I siapkan The first book that I wrote. And it was a novel of 300 muka surat. Yup! Tapi hingga sekarang tak publish pun. Sebaliknya…pada tahun 2008 I publish Kamus Cinta – another 318 muka surat hehehe 😉

  • Alhamdulillah…buku Kamus Cinta telah membantu ramai pasangan dan individu. Ada yang dapat memiliki kekasih, ada ke jinjang pelamin. Jika tidak dapat partner sekali pun, at least mereka lebih tabah dan tampil dengan lebih yakin!

So, since Kamus Cinta berjaya, I ingat…it’s time for me to publish my novel la kan. Novel misteri cinta dan pembunuhan. BUT, Honestly, hati I cukup berat mengatakan yang I perlu continue membantu mereka mengenal kisah dan pengalaman cinta yang pernah I lalui dulu.

Sememangnya terlalu banyak pengalaman yang I lalui dan banyak juga kekecewaan. In fact Bro Razzi juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan mengecewakan orang. I do regret it…

So, inilah sebab paling utama I kembali menulis again tentang cinta. I mahu berkongsi my experience dan memberi pendapat serta info-info yang pasti membantu! I mahu sangat all of us TIDAK KECEWA LAGI.

Kerana Realitinya…
Saban hari menulis, beratus-ratus artikel sudah diterbitkan di blog Tip Brother Love…semenjak 3 tahun yang lepas lebih kurang. Tetap masih ramai lagi yang terkecewa dan melakukan kesilapan yang berulang kali. Seperti juga dengan kawan-kawan terdekat saya juga sebelum ini.

So, pastinya I merasa cukup sedih for them apabila mereka dikecewakan. Bayangkan, I tahu kalau ubah cara tu mungkin boleh bahagia. I tahu kalau cepat bertindak mungkin dapat mengelakkan diri dari terkecewa. I tahu jika melakukan apa yang I tahu…sure you akan berjaya. Tetapi… pengalaman yang seperti satu Ilmu Cinta yang I ada ini tidak dapat disalurkan, Frust beb!

Sebab itulah selepas kejayaan Kamus Cinta, I tak publish juga my novel tu…sebab I mahu fokuskan kepada you girls first, untuk TIDAK dikecewakan lagi! That’s why lah I tulis buku terbaru ini, 101 nota Mencari Cinta – Yang lebih fokus kepada kaum wanita. (Untuk lelaki – Soon!)

Buku Nota Cinta Razzi Rahman

Sebuah buku yang bukan semata-mata mencari cinta, sebaliknya mengenali soal percintaan. Buku ini juga boleh memberi semangat pada wanita dan membuatkan you girls lebih tabah menghadapi kehidupan seharian dan kemudian bijak mengenal dan memikat lelaki idaman dengan lebih mudah sebagaimana yang lelaki mahu!

In fact, kalau lelaki mahu girlfriend dia give him the greatest time of his life, this is the book untuk lelaki hadiahkan pada kekasihnya. Minta girlfriend dia follow semua hahaha! So, this is it! This is the book yang sekian lama kita tunggu-tunggu. It’s here!

Hampir kesemua persoalan cinta yang wanita cari-cari selama ini, ada di dalam buku ini. Diantaranya :-

  • Bagaimana memikat lelaki idaman anda
  • Bagaimana mengenal lelaki baik yang jahat dan penipu
  • Bagaimana mengundang cinta hadir dalam diri anda
  • Bagaimana menjadi wanita yang paling menarik
  • Berbagai JANGAN, Do’s and Don’t
  • Bagaimana nak bercakap dengan lelaki pun I ajar you all hahaha…
  • All secrets, the tips and tricks to get man, are all inside this 101 nota Mencari Cinta – Untuk wanita!

“SO, Semuga kita semua berjaya dalam cinta dan tidak kecewa lagi okey, AMIN!”

p/s : klik di sini untuk melihat buku terbaru -> http://www.razzirahman.com/buku

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [16] Comments


Next Page »

no download slot machines