PENYANYI


 Salam…puasa tak ni? hehe, mesti puasa kan. Baru best! So, orang kata bulan puasa ni kena banyak memberi, tapi… apakah pemberian istimewa untuk anda ni? Hehe kalau nak tahu…teruskan membaca! 😉

Sementara itu, Album bro Razzi dan Irfan Khairi (Razzi.Muzik) telah pun siap sepenuhnya. Ada sikit-sikit yang nak godek-godek, tweak here and there. So, insyaAllah selepas Hari Raya Aidil Fitri ni, dapat lah kami melancarkannya! 🙂

  • Di sini, I nak cerita sikit tentang lagu yang cukup bermakna buat I dan IK yang mana telah membawa kami berdua menjadi best friend forever! TRUE STORY tentang lagu REMBULAN KESIANGAN…best ni!

Kisahnya bermula pada awal-awal I mengenali bro Irfan Khairi dimana I telah join workshop Jutawan Internet 3 tahun yang lalu. As a speaker Jutawan Muda, IK telah membuka mata ramai orang, including me!. Irfan ni kelakar orangnya, itu yang kena dengan bro Razzi ni yang selalu suka berjenaka. Kami ni pun suka melawak dengan kutuk mengutuk gak la hahaha 😆

 

So, since then kami jadi kawan baik. IK telah banyak membantu Razzi dalam memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Alhamdulillah…hingga ke hari ini, Razzi telah dapat menjual my simple product hingga ke seluruh dunia…

 

TAPI, ada sesuatu yang trigger kan our true friendship tau. IK pernah bertanya pada I,

  • “Razzi, mengapa dah tak menyanyi lagi?”

  • “…ramai orang kata kat i, menyanyi tu tak baik.” jawab Razzi pada IK.

  • “Ok, tapi…lagu-lagu nyanyian you dulu telah beri semangat kat I …hingga buat I rasa mahu berjaya!”

  • Razzi terpana seketika, … “biar betul mamat ni”

Irfan menyambung lagi,

“Especially, lagu Rembulan Kesiangan tu… cukup untuk buatkan I bangkit dari rasa rendah diri. Everytime I rasa susah, I akan dengar lagu Rembulan Kesiangan untuk I bayangkan I berjaya!”

 

bro Razzi terus terdiam dan tak terkata apa, seorang insan telah berjaya keluar dari kemelut yang menghimpit dirinya, dengan mendengar lagu nyanyian aku??…dan dia bangkit sehingga sangat berjaya dan menjadi Jutawan muda hari ini, wow!!

kata Irfan lagi,

“Sekiranya lagu nyanyian Razzi telah memberi semangat dan kesan positif dalam diri I atau diri sesiapa pun…takkan tak baik pula? Tak mungkin tak baik! mesti baik, mesti bagus!”

 

Betul sangatlah kata Ik tu kan, so dari saat itulah…dengan kata-kata Ik itulah Razzi kembali bersemangat untuk menyanyi semula. TAPI, menyanyi lagu-lagu yang bersemangat la kan…tak ada nak liuk-lentuk ni. Dan sepanjang perbualan kami, kami selalu berbincang tentang muzik. Kena pula, kami taste sama. Rockers tapi bersih sikit la…So, itulah akhirnya Irfan telah menyarankan untuk menubuhkan band Razzi.Muzik!

 

Jadi, di hari baik dan bulan baik ini, pemberian istimewa kami itu, adalah…true story kami tadi DAN pastinya lagu Rembulan kesiangan! YES, kami ingin memberi kepada anda SECARA PERCUMA!! haa..istimewa tau, khas untuk you. Kami juga telah membuat beberapa perubahan baru agar ia lebih lagi memberi semangat kepada anda.

 

“Harapan kami, muga-muga dengan lagu ini anda pula yang berjaya, siapa tahu? Atau mungkin sesiapa saja di luar sana yang bakal bangkit dan BERJAYA!” 😉

 

So, TERIMALAH dengan ikhlas dari kami, kumpulan Razzi.Muzik sebuah lagu Versi Penuh  : REMBULAN KESIANGAN – Download FREE di sini

 

Notes :

  1. Anda juga boleh lawati Razzi.Muzik official site untuk free download atau mendengar lagu-lagu lain.

  2. Segala feedback dan komen dari anda amat kami hargai. To post blog comment please click here

Ikhlas dari Razzi.Muzik,
www.razzimuzik.com



Apa komen anda? : [4] Comments


Akhirnya setelah bertungkus lumus di dalam studio, lagu terbaru dari band saya, Razzi,Muz.Ik telah pun siap. Bro harap you all semua support our cause…kerana lagu ini begitu bermakna bagi kita semua.

Bukan mudah untuk menyanyikan lagu ini, tambahan pula terpalik dengan emosi di sebaliknya. Beberapa kali telah kami berhenti dari recording dan take the day off! Alhamdulillah…kita dapat catch the essence of the songs at last.

Tajuk : Voice of gaza (Voice in you)
Lagu & Lirik Ciptaan : Irfan khairi
Susunan muzik : Razzi Rahman & Kyo of K-Seventh Studio

Razzi.Muz.Ik

 klik imej diatas untuk menonton lagu

SOKONGAN dan KOMEN ANDA ADALAH AMAT DIHARGAI.
p.s : sekiranya anda mempunyai blog atau website please, share this video clips. Letakkan di page anda. Thank you!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
http://www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [12] Comments


1st and foremost, Brother Razzi nak ucapkan JUTAAN TERIMAKASIH di atas kiriman email feedback you all few days back. Menggeleng kepala bro tengok inbox!! 🙂 …mau tak nya, sampai 2-3 page inbox, email sekali masuk. Also, terimakasih juga dengan semua email yang tidak pernah lekang memberi sokongan. Anda tahu siapa anda 😉

Buat bloggers Brother Love yang menghantar kiriman email masalah cinta… please, Jangan risau jika bro masih belum menjawab. Akan diusahakan nanti untuk menjawabnya. Diharap dapat bersabar. Maklumlah, masalah cinta ni kena selesai pelan-pelan…one quote khas untuk you all…

“Bukalah mata kamu melangkaui dunia yang fana ini dan lihat siapa yang selalu di sisi kamu? Dekatilah dia…”

*Updates Razzi.Muz.Ik

Hari ini, lepas solat Jumaat nanti…sekali lagi InsyaAllah, me and my boys, band Razzi.Muz.Ik akan masuk studio untuk recording lagu terbaru kami. Single ke 3 yang bertajuk ‘Voices of Gaza’. 

razzimuzik

Kami juga sudah menjalankan proses susanan muzik yang mana bro Razzi dan Ik sendiri bertindak sebagai producer untuk lagu & lirik ciptaan bro Irfan Khairi ini.

Jadi, tiada apa yang Bro Razzi minta, cuma doa restu dari you all semuga perjuangan kami diberkati Tuhan yang Maha Esa. Recording hari ini bro rasa akan memberi seribu makna, kerana lagu ini sangat menyentuh hati, mengungkap segala penderitaan Umat Islam yang terseksa di dalam peperangan Gaza, Palestine. Semuga bersama-sama kita sedar akan…realiti kehidupan ini 😉

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
http://www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [6] Comments


Khamis, 22 Januari 8.30 pagi, Sri Pentas.

Seram sejuk juga kami, kumpulan Razzi.Muz.Ik yang terdiri dari Bro Razzi Rahman, bro Muzamil and Irfan Khairi melangkah ke set MHI TV3 untuk membuat persembahan. Buat pertama kalinya Razzi.Muz.Ik muncul di TV membawa lagu hit “Selamanya” … macam kecut je perut ni hah!! Hehe 😀 Tapi masing-masing buat cool je, dan later tuu Alhamdulillah, kami berjaya melalui saat getir itu hehe… so, istimewa untuk anda, terimalah….

Segmen seterusnya, Interview laa…hehe, as usual…band leader kita, Bro IK selalu pesan, interview kita buat santai dan enjoy it. So, the interview with pengacara terkenal Abby & Fedtri is great though. Thank you to them and producers of TV3 for inviting us, and we had fun…hope you guys yang tengok ni pun sama-sama Enjoy! Jangan lupa, layari www.razzimuzik.com

*Personally, bro Razzi ingin ucapkan terimakasih banyak kepada semua yang selalu mengunjung blog brother love ni dan sentiasa menyokong bro dan rakan-rakan dalam Razzi.Muz.Ik. Semuga, lagu SELAMANYA ini menjadi lagu ikatan persahabatan kita bersama, menuju bersama, gemilang bersama…SELAMANYA!

Kalau nak baca more about Razzi.muz.ik, dapatkan majalah MASKULIN FEB 2009. Ada cerita mengenai kami bertiga… 😉



Apa komen anda? : [29] Comments


Salam pada semua bloggers Razzi Rahman @ Brother Love yang dihormati, diingati selalu dan disayangi semua! Raya korban camana? hope all beresss? 😀

Ada berita baik ni…album Razzi.Muz.Ik dah siap… 😉

Ingin bro berkongsi sedikit pengalaman bro di sini untuk anda ketahui…You know, being a singer is not easy! Apatah lagi bro pernah menjadi penyanyi, dan berhenti. Kini kembali menyanyi semula setelah lebih 10 tahun tidak aktif dan berkerja di studio rakaman.

Preparation nya sahaja sudah mengambil masa selama sebulan. Training the new songs, dapatkan key yang terbaik, kena dapatkan stamina yang tinggi serta rehat yang cukup. in fact…hampir setiap hari bro jogging, spa bubble, dan juga senaman Tai Chi. Haaa…Tai chi ni best…ia boleh buatkan pernafasan kita jadi lebih strong! 🙂

so, bagi sesiapa sahaja yang suka menyanyi, bercita-cita untuk jadi penyanyi…punya impian untuk bergiat dalam bidang seni suara, YANG PENTING…anda perlu ada keinginan yang tinggi, minat yang mendalam…dan macam bro lah 24 jam duk menyanyi je kerja, walau dimana sahaja, asal kan tidak merbahaya 😀 

Irfan Khairi atau IK, band leader kami, juga punya passion dalam seni yang mendalam. Beliau juga bertungkus lumus menyiapkan lirik lagu, practice gitar, dan memilih music yang sesuai serta membuat berbagai rancangan untuk band kami. He is the Master Mind here laa 🙂 Bro sangat bertuah mengenali beliau dan menjadi kawan baik dengan Jutawan Muda internet ini.

Muzamil atau MUZ pula, Juruterbang kita ni…berlatih dengan bersungguh-sungguh bersama-sama untuk studio, persembahan dan pelancaran album ini pada 1.1.09 ini! ‘Gorengan Gitar’ Muz ni…you all nangis la kalau dengar… 🙂 Pendek kata, kami tiga sekawan rapat ini mempunyai peranan masing-masing yang sama penting.

~ Zulkifli Mahat atau ZUL MAHAT pula adalah producer kami. Beliau juga adalah Producer kedua-dua album bro yang lepas. Knowledge Zul dalam music memang tidak ternilai. Malah beliau lah yang telah menjadi tunggak dalam productions album M.Nasir selama ini. Zul juga pencipta lagu-lagu kepada Siti Norhaliza, Fauziah latif, Amy Mastura.

Zul telah push kami untuk menjadi jauh lebih baik dari apa yang kami tahu. Tanpa Zul mungkin kita tidak akan ready secepat ini. So, to Zul Mahat… we salute you!

Akhir kata…

Melakukan ini buat kali ke 2, mengulanginya bersama-sama kawan-kawan baik pula, bagaikan satu Anugerah dari Yang Maha Esa. Kerana segala-galanya datang dari dia. Tanpa keizinan Nya…tiada apa yang boleh terjadi.

So, sepanjang november, Razzi.Muz.Ik …telah berjaya menyiapkan album single pertama kami! Semuga, objektif utama kami menyampaikan mesej-mesej positif seperti memberi semangat, inspirasi dan motivasi melalui lagu dapat diterima ramai pendengar.

Namun, ianya akan lebih berjaya sekiranya kami mendapat sokongan dari you all. Apa ada pada seorang artis jika tanpa peminatnya. Betul tak? Bloggers – bloggers bro yang sentiasa bersama bro sejak dulu lagi ni lah yang bakal membantu kejayaan Razzi.Muz.Ik kan?! , Oleh itu..

Razzi.Muz.Ik ingin menghadiahkan bukan hanya 1 lagu…tetapi 2 lagu terbaru kami secara PERCUMA. YES!!…It’s free dan you all akan jadi antara orang pertama yang dapat mendengar single kami sebelum ianya dimainkan di TV & Radio atau dimana-mana! Best tak? mesti best punya…. 😉

Cara mendapat lagu ini secara percuma, mudah sahaja. Ada 2 cara :-

 Cara 1 :

Sign up di http://www.razzimuzik.com  ~ berikan email dan nama anda je. Then kita akan hantar link untuk anda download kedua-dua lagu tersebut pada tahun baru ini!

 Cara 2 :

Anda ada facebook? klik di sini >> Jadi fan/peminat kumpulan Razzi.Muz.IK di fan page facebook  Satu message akan dihantar kepada anda bersama link untuk anda download lagu kami apabila dilancarkan pada 01:01:2009 tahun baru ini.

To my bloggers/sahabat/Facebook friends, lets sign up and become our fan now!

Salam Aidiladha dari saya,
RAZZI RAHMAN
p/s : “please share this message with your friends too!”

Baca kisah Razzi.Muz.Ik sedari awal ~ klik link di bawah :-



Apa komen anda? : [16] Comments


Razzi Rahman

“I believe I can fly, I believe I can touch the sky
I think about it every night and day, Spread my wings and fly away”

Kata-kata yang memberi perangsang seperti bait-bait dalam lagu seperti ini sebenarnya begitu memberi motivasi kepada kita, kan. “I believe I can fly…” walau ianya tidak logik dek akal, tetapi you percaya…you boleh lakukan. “I believe I can touch the sky…” lagilah…tak pernah dilakukan oleh sesiapa, yet…you believe you can!!

Berpeluang untuk merakamkan album sekali lagi setelah bertahun-tahun…adalah menjadi impian bro selama ini. Dan apabila Mentor/sifu Jutawan internet, saudara Irfan Khairi menyarankan untuk menubuhkan band yang diberi nama Razzi.Muz.Ik dan terus merakamkan album single dengan 2 lagu hit …bagaikan satu khayalan fantasi yang telah menjadi kenyataan!! Alhamdulillah sangat2 beb…

Nak story you all sikit…. 😉

Sebenarnya, segala-gala bermula sejak lama-lama dulu lagi. Irfan Khairi (IK) minat bermain gitar dan sewaktu dulu-dulu semasa belajar bermain gitar, lagu-lagu Razzi Rahman lah yang menjadi pilihan beliau untuk practice kerana begitu minat dengan penyanyi tu lah! 🙂 .Hingga semua lagu-lagu bro tu IK boleh hafal!

Ingat lagi tahun 2006, selepas bro attend seminar Jutawan Internet, 1st time naik kereta dengan IK, dia pasang lagu Razzi…then menyanyi lepas satu-satu lagu bro…waaa, boleh ingat tu, bro ketawa sakan… ketawa sebab, setengah lagu-lagu bro tu, bro sendiri pun tak ingat lirik nya hahaha 😀

Then Pilot Mas, Captain Muzamil (Muz) pulak jiran IK…Muz ni memang minat main gitar sama dengan IK, dia orang ni berpuluh gitar ada haha…jadi bila bro pergi jamming kat rumah IK, Muz join sama…since then, kita orang jadilah best of friend!

Tapi things yang sentiasa bring us together adalah semangat kami, minat kami…music, singing is always been our passion!!…that’s why, always ask yourselves, what do you really like?…then, just do it!

What we like? IK minat business and music, Muz pun  minat music dan bro sendiri minat sangat menulis dan singing/music so, keghairahan kami sama di situ. Kalau dengar lagu yang hebat, menaikkan semangat dan dapat motivate memang berdiri bulu roma kami!! 😆

so bagai sudah ditakdirkan, tertubuhlah band kami sekarang ni RAZZI.MUZ.IK

Razzi.Muz.Ik

Dan today adalah hari our TURNING POINT, nak tahu kenapa? Hari ini adalah hari pertama kami bersama-sama as a band, akan mengadakan photoshoot dan interview dengan reporter newspapers!! …gementar juga beb, doa kan kami berjaya please…dan nantikan news dan update dari kami ok. Tapi, bro cukup confident dengan IK sebagai band leader…his strategy, his mind works wonders! 🙂

Akhir kata, untuk anda yang berminat menjadi Fan RAZZI.MUZ.IK , anda boleh klik disini!

Untuk dapatkan updates pasal band kami, countdown ke hari launching atau mendapat jemputan ke pelancaran album itu nanti pada new year ini, lawatilah RazziMuzIk.com

Untuk itu, Bro tinggalkan you all dengan sebuah video clip persembahan kami baru-baru ini 25th october di Hotel Jw Marriot sempena Launching Impian U-mobile, IK sebagai DUTA. Lagu apa? Pastilah lagu yang cukup memberi semangat juang yang tinggi! For that, bro salute Faizal Tahir. Ok semua, enjoy the clips…and tell me what you think. Thank you and good luck to all!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [13] Comments


Razzi Rahman“Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa…hampa!”

Itulah bait-bait lagu Getaran Jiwa, nyanyian Allahyarham P.Ramlee. Nyata benar apa yang dicoretkan oleh seniman negara itu, sesungguhnya…jika lagu tanpa irama, tiadalah lagi jiwa atau soul to a song! Hambar dan kecewalah feel nya..

Pernah juga semasa waktu bercinta dulu… bro pasang lagu dedication ni, ikut telefon je, tapi menangis-nangis girlfriend bro mendengarnya…all because lagu itu adalah lagu kegemaran kami. Lagu cinta kami, “If I let you go” nyanyian kumpulan Westlife 😀

So, seperti lagu dan irama tidak dapat dipisahkan, to me…cinta & lagu juga seharusnya bersama kerana ia boleh menaikkan semangat cinta, memberi kenangan manis yang juga boleh menaikkan bulu roma apabila setiap kali kita mendengarnya.

Razzi Rahman

Nyanyian bagi bro, adalah my passion! That’s why cinta juga menjadi kegilaan bagi bro, malah apabila bro menyanyi perasaan cinta di dalam jiwa ini begitu bergelora sekali, berdegup laju je jantung ni. Tengoklah saja apabila bro perform pada hari Sabtu lepas 25oct 2008 di JW.Marriot…semangat & rock habis beb! 😉

Irfan Khairi, Razzi Rahman, Captain Muz

Kena pulak dengan blood brother Dr.Irfan Khari dan pilot MAS, Captain Muz yang main gitar, lagilah bersemangat. Sampai putus-putus tali gitar!

Razzi Rahman

Bro pulak, biasalah bila dah waktu macam gini…bagi habis-habisanlah! Itulah orang cakap, kalau nak tahu kuat atau tidak “The power of love” carilah pasangan yang berjiwa seni, haaa…hangat beb cintanya!

Irfan Khairi @ Razzi Rahman.com

Saudara Irfan Khairi pun mempunyai passion yang cukup kuat dalam bidang seni. Tengoklah saja, bukan hanya seorang Jutawan Muda Malaysia, tetapi pandai bermain muzik lagi beb. Seperti Dr Irfan selalu berpesan,

Lakukan sesuatu yang paling anda suka dan sangat minat…your passion!. Happiness pasti saja anda akan kecapi dalam perhubungan mau pun perkerjaan yang anda buat. Sebaliknya jika anda tidak tahu apa yang anda mahu…pastinya jiwa anda akan terus terhimpit dan kecewa.

Passion dan semangat cinta yang ada pada kami bertiga itulah maka, bagai terancang dengan sendiri…Bro Razzi Rahman, Dr Irfan Khari & Captain Muz telah bersetuju untuk bersama menubuhkan sebuah band.

Irfan, Razzi & Muz

Dengan konsep muzik orchestra rock ciptaan composer terkenal Zul Mahat, maka insyaAllah 3weeks dari sekarang kami akan masuk studio! Yang bestnya, bro dapat merakamkan lagu semula, tambah best dengan blood brother Irfan Khairi dan Muz pula tu…Dan saudara Irfan Khairi pulak telah menulis lirik lagunya yang sungguh memberi semangat sekali > klik di sini untuk lihat lirik lagu

All I can say, Alhamdulillah! Apabila kita ikhlas dan suka membantu, redha dengan rezeki yang Tuhan beri…Maka lebih ramai lagi orang yang suka pada kita, rezeki juga melimpah ruah, dan pastinya cinta akan hadir di dalam hidup kita dengan sepenuh kebahagiaan.

Bro akhiri dengan sebuah soalan, “Apakah perkara yang paling anda suka?”

p.s : Thank you to Ieja yang menjadi camerawoman kami di hotel hari tu, and to Siti too for the video.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [21] Comments


Irfan KhairiSabtu 25hb, jam 3.00 petang akan berlangsung pelancaran program perniagaan U-Mobile, “Impian” dan juga majlis sidang media Irfan Khairi sebagai duta Impian. 

Sejurus selepas sidang media & majlis pelancaran, Impian akan mengadakan taklimat- jadi, bagi mereka yang ingin mengetahui sama ada Impian boleh menjadi perniagaan ‘impian’ anda, jangan lepaskan taklimat ini. Alang-alang dah ada di situ, why not ketahui lebih lanjut right? Sekurang-kurangnya dapat ilmu perniagaan yang menarik! 😉

Terdapat sedikit free door gift, makan-makan, dan juga persembahan khas oleh band kami “Blood Brothers”! (jangan lepaskan ni – baru rock!). Blood Brothers= Razzi Rahman (vocal), Muzamil (lead guitar) & IK (rythm). 

Kehadiran adalah percuma tetapi perlu reserve kan seat, terbuka kepada 50 yang booking terawal sahaja. Nak tengok bro perform tak? Kalau nak, kena cepat!!

Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008
Waktu: 3.00pm-5.30pm
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

Aturcara majlis…

3.00pm – Ketibaan tetamu & rakan media
3.15pm – Majlis MOU dan pelancaran bermula
3.40pm – Persembahan “live” Blood Brothers!
3.50pm – Jemputan menjamu makanan petang
4.00pm – Majlis pelancaran tamat
4.15pm – Preview pertama perniagaan “Impian” U-Mobile
5.30pm – Tamat preview

Untuk menghadiri, please RSVP/hantar email ke info@rahsiainternet.com dengan tajuk “PELANCARAN IMPIAN”. Sertakan sekali nama dan nombor hp serta kalau nak datang bersama tetamu. Sertakan bilangan tetamu dan nama sekali :)

Don’t forget hanya 50 tempat sahaja available! CEPAT!! 😀



Apa komen anda? : [7] Comments


Salam semua, apa habaq? Puasa-puasa cukup semua? 😀

Alright! Setelah difikirkan dan dipertimbangkan, bro decided untuk buat kategori karaoke hari tu kepada yang LEBIH fokus, iaitu kepada kategori PENYANYI. So in this category kira semua boleh dan yang adanya contoh seperti, KARAOKE, JAMMING SESSION, SINGING LESSON and SONG REQUEST…Yup! You all boleh request song untuk bro nyanyikan “LIVE”. Tapi ada syarat-syarat dia. This will talk in the next topic. For now, everything and anything about PENYANYI is here untuk anda!

Alright, untuk first topik ni especially for you guys, bro nak you all watch this 2 sama tapi tak serupa youtube yang to me very interesting. So seat and relax, buka volume kuat-kuat 😀

1. Some boys jamming session – sangat menarik! 😉

2. Watch yang video atas dulu tau, then watch my video. Then you see the different…

Segala pendapat dan komen anda amat dialu-alukan. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan tentang nyanyian, bro sedia menjawab 😉

*Blo mengalu-alukan sesiapa yang ingin meletakkan video ini di website/blog mereka, sila klik link ini, dan copy code di dalam bar sebelah perkataan EMBED

Thank You!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [29] Comments


Yaa…siapa suka karaoke? 😀 Actually, bro nak minta pendapat you all ni. Ada idea tak bagaimana you all nak bro buatkan kategori terbaru ni…yup! sudah tentunya melibatkan passion bro, menyanyi…”KARAOKE”

Okey, please sesiapa sahaja…bro sedia menerima idea apa sahaja untuk kita bersama buatkan kategori karaoke ini untuk menjadi menarik!

Jika anda minat dengan karaoke, apakah yang anda mahu dari kategori ini?

As for me, bro ni asalnya seorang penyanyi, lebih 10 tahun di dalam bidang nyanyian, so until now, bro tetap dan masih minat sangat menyanyi! Apatah lagi bro pernah…

  • Pernah ada 2 album hit. Di rekod di Studio Luncai Emas Milik M.Nasir.
  • Pernah mempunyai 2 lagu hit,  Syakila ciptaan M.Nasir & Rembulan Kesiangan ciptaan Saari Amri, yang berada no1 dicarta-carta lagu lebih 10 bulan.
  • Lagu kedasar cinta mu dijadikan lagu tema filem Putera 
  • Lagu dari album ciptaan, M.Nasir, Fauzi Marzuki, Ramli Sarip, Saari Amri, Johan Nawawi dan Zulkifli Mahat.
  • Bro juga pernah membuat konsert diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
  • Pernah bertanding di Final Muzik-muzik TV3 dengan Jamal Abdillah, Nash, Ziana Zain. KRU masa tu baru jadi artis undangan 🙂
  • Pernah menyanyi bersama-sama dan berkongsi stage dengan Awie, Ziana Zain, Hattan, Iwan, Jamal, Nash, Exist, Mas Idayu, Toki dan KRU yang masih malu-malu lagi masa tu hehe, si Yusry tu ingat bro lagi ke tak, tak tahu lah. Macam2 si Yusry tanya bro tu masa 1st time nak naik stage dulu. Nervous habis dia… Bangga sangat dengan pencapaian KRU sekarang!. Dan ramai lagilah, macam-macam penyanyi baru dan lama.

Razzi RahmanSO, tak mungkin bro boleh lupakan segala-gala kenangan yang sungguh bermakna ini semua. So, bro ingat nak buat kategori ini khas untuk sesiapa sahaja yang mempunyai passion seperti bro terhadap nyanyian. To tell you all the truth…bro masih menyanyi! Masih jamming! Masih karaoke 😛

Tapi bulan puasa ni, senyap-senyap je la, after 10 or 11pm lepas terawih tu mulalah gian nak menyanyi hahaha…member-member yang also minat, mulalah call-call, so karaoke jugaklah, well nyanyi tu nyanyi juga, ibadah tak lupa betul tak.

So, please…berikan idea anda untuk kita buat slot karaoke ni lebih interesting. Dan tell me apa yang you all mahu dari “karaoke” ini okey, bro tunggu komen you all. 😉



Apa komen anda? : [30] Comments


no download slot machines