Cinta BERSEMI atau TIDAK?

tree

Sebelum kita menyeberangi jalan yang sibuk, bukankah patut kita BERHENTI seketika dan betul-betul lihat kiri dan kanan? Kemudian pastikan juga jika kelihatan kereta yang jauh lagi itu tidak laju mana, takut tiba-tiba sekejap saja sudah hampir pada kita, BAHAYA! Kemudian pastikan pula jika keadaan sekeliling benar-benar selamat barulah boleh kita melintas jalan itu… kan?

ATAU kita terus lintas saja tanpa memikirkan keselamatan kita, hanya semata-mata kerana kita terlalu INGIN berada di seberang sana? Begitukah cara anda melintas jalan?

Jika begitulah caranya, jelas sekali yang anda hanya menempah maut! Betul tak?

You see, dalam mencari cinta, begitu jugalah caranya. Jika kita menyukai seseorang, tersangat suka, malah dalam hati sudah berbunga, sudahpun jatuh cinta dengan paras rupanya, dengan jelingannya, dengan sekilas caranya, …tunggu dulu, BERHENTI seketika, dan betul-betul lihat kiri dan kanan dulu.

Adakah baik, jika kita terus suka, terus nak, terus jatuh cinta? Tanpa memikirkan yang dia mungkin tidak suka kita, atau dia mungkin sudah berpunya? Malah mungkin juga dia hanya sekadar main-main saja dan berniat jahat terhadap kita pula?

Bukankah lebih elok kita pastikan samada dia juga ada perasaan yang sama? Pastikan juga samada dia sudah dimiliki / sudah berpunya. Juga pastikan latar belakangnya semua elok dan tidak membahayakan, barulah kita mula fikirkan untuk meneruskan langkah selanjutnya?

Sering saya nasihati, ambil MASA untuk mengenali seseorang itu sebelum menyintainya. Suka boleh suka, tapi janganlah letak harapan setinggi gunung terlebih dahulu… tenang, sabar… kenalinya betul-betul dan fahami kesukaannya, citarasanya…

  • I know you akan kata “macamana nak kenal, macamana nak tahu, dia tak ada respon apa pun…”

Well, kalau tak ada respon apa pun, tak ada hint yang baik… dah kenal lah tu, it shows already nothing is good coming your way. So stop hoping la kan.

  • Then you akan kata pula, “Tapi saya nak jugak kat dia, saya suka sangat kat dia!” 😛

Well, itu sendiri menempah maut la kan, seperti melintas jalan tanpa menghiraukan keselamatan dan in this case, tanpa mengira orang tu punya citarasa, yang mana jika dia tiada hati pada anda, …hati anda hanya akan hancur berkecai, jiwa anda akan koyak rabak, dan diri anda hanya akan rebah tersungkur, tersandung ke tanah. Jika itu yang anda mahu, go ahead… Saya tak menghalang!

You see, ada waktu dan ketikanya dan ada situasi di mana anda harus perjuangkan cinta yang tidak kesampaian itu. Sebagai contoh :-

  • Anda dan dia saling cinta, tetapi terhalang disebabkan berbagai kesulitan fahaman keluarga, ini boleh diperjuangkan.
  • Teramat menyintai satu sama lain, tetapi tiada keserasian, ini juga boleh diusahakan untuk bersatu.
  • Pernah bercinta dulu, tetapi terputus kerana ‘kesilapan yang dikesalkan’ jika kedua-dua masih cinta, teruslah berharap.

TETAPI, jika CINTA SUDAH TIADA atau CINTA tidak pernah bersemi pun… perjuangan anda hanya sia-sia sahaja. FAHAMILAH, “CINTA BUKAN PAKSAAN!” ianya bersemi dengan sendiri, ianya hadir tanpa disangka, ianya muncul di dalam diri yang merasai ia hangat di dalam jiwa.

  • Sebab itulah ia mengambil masa… MASA, akan menyatakannya sendiri. Waktu akan memberitahu dia suka atau tidak. Kalau seminggu, atau sebulan saja… dah nak jatuh cinta, frust cinta tak berbalas, kecewa dia tak layan… TAK PERLULAH. Nak layan macamana kalau jiwanya tiada cinta pada anda? atau nak balas cinta macamana kalau di hatinya ada orang lain?

Dalam perkenalan, jika masih baru-baru kenal dah nak lebih-lebih, inilah risiko untuk dikecewakan amatlah tinggi. TAPI jika berbulan berkenalan… anda boleh melihat CINTA yang disemai punyai nilai yang sangat tinggi. Ianya diliputi dengan KESABARAN, KEINGINAN, PENGHARGAAN, PENGHORMATAN… aduuuuhh tak dapat nak gambarkan macamana betapa ianya amat bermakna.

Jika all this tak ada, it’s obvious lah cinta juga tiada… maka, tak perlu pun sesiapa memberitahu anda, FORGET IT kerana, jelas dan nyata, dia tak sukakan anda…

Janganlah pula salahkan dia jika anda terus gila padanya kerana dia sudah tunjuk tidak berminat, tapi anda yang masih nak juga padanya kenapa?

So, CINTA sudah bersemi atau tidak? Itu anda boleh jawab sendiri dari sejauh mana perkenalan anda berdua. Jika selepas sebulan dua, dia sudah mulai kurang berhubung, fahamilah keserasian tidak dirasainya, tak payah nak pelik la kan. Setiap orang ada citarasa tersendiri, mungkin mula-mula suka pada paras rupa, kemudian tak suka pada keperibadian pula. Macam-macam ada…Sebab jika CINTA ada, dia akan semakin lama semakin rapat, semakin lama semakin mahu berhubung. ITU tanda Cinta Bersemi paling utama! Jika semakin lama semakin menjauh… faham-faham sajalah.

p.s. : Ketahui 101 CARA untuk Wanita Memikat CINTA LELAKI/SUAMI dengan lebih MUDAH! Maklumat lanjut, klik di sini

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

2 Comments

  • ieda

    Bro razzi.. bagaimana pula dgn keadaan sy.. kwn lelaki sy terlalu perfectionist. Dia mahu sy berubah jadi lebih putih dan cerah. Suruh sy ambil supplement itu dan ini. Yg lain spt memasak or buat kerja rumah xperlu pandai dia kata. Sbb dia pandai buat semua tu.. yg dia nak sy berubah dan berhias bermekap. Jgn asyik pakai baju kurung,pakai lebih bgaya katanya. Sbb sy seorg cikgu..sy segan selalu jd perhatian kalo terlampau ‘jangak’ kata org kelate. Sy amat sedih.. hari2x dia memberi tekanan pada sy dgn nasihat atau kritikan yg pedas2x. Sy balas la balik dgn mcm2x kritikan pd dia.. dia igt sy ni ape..igt sy xde perasaan ke, tp dia dah mula menjauh dan mula bina hubungan dgn wanita lain. Dia pernah ckp dia mahu seseorg wanita yg boleh dibanggakan kpd ahli keluarga dia. Sy berkulit gelap…tp sy yakin dgn diri sy. Sy menolak utk suntik vitc atau makan pil2x pencerah. Sy amat sedih. Apa komen bro razzi?

  • eisya

    Assalammualaikum abg Razzi..sy nak tanya..mcm mana dgn keadaan di mana seseorg tu dh knal a few months..dh bnyak kali jugak keluar sama..mula2 si gadis yg bnyak mulakan langkah..and then si gadis stop cari si lelaki tu..but then, si lelaki tu pulak yg selalu hubungi si gadis cakap nak jumpa..hbgn masih bjalan dgn lancar atas dasar kawan..lately ni si lelaki ada cakap nak kahwin tp blm jmpa yg sesuai..then dia pun ada hantar satu whatsapp kat si gadis pasal indahnya kalau lepas kahwin blh buat umrah dgn isteri..si gadis tak amik port sgt sbb bg dia mgkin tu mmg niat dia..berhubung tak la terlalu kerap tp bila si lelaki tu hantar whatsapp cm tetiba jerr and buat si gadis rasa pelik..macam mana nak klasifikasikan hubungan cmtu ekh..adakah si lelaki cintakan si gadis atau tidak..mohon sangat abg Razzi bagi respon dgn soalan sy..tq in advance..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons