Razzi Rahman @ Brother Love“Jangan mencari cinta itu, biarkan cinta itu hadir ke dalam hidup kita!”

“Aik, itu memang I ada tulis dalam buku kamus cinta tu.” kata Bro kepada Taurus girl. Jam sudah 1:00 pagi tapi kami masih hangat berbual-bual tentang uniknya cinta yang diidamkan.

Jauh disudut hati ini, terasa sangat-sangat selesa dan cukup senang dengan dia yang begitu serasi dengan cara pemikiran bro sendiri. Bro saja-saja tanya dia lagi 😉 , “So, kalau you tak cari cinta itu, macamana you nak dapat?”.

Dia jawab, “Hidup ini mudah, hanya manusia itu yang menyusahkannya. Belum apa-apa lagi, kita mulakan ayat kita dengan perkataan, Takut tu laa…susah ni laa. So macamana kita nak senang?”

Betul sangat kata dia. Ramai di antara kita, mudah risau dan takut walaupun belum mencubanya lagi. Waa…mungkin penampilan dia langsung tidak berubah, masih seumpama supermodel. Tetapi pemikirannya sangat-sangat matang sekarang. Bro sangat admire dia now…Tapi, dia masih tidak menjawab soalan bro tadi…

“I tak tahulah Zi…setiap kali I tak cari sangat sesuatu perkara itu, ianya akan menjadi dan mulai hadir dalam hidup I…please explain to me.” jawabnya kemudian.

“Well, Taurus Girl…apabila kita tidak memikirkan sangat apa yang dicari dan diidamkan, actions kita juga tidak melampau, cara kita juga menjadi lebih teratur dengan itu diri kita sendiri akan kelihatan menarik!” jawab bro.

“Wow!…I guess that’s what happen to me.”

Tip dari A Taurus Girl…

Jangan sibuk-sibuk fikirkan cinta yang dicari dan diidamkan itu. Cinta akan hadir dalam hidup kita. Apa yang penting ialah emosi dalaman kita mesti tenang dan bersedia menghadapi cinta yang bakal hadir itu. That’s what I do!

Basically, apa yang Taurus Girl buat ialah secara tidak sengaja, dia telah mempersiapkan hati dan perasaannya supaya tidak mudah terkecewa, tetapi lebih tenang menjalani hidup seharian dengan tidak memikirkan soal mencari cinta, sebaliknya menampilkan diri lebih menarik dan seterusnya membuka hati kepada sesiapa sahaja yang benar-benar serius ingin bercinta dan mahu mendirikan rumahtangga dengannya!

Ingin mengikuti lebih lanjut ceritanya…pastikan anda kembali ke blog Brother Love untuk sambungan kisah bro dan Taurus Girl yang memiliki pendirian yang sangat hebat ini…

ebookcover_mencaricinta_small

p/s : Ketahui berbagai tips mencari cinta, dengan panduan lebih mendalam melalui ebook Mencari Cinta dari Razzi sekarang! Klik di sini.

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [5] Comments