a
Pernahkah anda merasa makin lama makin KURANG orang yang minat pada anda. Dulu-dulu ada je yang memuja, ada saja yang kirim salam dan cuba untuk berkenalan. TAPI KINI?

…dah kurang yang suka atau minat pada anda atau semakin tiada yang berjalan-jalan dan kemudian berpaling melihat atau menjeling kepada anda.

BUKAN terjadi semasa anda masih single, muda remaja… itu dah kes lain hehe… BUT terjadi SELEPAS anda sudah lama berkahwin dan sudah mempunyai anak-anak.  LALU anda mulai terfikir, “Apakah sebab aku sudah tidak lawa lagi?” – “Adakah diri aku ni sudah tak laku lagi, sedangkan aku masih muda!”

Perasaan inilah yang BAHAYA sebenarnya! Bahaya kerana ianya akan membuatkan anda bertindak untuk TEST samada anda anda masih laku atau tidak,

Mulanya anda berkenalan, “ooo…ada lagi yang nak kenal” kata anda. Kemudian anda bersahabat, “Waa… masih ada yang mahu berkawan dengan aku” …lalu anda dah rasa sedap dan ingin mencuba jauh mana pula anda boleh pergi. Mulailah usha-usha untuk bercinta, kemudian dah panggil-panggil sayang, start dating dan lama-lama skandal sehinggalah boleh membawa keterlanjuran dan kehancurannya sesebuah rumahtangga. Nanguzubillah himinzaliq!

Perasaan merbahaya ini, seperti rasa tak laku lagi, rasa tak lawa lagi, …selalunya dirasai seperti TIDAK NORMAL kan?. Seolah-olah ianya tidak biasa. Lebih-lebih lagi masa muda-muda dulu, sebelum kahwin mahupun selepas kahwin, kemain ramai yang tergila-gila. Tambahan pula sekarang ni :-

  • Suami pun dah kurang kemesraan
  • Suami bercakap pun dah tak pandang
  • Suami bersama pun duduk berjauhan
  • Suami punnnn.. dah jarang-jarang sekali pegang

Itu yang membuatkan isteri CURIOUS… apa benarkah?

Akibat rasa beginilah ramai individu yang sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak, rasa nak ‘MENCUBA’ testing the water…test the market, nak tengok samada masih laku atau tidak, ada lagi tak orang yang berminat untuk berkenalan.

Yang boleh kawal, dan sekadar berkawan saja tanpa sebarang ‘feeling’ tak pa… yang tak pandai kawal itulah yang bahayanya.

Sebenarnya ZAMAN PERALIHAN ini dilalui oleh semua orang. Tak perlulah kita nak merasa pelik-pelik. Ini semua biasalah tu. It’s better jika lagi cepat anda menerima kenyataan itu, lagi cepat anda pulih dan kembali yakin dengan diri sendiri. NAMUN…

  • Untuk adjust perubahan ini sebenarnya agak sukar!

Tetapi apa yang paling perlu kita ingat adalah, keluarga kita, anak-anak kita. Fikirkan kembali bertahun-tahun yang telah kita lalui bersama. Adakah ianya sudah tidak penting lagi? I know, the feeling bila orang syok kat kita, minat kat kita walaupun kita sudah lama berkahwin itu memang bangga laa dan buat kita rasa teruja. TAPI biarlah ia setakat itu sahajalah…

  • JIKA sudah tidak begitu lagi, anggaplah kita sudah BANYAK laluinya dulu. Kita telah BANYAK memenangi peperangan lalu. Kita telah BANYAK berjaya dan merasai perasaan itu dulu…LEBIH dari semua orang!

Jadi bersyukurlah, sebenarnya apa yang kita dapat dan apa yang Allah anugerahkan kepada kita adalah sudah lebih dari apa yang kita perlukan, kita Cuma perlu sedarinya dan bersyukur serta redha, that’s all!

Okay? Cool ya? …ucapkan Alhamdulillah setiap hari dengan segala-gala kurniaan Tuhan. All the best to you all and good luck!

p.s. : Ketahui 101 CARA untuk Wanita Memikat CINTA LELAKI/SUAMI dengan lebih MUDAH! klik di sini

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : No Comments