Derita cinta walau BERSAMA?

gambar_blog23

Hanya kepada Allah s.w.t sahajalah tempat mengadu, bila sedikit kata bertanya khabar, dihentak marah katanya, “Jangan sibuklah!” …wah, apa salah si isteri ya? Tanya khabar pun tak boleh, tanya buat apa pun marah, tanya kemana pergi tadi pun dianggap  nak menyiasat 😀 aisehman… macamana nak hidup bahagia bersama apabila sudah sampai ke tahap ini hubungan rumahtangga yang asalnya amat bahagia dan mesra selalu kini kian retak menunggu belah… (ada ke situasi begini terbalik, berlaku kepada suami? I wonder…)

Pilu hati seorang isteri, sudahlah hatinya selembut salju… terpaksa berdepan dengan suami yang hatinya sekeras kerikil. Sedangkan isteri amat mencintai dan sayang sangat pada suami, sudah tentulah dia mahu mengambil tahu dan mengambil berat akan situasi suami. Nak lah tahu juga apa suami buat kemana suami pergi, sedikit sebanyak… “kang buat tak tahu kang kata tak ambil peduli pulak!” – serba salah dibuatnya.

Dulu… masa mula bercinta kemain lagi, kemana saja pergi siap beritahu secara detail, orang tak tanya pun,

  • “Baby… I tengah pakai kasut bola ni, nak main futsal jap!” Nahh ambik ko… tengah pakai kasut bola pun nak report! Amenda? 😀
  • “Baby… I dah balik rumah ni, I tak pergi mana-mana pun lepas futsal” aduuhhh… balik rumah pun report, tak kemana pun report!

…sekarang?

  • “Apa tanya-tanya ni, ingat orang ada pompuan lain la tu” …amboih, tanya sikit pun marah cam tu sekali, sal pa? Ke memang ada skandal? 😛

Nampakkan bezanya dulu dan sekarang, apa dah jadi? Bukankah anda berkahwin sebab ingin hidup bersama dan bahagia berdua… bukan nak bertekak dan bergaduh sepanjang masa. Letih wo… dan bila bergaduh, mulai berdiam diri, ada depan mata macam tak ada. Lama-lama asyik tak boleh rumah pula or asyik keluar je memanjang.

Tinggallah isteri kesunyian seorang diri… deritanya mencintai, sedangkan sudah lama hidup bersama. Bukan tak ada kumbang mambang duk nak curi-curi hati si isteri… tapi tak boleh lerrr nak layan, kan dah ada suami walau suami macam ‘biskut’ …sekejap ada, sekejap tak ada 😛

Dulu… masa awal-awal kahwin, kemana pun nak berkepit. Tak boleh berenggang, malah asyik nak buat apa pun bersama-sama,

  • “Yannngg…jom la makan sama, I tak boleh la kalau makan sorang, nak kena ada you baru selera” Isteri ni tengah letih lepas kemas rumah, lepas masak nak juga berehat seketika, dah kena meneman laki lak. Tak apalah kan sayang punya pasal

…sekarang?

  • “I dah makan la dengan kawan-kawan office tadi… you makanlah! Kena keluar balik pulak ni, kena siap-siap cepat, deorang ada hal nak cakap dengan I pasal buisness baru” …amboih, kemain lagi sibuk, sampai lupa isteri. Tak kesian ke isteri dah masak sedap-sedap dan tunggu dia nak makan sama-sama seperti selalu.

Derita cinta walau sudah bersama… inilah yang dikatakan, “Apa guna hidup berdua jika selalu berseorangan” – apa boleh dikatakan lagi, segala-gala sudah berubah. Hati masih sayang, jiwa masih rindukan si suami yang dulunya seorang penyayang… kecewa sangat bila ini berlaku. Alangkah bahagianya jika dapat diputarkan kembali waktu dan kembali ke masa sama-sama bahagia… mungkin banyak perkara yang boleh ditukarkan, agar tidak jadi begini.

Tapi apa yang boleh ditukarkan sangat sebenarnya untuk mengelak dari perubahan yang berlaku ini? Very subjective sebenarnya kerana setengah orang berbeza caranya, sesetengah suami citarasanya berbeza-beza:-

  • Ada suami yang suka isteri mendengar kata, setuju dengan apa saja pendapatnya. Tapi bolehkah ia menjamin suami tidak akan berubah? Pendapat saya, cara ini mungkin akan buat suami lama-lama jadi bosan juga…
  • Sesetengah suami, sukakan perhubungan yang sama rata. Buat perkara semua sama rata. Belanja pun sama rata. Adil katanya hehe… 😉 – Okey ke macam ni puan isteri-isteri semua?
  • Ada pula suami yang amat bergantung kepada isteri. Mahu isteri yang bijak menguruskan segala-galanya. Pandai urus kewangan, kehidupan harian, apa-apa bil, anak-anak, dan sebagainya. Malah gajinya pun isteri jaga …wah! 😀
  • Pernah jumpa jenis suami yang kononnya tak suka bertekak?, tapi bertekak sepanjang masa dan bergaduh siang malam! 😀 … lepas tu boleh berbaik-baik dan berpelukan macam belangkas…punnn ada juga, pelik tapi benar 😛
  • Dalam semua jenis suami, yang jenis ini nampak selalu tergila-gila kepada isteri. Jenis yang obses dengan cabaran. Bukan dia suka tapi, selalu macam suka merasa tak puas hati dengan isteri, ada je yang dia geram dengan isteri. Isteri sayang pun dia rasa kurang kasih sayang hahaha funny betul!

Ada macam-macam suka dan gaya lagi citarasa sang suami… namun bagi Razzi, walau apa dan cara sekalipun yang kita lakukan, paling penting kita sentiasa mahu berusaha untuk memperbaiki diri dan perhubungan agar sentiasa ada perubahan yang lebih baik dari sebelumnya.

Bukan lari dari masalah, atau mencari alasan untuk keluar dari perhubungan. Ingatlah balik mengapa kita bercinta dulu, dan mengapa kita tergila-gila kat dia dulu. Dan jangan sesekali lupa mengapa kita kahwininya dulu…

Jangan biarkan diri menderita di dalam cinta walau sudah bersama sehidup semati di dalam perhubungan yang abadi. InsyaAllah… jika kita MAHU perhubungan itu berjaya, pasti akan ada jalannya. Yang kata, dah tak ada jalan untuk berjaya itu sebenarnya sebab dia sudah TIDAK MAHU lagi… 😉

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons