Face Your FEAR!

Ada satu situasi yang ramai orang akan merasakan menghadapi situasi itu adalah amat mengerikan, atau mungkin juga memalukan sehingga membuatkan kita merasa takut untuk face it. Situasi itu adalah apabila,

Kita masih single, tidak berjaya dan bertembung dengan bekas kekasih yang bahagia bersama pasangannya dan berjaya di dalam hidupnya pula!

Huuu…ngeri jugak kan 🙂 or lebih kepada segan? Atau malu? Merasa rendah diri? Atau mungkin juga tidak selesa? Well, Im not going to tell how to deal with this, kerana I pun have the same feelings jugak before. BUT, apa yang I boleh kongsi with all of you adalah…apa yang I buat!

I face the fear! I face it!…malu or not, I dont care! I go ahead and meet them. I hadapi dengan senyuman walau ianya amat berat untuk ditanggung!! 8)

For example : Last month, So happen terserempak with my ex and her new hubby. I just go and meet up with my ex girlfriend yang ternyata happy dengan husband dia, and tengah pregnant pulak tu. Yesss…I pergi approach them, kenalkan diri and I siap gosok-gosok lagi perut my ex yang dah memboyot tu hahaha, tergamam suami dia. Then I siap bercakap lagi kat perut dia, “Baby, nanti be good to your mom okay” 🙂

There you go! That’s me… I bukan jenis merintih sedih, lara, kecewa, berduka…just because bekas kekasih I happy. NOPE…I join their happiness lagi ada. Because, I believes, one fine day, setiap orang akan ada hari dia, hari kejayaan dia, hari yang pasti memberi sepenuh kebahagiaan kepadanya!

Take it this way, setiap kebahagiaan tidak semestinya kekal. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Perkahwinan boleh hancur dalam sekelip mata. Anak-anak bekas kekasih kita yang masih kecil itu contohnya, adakah dia akan tahu anak-anak mereka akan berjaya atau tidak? Mungkin, berjaya, tetapi mungkin terlibat dengan berbagai gejala yang tidak sihat? Mungkin juga akan gagal berkali-kali dalam cinta?

Yang penting,

“semasa kita bahagia ni kita jangan sombong dengan orang dan jangan suka menghina atau merendah-rendahkan kegagalan orang. Sebab kita tidak tahu bila pula masa kita akan jatuh…mungkin masa kita akan sampai untuk menempuh kegagalan.”

That’s why, semalam… I terserempak with my another ex girfriend, dan I tahu dia baru sahaja bercerai. Bila dia nampak I, dia cuba nak lari…hehe, I tarik dia…and ask her to be relax. Dia menggeletar dan menutup muka… Adoi 🙂 hehe…relax, I takkan nak menghina dia, atau menjatuhkan martabatnya hanya kerana dia telah kecewakan I dulu then kahwin dengan orang lain and now divorced…dah lah tu, kena pukul lagi, siap naik mahkamah. Tu lah nasib dia…

BUT me…nope, I will not be happy dengan balasan yang dia dapat. Walau I sangat frust dulu-dulu, sangat marah dan geram tapi she used to be someone that I really love. She cares for me…cuma, to her at that time, ada lelaki yang lebih baik dari I, so okay. I understand. Tapi untuk berdendam, untuk berkata, “Nahhh, padan muka kau, dulu kau tinggalkan aku, kecewakan aku, sekarang suami kau pulak tinggalkan kau!”

NO! NO! …I pulak yang rasa sedih untuknya tau. Sedih kerana dia tidak menemui kebahagiaan yang dicarinya. Malah begitu malu sekali apabila bertemu dengan I, merah matanya bila I cakap, “It’s okay, I forgive you.” …orang yang pernah kita sayang, mestilah kita mahu dia bahagia, kan?! Takkan hanya kerana dia kecewakan kita maka kita benci dia sepanjang hidup? Dimana sayang kita dulu?

So, what I’m trying to say is…hadapinya dengan senyuman, hadapi kekalahan anda, hadapi kegagalan anda…dan face your fear! Kemudian anda akan mengatasinya sendiri dengan mudah.

  • Dan sesungguhnya, dari pengalaman I sendiri selama ini, “Jika kita merasa bahagia untuk orang lain, pastinya kebahagiaan juga mahu kita merasakannya!”
  • Begitulah juga jika kita asyik marah, geram dan berdendam serta mengharap dia merasa kecewa seperti kita, maka… “diri kita juga akan terus menjadi pemarah, gagal dan gagal lagi. Malah kekecewaan jugalah yang akan mendekati kita….” 😉

Lawati http://www.notacinta.com untuk mendapatkan berbagai-bagai tip motivasi cinta dari :

Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

16 Comments

  • Scha

    macamane nak berdepan dengan x yang show off kebahagiaan dia dengan gf baru??

  • betul tu bro..kalo kite happy for them..kite pun akan turut rase bahagia

  • Wanie Idayu – Hey, welcome! You know what…you nak beri komen panjang mana pun its ok beb. 🙂

    Anyway, why la you call them adik2? hehe cam you ni kakak2 lah ya hehe…i tengok gambar you dengan Ik tak cam kakak2 pun, biasa je kut. Hows the workshop? Hope you learn something from there. Anyway, did you signup for my free affiliates yet?

  • Ediana – Selalunya begitu tau, I dah alami few times. Apabila I felt happy for those yang kecewakan I, one thing for sure…i rasa lebih lega dan tenang.

    Well, tentu saja jauh di sudut hati kita… kita merasa sakit je, frust dan masih kecewa. Rasa macam, kalau lah dia rasa perit macamana aku rasa kan bagus 😆

    TAPI Ediana, it will not ease your pain, trust me! Kata lah dia pulak dikecewakan… then what? Kita fikir kita akan happy? puas? NOPE…kita tetap sunyi dan keseorangan. Sebaliknya jika kita be happy for others, the happiness will come to us 😉

  • I’ve seen many comments kat topik ni semuanya cukup berkesan, sehingga I nak tambah pun rasa macam… dah tak ada apa dah hehe 🙂

    So in a way Im so glad that everyone have their own experience dan share kat sini, thank you very-very much!

  • ketika cinta bertasbih

    Assalamualaikum….

    Menarik topik nie…bagi saya, face it when you have the strength in your heart…if not…avoid it and take your time…Klau x, muke senyum melebor..dlm hati..menyumpah…lagila x bagus…kite perlu ruang utk muhasabah diri..kdg2 rase hati kuat..tp belum mampu lagi…..sayangi diri…sebelum sayang org lain..betul tak bro ?…heheh

  • ediana

    betul ke bro yg klu kita bahgia melihat ex kita bahgia..kebahgiaan tue akan dtg kpd kita?jujur sy ckp yg aper bro tulis mmg terkena dgn diri sy sndiri..ntah knapa walaupun sy mharapkan dia bahgia tp jauh di sudut ati sy mengharapkan sebaliknya.. sy mengharapkan dia rasa aper yg saya rasa supaya dia tau betapa sakitnya ati sy atas perbuatan dia..bukan niat sy nak rasa nie semua tp perasaan tu dtg dgn sndiri..tmbah lg bila dpt tau dia dh bertunang and bahgia sedangkan sy setiasa mengalami kekecewaan demi kekecewaan..

  • zyzy

    Betul tu bro..i ade citer kisah lama ngn ex tunang.dulu we are sweet couple,very mesra.tp syg xde jodoh.die yg mtk putus tunang.i relakan wlupun sedih sebenarnye.i contact die balik die dh ada wife n bakal jd ayah.i yg skng ni rasa down dgr happiness die.well,kenala face the fear.rasa malu sebab diri xde bf lagi n belum berpunya..umo dh menjangkau 30-an.sedih gak apabila feel mcmni.what to do?dugaan..kena face gak.mungkin kta akan jumpa org yg lebih baik.

  • i suke topik bro kali ni..”face your fear”..mmg betul pompuan ni die x berani nak berdepan dgn ex die even die x slh..bkn pe bro, sbb hati pompuan ni rapuh..wlpun benci camne pun pd ex bf die, tp bile terserempak sekali perasaan syg tu tetibe je muncul..cam i la bro, ex bf i yg kedua (mal)..mmg syg gile kat die sbb paling lame i couple dgn die la nearly 4 years, tapi die cheated on me, de pompuan lain..mmg i sedih+marah+benci, mmg i xblh nak maapkan die..tapi pas breakoff die rase kehilangan i, so die cr i balik,cube mintak maap dan dgn hrpn i akan terime die..atfirst mmg rase ssh nak maapkan die tau bro, tp ape yg i blajar kalo kite lg membenci die lagi kite x blh lupe kan die..so, i cube maapkan die dan terime die as a fren..die slalu gak col i dan bertanye khabar, i selesa berbual dgn die as a fren on phone..nak dijadikan cite,raye last year die dtg umah i, tak tahu la nape i x boleh bertentang mate dgn die..i rase de satu perasaan dlm diri hinggakan i lgsg x boleh berbual dgn die even tgk muke die..perasaan i keliru..perasaan syg,, rindu, etc..i tkt dgn diri i sendiri..nape ek bro?dlm col blh, tp bertentang mate x boleh..

    cite kedua lak, my 3rd ex bf (ihsan)..kitorang couple nearly 1 year..atfirst nak dptkan i mmg die mcm nak gile..tp bile dah dptkan i, die buat x tahu je..too selfish+ego..i benci die..pas kitorg breakfoff, die de col i dan merayu2 suh i terime die balik..i mls lyn die..time couple dulu x nak layan i baik2,pastu baru terhengeh2 nak kan i balik..kononnye syg la, rindu la..ape yg i skait ati sgt tu, tetiap ari i nmpk die dgn pompuan lain..amik pegi balik ofis, etc..cam gf bf la..tapi dlm mase yg same col i dan merayu2..jantan ni mmg x gune..i tahu i bencikan die..tp kan bro. tiap kali tgk die dgn pompuan tu, hati i ni rase sedih, jelous..i rase skt hati sgt, time dgn i dulu die x de pun nak lyn i camtu..bende yg same gak berlaku, i x boleh nak bertentang mate dgn die..i rase cam malu..tapi tula, spt yg bro katekan cube tuk hadapinya..jgn rase tkt or else..”face your fear..”

  • zza

    bro… bleh x bg opinion klu gaji isteri lebih besar dr suami… jua dr segi pangkat.. apa nasihat utk trus menjamin kebahagiaan rumahtangga..agar x timbul ungkit mengungkit di kemudian hr..

  • It is the second entry I read tonight. And I am on my third. Got to think which one is next. Thank you.

  • Ini komen saya yg pertama pada blog ini.:) salah silap harap maafkan..

    Anyway.. Pada pengalaman sayalah, yg ada masalah berjumpa ex ni biasanya perempuan.. Terutamanya jika kitorg masih belum memiliki sesiapa. Ini adalah kerana fitrah wanita yg dikawal oleh emosi. Almaklumlah 1 akal 9 “nafsu”. (kenapa saya letak ” sebab nafsu adalah tersurat, manakala makna tersirat pulak adalah emosi). Kerana itulah lelaki + perempuan sesuai bersama kerana lelaki boleh membantu wanita menangani masalah over-emosional ni (macam bro love bantu mereka2 di sinilah :)).

    sebenarnya, kita kena prektis dan kuatkan hati banyak lah. masa saya muda2 dulu mmg rasa mcm “apasal aku tak halimunan” heheh. tapi bila dah putus cinta 3 -4 kali tu (wahh banyaknya), dah tak heran dah. boleh rileks je. time will heal anything. sabar je & be strong. oh and lg 1, look as good as u can. jgn nampak serabai je konon nak tunjuk tgh terseksa giler ni ditinggalkan si dia. harap2 dia kesianla kan. hampeh, biasanya diorg tak kesian pun. kalau kesian pun yg tak bermakna apa2.

    panjang pulak komen saya kan? sori ye. anyway, very goood work abg razzi. and adik2 yg membaca, bila putus cinta, percaya dengan ketetapan Allah, tabahkan hati, usaha lagi dan berdoa minta yang lebih baik lagi. Wassalam. 🙂

  • ezme

    haluuuu salam ceria sume n BRO..

    mmg nk sgt jpe my ex Bro..
    sbb xsmpt jpe time dia kwen..
    dgr dr adk ex pn his wife dh pregnant..alhamdulillah..i tahu diorg heppy..so im felt heppy too..:)

  • Mr S

    good advice master..
    macam lirik lagu ahmad dhani..
    ” hadapi dengan senyuman,apa yang telah terjadi biar terjadi..”

  • Salam…
    I like this article Bro… semuanya pernah berlaku dalam diri saya… Walaupun si dia dah berpunya… saya x takut berhadapan dengannya. Kalau boleh nak jumpa sekali dengan BF or suami si dia. Kenapa kita nak bermusuh? Makin kita lari, makin Fear tu datang pada kita.

    Saya ada Ex yg saya sangat baik dengan suaminya. Ketika saya ajak jumpa… dia kata agak takut coz ingat saya nak bagi warning.. hahaha.. tapi setelah berjumpa.. saya berbual dengan macam kawan lama… cerita ttg karier.. isu semasa… tiada masalah.. Be Positif.. Silap2 kita dapat kredit kat situ, si dia akan berkata dalam hati ‘kenapa la aku lepaskan kau dulu’ hahaha…

    Anyway don’t run from your FEAR… face your FEAR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons