Jangan berhenti bercinta!

“Kereta, Otak & cinta…semuanya sama!” 

Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda  hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu…dah tak sama beb 😛

Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama…

Otak ~ Yup!…begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka ‘enjin’ untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!… 😮

Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!

CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, “Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh…adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan” ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi…Jangan sesekali berhenti dari bercinta! 😉

Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu…hanya menyerah pada yang Esa. Hey….Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!… 😥

Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta…SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah…enjin mati, otak beku!…CINTA??…samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang… akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan? 😳

Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda akan jadi semakin faham tentang percintaan!

Apabila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!… kan itu yang anda mahu? …jika itu keinginan anda, jawapannya simple je,

“JANGAN BERHENTI BERCINTA!” 😎

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love

www.razzirahman.com

39 Comments

  • sy nih dh beberape kali clash..dlm 3x..
    sye pun x tau skg sye nih mcm mane..
    sye seorg yg sgt tegas..sgt punctual..sgt suka kejujuran..saya x kisah kalau someone tuh agak nakal tp yg penting die jujur…sye x kisah kalu lelaki tuh nak keluar dgn perempuan lain tp x bohong sye bile sye tanye..simple ajer..tp lelaki susah nak phm..sanggup menipu konon x nak perempuan sakit ati..tp sbbkan sakit ati diorg tipu sye dgn sng ati putuskan..boley katekan saye nih jenis ego..tp kekdg sye perlukan perhatian seorg lelaki..cume dgn ketegasan sye..ramai lelaki yg dekat dgn sye x memanjekan sye..sbb diorg pk sume sye boley buat..independent person..so tlg lah nasihat ke aper ker…

  • rofo

    sy cuba berkawan dgn ramai org utk mghilgkan rasa cinta sy pdnya..tp sy xmampu hgga kini. mgkin perasaan cinta masih ada utknya sdgkn dia sudh bahagia dgn makwenya skg…apa pun sy sntiasa doakn kebahagiaan dia krn cinta sy kpdnya…sy xtau siapakh akn sy temui selps ni krn sy takut myb perkara yg sama akn berlaku lg.apakah yg perlu sy buat? terus berkwan utk mencari cinta len atau biarkn sahaja semua ni hgga mnjd miss lonely 4 ever

  • rofo

    saya pun penat nak cari cinta yang betul2 cinta.macm dh putus asa jer huhuhu.tolonglah saya…sy cinta pd org yg xcinta sy, sy tolak org yg suka sy..sy pening laa…cinta xleh dipaksa, tp knp kita jatuh cinta pd org yg x mencintai kita…

  • HEMA

    i tak tahu camana tahu dia suka kat aku bro…tapi bila i sms selalu kat dia..i ckp jgn pergi jauh dari saya…dan dia ckp okey..so apa maksud jika dia ckp camtu kat i…..adakah perhubungan ini lebih dari kawan….

  • Hema, segala-galanya bermula dari sebuah persahabatan. Just go ahead with your feelings, cuma make sure dia juga punya rasa yang sama dengan you 😉

  • HEMA

    thanks bro actualy i ada kawan sejati tapi dia lelaki dan laen bangsa dan i mula suka kat dia sebab kita dah lama kawan dan i pena bny bantu dia .salah tak jika i suka dengan kawan sejati i .i confusela bro

  • HEMA

    HAI BRO NAMA I HEMA BOLE TANYA SOALAN TAK

  • Kiemiey ~ tenang beb…jangan sesekali letakkan percintaan dahulu dari diri anda. hargai diri anda beb.

    Banyakkan berdoa kepada Tuhan. InsyAllah kalau ada jodoh adalah Tuhan mudah kan jalan anda. begitulah sebaliknya.

    Ema ~ Bro doakan Ema semakin tenang dan bijak menghargai diri Ema sendiri. Janganlah kerana seorang lelaki maka Ema berubah tanpa rela.

    All the best!

  • Wani ~ Kalau sudah putus asa dalam bercinta, nasihat bro selalunya…banyakkan kawan, mula berkawan ramai-ramai dengan lelaki maupun wanita. Dari persahabatan itu mungkin kita akan melihat…diri kita jauh lebih baik dari kawan-kawan.

    Mungkin juga hati kita akan terbuka kepada perhubungan yang lebih matang.

  • Baby ~ Selalunya orang lelaki ni kalau dia kata dia dah tak nak sambung…maka memang susahlah nak sambung lagi tu.

    Paling-paling you boleh cuba ialah dengan duduk dan berbincang secara terbuka. Tanya apa yang dia benar-benar mahu dan tidak mahu.

    Tanya juga kalau-kalau dia sudah menemui orang lain.

    kadang-kadang, perrpisahan yang berlaku adalah kerana Tuhan mahu temukan anda dengan orang yang lebih baik dari sebelumnya. 😉

  • baby

    Salam. Bro sy ada masalah ttg cinta..sy br je break ngan bf sy hampir sbln..ianya berpunca dr sy. Sy telah lukakan hati dia. Skang ni sy dah btul2 sedar & dah berubah. Sy dah pujuk bf sy utk menerima sy kembali..tetapi dia tetap berkeras hati. Sy sgt menyayangi dia & masih tak bleh terima sy ngan dia break. Apa yg patut sy lakukan agar dia menerima sy kembali?

  • wani

    saya macam dah putus asa dlm bercinta..
    tolong sya..

  • Assalmualaikum..sy ada msalah..baru2 nie sy break ngn gf sy..
    sy teramat sdeh sbb kami berpisah krn abg gf sy yg srh break..
    mula2 gf sy xnk..tp abg dye ugut dye ngn mcm2 bnd..so,nk x nk dye terpaksa jgk mnx break ngn sy..dan disebabkan sy takut abg dye akn bwt sumthng kt dye,sy dgn berlinangan air mata putuskan dye ..skrg nie sy tgh tertekan..sy msh x dpt trima hakikat sbb ktorng stll cinta-mencintai..sy rsau sy akn trs jatuh coz sy akn menduduki SPM tahun nie,,tolonglah bantu sy..plz!!!

  • eMa

    Assalamualaikum Bro…lama betul ema tak join bro ngn kengkawan lain….berkat nasihat bro, ema skang semakin tabah…tapi….ema takleh berhenti mencintai org yg mengkhianti cinta ema…bergaduh dalam percintaan buat ema semakin matang..tapi semakin tidak mengenali lelaki……

  • SUE : Itu up to you lah kalau you dah putus asa dan give up dengan lelaki kat Malaysia ni.

    BUt to me, you hilang satu masalah, you pasti akan hadapi masalah lain pula. Itulah namanya dunia. Kalau semua berjalan lancar…itu namanya syurga.

    Kalau you lagi suka hidup dengan kesepian..itu hak you. Kalau you dah letih bercinta, penat dengan putus cinta…bagi bro you terlalu cepat mengalah dan give up dengan cara paling lemah sekali.

    Takkan you berputus asa hanya kerana dikecewakan lelaki? Sanggupkah you memberi kemenangan itu kepada lelaki yang telah menghancurkan hati you?

    You sepatutnya bangun dari kekecewaan, bangkit dari kegagalan…bukan hanya menerima dan give up! Seolah-olah hanya you sahaja kat dunia ini kecewa dengan cinta. Bukankah setiap kejadian yang berlaku adalah kehendak YANG ESA?!…

    Jadi, tentu saja kekecewaan dalam cinta yang you hadapi ada hikmah dari Tuhan! Mungkin semua lelaki yang you bercinta sebelum ni tidak elok untuk you. Mungkin juga kerana Allah akan temukan you dengan lelaki yang lebih bagus lagi!!…

    Jadi, jika you give up today, hilanglah peluang you untuk menemui hikmah dari perpisahan itu.

    “Setiap perpisahan, akan ada pertemuan!”

  • sue

    bro klu i cakap hidup sepi lg best x yah pikir soal masalah cinta lagi..pe pendapat u bro? coz i sekarang dah x de pe2 fill pasal nk jalinkan hubungan ngn mane2 lelaki kt malaysia ni. x tau la sampai ble beb.

  • Wo…I still remember my unfinished business and you know what Achikz, it will never finish… 🙁

  • achikz

    lom blh pilih la bro….

    manyak lagi unfinished business nih…. ;p

  • Bro suka tu date tu 08-08-08 …bro rasa time ni pun ramai orang cina kahwin…pasal manyak ong maa! 😀

    And ya lah Achikz…bila nak mendirikan rumahtangga… dalam 3 bf tu pilih satu dah lah 😉

  • miss love

    biarlah rahsia…

  • ixora

    yes achikz…..

    sebab itu Allah ckp bila seseorang tu kawin
    1/2 daripada ibadat!
    cuma sebagai insan biasa, if kita tak ikut apa yg Allah dah suruh, tu yg perkahwinan jd tak best…..

    oleh itu…..ingatlah
    kita dah ada panduan iaitu Al Quran
    ikut aje….insya Allah aman mankmur

    percayalah….

    ehem achikz bila nak mkn nasi minyak?

    ixora plan 08-08-08……tapi waaaaaar bro masa tu blm bis edahhhhh
    heheheheheh

  • achikz

    is it? ;p

  • ixora

    futooooooo opsss
    fuyoooooh

    hehehe…..ni ixora nak mkn nasi minyak….alahai mengidam dah ni bro!

    wah sok lusa sekolah cuti
    meriahlaa KL….kenduri kawin serata tempat
    my mama kat kg, kdgkala dlm 1 hari jemputan kawin boleh cecah 10 tempat!

    anwyay ingin ku teriak

    “PERKAHWINAN ITU ….BEST!”

  • achikz

    sukati la bro, janji lu bahagia… miahahahahahahah…. ;p

  • Hahahaha….apa lah you all ni, relek arr..ada lah bro tengah bercinta dengan seseorang la, sweeeeeet sangat tau 😀

    Tapi dia tak suka glamour, tak suka ditonjolkan…dia jenis low profile punya. So…biarlah rahsia 😛

  • miss love

    wah bro sehangat api yang menyala…tp bara bakar kulit tu yang sakit tu bro…bro ade la tuh..still nk sorok2 ye…xpe wait n see achikz n ixora…karang dia tunjuk la tuh sape awek dia…

  • ixora

    yeaaa ixora pun tertanya2…..la bro bercinta ngan sape
    suspen jer kan achikz

  • achikz

    nk bercinta dgn sape, bro?? adess…..

  • ixora

    hehheee,,,,lucu aaa bro
    i acah aje aaa
    my pic biase je…..anyway today my tido day je

    fihhh puasnye dpt tido
    yg pelik mimpi dgn dia je
    awat jadi gitu

  • Ok..ok..ok…hantar2 pic you tengok, bro nak tengok, boleh pukul gf bro tak hehehe… 😛

    Kalau boleh panah, bro suspect sama you 😀

  • ixora

    yeeeeeea
    smlm i wat makeover…..my will be x
    terkesima….kekeke
    dah terlewat sayang

    i m ready for new date
    hahaha
    hehe bro nak my pic bole laaa
    kakaka
    takutla api baru menyala bro terpadam tgk i……hehehe i perasan laaaa plakasss!

  • Eh Ixora, edah je belum mula, bukan nak kahwin lagi,kan?…at least bercinta dulu tak salah kut? bersiap sedia gitu, at least 6 motnhs nak berkenalan…cuma jangan pegang2 naaa 😛

    Miss Love, Sehangat api yang terus menyala sehingga meninggalkan bara yang bisa membakar kulit mu… 😉

  • ixora

    hahahahha…..jadi isyu rupanya zaman bercinta

    so time2 bercinta…..hahhaaha
    time bercinta best coz ada hubungan telepati
    kalo dating…terpakai baju sama……syiokkkk!
    berckp dan berdating dr sarapan hingga ke dinner…..tak sedar!
    bestnyaerrrr

    itu time bercinta masa belajor……10years ago….time student …duit takde share…hehhehe

    wah berdebar utk bercinta baru……nie
    hehehhe….risau uuuu
    tapi mak kat kg cakap
    jgn dok fikir lagi…..edah pun blm mula!

  • miss love

    iyelah ixora ape maksud zaman bercinta..nape dh pupus ke zaman bercinta??dont be like that ixora..sehangat ape bro??

  • Eh Ixora…apa u cakap ni zaman bercinta??…alaaa bunyi cam dulu-dulu je 🙂 becoz bro masih tengah duk bercinta hangat lagi ni hehehe…

  • ixora

    ehem…jgn berhenti bercinta!

    wah bro….misslove….dll
    bestkan zaman bercinta.
    ixora pun tgh dok prepare nak bercinta semula
    wahhhh kot gitu cepat kan bro…..hahahha

    bercinta dgn diri sediri dulu….heheh
    make myself happy…bak kata bro
    relaks….tenang
    go with the flow

    petikan dr R’esq

    “tiada orang yang hidup di muka bumi ini terlepas daripada masalah. bukan masalah yang menjadi msalah.
    apa yang menjadi masalah sebenarnya ialah bagaimana menghadapi masalah tersebut!”

  • Yes!!…to all of you, teruskan bercinta jika anda gagal. Kegagalan itu mendewasakan anda, kegagalan itu akan pasti memberi kejayaan kepada anda. Tiada kegagalan, tiadalah kejayaan.

    Don’t worry, now kalau ada masalah apa-apa dalam cinta bro ada untuk membantu anda… ada masalah cinta?? “Tanya Brother Love!” 😉

  • miss love

    thats right bro,jgn berhenti bercinta..cinta kadang buat kita sedih,happy,kecewa,terluka,bahagia…mis love harap kawan2 pun rase semua nih..then dh rase semua nih kita akan rase hebat untuk terus bercinta…good luck to all of u…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons