gambar_blog15

Tersenyum lebar kakak-kakak dan isteri-isteri membaca topik Bro Razzi kali ni kan… semua suka semacam je. Tengok tuhh… dah hint kat suami masing-masing dan suruh hafal, well… sememangnya artikel Razzi kali ni khas untuk semua, especially nak-nak dekat raya ni kan 😀

Bagi yang sudah bertahun-tahun follow penulisan Razzi semenjak 2006, dari buku-buku dan ebook-ebook saya, dari blog Brother Love dan facebook, pasti tahu apa yang selalu saya bentangkan. Santai dalam panas, macam tengah berjemur kat tepi pantai gitu…

So, SUAMI! Husbands and what a great father you’re… juga harus senyumlah bila membaca saranan saya ni. Bukan apa, sememangnya kita tahu tanggungjawab seorang suami dan betapa banyak perbelanjaan di dalam sesebuah rumahtangga. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah memiliki anak-anak yang bersekolah. Persediaan masuk sekolah pun dah ribu-ribu.

NAMUN, janganlah sesekali merasa gusar atau takut untuk berbelanja kepada keluarga especially isteri. Secara logiknya, setelah isteri yang bertungkus lumus menjaga rumah serta anak-anak, menyiapkan segala keperluan suami dan sebagainya, “She deserved a great treatment from her husband!.”

Pesan ibu saya :
“Esok Razzi kahwin, janganlah takut belanja isteri dan anak-anak, InsyaAllah! berkat dan akan bertambah lebih banyak rezeki nanti!”

Aduuuh!! kalau seorang ibu sudah berpesan sebegitu, takkan kita mahu mengabaikannya? Sesuatu yang baik dan membawa berkat ini sewajarnya kita ikuti dan amalkan. Lagi pun, sesungguhnya, setiap anak-anak kita itu, sedari dalam perut ibunya lagi, Allah telah meletakkan rezekinya sendiri. Begitu juga, si isteri. Rezekinya telah ditetapkan – Inilah yang kadang-kadang tu kita sering terlupa.

Mungkin dalam tiba-tiba kita mendapat rezeki yang banyak. Lantas kita fikir semuanya adalah dari usaha kita seorang diri. Sebenarnya, rezeki yang banyak itu adalah KOMBINASI dari rezeki anak-anak dan isteri yang disalurkan melalui kita.

Sebab itu sering orang kata, “Rezeki anak-anak”…betul kan? Tapi orang jarang kata,  “Rezeki isteri” Haaa… jangan lupa ya tentang rezeki dari ‘membina masjid’ itu, iaitu rezeki perkahwinan, dapat isteri itu juga rezeki, malah cukup besar sebenarnya, dengan berkat dari Allah swt, bertambah banyak rezeki selepas kahwin, sebab nak menanggung isteri ni 😉

Jadi, JANGANLAH TAKUT untuk BELANJA ISTERI, walaupun isteri mempunyai pendapatannya sendiri. Kalau isteri nak belanja suami, Alhamdulillah!… jika tidak, kita belanja dia banyak-banyak! Hahaha 😀 – manalah tahu, lagi banyak kita belanja isteri, lagi banyak Allah curahkan rezeki dan menambahkan keuntungan buat kita, isteri pun pasti bertambah sayang!

Daripada si suami ni asyik belanja kawan-kawan nak menunjuk dia banyak duit, lebih baiklah belanja anak-anak dan isteri. Sesetengah suami pulak ada yang suka belanja kat entah sapa-sapa dan awek mana. Hmm, ada baiknya belanja isterilah, dah memang sah-sah milik kita. Daripada belanja perempuan mana ni, belakang kita dia melaram dengan jantan lain, kita tak tahu. Buat rugi duit kita je.

PERINGATAN!
Amboi, suka sangatlah tu si isteri mendengarnya! TAPI, kena ingat juga isteri-isteri tu… maksud belanja isteri disini BUKAN belanja isteri yang boros dan suka menghabiskan duit suami, sehingga melampaui kemampuan suami.

Tetapi, belanja isteri yang baik, penyayang, solehah, bijak mendidik anak-anak, pandai berjimat, mengurus rumah tangga dan menghormati suami. Kalau isteri yang membazir dan suka menunjuk-nunjuk tu, buat Tuhan tarik rezeki kita lagi, ada lah.

So, sebagai seorang suami amatlah berkat berbelanja untuk anak dan isteri. Janganlah sesekali merasa takut habis duit atau menganggap perbelanjaan buat isteri itu satu beban yang memudaratkan. Selalu percaya, dengan berbelanja pada isteri, InsyaAllah! rezeki kita akan bertambah lagi, kasih sayang dalam perkahwinan juga akan kekal aman sentosa.

p.s. : Ingin ketahui semua buku-buku/ebooks Razzi dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share ARTIKEL ini, dengan kawan-kawan anda, semoga ianya dapat memberi manfaat…



Apa komen anda? : [2] Comments