Jika Cinta, BERTINDAK SEKARANG!

gambar_blog17

Sepanjang bulan ini sahaja Bro Razzi boleh katakan RAMAI SANGAT yang kehilangan arah akibat ditinggalkan kekasih yang selama ini berjanji untuk berkahwin. Asalnya, kerana sayang…kerana cinta lalu hati kekasihnya dijaga rapi. Hidupnya merana tak apa, asalkan yang tersayang tenang di jiwa tanpa sebarang soalan, tanpa kepastian, tanpa tekanan darinya.

  • Walhal ibu bapa selalu menekan bila nak kahwin?! Dah bertahun-tahun bercinta, berkawan dan berkasih mesra. Ke hulu ke hilir bersama… bergaduh bagai si gila, berkasih khayal hingga lewat senja!

Tapi bila disoal tentang kahwin, soal nikah dibangkitkan saja… pasangan terus terdiam, atau pun lari entah kemana. – Oleh kerana takut pasangan melakukan peristiwa sama, lalu soal perkahwinan didiamkan saja!

AKIBATNYA... anda juga yang merana, anda juga yang terbiar sengsara! Dia? Sedap je merintis kehidupan biasanya…

Sebenarnya perkara ini berlaku kerana sedari awal anda tidak bertanya rancangan sebenarnya. Itulah RAHSIA PERHUBUNGAN yang selamat!

“TANYA SEDARI AWAL!” – Jika dia mempunyai rancangan masa depan… InsyaAllah dialah orang yang patut anda berikan peluang untuk memulakan sesebuah perhubungan. TETAPI…

  • Jika jawabnya, “We go with the flow…” maka anda pun flowing lah tah kemana.
  • Jika jawabnya, “Kita tengok macamana…” maka anda pun akan duk tengok sajalah sampai bila-bila!

 

RAMAI yang takut bertanya, takut dia terasa, takut memberi tekanan, takut tak ada orang nak kat kita… takut itu, takut ini… JANGAN TAKUT! – Kalau betul dia tak nak, kalau betul pun nak hilang BIARLAH!! …buat apa ada orang yang macam tu pun… JANGAN TAKUT kehilangan dia hanya kerana segan bertanya rancangan masa depan… atau tidak mahu dia terasa hati dan tertekan dengan keinginan anda yang ingin tahu rancangan dia yang sebenarnya.

  • Must think of your future! Sampai bila nak tunggu tanpa kepastian?

It’s okay to ask, “Adakah kita akan berkahwin atau hanya sekadar bercinta saja?”“Jika benar ingin berkahwin… BILA? Bulan berapa? Tahun?”

– Bila dah dapat haribulan, jumpa bersama-sama dengan ibu dan bapa tetapkan tarikh merisik dan sebagainya. Jangan kata,

  • “Eee takkan saya nak tanya,biarlah dia fikir sendiri, dia lah yang kena buat keputusan!” “Takkan saya nak tanya malulah, nanti dia kata saya desperate!”
  • Itu yang silap! …ANDA BERHAK TAHU! Jangan malu dan segan. Jika dia benar-benar dan serius mahu berkahwin dia LAGI SUKA berbincang soal perkahwinan. Yang buat sesetengah orang melenting, tak suka, marah, dan bagi alasan macam-macam SEBAB dia tak mahu kahwin lagi!

Itu yang ramai tak kahwin-kahwin sebab tertipu dengan mereka yang suka, tunggu dan lihat. Sengaja lambat-lambatkan sementara menunggu ada yang lebih baik lagi!

Anda punya perhubungan, orang tu cintakan anda. MENGAPA TAK BOLEH TAHU? MENGAPA TAK BOLEH TANYA? MENGAPA TAK BOLEH CAKAP BILA NAK KAHWIN? …MENGAPA ada perhubungan tapi tanpa sebarang kepastian? Janji tinggal janji, tahun demi tahun…tak kahwin-kahwin, akhirnya umur sudah lanjut… kulit semakin kecut, last-last berpisah juga tanpa haluan! SAPA RUGI?

Sayangi diri anda sendiri dan JANGAN biarkan maruah anda tergadai begitu mudah sahaja! Jika Cinta, BERTINDAK SEKARANG!

“Allah akan membuka jalan rezeki yang melimpah ruah bagi mereka yang mengerjakan sesuatu ke arah kehidupan yang HALAL!”

p.s. : Ketahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

12 Comments

  • baby

    salam.. sy seorg ibu tunggal.sy bkwn dgn suami org. sy bkwn dgn beliau b4 beliau kawen lg. tp sbbkan bgado dgn sy dia jmp isteri dia dan bkwin. dan slps dr itu sy cuba jauhkan diri sy. tp bila 6bln lps dia kawen dia hubungi sy kembali dan kami bhubung balik sehingga kini..dan beliau telah dikurniakan sorg anak. sy ada terpk utk tidak lg meneruskan hubungan ini kerana dia xpernah berjanji utk menikahi sy.cuma dia ada suh sy bjanji jgn ada lelaki lain selepas dia. sy buntu.. sy jua kerap bermasalah dgn beliau…apa yg harus sy lakukan lg..meneruskan atau tidak…

    terima kasih

  • Suzie

    Setuju dgn miss ct..

    1. keserasian ada
    2. masing2 bertanggungjwb
    3. ikhlas antara satu sama lain
    4. mampu

    kawen je laa…

    Yg dok tangguh tu sengaja je nak cari lasan nak lari sbb dah ‘dapat’ kan bro kann…

  • ALIN – Lelaki tak nak kahwin ni ada 3 sebab utama :-

    1. Tak ada duit!
    2. Sebab sudah ‘dapat’
    3. Sebab belum puas enjoy dan menanti untuk yang lebih baik lagi.

    So you check lah… test dia, spy dia…see what happen.

  • Alin

    bro razzi…cmner plak ngan bf sy?ble sy tanye die ‘bile kte nk kawin?’die asik ckp sabar…bile sy tanye ‘awk betol2 nk kawin ngan sy atau x?’die ckp..betul2 nk kawin ngan sy..sy tanye die ‘awk x ckup duit lg ke?’die ckp ‘bkn mcm tu’…die asik sabar3,nnti kte kawin gak…pd pandangan bro,ape makne sabar die tu?mybe bro lbh faham perasaan org lelaki kn?plzz….

  • BUTTERFLY – good job! hehe… don’t worry sangat la kalau lelaki tu tarik diri hanya kerana ditanya tentang nak kahwin atau tidak… sebab yang tarik diri ni selalunya hanya yang main-main saja.

  • SARA – Fikirkan masa depan you dan maruah keluarga Sara tu… Nampak caranya macam betul-betul sayang, cuma dia perlukan sedikit PUSH… mungkin selama ini dia rasa dia tidak akan kehilangan Sara, thats why dia relaks je…

    Cuba buatkan ada orang lain yang minta nak kahwin dengan you, tengok la dia bertindak camana, ini baru tahu dia benar-benar sayang atau tidak. 😉

  • butterfly

    sgt bersetuju dgn statement abg razi ni….. dulu sy x tepikir pun nak buat macam tu. 6 tahun brcinta usia dah 27.. masa terbuang begitu jak. akhirnya dia mo kawen ngan org len. skrg mana2 lelaki luah suka kat saya akan tanya, bila kawennya?? sy cr suami bukan boypren. so kalau lelaki tergagap2, dia lum redy lg tu. west time jak.. so adik2 amik pjaran. huhuhu

  • sara

    Tapi kan, sy rasa dia mmg btl2 syg sy..dia kol sy setiap hari (kami pjj), amik berat ttg sy, dah beberapa kali jmpa family dia…tu yg buat sy keliru sama ada dia nak kawen atau x dgn sy…masuk tahun dpn, dah 4 tahun kami couple…

  • sara

    Artikel ni memang kena batang hidung sy…mmg ini la siuasi sy….tapi sy takut nak wat keputusan..what should I do bro Razzi? Help!

  • miss_ct

    setuju dengan artikel nih.
    kenal lama2 pun x guna.
    kalau:

    1. keserasian ada
    2. masing2 bertanggungjwb
    3. ikhlas antara satu sama lain
    4. mampu

    kawen je laa…

  • Aida Salleh

    Someone told me kalau d relation dah bertahun-tahun tapi macam takde penghujung, itu maknanya there’s something wrong somewhere. Just like what u said, “mnungkin dia sengaja lambat-lambatkan sementara menunggu ada yang lebih baik lagi”.

    Jadi untuk apa tunggu lagi. Angkat kaki jalan je lah. Pasti ada yg lebih baik untuk kita kemudian nanti. Am i rite?!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons