Kisah Cinta Razzi – “Cinta Nita”

 “Segala-galanya bermula dari sebuah persahabatan!”

Ramai sudah tahu Bro Razzi selalu menulis dari pengalaman-pengalaman lama juga dari apa yang dipelajari dari kegagalan demi kegagalan yang dilalui. Saya juga cukup suka berkongsi kisah-kisah cinta saya yang lampau. Dan kali ini, istimewa untuk anda…sebuah lagi kisah cinta Razzi yang cukup menarik dan menyayat hati. Semuga anda mendapat manfaat darinya…

Semasa saya bertugas dengan M.A.S di airport dulu, saya mengenali ramai pramugari. Asyik duk bercinta dengan pramugari je lah hehe. Habis, kat situ je kehidupan saya siang dan malam. Mengendali operasi penumpang antarabangsa keluar dan masuk negara kita ni. So, salah seorang pramugari yang pernah saya kenali ialah Nita. Dialah pramugari pertama yang saya pernah jatuh cinta dulu.

  • Namun, bagi Nita saya hanyalah seorang sahabat bukan kekasih…

Masalah yang sering saya alami dengan Nita ialah, cara Nita melayan saya seperti seorang yang cukup benci kat saya…

  • benci dengan cara saya,
  • benci dengan penampilan rock saya
  • benci dengan apa yang saya perbualkan,
  • benci dengan pendirian saya tentang hidup.
  • Malah apa sahaja pelawaan saya, dia akan menolak dulu…tapi kemudian baru menerima. Huuhhh…moody semacam!

Kalau ajak keluar, mesti ON!. Keluar makan ke, tengok wayang ke sure nak. Yang paling  dia suka ialah ronda-ronda KL dengan saya. Pelik tak??…Benci, tak suka itu dan ini tetapi mahu. Nak kata dia punya boyfriend, tak ada pulak tu. Hari-hari tunggu saya call je…kalau tak call mulailah bad mood. Kalau call pulak, macam tak suka!

Aii…orang pompuan ni ya, memang kompleks betul! Hehehe…Jangan marah arrr…

Walau macamana sekali pun, saya sangat-sangat sukakan dia dan Nita adalah cinta pandang pertama saya. Bagi saya, jatuh cinta tidak perlukan masa, cuma jika untuk serius dan bersedia untuk berumahtangga pastinya memerlukan masa untuk kenal dengan lebih rapat lagi. But for falling in love, jika saya dapat merasakan, “Nak!..nak!…nak!” itu bermakna saya telah jatuh cintalah kan.

…dan Nita pula, adalah seorang gadis yang sangat cantik, manja, lembut. Kulitnya putih gebu tapi bukan kerana anak mat salleh…Nita adalah seorang gadis melayu tulen dengan hidung tirus menunduk ke bawah, uhh… paling saya suka, pinggangnya yang ramping, fuhh Nita memang lawa giler!  Seorang pramugari yang sangat manis apabila melayan penumpang. Haaa…saya ni jarang puji-puji orang ni, tapi bagi saya kalau yang mix ni tak real la kan. Hehehe…itulah citarasa saya.

Perhubungan kami berlarutan beberapa bulan, tapi…

Nita tidak pernah mahu declare yang dia tu Girlfriend saya jauh sekali kekasih walaupun kami seperti belangkas. Berkepit je 24jam.

Jadual kerja kami juga selalu ditukar agar mendapat waktu yang sama-sama dekat so boleh lah pulang bersama. Hampir setiap hari saya menghantarnya pulang…

Tapi sampai sudah, saya tidak dapat melihat cintanya bersemi. Berbagai pemberian, masa dan wang ringgit telah saya habiskan seikhlas mungkin demi CINTA NITA…apa yang saya dapat hanyalah sebuah persahabatan…

Saya kecewa, kecewa yang teramat sangat. Selalu juga saya terjerit-jerit seorang diri di bilik atau di depan pantai yang terbentang sunyi. Apa lagi?…apa lagi yang perlu saya lakukan untuk memiliki seorang kekasih??…untuk mendapat walau secebis cintanya…frust beb!

Akhirnya saya terasa seperti dipergunakan. Apabila hendak keluar bersiar-siar, makan atau menonton, saya dikehendaki. Tetapi apabila saya bercakap serius tentang perhubungan kami, kata Nita,

  • “Kan kita selalu jumpa…apa lagi yang you mahu?”

Apabila saya kata saya perlukan seorang kekasih dan ingin diyakinkan yang Nita milik saya, katanya lagi,

  • “NO!, I bukan kekasih you, I bukan nak bercinta dengan you…bukankah kita ni masih muda lagi? I tak berminat dengan komitmenlah  Razzi.”

Bagai tersiat isi dan kulit muka saya ni. Semput rasa dada menahan sabar. Itulah ayat yang selalu diulanginya, setiap kali saya bertanya atau mulai berbual soal perhubungan. Senak dada beb! Terseksa batin wa ni beb adoi…

  • Akhirnya, saya telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Nita. Dengan berat hati saya memberitahu Nita yang saya mahu berpisah dan mahu mengenali orang baru dan mencari seorang kekasih. Nita hanya mendiamkan diri, wajahnya langsung tidak ada reaksi apa-apa…entah dia suka, entah tidak, tidak pulak saya tahu.

Pada hujung tahun…akhirnya saya telah meninggalkan Nita. Kegembiraan mulai terasa di jiwa saya apabila saya sudah kembali ke arena pemburuan cinta. Setiap hari, itulah di fikiran saya, mencari cinta yang sejati. Rasa terbuang sangat masa bersama Nita. Itu yang saya duk cari cinta je…kat Airport tu, semua orang tahu lah saya dan tujuan saya ni…asyik nak cari mak we je hehehe! Bukan nak buat apa beb…nak buat bini lah! Hehehe…

Lebih sebulan kemudian, sewaktu pulang dari kerja dan masih di Airport lagi, saya didatangi seorang pramugari yang cantik dan manis sekali. Teruja saya dibuatnya…ishh, dapatlah kali ini buat girlfriend, dia yang dekati saya pulak tu. Tetapi kegembiraan saya itu hanyalah sementara kerana kedatangannya adalah semata-mata untuk memarahi saya. Saya kebingungan dan hairan…

Marahnya bukan kepalang, semuanya adalah semata-mata kerana saya telah meninggalkan Nita yang rupa-rupanya kawan baik dia yang juga teman sekampung, dari negeri di selatan. Saya cuba menerangkan keadaan sebenar tentang Nita. Namun katanya,

  • “Mengapa awak bodoh sangat?…Nita punya sayangkan awak dan amat menyintai awak tau?! Dia saja-saja cakap, tak suka, tak nak…”

Saya terus kebingungan…

  • “Aik? apa yang awak cakapkan ni, …Kan Nita kata kami muda lagi dan belum bersedia. Dia juga kata yang dia tidak minat pada komitmen! Tapi… lain pula cerita awak ni?”

Dengan matanya yang semakin membulat geram dia menjawab,

  • “Awak yang tak pandai, dia bukan serius bila cakap macam tu. Dah hampir setahun kenal, hari-hari dia berjumpa awak. Call 2-3 kali sehari, keluar sama-sama, makan sama-sama, menonton bersama, siang malam duk berkepit ke sana-sini…itu bukan kekasih ke? bukan girlfriend ke???…nak kena tidur dengan awak dulu baru kira kekasih?! Awak ingat kami pramugari ni hanya for fun ke??!”

Perrrghh…terkedu seribu bahasa, terpana dan terduduk wa beb, menangis tak berlagu. Keinginan saya yang sibuk menginginkan satu pengisytiharan yang kami adalah ‘kekasih’ adalah satu kebodohan saya yang tidak dapat saya maafkan!

Mengapa saya tidak sedar yang Nita sebenarnya adalah sememangnya kekasih saya? Aduuhhh…mengapa? Mengapa saya sibuk-sibukkan perkara remeh, inginkan ucapan kasih, I miss you, I love you…sedangkan kami seumpama belangkas!

Mengapa saya mahu lebih? ahhh…bodoh! bodoh!…Saya tidak menyedari yang kekasih, sayang, boyfriend, girlfriend hanyalah satu panggilan…Yang penting cara perhubungan itu!

Sederas kilat saya berlari meninggalkan pramugari itu, untuk ke kereta saya di parking lot. Kemudian terus saja saya memecut menuju ke rumah Nita. Sepanjang perjalanan, seluruh tubuh saya mengigil-gigil entah mengapa. Rasa gembira bercampur kesal bergelumang di jiwa. Aduuhhh…

Setibanya saya di Kelana Jaya, depan rumah Nita, kelihatan beberapa orang seperti sedang mengeruminya. Saya kehairanan, dan terus tercegat di luar pagar, menanti… Jelas sekali masing-masing seperti teresak-esak dan saya dapat meneka…Nita akan meninggalkan mereka… “Oh God!…adakah Nita akan meninggalkan aku?!”

Setelah saya berdiri di situ seketika, mereka mulai menyedari kehadiran saya. Belum pun sempat saya bertanya Nita apa yang telah berlaku, sebuah teksi Comfort tiba.

Suasana menjadi semakin tegang. Nita menangis kuat dan cuba menjauhkan dirinya dari saya. Diusung cepat beg-begnya dan langsung tidak mahu menegur saya, sambil teresak-esak dia meluru ke teksi yang sedang menanti. Saya kegeraman dan merampas beg-beg Nita itu dan melemparkannya ke jalan. Saya menarik Nita dan merapatkan tubuhnya kepada saya,

  • “WHAT HAPPEN?? WHY NITA? APA INI SEMUA??”

Nita tidak menjawab, malah terus menangis teresak-esak dan menepis tangan saya. Dikutipnya beg-beg dia semula dan terus memasuki teksi yang mulai berlalu pergi. Saya ternganga-nganga, kebingungan dan terus tertanya-tanya, apa yang telah terjadi?…saya ditinggalkan dengan seribu persoalan, seribu kekesalan…

Ya Allah…aduhh, sepatah kata terakhir dari Nita pun tidak dapat saya dengari. Seksanya batin ketika itu…

Namun, walau terseksa sehebat mana, jiwa Nita lebih terseksa sebenarnya. Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu yang Nita terlalu kecewa kerana berpisah dengan saya…CINTA PERTAMANYA! Lalu Nita sebenarnya tidak melapurkan diri ke Cabin Crew department, gone missing dan telah pulang ke kampung…sehinggalah dia dibuang kerja!

Kekecewaan Nita pastinya tidak tertanggung oleh sesiapa sahaja… Sehingga ke hari ini saya masih merasa bersalah terhadapnya. Dan kerana saya yang bodoh dan inginkan sesuatu yang lebih darinya, saya telah mengecewakan seorang gadis yang sangat baik, jujur dan setia. Akhir sekali saya dengar tentang Nita, dia telah menerima pinangan dari seorang lelaki Singapura yang bekerja sebagai Pramugara Singapore Airline. Beberapa kawan baru-baru ini telah memberitahu saya yang Nita kini sudah hidup bahagia sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai sepasang anak. Saya gembira untuknya…namun, jauh di sudut hati saya…saya berduka dan akan terus rasa bersalah serta teramat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan…

“Segala-galanya bermula dari sebuah persahabatan!”

Itulah yang selalu saya laung-laungkan setiap masa. Ianya begitu bermakna bagi saya, bukan sekadar berkata-kata…. Ianya adalah satu penyesalan saya yang mana saya tidak menyedari persahabatan yang terbina antara saya dan Nita sebenarnya adalah satu detik permulaan sebuah percintaan. Namun, saya begitu alpa dan bodoh sombong untuk melihatnya sehingga saya kehilangan seorang kekasih yang amat menyayangi saya. Sedangkan saya hanya sibuk dengan apa yang saya mahu, yang sebenarnya sudah saya miliki!

Sejujurnya, bro Razzi tidak mahu you all membuat keputusan yang salah dan tidak rela jika ada antara you all melalui pengalaman pahit yang seperti saya lalui. Jadi, pinta saya…

Buatlah keputusan yang tepat dan hargailah saat-saat manis anda bersama teman, sahabat  serta yang tersayang … JANGAN sebab anda mahu enjoy, sosial, freedom, konon modern…lalu anda mendedahkan diri anda untuk mudah terpedaya. Kerana… anda tidak tahu bilakah anda akan kehilangan cintanya!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-

11 Comments

  • Amni

    wlaupun sy permpuan tp sy xfhm cara nita ni.. klau sy pun mgk bertindak mmg Bro.. Pning gak cara nita ni..

  • Iki Ko

    sy xnak ckp laki tinggalkan sy,sy tinggalkan laki.Tp situation yg byk masalah n cabaran.kalu cabaran sy 1 ari xape,tapi ni setiap saat.Girl bro ni yg xcukup mhargai,bila bcinta,buat endah, bila bjauh bru rasa sayang.tp suda tlambat,anyway yg penting hapy cukup dah.

  • bro wa hayati citer li..sedih siot…

  • marlin

    bro,

    setiap kisah cinta yg hadir dlm hidup kite mesti ada pengajaran dan hikmah yang diberi.
    So, kite sentiasa belajr dr kesilapn lalu.
    Cuma as u said…apa2 pun kite perlu redha but still we have to make an effort to make the r/ship works, rite.

  • ketika cinta bertasbih

    Thanks utk tunang tersayang yg x penah rase putus asa…I really2 appreciate & always luv u…

  • ketika cinta bertasbih

    rasenye….saya pun jadik cam nita klau tolak cinta teman lelaki sy kali ketiga (skrg dah jadik tunang)…ntahla bro…kdg2 kite nak dia besungguh2 dlm hbgn…hehe… thanks 4 the true story…

  • ezme

    salam Bro..

    menitis airmata bace ksh Bro..uhuhhu

    dr ksh Bro tu..i rse cam i dtmpt dat gurl tu
    mmg prmpuan ad kalanya dia terlalu ego tuk bt kptsan..dia ingin menilai sejauh mane kjujuran lelaki thdpny..mkin dia knl mkin yakin utk dia trs mbina Cintanya..

    i sndiri pn pnh gnekn kata2 tsbut pd “kwn” y kini dh jd BF i la..
    sib bek las cite xjd cam NITA..

    apepun Bro..dr pglaman Bro tu ktorg kt cne bljr menghargai hadirnya cinta itu…

  • Bro,

    Cerita Bro kali ni hampir 90% sama dengan pengalaman cinta pertama I

    Bezanya dari segi pekerjaan saja tapi jalan cerita yang penuh kekesalan tu… buat I tersentap juga…

    Apa yang dapat I pelajari ialah kekadang kita kurang bersyukur dengan apa yang kita ada…kita mahu lebih… padahal kita dah miliki apa yang kita nak..

    Wanita cantik ni pun banyak karenahnya…dia mahu kita faham dia tapi dia tak berapa nak kita faham dia…sebab dia rasa dia boleh cari ramai lelaki…tetapi bila kita dah tiada baru Nita ngaku yang dia memang suka kat Bro.

    Tq Bro about your True story

  • meet

    sy x paham btl.
    nita ni belit la..

    “NO!, I bukan kekasih you, I bukan nak bercinta dengan you…bukankah kita ni masih muda lagi? I tak berminat dengan komitmenlah Razzi.”

    td ckp bkn kekasih.
    pastu nak frust menoggeng plak

  • Ms. Shasha...

    bro leh bagi pendapat x??

  • Ms. Shasha...

    really hope dia dapat fikir seperti mana bro fikir.sha taknak hubungan sha dgn dia habis macam tu je.sha harap dia sedar yang selama ni sha sgt sayangkan dia.tapi sekarang dia nak perang dingin dengan sha.sedih bila sha fikirkan.tapi sha lega sebab sha tau dia terasa dengan perbuatan sha yang mendiamkan diri. itu bermakna dia still sedar akan kehadiran sha dan rasa kehilangan bila sha diamkan diri.tp..sha tak tau apa lagi yang sha nak buat tuk jernihkan keadaan. berpuluh-puluh kali sha minta maaf,berpuluh kali juga sha menerangkan,berpuluh kali juga sha memujuk biar sejuk hatinya.tapi setakat hari ini dia tetap begitu.tetap mendiamkan diri. satu pun mesej sha dia x balas.sha terasa letih dan nak give up.tapi hati sha masih sayangkan dia dan taknak hubungan ni berakhir macam ni.sungguh sha tak sangka yang semua ni akan terjadi sebegini sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons