Love Doesn’t Hurt!

Artikel kali ini I ingin tujukan khas buat ‘Insan Teristimewa’ yang bernama LELAKI, … yes mereka yang menggelarkan diri mereka lelaki…TETAPI lelaki yang membelasah dan memukul wanita! Dimana, mereka ini langsung tidak layak dipanggil lelaki!

Ingin I rujuk kepada siri ‘The OPRAH Winfrey show’ pada awal tahun ini, I guess semua orang kenal Oprah Winfrey, pengacara talk show Moghul.

Setelah berlakunya, insiden rapper Chris Brown memukul penyanyi terkenal Rihanna…dan setelah Chris Brown menyesal dan mengaku salah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman dengan berkelakuan baik dan ‘komuniti servis’, then Chris Brown meminta diampun dan dimaafkan….serta memberi alasan Rihanna lah yang telah membuatkan dia terlalu cemburu, dan membuatkan dia hilang sabar…Lalu snap dan belasah kekasihnya, Oprah telah memberi satu kenyataan pedas…

“Love doesn’t hurt! And if a man hits you once, he will hit you again,” she added. “He will hit you again and again. I don’t care what his plea is.” – Oprah Winfrey

Let me translate it mengikut apa yang I faham,

“Cinta tidak menyakitkan! Jika lelaki memukul anda sekali, dia akan memukul anda sekali lagi! Oprah menambah, lelaki akan memukul anda sekali lagi dan lagi, tidak kira apa rayuan nya.”

Perhatikan kepada ayat Oprah, “I don’t care what his plea is.” mengapa Oprah mengatakan begitu? Ianya adalah sesuatu kelaziman bagi lelaki kaki pukul…setelah mereka memukul dia yang disayangi, the next thing they do adalah, MEMINTA MAAF dan memberi berbagai alasan untuk cover rasa bersalahnya!

  • “Sorry sayang, I tak sengaja…I marah sangat tadi. You lah buat I marah…kalau tak I tak pukul you. I sayang sangat kat you dear. I’m sorry sayang, I love you so much, I tak buat lagi.”

“KEPALA HOTAK DIA!! 😛 amenda lu ingat lu boleh belasah pompuan pastu senang-senang minta-maaf?” And then yang girl pulak boleh bagi jawapan sebagai kekasih kepada lelaki ini…

  • “Okay sayang, next time you jangan buat lagi. I pun janji…i takkan buat you marah lagi”

WO! WO!…back up a little. Tengok balik situasi tuuu…you, wanita meminta maaf setelah kekasih belasah you? It is okay for him to hit you? Hey beb, tiada kesalahan di dalam dunia ini yang membolehkan dia memukul you okay!

Yes dalam Islam, suami boleh memukul isteri, tapi itu SEKIRANYA… Isteri melacurkan dirinya dan melanggar nas-nas Islam. BUT itu suami isteri…

Tapi you all yang tengah bercinta ni…please lah okay! Seperti Oprah katakan, lelaki kaki pukul ini, akan kembali memukul dan memukul lagi. Hari ini salah you begitu, esok akan ada salah lain pula. Dan dia pasti akan memukul you lagi.

Sehinggalah you akan jadi :-

  • seorang yang lemah, hidup dalam ketakutan, tiada keyakinan diri. Hilang kepercayaan kepada semua orang.

Beginikah kehidupan yang you mahu, hanya kerana sebuah cinta? Hanya kerana dia berkata yang dia sangat sayang kan you? Rela you diseksa, dibelasah, disepak terajang?

Well, to tell you all the truth…Bro Razzi menerima email masalah domestic abuse ni sudah lebih 2 tahun. Setiap tahun sekurang-kurangnya, 10-20 wanita terus kekal dan menerima lelaki atau kekasih mereka walaupun diri mereka dikasari. Malah walau setelah meminta nasihat dari bro Razzi pun mereka TIDAK BERANI untuk keluar dari perhubungan itu. Sedangkan mereka belum pun berkahwin!

PENTING*

  • JANGAN jadikan diri anda mangsa hanya kerana sebuah cinta.
  • BE BRAVE, tiada apa yang anda mahu takutkan, keluar dari perhubungan itu, break it off!
  • Tinggalkan lelaki kaki pukul. Kalau kena belasah, kena ugut, worst scenario, report to the police!!
  • JANGAN KESIHAN kan lelaki abusive ini, tunjukkan lebam dan luka anda ke mata dunia!
  • Jika dia lelaki yang telah mengambil dara anda, jangan risau! Ramai lagi lelaki yang sanggup menerima anda!
  • Malu pada keluarga? Lebih memalukan lagi jika anda terus di dalam perhubungan yang menyeksakan ini
  • BERTINDAK HARI INI BEB!!!

Hey beb, There are NO MORE LOVE laaa, serious! Only left is extreemly obssession! because if there is ia tidak akan menyeksa you

“kerana cinta tidak menyakitkan, Love doesn’t hurt, if it does…that’s NOT LOVE!”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

15 Comments

  • GADIS : I rasa you all kena duduk elok-elok, dan berbincang secara rasional. Kalau boleh bawa ahli keluarga sekali, at least seorang yang lebih tua.

    Kemudian bincangkan soal ini secara serius. SEBAB… ini masa depan. Takkan you nak laluinya apabila sudah berkahwin besok. Jadi anything happen better now! Esok dah kahwin, silap-silap kena cerai.

    Seorang lelaki yang betul-betul sayangkan wanita itu, dia tidak akan memukul, atau jauh sekali mengangkat tangan…

    Jangan lah kita terpedaya dengan kata-katanya yang kononnya dia menyesal …dia masih sayang. Itu hanya sementara. Seorang lelaki kaki pukul akan sentiasa memukul pasangannya. Itu adalah salah satu PENYAKIT MENTAL secara asas yang dia miliki.

    Seorang suami walau sudah berpuluh-puluh tahun pun bersama isteri jika benar-benar sayang, cinta dan saling menghormati tidak akan sanggup memukul isterinya. Inikan pula BELUM BERKAHWIN!

  • gadis

    bro.. kami dah nk berkawin dlm 2 bln lg… buat pertama kalinya dia marah2 saya, dia tunjal kepala saya. saya terkejut sgt dgn tindakan dia yg saya rasa keterlaluan. paling buatkan saya sedih. perkara tu berlaku slps kami shopping brg kawin. semakin dah nk kawin, semakin kasar dia pd saya. sy xtau nk buat apa lg. nk tarik diri, sy perlu fkrkn fmly.. janji antara fmly sudah termeterai. ya allah.. berat sungguh dugaan ni.. sy risau dia akan buat lg mcm tu slps ni. malah risau akan lbh teruk lg. tp sy dah tekad dlm hati andai dia mengasari tubuh saya sekali lg, wlupn tunjal kepala, sy takkan berdiam diri.

  • annie

    I sayang my bF. Dia sayang sayang i dan jaga i macam org yang paling dia sayang melebihi diri dia dan keluarga dia
    I dapat rasakan. Dan i tau cinta dia betul. Isetia dgn dia and dia juga setia dgn i.
    Idan dia hidup saling bantu membantu. We share everything. i Rely on him and he rely on me.

    Tapi macamana pulak kalau dia pukul i sebab salah i sendiri? I selalu melawan cakap dia dan tak hormat dia dan kurang ajar. I selalu bertekak dgn dia dan buat dia sampai hilang sabar sampai kadang2 dia mengangis dan macam nak tercekik marah kat i. Tapi i ni degil. I selalu tau i buat dia rasa macam tak dihormati dan dimalukan.

    i pernah halau dia dari kereta sebab dia marah sangat dan mula angkat tangan pada i. I benci dia waktu tu. I rasa bila dia dah buat macam tu mula2 satu hari nanti dia akan buat lagi teruk. I tau dia bukan sengaja nak buat macam tu tapi sebab dah tak tahan sangat. Kadang2 dia selalu macam sakit dada dan pitam sebab darah tinggi agaknya. semua punca dari i. I siksa hidup dia secara halus. I nak tinggalkan dia sebab i rasa dia tak patut dapat org macam i.. Sebelum ni i seorg penyabar, tapi i tak boel sabar dgn dia. i salalu dia dia bila dia marah tapi dia akan anggap i kurang ajar dan biarkan dia. Bila i cakap dia kata i melawan. semua yang i buat salah bila dia marah dia nak bila dia marah je i senyap and say sorry. Dia lembut bila org say sorry. Tapi da tak bagi i space untuk relax. dia akan tabur dgn kata2 yang buat kan i rasa lagi marah. bila i marah i mula la jawab balik bagi dia sedar yangi tak kata apa2 dan senyap tahan marah.
    I rasa sedih bila satu harii dia mula tunjal kepala i rentap baju i teriak pada i dan pukul i tumbuk tubi2 dan kepala dan tangan i, dan penah terajang perut i. semua berlaku selepas kami bertengkar dan i kurang ajar dgn dia. i jadi marah bila dia buat macam tu i marah dia balik tapi dia pukul lagi. Dia mengharap supaya bila dia marah macamtu i kena minta maaf dan senyap. tapi jadi benci pada dia. Sampai setiap kali dia buat macam tu i halau dia keluar dari kereta. sebab i taknak tgk muka dia. dan adakalanya i keluar dari kereta. I tak suka dan benci lelaki pukul wanita. tapi i sayang sangat pada dia. Dan i tau salah i juga dia jadi macam tu. tapi i pernah bincang kenapa mesti guna kekerasa kalau pun nak ajar i. kenapa tak guna kasihsayang mengajar. DIa terlalu ego. I mmg kasar dan keras hati i tau tapi i perempuan.. Keras manalah sangat hati i ni berbanding dgn ego lelaki? i sayang dia dan tak sanggup pisah dgn dia. tapi jauh dalam hatii i harap hidup i bahagia dgn dia. macamana i nak bahagia kalau dalam hati kami masing2 ada rasa ketidak puasan hati. kadang2 rasa benci dan menyampah sangat2. tak pernah nak faham. perkara ni berlarutan sehingga la tahun ketiga kami bersama, dan hari ini dalam sejarah, i bergaduh hanya kerana i biarkan dia jaga jalan untuk i undur tapi i tak undur, sebab i berhati2 tgk kereta macam banyak, dan dia rasa malu i biarkan dia macamtu macam org bodoh . bila masuk kereta dia marah dan i diam tak buat apa2. dalam hati i marah, kenapa lak nak marah2 hanya sebab tu, lepas tu dia suruh i jalan, i tak jalan. then dia mula naik level tapi still bagi i peluang untuk jalan. tpi i senyap je sebab tak puas hati. Lepas tu dia warn i kata kalau tak jalan aku pukul. dgr dia cakap macam tu in= jadi bengang dan menyampah. ingat suka2 bole nak buat org macam tu. jadi i menjawab kata”tak payah lah nak ugut2 org. I mmg tak takut dgn dia kalau dia macamtu. i lebih takut kalau dia nak tinggalkan i. jadi bila dia macamtu i jadi legi hilang respect i. so bila dia dgr i cakap macamtu, terus dia tumbuk tangan i. I senyap dia relax je. pastu dia bengang tgk muka i relax maca takda ayg dia tumbuk lagi
    i rasa sakit dia tak tau. i sebab dah banyak kali dia buat smpai lebam2. i pon bengang terus gerakkan kereta dan bawa laju2. Dia marah sebab i melawan macam tu, jadi dia tumbuk kepala i. I bengang i cuba pukul balik tapi tak kena sebab i pandu kereta. Letas tu bila i lawan, dia tumbuk2 lagi. Sampai i dah tak tahan sakit, masa kat trafic light, i hilang kawalan, i tak semena ambil kasut i(Tapak kayu) i pukul dia i kata sakit2. i pukul sekuat hati dgn perasaan marah dan sakit. lepas tu tiba2 i tersedar macam i pukul kuat sangat, i tgk muka dia merah sakit dan mata dia berair. I terasa sakit tu i terus berhenti dan pegang bahu dia yang i pukul tu. bila i jalan je, dia suruh berhenti kereta. I pun beti. I rasa sedih sangat sebab i buat dia macam tu. I rasa takguna. Dia baik layan i baik tp i buat macam tu. Itu kali pertama i pukul dia dan i rasa sedeh menyesal sangat sakiti dia. lepas tu i jumpa dia i tuam. dan minta maaf. Dia pun maafkan I. Dia pun minta maaf kat I. dan sekarang i menangis sambil menaip fikir kenapa mesti perkara ni terjadi pada i dan dia? I cuba bincang dgn dia selepas kejadian tu. tapi end up dgn bertengkar. asing2 tak bole terima masing2. tp i betul2 sanaynag dia dan dia mmg betul2 baik. Cuma bila dia marah dia tak sedar rasa sakit tu.

    Panjang dah cerita. Saja nak luahkan rasa hati.. sebab kalau luahkan pada bf, mesti bertengkar.. 🙁 sedeh sangat..

  • Scha

    erm…lelaki yang kaki pukul sebenarnya bukan berniat untuk memukul, diorang xtau nak lepaskan marah/geram/sakit hati kat mane n satu cara nya adalah orang yang rapat dengan die n tau perangai die yang menjadi mangsa..n bila die da ok, dia akan minta maaf..

    bukan backup sangat orang yang kaki pukul tp diorang ni setia. walaluapepun yang terjadi..scha telah meninggalkan lelaki yang cam ni sbb takut dan tidak yakin yang dia akan berubah n scha juga memberi dia peluang untuk mencintai orang lain n mulakan hidup baru tanpa memukul wanita lain.

  • eemm..tak guna la jadi laki-laki kalo membuli kaum perempuan..dah tentu-tentu perempuan ni kaum yang lemah dan patut dilindungi..bukan lah utk didera dan diseksa….ape diorang ni tak takut dosa ke ape..lelaki yang hebat tak akan membuli seorang yang lebih lemah dari dia…kita sebagai perempuan sepatutnya bijak memilih dan berfikir..tapi yelah..kata orang tu bercakap memang mudah..tapi bila dah terkena batang hidung sendiri..baru tahu betapa susahnye bila kita dah sayangkan seseorang tu..tak kisah la apa pun bila dah hati kata sayang…semuanya akan membutakan mata kita…tak kisah la laki-laki tu seorang yang kaki dera ke..kaki mabuk ke…sume tu kita nampak remeh jek..padahal badan kita ni dah cedera parah di buatnya..ada jugak setengah wanita yang sanggup bertahan dengan lelaki kaki dera ni kerana memikirkan masa depan anak-anak..mereka khuatir anak-anak mereka akan kehilangan ksh syg seorang ayah jika mereka meninggalkan lelaki kaki dera ni..tengok, betapa mulianya hati seorang perempuan ni, sanggup korbankan diri demi kepentingan org lain..jadi kepada lelaki pendera..jangan la korg amik kesempatan terhadap kaum yang lemah ni..

    for me..nak elakkan kes penderaan ni terus berleluasa sebenarnya terletak pada pihak yang didera tu sendiri..kalo korang dah didera, cecepat lah g wat report..yang korang syg sgt laki pendera ni apehal..kalo di biarkan badan merana..perangai laki pendera ni pun mkn menjadi-jadi..kalo kita syg kan dia..pttnye kite kena ajar dia ke arah yang lebih baik..n beri kesedaran kepada dia..report polis, biar polis ambil tindakan dan beri kesedaran..mudah-mudahan…

  • Melsha, pilu rasa Bro Razzi membaca kisah hidup you. Im very sorry to hear that. I hope you terus strong walau terpaksa mengharungi that hard life.

    Dan I puji you for take this as a challenge. Memang tidak dapat disangkal kan lagi old experience brings up what you’ve become today. And I hope…you’ll fight to the end to be a better person.

    About perceraian ni, my advise is…kita terimanya dengan penuh redha seredha nya. Ini adalah kerana, Tuhan ada restore a better one for you. Kalau tak takkan lah Tuhan mahu you bercerai. Bergoncang tiang arash yang menongkat langit tu…

    All the best Melsha and thank you very-very much for sharing. I really appreciate it much!

  • Adikfatim – Selalunya, apabila NAMA dia duda je ibubapa dulu lah yang tidak akan bersetuju untuk anak daranya bercinta/berkawan, jauh sekali untuk mereka mendirikan rumahtangga.

    Apatah lagi, bekas isteri masih hidup. Tambah menyusahkan lagi apabila ada anak. HUBUNGAN mereka tidak akan putus. Anak masuk sekolah, harijadi, kahwin, semua kena ada ibu dan bapa bersama walaupun sudah bercerai!

    jadi, apabila anda akan berkahwin dengan duda/janda anda kena bersedia menerima bekas mereka tu.

    In my humble opinion, duda atau teruna anda tetap akan berdepan dengan berbagai masalah. Cuma, masalahnya yang berbeza. Jadi, atas individu itu lah. Jika mereka suka menimba pengalaman baru bersama, then kena bersama teruna lah, tetapi jika dia sukakan lelaki yang sudah berpengalaman, well definate si Duda laa… but please verify mengapa perceraian mereka berlaku? Itu penting tu…kut dia jenis pukul isteri ke, atau dia berlaku curang ke…

    All the best.

  • Wanie – Yaa, mentally abused ni kira sama dengan dera biasa juga la kan. You will lose confident, hidup dalam ketakutan juga tu.

    Salihin – Betul juga tu, terdera dengan sendiri hehe… thank you very much for the info!

    From my sister’s view as a marriage counselor her advise is always, REFER to pejabat Majlis Agama Islam. Di sana they have a special department yang handle domestic abused case. Sebab bila dah kahwin ni banyak law, rules and regulation. Too complicated 😉

  • Bie – syukurlah you dah keluar dari perhubungan tu. Kuat juga tekad you tu kan. Because I faham sangat kalau susah untuk putus.

    Thank God that you’re saved now. I hope insiden itu tidak menjadi nightmare kat you. Semuga you akan dijodohkan dengan orang yang sangat menghormati dan menghargai you, insyaAllah!

    Ezme – Hehe, lelaki punya hensem kan…and you know, i tengok talk show Larry King, dia cakap si Chris Brown ni siap gigit kaki Rihanna lagi tau hehe apa raaaa?? 🙂

  • ezme

    salam Bro..

    yes Bro i pn ade tgk rncgn oprh wnfrey tu..
    kesian la kt rihanna..snyum pn mcm tpkse je..
    alahai muke lelaki punyala ensem..tp kelakuan mcm….tut..

    apepun depends on u gurlz utk bt kptsn..sama ada nk trs besame or nope..

  • Melsha

    Hi semua,

    Saya nak share sikit pengalaman saya sendiri. Masa saya dan kakak saya kecil dulu, bapa saya selalu dera mak saya. Ade beberapa kali sampai telinga mak saya pekak sebelah dibuatnya. Sepak terajang semua tu perkara biasalah. Tapi ni semua akibat minum arak berlebihan. Tapi kalau masa dia ok, bapa saya merupakan orang yang paling baik kat dunia ni. To cut the story short, famili mak saya semua suruh dia minta fasakh tapi mak saya tak nak sebab sayang.

    Lebih dari 10 tahun dia menderita. Akhirnya, dia sedar yang jalan terbaik untuk dia dan anak2 adalah untuk berpisah. In the end, memang berpisah pun. Tapi adakah sapa2 terfikir tentang anak2? Kesannya memang amat besar…bapa saya tak pernah pukul kita orang. Tapi selalu suruh kita buat yg bukan2 untuk dia eg ambik pisau sebab dia nak bunuh diri etc.

    Saya dapat rasakan ade sikit sifat marah dalam diri saya…tapi bukan dekat mak, dan bukan ngan bapa…tapi tak taulah…hubungan2 saya semua tak kekal. Mungkin sebab ‘role-model2’ saya telah menunjukkan yg jalan penyelesaian kepada apa2 masalah ialah melalui pentengkaran, naik suara, marah etc. Tapi saya nekad untuk berubah…insya-Allah dengan izin Tuhan. Tapi kalau kite baca buku2 tentang marah…selalunya ade kaitan dengan kisah lampau kita. Tapi i take this as a challenge and bende2 ni semua dah jadikan saya lebih strong dalam menghadapi apa2 pun. InsyaAllah.

    Anyway, kalau yg dah kahwin tu, memanglah anak2 kite masih kecil tapi trust me…ade effect nanti. Kakak saya dah 2 kali cerai..dan saya pun dah bercerai. Fikirkan lah anak2 kite. Yg takde anak and yg masih bujang, fikirkan lah apa yg akan terjadi kalau ade anak2 nanti. Kesian diaorang.

    Tapi i believe in 2nd chances. Kalau dia betul2 minta maaf and menyesal dan berjanji akan berubah, bagilah dia peluang itu…SEKALI LAGI. Cuba fahami dia. Mungkin dia juga ade kisah lampau yg telah mengakibatkan dia jadi begitu. Tapi whatever it is, itu tidak bole dijadikan alasan….kite kenalah pandai2 menilai sebab kite je yg kenal dia, bukan org lain.

  • adikfatim

    bro.. leh kasi nasihat sket tak ttg anak dara fall in love with duda yang cerai hidup…please

  • bagi saya lelaki pukul wanita tak gentle lah!! itu bukan penyelesainya,tak perlu pukul wanita,ayat jer!

    ..dera wanita ni banyak kategori,kadang-kadang wanita sendiri mendera wanita..

    contohnya: sesetengah wanita yang berpegang pada ajaran islam liberal, katanya mentaati suami mendahului/menyalahi “Allah dan Rosul” adalah syirik.(Nota: tak syirik cuma salah atau berdosa)(kalau kira : melawan suami jugak mendahului Allah dan rosulullah)
    ..Fitrah semulajadi wanita sebenarnya ingin taat kepada suami JIKA suami itu baik kerana itu boleh menbahagiakan dia sendiri, tetapi kerana fahaman dia yang terbalik menyebabkan minda dia terdera tanpa disedari oleh pegangannya sendiri yang kononnya moden.
    ~smile~

  • Kes dera ni -dera fizikal je ke kira or dera mental pun kira sekali. Coz I think dera secara mental pun teruk jugak. Macam laki suka menengking-nengking, mengherdik-herdik.. pecahkan barang sana-sini Last2 tu bukan nak terima salah sendiri, mesti cakap “u lah buat i marah sangat… etc bla bla bla” macam bro tulis kat atas. Sama je ayat dengan lelaki yg suka mendera fizikal dgn mental ni.

    Kalau dah berkahwin bagai susah la sikit kot.. Apa nasihat bro utk wanita yg mempunyai masalah dera bila sudah berkahwin?

  • yea bro love i sokong sangat dulu i pun salu kena blasah juga .. then dia salu mintak maap ..i plak jenis yg lmbut hati.. tak kisah la konon lepas ape yg terjadi berulang i terus tinggalkan dia.. mula2 susah juga tapi i tekad .. skrang i lbih bahagia tnpa dia .. tanpa kesakitan tanpa ketakutan ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons