Razzi Rahman

“Love-Hate…bukan sekadar ungkapan…bukan sekadar panggilan, tetapi kenyataan yang amat memilukan!”

Pernah satu ketika…seorang gadis yang agak confused dengan feeling that she’s having in her life. Katanya, “I love you, eventhough  I know I don’t want to love you.” Faham ke?…bro pun tak berapa nak faham tuhh hahaha….  Mari kita fahami sama-sama…

“I cinta kat you walaupun I tahu, I tak nak cinta you.” Lebih kurang begitulah kan…haa bolehlah. Fahamlah tu sikit-sikit hehe 😉 kira macam…Dia Love you tapi, at the same time dia hate to be in love with you…

CINTA & BENCI…cinta yang tidak diundang namun tetap bersemi dengan penuh kekeliruan. Cinta yang dibenci…namun tetap hadir dan teramat perit untuk dihindarkan! That’s what we want to talk about!…LOVE & HATE!

Cinta yang dibenci bermaksud…cinta terlarang…cinta yang tiada penyudah dan penghujungnya. Selalunya perhubungan cinta begini ialah apabila, “Bercinta dengan suami orang!”  Kita tolak tepilah, wanita yang sengaja mencari suami orang untuk dibuat laki dia! Bro nak kita fikirkan sejenak akan mereka yang sebenarnya tidak pernah terniat untuk bercinta dengan milik orang.

Reality Check : Through bro punya experience yang mengenali tak terkira ramainya wanita ni, apabila seorang wanita itu tahu atau mengenali seorang lelaki yang sudah beristeri…hilang terus hasrat cintanya yang terpendam tu beb! Ingat dia orang macam, “Ah laki orang, okey aku nak bercinta dengan dia” Ingat cam tu ke? hehe 😀

Bagi wanita selalunya, at first tu laki tu tak cakap dia sudah kahwin. Ada juga kerana layanan mesra lelaki itu yang selalunya suami orang ni…cara layanan dia orang lebih berwibawa dari mereka yang belum kahwin haaa…tak ada kegelojohan, 1st class treatment! Haa, lelaki single ni…banyak yang gelojoh beb, tak pandai menghargai wanita, tu lah masalahnya….hehe sedap je bro ngata ek 😛

Razzi Smiley

Jadi itulah cinta yang dibenci…namun cinta jugak! Mereka ni terjebak…kebetulan pulak, satu ofis atau buat projek sama ke. So memang tak boleh nak elak. Niat nak kawan biasa sebagai teman sekerja je…jadi, bagi bro mereka tidak bersalah beb. Mereka hanya terkeliru…Issh, bukan senang untuk menolak cinta yang sudah sekian lama menjadi impian…lebih-lebih lagi apabila kita kesunyian, cinta hadir dan dicurahkan dengan sepenuh kasih sayang pulak, aduuuuhhhh….best beb! 😉

TAPI, bro yakin…semua wanita ini, kalau dapat yang masih bujang, 1000X lagi mahu daripada laki orang! Bukan senang bercinta dengan laki orang. Tak ada wanita yang sengaja mencari perang, tak ada wanita yang sanggup berlawan dengan bini tua beb!

Bukan mereka mahu…jangan salah sangka. BENCI…TAPI CINTA! Tiada siapa di dalam dunia ini yang inginkan sebuah perhubungan yang pasti mendatangkan kesusahan! Ingat saja-saja suka nak ke? 

Ada satu kisah benar yang berlaku kepada kenalan bro,

Gadis ini Fai namanya. Fai telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sudah berkahwin. Dia dan lelaki itu tidak pernah plan untuk bercinta. Pertemuan mereka juga tidak dirancang. Persahabatan mereka juga adalah semata-mata kerana lelaki itu mahu menolong masalah cinta yang Fai hadapi.

Tidak pernah terfikir oleh mereka, ingin menjalinkan sebuah perhubungan cinta. Tetapi masa yang diluangkan bersama setiap hari telah merapatkan mereka sehinggalah mereka telah jatuh cinta. Namun, bagi Fai…dia tidak mungkin dapat menerima lelaki itu kerana dia tidak mahu lelaki itu menceraikan isterinya kerana dia cukup faham hati wanita yang dikecewakan, apatah lagi diceraikan pula… Fai juga tak boleh terima jika anak-anak lelaki itu membeza-bezakan dia dan ibu mereka. Untuk jadi isteri kedua juga dia tak sanggup bermadu…so situasi ini jelas sekali…LOVE-HATE!

“Dia amat cintakan lelaki itu tetapi dia teramat benci dengan status lelaki itu.”

Apa yang bro mahu you all fikir sejenak ialah hati dan perasaan wanita yang bercinta dengan suami orang ni. Janganlah fikir mereka jahat, atau sengaja nak curi laki you…mereka sendiri pun menghadapi kesukaran dan kekeliruan yang teramat sangat. Mereka juga terluka…sedih tau…

Bayangkan satu perhubungan dan kasih sudah berada di depan mata tetapi hanya dapat melihat saja. Betapa pertemuan yang sudah terjalin bagaikan sudah terlewat. Bagaikan sia-sia saja cinta yang terjalin…Cinta sejati penuh di hati tetapi tidak dapat disentuhi apatah lagi untuk memilikinya…sedih…pilu…yang hanya dirasai.. 🙁

Nak break, nak putus…hati sudah sayang…cinta sudah bersemi…rindu semakin rindu…benci macamana pun…hati tetap cinta. Yang pasti, perhubungan cinta sebegini tiada akhirnya…mereka yang berada di dalam situasi ini pasti akan terkecewa, dan mengharungi kesedihan yang teramat sangat kerana pada akhirnya, demi cinta, demi kasih dan sayang…dia terpaksa melepaskan cinta itu pergi… Wasalam! 8)

p/s : Semasa bro menulis artikel ini, bro telah mendapat berita dari bloggers yang selalu mengunjung ke blog bro ni CM, iaitu “NURIN aka Love n hate” telah mengalami kemalangan jalanraya…bro doakan agar beliau cepat sembuh INSYAALLAH!

Dedicated this article to you my dear friend, Love&Hate!

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [55] Comments