Love or money?

As simple as it is…apa pilihan anda? Bro ingin sangat tahu dari you all yang mungkin mudah untuk dijawab tetapi mungkin juga agak sukar atau berbelah bagi. Apakah pilihan anda? “Love or Money?”

Yang sedapnya bila dapat pilih dua-dua lah kan. Kalau pilih money, tak ada love…boring arr. Kalau pilih love pulak…no money, nak buat apa-apa dengan lover kita tak leh lak. Haaa….fikir sekejap…boleh ke? Love pun dapat, money pun ON! “Bolehkah kita memilih kedua-duanya sekali?” 🙄

Well, mungkin anda ada jawapan nya dan mungkin bro juga ada jawapan bro sendiri BUT, before bro jawab soalan itu. Bro nak ceritakan sedikit kisah bro 2 tahun lebih dahulu…

Kisahnya bermula apabila, bro begitu buntu dan hilang arah untuk menjalani hidup. Mungkin dalam soal kekeluargaan, cinta dan kasih sayang…bro cukup bersyukur…Kerja yang ada juga memang agak memuaskan tetapi, cita-cita bro masih belum tercapai. Iaitu, menerbitkan buku sendiri setelah 3 tahun serius menulis. Sememangnya bro meminati bidang penulisan & nyanyian sejak dari kecil lagi.

Dalam kebuntuan kehilangan arah itu, bro telah mendapat hadiah sebuah buku dari kakak. “Rahsia Jutawan-jutawan internet terbongkar” tulisan Irfan Khairi yang telah menjadi jutawan sewaktu umurnya baru 25tahun.

 Buku ini telah mengubah segala-galanya…keperibadian Irfan Khairi membuatkan bro ingin mengenali beliau dengan lebih lagi…lalu, bro telah meminjam duit dari kakak, Rm1000 untuk ke Kuala Lumpur, dan join workshop Jutawan Internet Irfan Khairi. You all tahu…segala-galanya berbaloi…amat berbaloi!

Irfan telah mengubah hidup bro, dari yang kehilangan arah, saudara Irfan yang kini bro panggil Sifu telah memberi sinar harapan baru dalam hidup bro. Beliau telah menunjukkan jalan dan membimbing bro menjadi insan yang lebih berpengetahuan dan teratur. 

Razzi RahmanKini, bro sudah mempunyai 2 business online hasil dari bimbingan Irfan. Publishing company, yang bro telah dapat menerbitkan 1 buku dan 4 ebuku serta sudah menjual ke serata dunia dengan Halalgelatine.com yang telah mendapat pesanan bukan saja dari seluruh US & UK, tetapi jauh hingga ke negara German! …Japan, New Zealand…hampir ke seluruh dunia! Alhamdulillah…

Namun, yang bro paling terharu sekali bukanlah kejayaan bro menjual ke serata dunia hasil dari bimbingan Irfan Khairi tetapi…Irfan juga telah menjadi Mentor kepada bro Razzi di dalam kehidupan seharian juga! In fact, hampir setiap hari bro meminta pendapat dan nasihat beliau. Kadang-kadang naik segan pulak 😳

Tidak seperti sesetengah mereka yang sudah bergelar Jutawan, Irfan amat sayang kepada isteri dan anak-anak beliau. Setiap kali apabila bro berada di rumah Irfan, bro dapat rasakan Irfan mempunyai satu keluarga yang sangat bahagia….tengoklah sendiri, betapa lovingnya Irfan dan Shaz, isterinya…menitis air mata gembira, melihat kemesraan mereka…bukankah ini yang kita semua inginkan?….itulah yang amat bro admire dan kagumi Sifu bro ni.

Malah caranya yang bersederhana, santai, trendy, tenang, kelakar dan fun telah memberi contoh yang sangat baik to me and bro rasa to all of us. Bro amat berbangga mempunyai Mentor seperti Irfan Khairi!

Segala kehidupan beliau, telah menggambarkan bahawa, mempunyai duit…bukanlah segala-galanya, tetapi amat menolong di dalam semua segi untuk mencapai kebahagiaan! Itulah yang diajar oleh Mentor bro ni. Contohnya,

  1. Kalau isteri sakit, atau hendak melahirkan anak…kalau ada duit, boleh bawa isteri ke Private Hospital yang lebih selesa dan diberi rawatan khas. Kata sayang isteri 😉
  2. Anak-anak sakit…kalau berduit, bolehlah kita memberi rawatan yang terbaik, tidak perlu meminta derma atau tidaklah terpaksa menanggung kesakitan berbulan-bulan kerana tidak mendapat rawatan yang bagus.
  3. Kalau kita kehilangan harta atau tempat tinggal…kerana apa-apa bencana, kalau ada duit, tidaklah keluarga kita merempat.
  4. Well, kalau tak ada duit…macamana nak dapat cinta? Kerana cinta memerlukan duit…sebab nak kahwin kan? Nak menyara anak orang, nak belanja kenduri,  nak buat hantaran, nak belanja semualah.

Macam-macam lagi contoh yang anda sendiri pun tahu… and all of this, memberi kebahagiaan kepada perhubungan cinta kita kan?…So…jawapan kepada soalan di atas, “Bolehkah kita memilih kedua-duanya sekali, love & money?”

YES! Kita boleh memilih kedua-duanya. In fact, kita MESTI memilih kedua-duanya. Kita mesti ada cinta, dan kita mesti ada duit….dan untuk dapatkan kedua-dua…kita mesti ada guidance, mentor!

As for me, bro merasakan bro amat bertuah kerana mempunyai mentor seperti Irfan khairi yang banyak membantu bro baik dalam perniagaan maupun dalam kehidupan… Supaya hidup kita mempunyai tujuan. Bukan tiada arah…

Mungkin orang jutawan ni pemikiran mereka berbeza dari kita yang bukan jutawan. Sebabnya, apabila bro membaca ebuku terbaru dari Irfan iaitu, Mentor Jutawan jelas sekali temubual ke lapan-lapan Ikon Jutawan di dalam ebuku ini mempunyai set of mind yang sama seperti Irfan juga.

Cuma rahsia kejayaan mereka berbeza, cara kegagalan mereka juga berbeza…haaa, nak jadi kaya ni…selalunyalah, gagal dulu hehehe 😆

Contohnya seperti yang ada dalam ebuku Mentor Jutawan ni :-

  • Irfan Khairi sendiri bercerita tentang bagaimana susahnya dia bermula… 
  • Dato Fadzilah Kamsah …beliau juga telah menceritakan bagaimana kesusahan beliau dulu sebelum berjaya.
  • Begitu juga, saudara Azizi Ali, Jutawan Hartanah…juga pernah gagal
  • Dato Hisamudin pengasas karangkraf juga teramat susah sebelum menjadi Jutawan….
  • Sama lah juga dengan Jutawan senyap Chef Li, Datuk Azman Ching, Billie Lim, Abang Abu. Serta, mereka juga berkongsi rahsia kejayaan dan tips-tips untuk menjadi kaya dengan cara mereka tersendiri…

Fuuu….bila bro baca ebuku Mentor Jutawan ni…sememangnya bro amat teruja untuk menjadi seperti mereka. Sebab, bro sendiri pun pernah melalui kegagalan…pastinya bro juga akan menemui kejayaan. I mean..Im sure some of you pun pernah melalui sangat kegagalan kan? So I guess, kita boleh relate to them beb 💡

Dahlah mentor bro sendiri bercerita tentang kisah beliau, fuhh, I really hope someday I also can become one of the Millionaires, Insyaallah! dan bro yakin you all juga mempunya niat yang sama dengan bro, betul tak? 😉

Wanita atau lelaki…sama!! Sebab, alangkah mudahnya perhubungan cinta itu sekiranya kita punyai wang…let’s be real! Kalau tak ada duit, macamana nak dating? Nak keluar minum-minum…nak pakai lawa-lawa untuk kekasih…nak shopping…nak beli hadiah…nak kahwin…nak beli handphone…kekasih nak sms, mms…etc

so it may sound bad…but Love needs Money, that’s it! Bila cinta perlukan duit…anda perlu petunjuk untuk mudah mendapat jalan rezeki, anda perlukan bimbingan…anda perlu mentor…atau pemberi semangat. Macam bro, kenal satu Mentor Jutawan pun dah berubah cara kehidupan…Cuba bayangkan jika kita dapat mengenali kesemua mentor jutawan ini? Perrghh!…

Apa kata anda kenali 8 IKON JUTAWAN ini dengan lebih lanjut lagi dan motivate diri anda agar lebih berjaya. Jom klik di sini sekarang!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

32 Comments

  • boleh tak…emm….saudara Razzi cerita sikit (panjang2 pun blh!)tentang pengalaman menghadiri workshop jutawan internet oleh Dr. Irfan khairi??? kalau boleh reply kat email aku…

  • seri

    achikz; great! im new here, baru beberapa weeks jer..

    🙂

  • achikz

    Seri : Yup we are… Tp jgn ingat kami dh lama kenal, kami berkenalan di sini… in fact, most of my gud fren, me kenal kt sini… ieja, dekno, shayna, manja, seri…. heheh…. yg special gudfren, of course la my shifu…. =)

    rahsia, achikz x pernah berniat berkawan dgn seseorg utk menumpang atau mengambil kesempatan… berkawan dgn niat yg ikhlas, pasti akan kekal, insya-allah… tu arwah nenek pesan… =)

  • seri

    ieja n achikz seems like good frens 🙂

  • achikz

    Bro:Good idea… try… try…

    Seri: yup… heheh… ;p

    Ieja: ada je ko niiiii…… :p

  • Seri : Achikz tu rock uuu jgn xtau..hahaaha 😛

  • seri

    achikz; mcm pernah dgr jerr..oasis ke 😉

  • seri

    thanks for ur support bro 🙂

    im touched..
    seri

  • Seri ~ Syukur Seri, this is another step from thousands step you’ve taken. Like IK cakap, jadikan ia minat…jadikan bisnes hobby you! I nak tengok you berjaya k!

    You know, when you mentally strong, your way of thinking pun akan berbeza. In fact you akan lebih strong in making decisions 😉

    Achikz ~ Ada satu cara bila you stuck to know what you like. Easy je, list down all the things that you hate. Write a long list… then you see, whats left.

  • achikz

    i won’t look back in anger, bro!! heheh… ;p

    this is what i really want… the opportunity…

    but still blur, cannot think of what i really like to do… 🙁

  • seri

    alhamdullilah bro,

    sederhana, taklah besar.
    still operating from home,bukan dari kilang
    rezeki anak2 dan utk ‘hari hujan’

    🙂
    seri

  • Achikz ~ I think is should be okay. Sometimes ada gak yang walk-in je. Tapi kena datang awal-awal la. Duk depan2. Eh Achikz, nekad and no looking back tau. This is it. Your turning point!

    Seri ~ Betul tu Seri, small scale is always the best way to start, it’s easy to focus. Tapi your biz tu macam dah besar gak ek 😉

  • seri

    achikz, baru baru mmg mcm tu..mudah give up!

    pakar2 selalu menyatakan, mula dari small scale, buat secara perlahan2 walau hasilnya sedikit.
    our bro also said about momentum, once u get the momentum u akan selesa dan dah terbiasa dgn apa yg u lakukan.
    cabaran ada dimana2 dan sentiasa menunggu kita.
    ceh! mcm pakar motivasi la pulak 😉

    all the best to you n semua

    byebye 🙂

  • achikz

    bro, x sempat bankin, blk tu rushing ada urgent matters… ingat sempat bankin today, also x sempat, now kt pD, cannot walk out that door…quarantined!! by worse, wednesday br sempat bankin… nk kena reconfirm blk ke ngan mR Shah about me participating in the workshop?

    Seri : Usaha is important, yes.. agreed.. but me always giving up after few falls, need motivator like Bro, to keep pushing the limits.. heheh… ;p & ieja also, keep pushing & tells what to do… ;p

  • seri

    salam bro,

    saya bisnes frozen food, juga festive food such as cheesetarts, choc tarts, brownies etc.

    yes i noticed yours is very top of googgle, sebab paling bnyk info rite?

    yup! sifu ada mention pasal momentum jugak, saya ni leka..hehe

    ok pasal gelatine yg saya guna tu saya akan get more info (as stated at the packing its halal)

    thank u bro!

    ps; achikz jgn lepaskan peluang ke workshop IK, as bro said kalau ada rezeki dpt jumpa mrs. irfan n baby, bonus tau! 🙂

  • seri

    achikz>
    very thank you for the compliment!
    sesiapa sahaja boleh berjaya, yg penting usaha rite? 😉

  • Achikz ~ Jadi ke tak pergi workshop IK? Bro tak sure, the other day tu, did you sempat bankin?…

    Nanti petang, jangan balik dulu tau…kalau ada rezeki boleh jumpa wife IK dan new baby dia “Cinta Strawberry Abadi”. 😉

  • Seri ~ Very interesting indeed. I suka nak tahu lebih lanjut dengan apa yang you sedang usahakan.

    Anyway, kita bertuahlah dapat Sifu macam IK dan you know, pada setiap workshop dia akan mention about Halalgelatine.com sebagai contoh satu barangan runcit kalau nak dikira tetapi boleh dijual online hingga keserata dunia.

    Paling best, website bro tu jika you search, sentiasa berada at the top of google. 😉

    Did Ik says about momentum? You kena continue and focus agar momentum you berterusan on je…like now you have something yang you tgh usahakan, you kena buat secepat yang mungkin, tak perlu perfect…biar berjalan dulu, barulah momentum you akan berterusan. At least you dapat tgk hasilnya.

    Another thing is, yang bro tahu hanya keluaran HALAGEL SDN BHD je yang ada :-

    1. sijil kesahihan HALAL dari JAKIM dan MUI Indonesia.
    2. Kilang 100% Muslim yang menyembelih menyikut syariah.
    3. Sentiasa dilakukan inspection oleh pekerja Jakim setiap bulan.

    Lain, tak pernah dengar lagi. Yang you guna keluaran mana? Im just curious. 🙂

  • achikz

    waaa…. seri…. i’m so proud of u… i’m proud of lady enterprenuer…. businesswoman… wish to be 1…. 😉

  • seri

    comment no. 9 = I loike!

  • seri

    thanks bro.

    saya dah pegi workshop IK baru2 ni 3rd may 2008, tapi sampai skarang pun tak siap apa2 lagi…

    saya in food biz, currently semua saya buat sendiri(operation & mgmt)tu yg bz memanjang tu..hehe

    at the same time saya cari pekerja yg can work on operation site, so i can concentrate on mgmt.

    masa kat wrkshop sifu ada mention ur halalgelatin website, saya hanya berkata dlm hati(di msia takde halalgel ke?)

    well, soalan saya dah terjawap

    thanks again bro

    ps: currently saya guna halal gelatine (granules) that widely available here.

  • Seri ~ Halalgelatine di Malaysia ni dijual oleh sebuah Company pengimpot besar tempat yang bro ambil iaitu Halagel.Sdn.Bhd yang menjual secara pukal. My Halalgelatine.com adalah the only yang menjual secara online.

    Halalgelatine sememangnya mempunya market yang sangat besar diseluruh dunia. Yang peliknya, Malaysian agak kurang order Halal gelatine…tapi overseas tersangat banyak. Mungkin kesedaran mereka lebih dari orang kita. Because, jelly, pudings, chocolates, cakes, biskut, ubat gigi, semuanya menggunakan gelatine… banyak lagilah… Tapi orang kita tak pentingkan tu semua… asal ada cop halal…lepas lah dosa ek? 😀

    Well Seri dan Rendah diri …both of you selalu menjenguk blog Sifu IK kan? 😉 All the best to both of you! Dah pergi ke workshop IK? Nanti boleh jadi seguru dengan bro.

  • achikz

    sinis sungguh tu…

  • hierarchy

    Dari diagram ini jelaslah, mahu atau tidak…untuk berjaya dalam hidup, you have to choose both! No matter what 😉 Because kejayaan (money) akan datang selepas kebahagiaan (love) di capai.

    Ianya adalah teori keperluan “asas” motivasi melalui Hirerarki Keperluan Maslow

    Kalau nak berhenti setakat kuning aje pun boleh…tapi, tidakkah kita mahu membahagiakan keluarga kita dan diri kita sendiri?

    LET’S BE REAL…dah beberapa tip dan artikel bro tulis, tentang dunia hari ini. Bagaimana, mertua TETAP mahu melihat menantunya HEBAT! Well anybody can say anything, tak boleh beli kebahagiaan, tak boleh beli cinta etc..TETAPI, realitinya…kalau tak ada duit, nak bagi makan anak isteri dengan apa?

    Dialog sinis:-
    Kata isteri, “Sayang abang, tak makan pun tak apa lah! Perhiasan,cincin, gelang, new dress, alat makeup tak perlu…jalan kaki cukup, rumah sewa je lah sampai bila-bila, janji you sayang kat i cukup.” 😀

    Mertua pulak, “Ahh..bagus menantu aku…tak ada duit pun tak apa…dia setia dengan anak aku.”

    Mertua belah suami pulak, “Ahh ..bagus menantu aku…surirumah yang tak da kerja…tak tahu cari duit…tak menolong anak aku…tak apa, mereka saling sayang….biarlah mereka hidup susah.”

    Anak-anak, “Yeay!! papa dan mama tak ada duit…tak payah beli toys!”

    Girlfriend, “It’s okay, my boyfriend ada duit sikit-sikit…tapi kami saling cinta mencintai…dating naik bas je…pergi minum pun I support lah…makan-makan boleh kongsi. Kahwin nanti pun, akad nikah je depan kadi, cukup. Tak perlulah pakai lawa-lawa, hantaran, pelamin, ambil gambar…no need, I love him!”

    Boyfriend, “Memang I cari girlfriend yang tak pandai cari duit, tak ada kerja, so dia boleh duk rumah aje jaga anak. Memang tugas seorang isteri tu and also hanya di dapurlah. Dengan cara begitu, I ada banyak masa free di luar.” 😀

    Maka hiduplah mereka dengan cinta dan kebahagiaan…. 😛

    Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mentor Jutawan

  • erm… money and love… both penting 🙂 dapat kedua2nya mmg best. kalau perlu pilih… pilih cinta yg ada ilmu. hahaha… sebab org berilmu, insyaAllah boleh cari duit… tp dependla… kalau ada ilmu tp mls… erm erm… xtau nk pilih mana satu la bro… hehehe… oleh sebab ekonomi sekarang ni, cinta penting jgk, tp duit lg penting. heehehe…

    but right now, selain cinta… kalau belom ada cinta better kita keja rajin2 cari duit, sebab xtau apa yg akan berlaku belakang hari… hehehe…

    bro, fiza kurang mood nk menulis lepaskan matahari… busy… camne ni? adeh… bagi semangat sket 🙂

  • achikz

    MONEY 1st, LOVE… apa tu??? ;p

  • Assalamualaikum Bro….
    Wahhh menarik topik ni. To me, Love & Money tu harus seiring tetapi ia tidak bersatu. Caner tu…???

    Memang laa Bro, sumer org dok kata wang itu adalah segalanya….ada wang semua boleh jadi atau terlaksana. Tapi awas, jangan sesekali dibajai cinta itu dengan wang kerana wang itu bisa mematerialistikkan sesebuah cinta itu….betul tak bro?

    Kita perlu realistik, takkan kita nak kata love is above all walaupun duit sesen pun tak ada. CM cukup setuju dengan Bro dalam soal wang itu sebagai penyeri sebuah cinta tetapi awas, jangan sesekali menganggap wang itu asas kepada sesebuah cinta.

    Tapi Bro bila orang bertanya which one should come first, money or love….bagi CM love should come first then only money. Tapi kedua-duanya kena seiring tak boleh cinta sahaja tanpa adanya wang…..hehehehe cerita Penarik Beca boleh ler…ahaks.

    Tetiba CM ingat balik citer masa kat Tanah Suci. FYI Bro….gadis2/remaja2 Arab tu lawo2 belaka….termasuklah yg jenis nampak mata sahaja tu…heheheh. Walaupun yg jenis nampak mata sahaja, mata tu dah cukup menunjukkan terdapat wajah yg cantik terselindung di sebalik kain yang melitupi hampir keseluruhan diri mereka. They really got beautiful eyes Bro. Maka tak sudah2 CM dok Subhanallah & Masyaallah dengan keindahan ciptaan Allah tu.

    CM pun ada laa tanya dengan org2 Indon & Patani yg kerja kat sana kenapa tak nak beristerikan gadis2 Arab. Simple jer jawapan mereka…..”takkan terjadi lelaki asing kahwin dgn wanita/gadis Arab”, “kena ada banyak duit Pak. Rumah dan segala2nya harus ada terlebih dahulu sebelum masuk meminang” .

    Ok, dalam situasi ni kita perlu paham dengan sejelasnya. Kita tak boleh terus melemparkan tuduhan bahawa org2 Arab ni materialistik. Budaya di sana kurang menggalakkan wanita bekerja, so they have to rely almost 100% on their husband so that they can accommodate dengan life kat sana…rasanya cost of living kat sana agak tinggi kot….dan dengarnya orang2 Arab ni ramai yang kaya raya, so takkan depa nak kahwinkan anak mereka dengan mana2 masyarakat pendatang, bukan macam org Melayu kat M’sia ni, senang2 jer bagi kahwin anak dara kat Bangla ler, Myanmar ler, Nepal ler….Kesimpulannya…tak der harapan laa CM or Bro nak beristerikan mana2 gadis Arab…hahhahaha.

    p/s : Bro, tetiber jer CM teringat balik lagu BEATLES – Can’t Buy Me Love

  • blog pasal cinta ye…menarik jugak siap citer pasal duit. cinta dan duit, love and money…kedua-duanya penting.

  • seri

    ooh… halal gelatin tu awak yg empunya..

    di msia takde eh? except yours?

    sori eh, topik lari, hehe

  • Salam semua…

    “Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?”Itulah soalan yang selalu My mentor Irfan Khairi ditanya di TV secara LIVE lagi!

    Dan jawapannya simple… “kenapa perlu pilih satu?”

    Dalam blog IK http://www.irfankhairi.com beliau telah memberi contoh :-

    T Harv Eker (jutawan & penulis buku kekayaan) … apabila di tanya soalan yang sama, lalu beliau menjawab :

    “Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?”

    Kata IK lagi…

    Sering kali, mereka yang bertanya yang mana hendak dipilih ini, adalah mereka yang sedia tidak mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.

    Teringat pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam Mentor Jutawan: Kita perlu imbangkan kekayaan & kebahagiaan. Dalam erti kata lain, perlu pilih kedua-duanya… bukan memilih SATU sahaja.

    Bagi bro…kita yang mengawal duit…bukan duit yang mengawal kita. Kalau duit mengawal kita, maknanya kita adalah manusia yang tersangat lemah dengan hasutan syaitan 😉 …macamana nak bahagia dalam perhubungan or even to have someone to love?

  • Mellisa

    salam bro,

    how about e old saying “money is e root of all evil”?

    and current saying “e love of money is e root of all evil”.

    hmm,just a Q to be pondered..

  • Salam bro love

    They say… Money can’t buy happiness… 🙂

    I partly agree on that part… 🙂 Zaman skang ni dah canggih kan?? kalau tak canggih pun… barang dah makin mahal… semua jenis keperluan… dr yang boleh dimakan sehingga untuk sesuap nasi… semua mahal!!! Jadi, nak tak nak… duit adalah keperluan… PERLU!!!

    For me, cinta dan duit tak boleh disamakan… dan takkan pernah sama… Hidup kita dan cara kita hidup… kita ada cawan² yang perlu diisi… maksudnya:
    1-happiness
    2-money
    3-cinta
    4-friends
    5-dan macam² lagi…

    kalau cawan pertama penuh diisi… dia takkan overflow ke cawan² lain… dan cawan ke 2 perlu juga diisi dengan jumlah yang sama… 🙂 begitu juga dengan cawan² yang lain… 🙂

    Jadi… kalau kata cawan duit penuh sekalipun… ia takkan dapat membeli cinta kekal… cinta sementara dapat kot… 🙂

    Tapi… cinta dan duit ni saling memerlukan… takkan nak makan pasir lepas kawen kan?? Dan kaum Adam pun… xkan nak makan duit isteri lepas dah kawen nanti??? tak tercabar ke??… Jadi, usaha tangga kejayaan… 🙂 winkwink

    Have a nice day bro!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons