blog_image03

Apabila ramai yang bertanya Razzi, samada nak tunggu atau nak berlalu… teringat saya dengan 2-3 couple sebelum ini yang berada dalam situasi yang sama. Apa yang saya sendiri lihat dalam perhubungan mereka, nak kata benci, ada jugalah bencinya, tetapi masih banyak sayang dan pastinya masih teramat cinta kepada pasangannya yang telah bertahun-tahun lama bersama.

Tapi masalah yang hampir sama dihadapi dia, adalah pasangannya itu tak jaga sangat perhubungan mereka, cara layanannya pun sudah tidak semesra dulu. Tutur katanya juga agak kasar dan tak menjaga hati… dan biasalah kan, bila akhir akhir sekali, apabila dapat tahu pula dia ada ‘berkawan’ dengan seseorang… lagilah senak dada tak terhingga.

  • Tak sure samada ada apa-apa perhubungan di antara ‘kawan’ itu tetapi mengapa harus disembunyikan jika tak ada apa-apa kan?

Jadi… itulah saat dan titik tolak bermulanya sebuah perpisahan yang bukan kita mahu, tetapi mungkin kerana sudah terlalu lama menahan sabar. Selama ni kita saja yang menjaga perhubungan itu, tetapi dia sering mengabaikannya. Well… berapa lama menahan perit, kecewa, sunyi, sedih seorang diri… rasanya sudah cukuplah kut…

Kerana manusia ni ada juga tahap kesabarannya. Kalau dah bertahun lama tak berubah-ubah juga… mungkin perpisahan adalah jalan terbaik, untuk membuka ruang kepada yang lebih sesuai untuk dia dan juga kita.

Kadang-kadang tu, memang terlalu lama seseorang yang di dalam perhubungan sebegini, terus berdiam diri, kerana sayang dan tak mahu pasangan terasa hati jika ditegur. Tapi sampai bila nak berdiam diri kan… mungkin sudah sampai masanya untuk berpisah. Dan mungkin juga layanannya sebegitu kerana mahu kita yang tinggalkan, mahu kita yang buat keputusan sendiri.

Ada kemungkinan dia takut kita terasa hati lah tu kalau dia yang cakap nak putuskan perhubungan. (Atau memang pengecut?)

Tak apa, biarlah kita saja yang putuskan. Daripada menahan derita sekian lama, dah memang kita pun sudah terluka, perpisahan ini juga akan menambah luka di hati. Tapi mungkin itu adalah yang terbaik buat semua. Lagi lama duduk di dalam perhubungan yang menyeksakan itu, mungkin ada lebih baik, melangkah jauh darinya pergi ke dunia yang lebih aman dan tenteram serta menggembirakan, boleh memberi kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

  • Dalam pemerhatian saya, seseorang pasangan yang masih sayang dan masih cinta ni, dia takkan tergamak untuk sakitkan hati pasangannya, apatah lagi membuatkan pasangan itu terluka dan kecewa, jika dia tidak hiraukan dan tidak kisah, itu maknanya cinta itu mungkin sudah lama pudar dan keutamaannya sudah tentu pada yang lain…

Jadi, sesungguhnya walau berat, walau tak sanggup, kita sebagai mangsa dalam perhubungan ini, harus melepaskan dia pergi. Ya, kita kan terluka, namun InsyaAllah ada hikmah di sebalik perpisahan itu… kerana pastinya akan ada yang lebih baik untuk kita bahagia bersama nanti. Mungkin Allah swt telah menyediakan seseorang yang sanggup dan rela mencintai dan menyayangi kita lebih dari segala-galanya… siapa tahu kan 😉

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [2] Comments