Melepaskan Dia PERGI…

Sanggupkah kita melepaskan dia yang kita benar-benar kita cintai? – satu persoalan yang rasanya tidak perlulah ditanya, kerana sudah terang dan nyata jawapannya, TIDAK SANGGUP!

  • Di dalam percintaan, satu perbuatan yang sangat mulia adalah mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati dan rela berkorban apa saja demi untuk dia bahagia sepanjang dia menjadi milik kita selamanya.
  • NAMUN, sebenarnya… adalah lebih mulia dan tinggi nilai cinta sekiranya anda dapat melepaskan dia pergi untuk menimba pengalaman di dalam perhubungan baru dengan orang yang boleh memberi cinta yang jauh lebih baik dari kita.

Ianya satu pengorbanan yang teramat besar kerana, melepaskan orang yang kita cinta, sewaktu kita sama-sama masih cinta adalah sesuatu yang amat susah untuk dilakukan…

Perbuatan ini juga menunjukkan yang anda adalah seorang yang tidak pentingkan diri sendiri, kerana, itulah lambang cinta yang sebenarnya cinta! Meletakkan orang yang kita cintai di depan dan dahulu dari hati serta perasaan kita…

  • Sudah tentu seseorang akan menghormati tindakan kita bila kita bersungguh-sungguh cuba untuk memenangi hatinya, memikat dia sehabis-habisan. Akan tetapi, anda akan lebih dihormati ramai jika anda meletakkan kebahagiaan dia terlebih dahulu dari kebahagiaan anda.

Persoalannya sekali lagi, sanggupkah kita membiarkan dia bahagia dengan pilihan hatinya, pilihan yang boleh dikatakan membahagiakannya, sedangkan kita tahu kita juga boleh membahagiakan dirinya? Bagaimana pula perasaan kita? hati dan jiwa yang sudah sekian lama menyintainya?

REALITI SEBENAR

TRUTH IS … bagi Bro Razzi yang pernah melakukannya, ianya amat perit! satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan atau digambarkan setelah melalui pengalaman berkorban demi cinta saya itu! Sedih, kecewa, frustrated! YES I DO! But at the same time, rasa bangga kerana ikhlas berkorban demi dia yang saya cintai, rasa puas kerana dia bahagia, malah sampai sekarang pun dia masih menghormati Razzi!

Kalau nak cakap di ketika itu, memanglah jauh di sudut hati, I tahu dia akan lebih bahagia bersama pilihannya. Walaupun dia juga masih sayang I ketika itu, Huhu, but I pun tak nak lepas juga pada mulanya hehe… 🙂 tetapi ada perkara-perkara yang kami tidak berapa sesuai untuk bersama, jadi I rasa I better let her go… – You know la kan bila kita selami betul-betul situasi tu, kita dapat rasa memang kita dengan dia tak ada harapan laa..

Tentu sahaja I boleh usahakan dan cuba saling faham memahami dan menyesuaikan diri. BUT, I think she’s better off without me. True enough, sekarang dia sudah bahagia di samping suaminya yang tercinta.

GAGAH DAN BERANI

Mungkin anda akan berkata, “tak nak lah bro, tak mungkin I nak lepaskan dia!” – I faham, mungkin anda tidak mempunyai keberanian atau tidak gagah untuk menghadapinya.

Tetapi percayalah, jika anda sanggup diri terluka, rela hati anda mengecapi kecewa… anda akan dapati diri anda akan menjadi jauh lebih gagah dari biasa dan penuh dengan ketabahan!

  • Hilang orang yang dicintai ini bukan main-main dan bukan calang-calang kesannya. Tetapi itu lah satu perbuatan mulia dari diri kita yang merendah diri menyayanginya… setelah berbagai usaha dilakukan, inilah sahaja yang dapat kita berikan demi kebahagiaan dia yang kita cintai!

Itulah setinggi-tinggi pengorbanan… buat dia yang tersayang. Mungkin hari ini kita kehilangan cinta, melepaskan dia pergi, melepaskan sebuah cinta abadi… namun, sebenarnya kita sedang membina sebuah cinta yang jauh lebih abadi di dalam diri yang hakiki…

Luka yang terhiris di jiwa, mengingatkan mu saat kau kehilangannya… mungkin berzaman, namun ia sembuh jua, parut itu mengingatkan mu sejarah lalu, yang mengajar mu erti cinta yang sebenarnya, dan pabila kau mendirikan rumahtangga, kau akan lebih bahagia!

Semuga anda terus tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan di dalam percintaan, GOOD LUCK…. you need it 😉

p.s. : Ketahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

24 Comments

  • Kaz 3660

    Saya da seminggunberpisah dengan kekasih saya. Ini terjadi di atas kesilapan saya sendiri. Namun dirinya masih di hati. Saya tetap yakin dan pasti dia dan saya akan bersatu jua kerana ini semua adalah perancangan Allah swt. Kami bertemu kerana Allah. Tidak mustahil ada sesuatu yg indah Allah sedang aturkan kerana susunanAllah adalah yg terbaik.

  • Apek Tua

    Memang sakit sgt bile terpakse lepaskan dia. Sakit tahap gaban. Tp aku relakan utk kebahagian dia. Skng mmg nmpak dia bahagia. Dia anggap aku sbagai kwn baik dia skng. First aku okey. Lama lama aku rse makin sakit bila dia cite ngn aku psl bf baru dia kt aku. Aku tak nak hubungan kami putus mcm tu aje..dia cinta pertama aku sebenarnye. Perit sungguh. Sekarang masih lagi sakit.

  • sedih

    Baru je ak buat bnda tu smalam.mnagis ak.tapi ak Tau dia akan lebh bahagia ngan ex dia.x salah klau ak hidup single lagi skali..ak ckup kuat..

  • Mr S

    saya nak berkongsi masalah saya ne,,,saya harap dapat mendengar masalah saya dan memberikan nasihat dari En Zul… saya pernah menjalani dgn seorang perempauan yang saya cintai sepenuhnya ibaratkan 1st love lah,,,tp bln 6 ne dy akan kahwin dgn pilihan ibubapanya,,, kami telah melakukkan segala bersama dh ibarat suami isteri tp saya tak tahu bagaimana hendak lepasan persaan syg + cinta say kt dy,,,,kerana hubungan kami terlalu lama,,,bagaimana aik untuk lepasan perasaan ini….

  • eizmerah

    Biar sebanyak mana cintaku padamu, biar sedalam mana kasihku untukmu, andai cinta tak mungkin bersatu, ku relakan dikau pergi demi sebuah bahagia yang abadi. Sebanyak mana kau derita kerananya, percayalah bahawa aku juga turut merasai derita yang sama. Tapi takkan sesekali aku mengukir janji, kerana mustahil bagi diriku untuk menepati. EizMerah…dalam ingatan abadi.

  • tim

    perlukah melepaskan orang yang kita sayang untuk kebahagiaan dia?

  • kaoru luv

    sy amat takot klo jd hal begini, sy x nk n x sanggup,x sampai hati nk lepaskan dia sbb dia adalah cinta hati sy yg x mungkin ada gantinya,sy x blh trima knyataan dan x ingat dgr perkataan mcm ne” klo dia jodoh aku dktkan lh klo dia bkn jodoh jauhkan la” slalu tgk dlm tv org smbyng mcm tu. lg pun cinta kami berlainan agama dia muslim n sy christian,smua family melarang tp until now 4 years already harap sy pilih jln yg benar sebelum terima nikahnya..

  • Sunshine

    Terima kasih, Bro. Love..This really helps! :’)

  • nuha

    Sy pernah lalui situasi ni..ianya amat perit bila sy dpt tahu yg dia menyintai wanita lain. Walaupun dia masih sayangkan sy, sy dengan rendah dr melepaskan dia dgn redha. Sy pegang 1 je Cinta dan Hati kt milik Allah. Dia mgkn akan bahagia bersama wanita lain. Sakit? mmg sakit, tp sy x tunjukkan kemarahan atau kesakitan sy depan dia, sy redha..ini ujian Allah terima dgn ht yg tenang dan redha. Itulah sebaiknya.Ada yg terbaik utk sy d masa hadapan Insha-Allah..

  • THANK YOU ALL for reading and giving your opinion. Appreciate it… love the way you all shares your stories. keep on doing it okay. TQ!

  • shasha

    Sangat2 sakit bila ditinggalkan..lagi sy nk lupa dan lepaskan dia..hati sy lg tetsangat sakit..baru 6 bulan smbng ijazah..dia jumpa org lain..alasannya adalah sy xpnh ambil berat tentang dia..alasan yg sngt2 tidak munasabah… Tp skrg sy cuba untuk lepaskan dia andai perpisahan ini membuatkan dia lebih bahagia..cuma kesan kpd org yg ditinggalkan adalah susah untuk memberi kepercayaan kpd org lain..

  • aku skang tgah mengalami situasi yg sma.. tp tulh… dlu lg aku da boleh tinggalkan dia.. tp die dtg blek.. tp skang.. die nak tinggalkan aku… memeningkan kot mende ni sbnrnye.. samaada kta nak jg hati kte sndri.. ataw jge hati org len.. nak jge hati org len kte yg sakit.. tp kalu org da xnak ngan kite.. wat ape kte nak kejar yg x? tp tu la.. hati ni da x tentu hala.. maybe mengambil mase kot… tp xtaw smpai ble. kalu kte kejar pun.. maybe result die bleh menyakitkan hati kte lg.. or maybe sebaliknye.. people change kan? so.. kte x taw future mcm mane.. org ckap kalu ade jodoh x kemane.. tp aku ske usahakan jodoh aku.. even aku sndri yg sakit.. ntahla.. ape yg aku tulis pun aku xtaw.. hahaha heartbreak….

  • jiha andreas

    saya kecewa bila bf saya yang dulu sentiasa bersama saya tapi sekarang kitorang dah clash sebab dia ada orang lain dekat IPT… dulu sebelum kitorang masuk IPT masing2, dia selalu janji dengan saya yang dia akan setia dengan saya.. dia berjaya ambil hati family saya, kitorang rapat macam adik beradik.. 🙂 tapi bila sekarang dia lebih memilih orang lain dari saya.. sebab mungkin saya ada kekurangan diri saya, dia suka perempuan tu sebab muka dia mirip artis remaja terkenal.. 🙁 jadi saya hampa dan terkilan lalu saya yang putuskan hubungan kitorang..berat saya rasa tapi demi kebahagiaan dia , saya lepaskan .. bila family saya tanya tentang dia.. saya berat nak menjawabnya sebab saya takut ibu dan sedara saya kecewa.mereka terlalu suka dengan ex saya.. thanks to admin blog nieh..memberi harapan baru pada saya :).. saya pernah berharap agar dia kembali… tapi saya letih mengharap 🙁

  • azambaru

    setuju sgt dgn kenyataan tu. melepaskan seseorang tu pergi adalah sgt bermakna. kerana Allah sudah pn merancang apa yang terbaik buat kita. dan ia menjadikan pasangan kita dari berlainan jenis untuk melengkapi satu sama lain. cinta itu mengajar seribu satu tentang kehidupan. mungkin itu adalah sebagai ujian untuk kita lebih kuat. 🙂

  • Pelangi sepi

    En Razzi Rahman Betul apa yg dikatakan MASA akan membawa kejayaan. Terima Kasih kerana banyak memberi nasihat dan pandangan. Insyallah semoga smuanya akan pulih. Amin 🙂

  • PELANGI SEPI – Don’t worry sangat, setiap yang terluka pasti akan sembuh, setiap yang gagal pasti akan berjaya juga suatu hari nanti. Kuncinya… MASA… akan menyembuh luka, MASA akan membawa kejayaan.

    Hadapi dengan tabah, sampai masanya nanti segala-galanya sudah tidak ada apa-apa pun. Dan bila berjumpa dengan dia pun, you dah tak rasa apa-apa… bersabar dan redha, insyaAllah selamat.

  • Pelangi sepi

    Thanks you atas nasihat En Razzi, Sy akan cuba berazam. Tk tahu nk digambarkan apa perasaan sy ketika ini. Hanya tuhan je yg tahu apa yg berlaku, sy sekarang tgh berlawan dengan perasaan sy sendiri.Hujung bulan ini dia akan berkahwin. Memandangkan sy merantau jauh dr kampung halaman sy. So bila dh jd mcmni sy tk tahu bila sy balik kg adakah sy dpt menerima smua ni. Sy tahu 1 day sy akan berjumpa or teserempak dgn dia memandangkan sy sekampung dgn dia. Sy berdoa sgt supaya sy kuat hadapi apa yg berlaku dlm hidup sy. Terlalu berat untuk sy menerima, tetapi sy tetap kena terima suratan takdir allah. Sy pn berdoa supaya dia bahagia bersama pilihan dia.

  • PELANGI SEPI – I dapat rasa apa yang you rasa, sesungguhnya, I pun pernah melaluinya.

    Apa yang terjadi pada I dulu, harapnya tidak terjadi pada you all semua di luar sana, it takes me many-many years to forget her. Sebab masa tu tidak ada siapa dalam hidup I yang boleh bimbing dan tunjukkan jalan…

    BUT, apa yang I buat adalah I berhenti menangisi perpisahan kami dengan I mengingati semua yang indah-indah dengan satu azam, ingin melakukan semula semua itu dan lebih lagi bersama orang baru.

    Alhamdulillah, semakin I berazam, semakin I dapat menerima yang dia bukan untuk I, at the same time, I’m happy because I still layan perasaan happy bersama dia dulu…

    last, I redha dan dapat menerima segala-galanya, by the time I’ve met my love ones, alhamdulillah, she’s 100x better than her 😉

  • Pelangi sepi

    Bila melibatkan hati dan perasaan mmg susah nk tipu, apabila orang yang kita sayang akan berkahwin sekali gus akan hidup bahagia bersama insan lain. sy dh cuba sedaya upaya untuk melepaskan ia pergi dengan rela hati. Tetapi sy tk mampu, setiap kali namanya disebut setiap kali itu la sy sedih dan kecewa. Sy pn tk tahu kenapa sy masih syg sedangkan sy tahu sy tk akan bahagia bersamanya.Perkenalan saya dengannya hampir 7 tahun terlalu bnyak kenangan saya bersamanya. Sy lagi sedih bila saya balik kampung akan berjumpa dengannya kerana rumah kita orang agak berdekatan. Bagaimana cara untuk pulih dr masalah begini. 🙁

  • SEFIA – Sometimes, kita kena menerima kekalahan untuk kita kembali bangkit dan berjaya di dalam perhubungan yang lain.

    “Berundur bukan selalunya bermakna kita lemah, ia juga bermaksud kita berani melepaskan ia pergi…”

    Apalah gunanya orang yang tidak menghargai perasaan kita? Sudah jelas dia bukanlah seorang mempunyai hati dan perasaan yang baik. Tidak berperi kemanusiaan. You seharusnya bersyukur dengan Allah kerana telah menunjukkan warna dia yang sebenar…

  • Sefia

    dia kata saya bff dia…forever…dia kata dia sayang saya…tapi sekarang dia dah tinggalkan saya kerana gf dia…saya sayang dia sangat2…saya sunyi tanpa dia…sekarang dia dah taknak contact saya…dia kata saya emosi dan paranoid…sedangkan saya pernah luah saya mula suka dan sayang dia waktu first tyme kami jumpa dan dia pun cakap mcm 2…saya caya dia…tapi skrg dia kata kami mugkn boleh bersama kalau dia single on 1 day….perlukah saya terus mengharap dan tunggu dia….hati saya sakit….tapi hanya doakan dia kembali kpd saya….plz help me…

  • adi

    Memang perit, tapi bahagia sebab tindakan itu untuk kebahagiaan dia. Cuma bila terkenangkan saat itu, air mata memang akan mengalir. Ini juga jadi bukti kita ikhlas cintakan dia, tanpa mengharapkan dia akan cintakan kita juga. Perasaan cinta, suka, sayang, minat dan benci kita tidak boleh jangka. Lepaskan dia. Tetapi sekiranya dia kembali selepas itu, terimalah jodoh kali kedua dengan pengalaman yang berbeza.

  • zul

    you will suffer, if you sacrifice your love
    , you wont’t be happy if you sacrifice your love..these what i’m thinking right now, i think i’m not ready to let her go and i think i’m not strong enough to stand without her…i think i can’t let her go…
    ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons