Mengapa LELAKI boleh jatuh cinta lagi?

cintalagi

Adakah ini menjadi pertanyaan dan persoalan di minda anda selama ini? MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA, walau sudah ada yang punya, walau sudah ada kekasih, sudah bertunang dan akan kahwin tak lama lagi, dan walaupun sudah beristeri tetapi masih boleh jatuh cinta lagi, masih boleh sayangkan wanita lain! MENGAPA?

Adakah kerana naluri lelaki ni atau hati kaum lelaki ni sememangnya beku? Tak punya peri kemanusiaan ATAU memang boleh dipecah-pecahkan? Dikongsi-kongsikan? Tidakkah mereka merasa kesihan akan wanita yang sudah bersama dengannya selama ini?

*Ramai yang memberi alasan lama, mereka berpendapat, jika seorang suami boleh jatuh cinta dengan wanita lain, adalah sebab si isteri tak pandai layanlah, kurang ‘bagi’lah, tak lawa lagilah… semua alasan cliché yang bosan, meletakkan salah kepada wanita! Bosan giler kan?

Dan wanita pula akan menjawab, “Ellllehhhh… kalau isteri cantik macamana pun, dapat setiap malam pun, kalau dah suami tu gatal, dia cari lain jugak! Kena pulak artis-artis sundel yang suka menggoda suami orang, habislah! Tok sah menyalahkan isterilah!!”

Nah ambik kau …saya tak masuk campur, hehe tapi betul juga, kan 😛

Sebenarnya, ada beberapa permintaan dari followers/pembaca my blog ni, minta bro Razzi tolong jawabkan persoalan ini… Lama juga ambil masa nak jawab ni huhu, bukan apa, takut nanti ada yang melenting pulak ni. Kang melayang pinggan mangkuk hahaha 😆 … SEBAB, jawapannya tiada wanita yang akan suka. PASTI marah, if not duka. Tak apa I will try jawab seikhlas yang mungkin dan setidak politikin ya 😎

love2Satu FAKTA PENTING :
Perceraian pasangan ISLAM sahaja, telah meningkat sebanyak 2.3 kali ganda, dari 20,916 pasangan dalam tahun 2004 ke 47,740 pasangan dalam tahun 2012, dan meningkat lagi pada tahun lepas 2013, kepada seramai 49,311 pasangan yang telah bercerai.

Siapa yang boleh menjatuhkan talak? LELAKI. Ini menunjukkan peningkatan TINDAKAN oleh kaum lelaki yang sebenarnya semakin berani dan sudah tidak menghiraukan sangat perhubungan yang telah terbina. Seolah-olah, menjatuhkan talak, menceraikan isteri adalah sesuatu yang begitu mudah dilakukan. Mungkin dulu kebanyakan lelaki akan memikirkan tentang anak-anak, keluarga mertua, dan perasaan isteri. Tetapi kini, mungkin persoalan itu sudah tidak dihiraukan sangat. (Tidak semua lelaki ler 😉 )

love2Lalu kita bertanya, Mengapa LELAKI boleh jatuh cinta lagi?

…jika perkara berat seperti perceraian itu boleh dianggap mudah… apakah susah untuk melakukan perkara seperti jatuh cinta lagi? Sudahlah hukum membenarkan pula lelaki berkahwin lebih dari satu. Jadi ianya bagai sudah sinonim di dalam diri lelaki yang mereka sebenarnya layak untuk jatuh cinta lagi.

love2 Bagaimana PERASAAN lelaki?
Ya sudah tentu lelaki juga akan merasa risau, kesian dan sebagainya terhadap pasangannya. Tetapi sebagai LELAKI, mereka mahu merasa IN CONTROL dan boleh membuat keputusan sendiri tanpa sebarang halangan. Sebab itulah dengan jatuh cinta lagi, ianya membuatkan mereka merasa berkuasa, powerful!

Adakah mereka cintakan isterinya? Tunangannya? Pasangannya? YA itu sudah PASTI! Tetapi, sesungguhnya lelaki memang ada BANYAK CINTA untuk dikongsikan. (Tak semua lelaki laa… kebanyakannya)

Ada lelaki yang sangat-sangat sayang kepada kedua-dua wanita sama banyak sayangnya. Ada lelaki yang boleh memberi kepuasan kepada semua wanita yang bersamanya dan ada lelaki yang bijak membuatkan kedua atau ketiga atau berapa pun wanita jatuh cinta dengannnya. Ini is a real FACT! Bapa mertua saya pun kahwin 3, kawan-kawan saya pun ramai yang kahwin 2, 3… dan bila ditanya, adakah yang mana-mana satu mereka cinta lebih? Jawabnya semua sayang! Semua cinta sangat!

So, YES, lelaki boleh mencintai wanita lebih dari satu dan benar-benar cinta! – TANPA mengira sebarang kelemahan atau kekurangan dari isteri yang pertama atau pasangannya yang awal itu, mereka boleh jatuh cinta lagi. SEBAB? Sedap…sebab sedap, sebab suka…terpikat, jatuh hati dan sebab-sebab normal orang jatuh cinta.

love2Adakah sebab lelaki memang GATAL?
Well… ada ke lelaki yang tak gatal bila ada wanita yang disukai berada di depannya? Bezanya ada yang tunjuk terang-terang, ada yang sembunyi-sembunyi dan ada yang takut atau malu. The truth is gatal ke tak gatal ke… itu terletak kepada NALURI, NAFSU dan KEINGINANNYA.

HAKIKATNYA… tepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Kalau lelaki itu gatal macamana sekali pun, bijak mengayat, pandai bersandiwara, punya keinginan yang tinggi untuk memiliki wanita itu, untuk jatuh cinta lagi, tetapi jika si wanita tidak melayan, takkan jadi juga. Tergila-gila seorang diri dia jugak 😉

AKAN TETAPI sebenarnya, bukan lelaki saja… WANITA juga ada yang boleh jatuh cinta lagi, walaupun dia sudah bersuami, sudah punya kekasih hati, sudah bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Cuma wanita selalunya disebabkan kurang perhatian dari pasangan, kesunyian walaupun sudah berpunya. Tiba-tiba datang lelaki yang pandai layan…terbalik pula, si lelaki lah pula yang melayan… lalu si wanita pula mulai jatuh hati, terpesona, mulai berani! TAPI, selalunya kalau pasangan lelaki IN HER FACE all the time, tak ada masa dia nak bersama orang lain hehe… berbeza dengan lelaki yang selalu bijak mencuri masa.

Biar apa-apa pun, to me… lebih baik kita fokus kepada KITA. Sebab kalau nak fikirkan orang ni takkan habis. Ianya hanya akan membuatkan kita semakin gusar dan resah gelisah selalu. Lama-lama boleh jadi gila!

love2Ada lebih baik kita ‘UPGRADE’ kan diri kita dalam segala segi. Kita CANTIKKAN hidup kita, penampilan, pendirian, pemikiran, karier kita, PERHEBATKAN segala-gala tentang diri kita, agar kita sendiri bahagia. Jadi kalau ada  sandiwara, cerekarama nak terjadi tu, sekurang-kurangnya ada yang terfikir, huh pasangan aku jauh lebih hebat, lebih bagus lagi! Susahlah sikit nak ‘fight’ 😉

love2Yang penting, kita sendiri kena puas hati dengan diri kita sendiri. Jika kita sendiri pun tak berpuas hati, dengan diri kita macamana orang lain nak puas hati dengan kita?

So all the best to all of you out there. Remember hidup hanya sekali, penuhinya dengan perkara yang berguna dan bermakna. InsyaALlah kita akan bahagia.

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

  • Share this article at your facebook… kongsikan dengan kawan dan teman atau dia yang anda kasihi 😉

24 Comments

  • Lala

    Sy ada jmp 1 lelaki ni..
    Kami slalu terserempak time d tmpt keja..
    Dia selalu senyum n sy pun senyum sekali..
    Bila lama2..dia tegur..
    Kami berckp dan bila ternampak sy dr jauh..dia akan cuba tuk jln tmpt yg sy lalu supaya kami terjumpa..
    Last2 baru2 ni sy dpt tau dia dah tunang dgn org yg 1 company kami jg..so..y??
    Y dia mcm nak ngurat but then rupanya da tunang..bole lelaki yg dah tunang jgn bg org slh fhm? Aish…ingatkan jodoh..rupanya bodoh..

  • Aesyah

    Saya sudah hampir 5 tahun..masih berharap pada laki org ni..org boleh kata saya bodoh..yes saya mengaku sy buta hati..sb?CINTA..dia laki pertama dan dia laki terakhir sy cintai..kpd laki orang..please..kalu korg seyes teruskn usaha bina masjid kedua dgn cara elok..bkn main2 perasaan wanita sesuka hati..jadi laki matang bijak bdepan isteri..bkn takot isteri..wanita kedua juga ada hak..bukan pinta utk runtuhkn masjid cukup skadar adil dan toleransi.

  • Amirul

    nak tau kenapa LELAKI CURANG?? senang je…lelaki memang makhluk yg nafsu kepada 1 benda..tp bila dah dapat kami akan boring!!! tipu ar lelaki xpernah jatuh cinta dgn lebih 1 pompuan..tp knp nk halang, kalu mmpu ape salahny..bukan dosa kalu mmpu,, yg buat laki senyap2 curang sb kaum pompuan jgk yg suka kuat jeles, marah, dan queen control..

  • muslimah

    bukan perempuan x kasi kahwin lebih..macam ni la..kita cakap dari aspek islam..ramai beragama islam kn kt sini? oky..apa gunanya klu ilmu agama xda..tapi nk nikah lain..tu blom kira adil lgi…yg ada ilmu,adil kah??terasa sikit isteri bila suami xadil..abis..hancur ..neraka jawabnya..sbb xmnjalankan hak..dalam quran dah nyatakan.. “xmampu,cukuplah seorang,cukop”..bab ni lelaki mmg nmpk xadil,ai,yg dok masak kt dapur tu adilkah?sedangkan zaman Rasulullah tu tgunggjawab lelaki..boleh lagi belajar ilmu agama..sy pon kurang..sekian…..

  • lucy

    Razzi Rahman,

    sebelum ini saya couple dengan seorang laki dekat 2 tahun. bf saya macam orang lain gak,pegi dating makan sama2,keluarga saya kenal bf saya ni memang budget nak kawen semua….tup2 saya dapat tahu rupanya bf saya hampir 2 tahun ni rupanya suami orang. diorang dah kawen dekat 5 tahun.

    saya hampir tak dapat terima kenyataan,sakit ditipu laki ni,sedangkan keluarga dia bahagia selama ini. rasa tertipu sebab saya habiskan dekat 2tahun macam tu jer.saya tak salahkan wife dia sebab wife dia tak bersalah. kadang2 saya fikir,perasaan lelaki ni memang di cipta untuk mempermainkan hati perempuan? kalau seseorang pernah merasa di tempat saya tahu la perasaan saya sekarang.

  • nana

    Saya tak faham..kenapa lelaki yang cuba rapat dgn sy boleh berkelakuan baik dengan kawan2 perempuan dia yang lain, tp dgn saya dia mesej gatal2 dgn saya.

  • suki

    Whoaa, fakta yg perit untuk deterima oleh perempuan.. perempuan dilahirkan untuk rasa disayangi dikasihi di dampingi tapi kalau dah ada dua n tiga mcm mana benda tu nak lengkap.. hebatnya lelaki kalau fikir nak puaskan nafsu.. emm geram pula baca bro razz.. sorry..
    Yela, tapi kalau ada perempuan yang sanggup mesti serba sebanyak rasa cinta dah hilang pada husband dia, yg tinggal hanya rasa tanggung jawab untuk Tuhan.. wont this be painfull bro razz, 🙁

  • MISHA – Masalah akan selalu ada, karenah lelaki tidak akan hilang, begitu juga karenah wanita. Jadi mengapa kena terus single?

    Single pun akan ada masalah juga nanti… so daripada single, lebih baik berdua.

  • JOJO – wahhh… sungguh ikhlas kata-kata mu 😛

    Baguslah macam tu kan daripada cakap-cakap kosong, sembunyikan niat… ada baiknya berterus-terang saja seperti Jojo, itulah lelaki sebenar!

  • misha

    tqs abang razzi..sy skrg dah taw serba sedikit pasal org lelaki ni…well, dah penat kot, jumpa lelaki cmni..smpai skrg sy still single..umor dah dekat 30 dah..xde perasaan dah dekat lelaki skrg..dorang byk karenah..nak jer remain single..cmner ni.

  • Zara_cute

    amboi…hebatnyeee kaum lelaki berhujah..belakang bini berani la,,,depan takot..but half of theirs opinion im agreed.. 🙂
    tp if my bf curang..i x kasi peluang ke3 dah…laki ker wanita same jer…ni la kalau ikutkn nafsu.
    semua ni ego..nk lebih.
    tp dlm pada masa sama nak semua..i terkesima bc ur facts..all is true..sakit hati jer tuhan tahu..so hati2 i nak plih bkl suami t.

  • ken

    i setuju dgn jojo…girls skrg pun xkurang nye hypocrite ..semua gila duit laki jer…yg xleh blah sanggup guna fashion, makeup as trick nk pikat laki…i menyampah girls cmni..gedikk..pastu slhkn laki
    i x heran pun suami/tunang org curang…sb sestgh tu jumpa pasangn salah..and takdir Allah bg jatuh cinta dgn girls lain yg jauh better dr 1st partner..laki yg usia meningkatkn cmni i ni..dah x fikirkn dah perempuan cantik2..tp yg memahami i..x paksa2 or support i..lagipun hati laki mana xleh tolak ‘rezeki’ depan mata..kan kan?bb tu Allah bg kelonggaran kawin lebih…sb DIA taw laki nafsu pd perempuan..sehebat mana laki bila dia jumpa perempuan yg menceriakn hati dia..he will fallin in love again.

  • JOJO

    ha..nak taw lagi nape kitorng curang ag…i geli la perempuan zmn skrg..i admit dulu i budak2, suka awek2 dedah sana sini..nafsu la katakan, after tht i went to my bf wedding…omg,his wife so alim..hati i mula cair, beb..awek2 skrg suka control ayu la…benci..kalo kt fb, makeup tebal, guna kamera 360, buat mata besar cm alien pstu suka dipuji2,cian bakal suami dorang..so fake…start pada kenduri 2 i mula jatuh cinta pada REAL MUSLIMAH…i can tell whether dia ni muslimah atau x…ade kkdg pakai tudung labuh tapi makeup sekilo semta2 nak tarik pikat lelaki..eww..i xmain la..i cair bila tgk awek2 muslimah tersipu2 malu,,,nak tackle dorang susah beb..ni buat i btul2 nak curang dgn awek i yg gedik 2..lagipun lke u said la bro.razzi…kita leh kawin 4 kn…i bukan niat nak pasang lebih pun..i still single, but i skrg dah nak berubah..nak cr bakal2 ibu tok bakal anak i t…so xsalahkn curang…sb hati ni masih lagi tercari2 yg the best..so awek2 sana be your self la..laki xminat pun ko punya makeup or dress cm cinderella..buat pae,,hbis duit jer..yg cairkn kitaorg lelaki ni..just ur smile, and ur kindness jer..ambil berat tu penting..and last, jaga bahasa and kesopanan tu,,korang tu dah la pakai cm muslimah tp terkinja2 sana sini dgn jantan..ewww..educated is the bonus..lagi pandai lagi bagus..lagi beragama lagi bagus..so xyah nak buang masa dgn ur poker face, setiap org kn ade self attraction,so wat pe nak bergantung pada fashion semata2..hehehe..SETUJU X..laki2 yg ikhlas.

  • DIDY – Cool, setuju juga tu 😉

    RAFIQ – Hehe…nga’a kesian kat deorang kan 😀

  • siti

    sy da tnggalkan dy.haha,pedih tu pedih la tp dr sy terluka lbih dalam pada masa akan dtg lbih baik sy t’luka skarang..
    tp kan dy keep going msj sy padahal dy dah tu semua punca dr dy..ape yg dy nak lgi?
    sy sruh ptus dgn gf dy skarang,xde jwapan lgi..
    jd jln pnyelesaiannya..sy kne relakan perpisan ini..insyaallah sy akan jumpa lgi lelaki yg akan m’hargai dri saya ini..be strong!

  • rafiq

    well..kalu ikutkn xde sorang laki xnak kawin lebih..cuma perempan jer xleh tolak ansur..cikit2 jeles,cikit2 maki hamun…kitaorg pun de gak privacy..dah wife skrg suka sgt cabar ego kitorang…lagipun perhubungan suami isteri sekian lama,cam dah boring, balik2 muka ni jer..ego dpt tackle awek2 baru,rasa WOW..skarang ramai anak dara tua,jnda2 dan ibu2 tunggal..cian la dorang..btw i love this entry buat lelaki leh luah perasaan sama..hehe

  • didy

    i selalunykn xsuka la wife2 skrg dok salahkn kami kaum adam..nafsu kitorg kat perempuan ape lagi..tmbah2 isteri2 skrgkn emosional lebih,,seks pun kurang..bila tanggungjawab kawin dah hampir selesai/xde masalah,,time2 cmnilah lelaki cr lain…anak2 besar lagi sunyi,yes we love both woman..tp kalu yg berhati perut tukan..senyap2 atau sekejap jer..tp lelaki cmni kira jahat…sb xbertanggugjawab…ahahaha..so ladies, cari yg betul2 ihklas,,u knw it masa dlm perhubungn korng…hati seronok dlm hati~boleh kawin 2.

  • SITI – Story you seperti lelaki yang diceritakan dalam artikel atas la kan, sama la tu, dia sayang kedua-duanya.

    Sekarang ni simple je. You boleh terima, teruskan lah perhubungan ini dan jadilah seorang kekasih yang terhebat lebih dari semua orang sehingga membuatkan dia tak boleh bersama orang lain lagi.

    BUT, jika tak boleh terima, lupakan sajalah lelaki tu. Lagipun potensi untuk seorang lelaki seperti dia untuk menipu adalah jelas, akan berlaku lagi, sekali menipu sikit punya lama… akan menipu lagi, ianya mudah bagi dia.

    So terpulanglah pada Siti untuk mempertimbangkannya.

  • AISYA – Benda sudah berlaku, janganlah pula kita fikirkan betapa bodohnya kita. Soal hati ini tak siapa boleh nak lawan bila sudah tertawan.

    Adakah betul tindakan Aisya mengundur diri itu boleh dijawab sendiri dengan bertanya, “Are you happy or not?” itu yang penting.

    You know sesetengah orang memang dilahirkan memiliki kesukaan kepada satu jenis orang, yang tanpa dia sedari kebanyakan yang disukai adalah lelaki yang sudah beristeri… hehe tak boleh buat apa la kan, bukan you cari 😉

    But always believe… peluang untuk you bahagia pasti akan ada juga nanti, jangan putus asa!

  • siti

    salam bro razzi,
    mcm mna nk ckp yer..sy ade knal seorang laki dlm 6 bulan jgak..kami mmg seperti pasangan b’cinta..
    kalau keluar dy selalu belanja makan,tngok wayang sama2,dy selalu sruh sy masak untuk dye..selalu jgak belikan brang tuk saya..sy ckup bahagia di smping die..dy x pernah declare yg kami ni psangan b’cinta..juz go to flow..
    tp semalam,dy kantoi dgn saya..rupe rupenyer dy da ade kapel dgn seorng perempuan..tp perempuan tu duduk jauh..tp dulu bile sy b’tnya status die..dy ckp dy single
    mmg prinsip sy,kalau sy taw dy dah b’punya..sy xkan kcau relationship org lain,sy x nk dglar perampas..
    tp mcm mna yer sbb sy da b’sama dy 6 bulan.sy pun sygkan die..sy sedih bile dye tipu sy..bile sy tnye,dy ckp dy sunyi sbb kapel dy duk jauh dan dyeorng jrang b’jumpa..dah 3 taun dyeorng kapel..sy tnye la,awk nk putus dgn kapel awk x?dy ckp mcm nie jer..dy x snggup nk lukakan ati perempuan tue,sbb perempuan tue xde wat masalah pun..

    mcm mne ni bro?sy x pham la sikap lelaki nie..bile tnye,dy ckp dy sygkan sy.at the same time?dy kapel dgn perempuan lain..x snggup nk putuskan sbb perempuan tue t’lalu baik.ape yg perlu sy buat?

  • Pendapat yang bernas. Saya sendiri sebagai lelaki, pun tercari logik dan sebabnya..
    Paling utama, jangan terlalu fikir pasal lelaki..Perempuan patut jalankan tanggungjawabnya, kerana Allah. Jika suaminya baik, dia akan menghargainya..
    Jika sebaliknya, si isteri tetap mendapat pahala & ganjaran di sisi-Nya..

  • aisya

    yup…i hates my self in love with husband org..now me in suffer.Dah setahun lebih i xleh lupakn dia..i benci bila pikir balik yg i leh biar dia pikat i..i xminta semua ni..i minat kt dia enth cmner..dia pulak takes chance pikat i, for bro love info, dia ni xpandang perempuan, or mybe xde org nak kt dia, kebetulan i lak ttiba jatuh cinta ngn dia,dia pun leh hidu,pae lagi ego naik la..perkahwinan dia dan wife dia now dah 10 years..i ni baru kenal dia dlm 1 half years jer..i xtaw dia betul2 sukakn i taw dia just saje2..tapi demi Allah i xredha pe dia buat..hati i dah close to other man..cmner ni? i pun satu, nape leh sukakn laki org..bukan sorang tp 2-3 org..i xminat laki yg kebudak-budakkn..i suka laki matang even dia lmbat kawin..tp mostly dah ade punya..last2 i undur diri..bodohkan?..by theway dear thanks for advise..i now i know why man can fallin in love again..sb tu islam teach us eps man,,tundukkn pandangn mata..sebaik2 lelaki adalah yg tidak memandang wanita…Tapi if Allah nak kata jadi jadilah kan..kita xleh salah pihak ke3 jer..mane2 perempuan yg dilahirkn kalau boleh xnak jd no.2 3 tau 4..but i feels a bit release that u said man cinta kn semua perempuan sama rata..now im off with him, but dont know whether he still love me or not? can u answer it? dia ade hobby dan ramai kkawan..mungkinkah dia lupakn i,dan baru2 ni dorang ade baby baru, jarak anak bongsu dia terbaru ni 7 tahun, nape ttiba wife dia nak pregnant lak..so tht make me feel angry..padahal masa dia pikat i masatu rupe2 wife dah pregnant..mungkin wife dpt hidu kot, cepat2 bagi pregnant..i dah pikir byk kali, org akn benci phk k3..so adakah i buat keputusan yg betul undur diri? so lelaki org/tunang org kt luar sna jgn main2 hati anak dara org,,karma itu ada,,Hati2 jika org tranaiya itu berdoa..kerna doa antara dia dan Allah xde hijab..sok2 kene balik kat anak/cucu cicit korang..kalu yer pun jatuh cinta, bertanggungjawab la..xkesian ker kat anak org merana..perempuan kalau dia dah betul2 suka,,xdia xpandang laki lain..yg kes perempuan curang tu i donno la..tu gedik namanya.

  • Assalamualaikum, saya tertarik dengan topik ni, tapi boleh juga diambil dari aspek kesihatan yang melibatkan hormon, sebab ada pendapat pakar perubatan yang menyatakan kenapa lelaki boleh jatuh cinta dengan yang lain adalah kerana kadar “love hormon” dalam tubuh yang berkurangan. “love hormon” ini, atau juga “cuddle hormon” atau oxytoxin sebenarnya adalah sejenis hormon tubuh yang berkait rapat dengan perasaan sayang. Seperti mana seorang ibu yang telah menyusukan anak mereka, mereka akan mempunyai perasaan terikat pada bayi tersebut, ini adalah fungsi “love hormon” tadi, dalam aspek kesihatan, ianya adlah untuk penghasilan susu badan, tetapi ia juga mempengaruhi emosi.

    Berbalik kepada isu lelaki yang mencari lain, kajian membuktikan lelaki hanya merembeskan oxytoxin apabila jatuh cinta. Oxytoxin ini menghasilkan sensasi perasaan yang indah, teruja, berbunga-bunga dan seperti diawang-awangan, namun selepas beberapa ketika(antara 5-6 tahun), apabila hormon ini mencapai tahap optimum dalam tubuh, ianya akan berkurang. Jadi, ada pendapat yang menyatakan, apabila hormon ini menurun dalam tubuh, sensasi cinta mula berkurang dan mengakibatkan lelaki yang merindui sensasi ini mencari semula perasaan itu dengan cara mencari cinta baru.

    Ini sahaja sedikit perkongsian maklumat dari saya. Terima kasih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons