Pernahkah anda merasa anda dan BEKAS KEKASIH masih mempunyai peluang untuk bersama?

Kadang-kadang terasa agak pelik kerana dia sudah lama BUKAN pasangan anda lagi. Malah anda juga dikelilingi kenalan-kenalan baru yang ada di antara mereka menyukai anda. Ada yang serius meluahkan perasaannya. NAMUN‚Ķbekas kekasih juga yang anda rindui ūüėČ

gambar_blog8

…itulah hakikat perasaan apabila masih bergelora cinta lama. Tak boleh nak salahkan sesiapa apabila bercakap soal hati… Kerana saya sendiri, juga pernah merasa kepelikan itu, sedangkan perpisahan sudah lama berlalu.

Situasi sekarang pulak, bagaimana? Ya, agak membingungkan apabila dia kembali berhubung. Meluah-luahkan rasa sedihnya kecewa cinta. Siap minta nasihat dari anda lagi, apa nak buat kalau gitu gini. Wah, anda lagi suka mendengarnya…siap bantu, beri nasihat dan pendapat dalam persoalan cinta ni, anda dah ganti tempat Brother Love dah ni hehe ūüėÄ ‚Äď Lagi menarik perbualan anda dan dia sehingga melanjut, berjam-jam lamanya.¬† Suka benar la tu ya hehe‚Ķ

Makin lama, saban hari berhubung, makin rapat‚Ķ walau masih belum ada ikatan, anda mulai terasa seperti dulu-dulu. Terasa cinta kembali bersemi, rasa sayang sangat kat dia sehingga anda mulai terfikir-fikir, ‚ÄúManalah tahu, mungkin dia akan terima aku semula dan kami boleh bercinta kembali seperti dulu‚ÄĚ

  • Tapi along the way ‚Ķdalam duk rapat kemain tu, dia memberitahu yang dia ada minat pada seseorang. Pulak dah! Baru nak masuk daun hehe‚Ķ

Adoi, ada orang baru! Ya, bagi anda, memang dia layak bahagia dengan pilihannya jika benar ada. Namun, jauh di sudut hati anda‚Ķ anda seperti masih mengharapkan sesuatu. Mungkin masih mahukan secebis MASA untuk bersamanya? Peluang kedua?‚Ķ sudah tentulah mengimpikannya. Namun, anda terlupa akan sesuatu‚Ķ kerana anda begitu sayangkannya, anda begitu utamakan kebahagiaan dia, sehingga terlupa kebahagiaan sendiri…

Tambahan pula, dia kembali baik dengan anda. Dan anda pula mulai menjadi tempat meluah perasaannya. Ada saja masa untuk dia luangkan bersama anda. Ada saja text message darinya. Kini anda merasa situasi semakin seolah-olah hangat. Bagai zaman dulu-dulu rapatnya…

  • CUMA‚Ķ dalam kebanyakan masa dia dengan anda, both of you are talking about others, not about you!

Memanglah anda amat gembira untuk dia, gembira dia happy malah anda suka pula dia mengatakan dia sukakan seseorang dan perlukan pendapat anda bagaimana untuk memenangi dan memikat hati orang yang diidamkannya.

Tapi dalam masa yang sama, tambah-tambah bila anda berseorangan, anda sedar di lubuk sanubari, jiwa anda punya secalit duka. Terasa seperti sudah hilang peluang untuk melanjutkan perhubungan anda dan bekas kekasih kan. Terasa seolah-olah terputus cinta… seperti kehilangan sayang. Sesungguhnya anda sedih sangat kerana, tidak akan ada lagi apa-apa antara anda dan dia jika cintanya menjadi…anda tidak mungkin lagi bisa berbual-bual seperti dulu-dulu… Malah, tiada lagi luahan hati sendunya setiap kali gagal di dalam percintaannya…

  • Ya, mungkin itu sajalah yang anda risau akan kehilangan nanti‚Ķ kehilangan seorang teman yang mengharapkan kata-kata peniup semangat dari anda…

‚ÄúTakkan kut dia boleh bercinta dengan orang lain?! ‚Ķharap-harap tak jadi!‚ÄĚ ‚Äď hehe, ūüôā mungkin itulah yang berbisik di naluri anda kan? – Dulu-dulu, sememangnya anda faham dan menerima permintaan dukanya untuk tidak meneruskan perhubungan walaupun anda dan dia tahu yang anda berdua saling sayang sebenarnya‚Ķ ITULAH YANG ANDA HARAPKAN sebenarnya. Mengharap untuk kembali bersama Bekas Kekasih!

Well, apalah lagi yang boleh anda lakukan‚Ķ inilah dikatakan takdir. Semuanya sudah tertulis‚Ķ biar berapa banyak usaha kita, biar berapa banyak doa, jika sudah tersurat dia bukan milik kita‚Ķ terlepas pergi jugalah dia‚Ķ¬† jika tertulis dia milik kita, maka kahwinlah kita‚Ķ Cuma dalam hal ini, saat ini, dia ditakdirkan bukan milik anda! Sorry…

Bukankah dia selalu menceritakan betapa dia ingin bercinta dan bahagia TAPI bukan dengan anda? Malah dia sudah terlalu lama menantikan saat kebahagiaan ini, sudah lama inginkan seseorang yang punya ciri-ciri idamannya… JADI, biarlah dia… lepaskan dia…

Ya, anda pastinya akan kecewa sekali lagi, namun doakan dia berdua bahagia hingga ke syurga!… Teruslah ikhlas dalam memberi semua kata-kata semangat dan segala nasihat yang membangun. Doakan juga hidup barunya, pengembaraan barunya, bersama nyawa barunya…

NOW…ingat tadi saya katakan yang anda LUPA akan kebahagiaan sendiri?  Sehingga anda sendiri yang bersedih dan kecewa, merana hidup

Jadi, berhentilah dari terus menghambakan diri menjadi lilin yang membakar diri demi kecerahan cahaya untuk orang lain. Anda juga perlu keluar dari kegelapan dan memerlukan sinar harapan…

Masa untuk anda sendiri bahagia. Ciptakan scenery yang ceria, penuh sinaran, bercahaya bergemerlapan DEMI KEBAHAGIAAN ANDA SENDIRI, kerana anda juga punya rasa cinta, punya perasaan ingin disayangi dan dicintai. Lupakanlah dari mengharap untuk kembali bersama bekas kekasih.

All the best and good luck!

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda dapatkan, ebook + buku-buku Brother Love di page ini ->, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [2] Comments