Permudahkan minda anda

Dalam mencari cinta atau jodoh, persediaan diri dari segi keterampilan, keperibadian yang baik dan persiapan mental amat penting demi untuk menonjolkan diri kita Bersedia Untuk sebuah perhubungan.

Tanpa persiapan yang baik, anda akan kelihatan memiliki peribadi yang lemah, pendirian yang berbelah bagi, tidak berada di dalam kategori pilihan suami/isteri, tidak mempunyai masa depan yang cerah…justeru, tidak layak untuk dipertimbangkan walaupun sebagai BAKAL KEKASIH.

Maka, kali ini, istimewa untuk anda semua, bro ingin berkongsi, tip dan teknik yang telah bro hasilkan dari buku bro sendiri iaitu, 101 cara brother love Mencari Cinta. 

Cara 17 ~ Teknik Mental : “Permudahkan minda anda”

Tahukah anda bahawa, semasa anda sedang asyik dan bersusah payah mencari cinta, ada satu lagi makhluk yang turut asyik bersama anda! Yep! SYAITAN!  Iblis dan syaitan ini pasti akan turut bersama dengan anda sebenarnya. Mereka akan menghasut, mengejek mengherdek, menakutkan anda dan mereka akan lakukan berbagai-bagai cara lagi…semuanya adalah untuk kegagalan anda!

Di kala itu, hati anda mulai was-was, minda anda mulai berkecamuk dengan berbagai persoalan. Syaitan pula tidak akan henti menghasut anda sehinggalah anda mengalah dan putus asa! Kerana, sekiranya anda menemui cinta itu dan anda berkahwin, maka gagallah tugas syaitan dalam merobohkan perhubungan yang sungguh suci itu.

Jadi, syaitan akan cuba sedaya-upaya untuk menghalang anda dari dapat ‘mendirikan masjid’ itu. Caranya yang paling utama ialah dengan menghasut perasaan dan minda anda agar menjadi lemah dan terasa susah, gusar dan takut!

Kesan dan akibat hasutan syaitan ini selalunya akan membuat anda jadi hilang keyakinan, gusar, was-was, takut, malu, keliru dan perkara yang selalu bermain-main di minda anda nanti adalah seperti berikut :-

  • Layakkah dirinya untuk aku? Nanti dia malukan aku…seganlah!
  • Dialah yang kena mula dulu, mengapa kena aku? Aku lagi kaya…
  • Orang perempuan mana boleh memikat lelaki, lelaki kena pikat dulu…
  • Dia muda lagi, aku sudah tua…Dia sudah tua, tak padan dengan aku
  • Aku tak sepadan dengannya…dia berpangkat, dia berpelajaran tinggi
  • Dia tak hensem la, yang tu lagi hensem tapi yang ni macam kedekut hmm yang itu pulak pendek…
  • Aku nak kahwin dengan dia tapi aku tak yakin dia boleh bahagiakan aku laa..
  • Takutlah bercinta dengan orang yang lawa-lawa ni nanti dia orang tak setia
  • Famili aku boleh terima ke dia? Famili dia macamana pulak? Boleh berkekalan ke cinta aku dan dia? Takut nanti tak kesampaian…
  • ..isshh…takut dia tak layanlah, malu pulak aku nanti.

Anda nampak? …belum apa-apa anda selalu takut itu dan inilah, tak ada keyakinanlah, lepas tu asyik kelirulah, seganlah, malulah, risau tak menentulah!! Semua ini adalah halangan yang anda reka sendiri semata-mata! Semuanya hasil dari hasutan syaitan yang cuba membuat anda hilang keyakinan, selalu was-was dan merasa terlalu rendah diri yang tidak sepatutunya.

Namun, saya tidak mempunyai hak untuk menghalang anda dari terus berpendirian begitu. Cuma kesemua perkara yang menghalang anda dari bertindak ini hanyalah akan melambatkan proses pencarian cinta anda sahaja.
 
Dari Pengalaman bro :

Sebenarnya saya juga pernah merasa benar-benar rendah diri, takut dan tiada keyakinan. Semua soalan-soalan di atas adalah soalan yang sentiasa bermain-main di minda saya setiap kali saya terfikir untuk cuba memiliki cinta itu. Untuk beberapa ketika dulu, saya menjadi kaku!

Namun setelah menemui kegagalan demi kegagalan, akhirnya saya memohon dari Allah untuk meluangkan hati dan jiwa saya agar lebih tenang. Berdoa untuk permudahkan minda dan jiwa saya yang terasa begitu berkecamuk. Alhamdulillah, walaupun agak lama barulah doa saya dimakbulkan, lantas saya menemui keberanian untuk mencari cinta!

Jadi, kembalilah kepada yang Maha Esa. Kerana hanya ALLAH yang akan membantu anda untuk menemui jodoh yang baik untuk anda. Berserahlah kepadaNya, Insya-Allah berjaya!

tip brother love :
“Apabila fikiran anda mulai memikirkan perkara yang tidak baik atau mengecewakan, cepat-cepatlah mengubah cara minda anda berfikir kepada perkara yang menggembirakan, ingatkan kenangan yang manis
dan permudahkan minda anda!”

*Adakah anda masih single? Anda kesunyian? Anda mencari pasangan? Anda hilang semangat untuk bercinta? Anda tidak mendapat perhatian si dia? EBUKU 101 Cara Brother Love Mencari Cinta adalah untuk anda! Ketahui lebih lanjut >> Klik di sini .

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

27 Comments

  • achikz

    kalau setakat caring & loving, ok la… huhuhu… gua lmas kalau la terlebih caring & terlebig loving je, sampai mengongkong… dia blh buat apa dia suka, tp gua kena ikut ckp dia je… mana ada tahannnn…. ;p

  • dekno

    thanks bro..ni sume sbb sy “pergunakan” tips2 bro hehe alhamdulillah, sy dh temui Mr. Right..

  • Orghe biaso ~ Terimakasih dan AMIN!! Haa bro aminkan apa yang you kata. Kerana, bro anggap apa yang you katakan itu sebagai satu doa. InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua!

  • Zuraida ~ Thanks lah puji-puji selalu bro ni ya… Well, Zu hakikatnya wanita ramai suka lelaki yang mengambil berat tentang mereka kan. That is romantic means…caring and loving.

    Achikz ~ ………………………..there bro dah jawab untuk Zuraida what Romantic means. You jangan hidup atas denial lah achikz. Lemas konon.. 😀

    Dekno ~ Sukalah bro baca komen Dekno tu. Bestkan bila rasa jatuh cinta ni. All the best lah Dekno, semuga berjaya dan berkekalan ke anak cucu.

  • orghe biaso

    memang tersentuh dengan nasihat bro.. bro memang berpengalaman dan sungguh “push the hot button”(kena caranya),bro memang sifu love! dan… sentiasa berpegang dengan kalimah tauhid di hati, Allah the only god! … mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita.

  • achikz

    Once upon a time I was falling in love
    But now I’m only falling apart
    There’s nothing I can do
    A total eclipse of the heart
    Once upon a time there was light in my life
    But now there’s only love in the dark
    Nothing I can say
    A total eclipse of the heart

    zu : define romantik?? gua nk blaja nih… lemas dgn lelaki romantik, tp lelaki x romantik mmg x best.. miahahahaha… yg sedang2 saja… yg penting, dia setia….. (ni lagu iwan)

    p/s : bro dilarang mengomen komen gua, mcm dh tau dia nk kata apa… huhhh… =(

  • seri

    zuraida..looking for one ke..?
    🙂

  • zuraida

    Zu tengok lelaki yg tangkap leleh ni, kira cam lelaki romantik n sensitip gitu ahaks!! Bro lah orgnya tu.

    Zu bosan dgn lelaki yg konon panggil papa, pastu yg girl mmama tp langsung tk romantik, bosan arrr belum kahwin dah cam beranak pinak, mcm bro baru best! Youngg n trendy kan bro.

  • dekno

    suko hati achikz laaaa….(”,)

  • achikz

    Bro : Lu ni leleh la… ;p

    Seri : Ideal… ideal…. bkn mcm gua… huhu.. ;p

    dekno : apa ko merepek ni?? AKU layak utk dia, tp dia TAK LAYAK LGSG utk aku!! huhuhu…. (ckp mcmni 18 ratus kali…) ;p

  • dekno

    hai…ermm..sy pun pernah rs mcm tu, pk adakah kita layak utk dia dan dia ni layak ke utk kita..takut si dia akn mengongkong 1hari nti..boleh ke dia bahagiakan sy kelak?sy cuba nk lari dari dia, tapi makin jauh sy lari makin cepat dia kejar hehe penat la sy mcm ni..hingga 1saat tu tiba2 hati sy rs tenang bila igt kan dia huhu

  • seri

    bro, till now u masih sedih ke? its over isnt it?

    achikz; from what i know, an ideal weight for 1.54in height is 49kg. im 52kg..
    hahaha.. nw semua dah tau how do i appear!

    byebye

  • Achikz ~ Bro tahuuuuu…sangat! Nanti jap-jap, nak nangis dulu huk! huk! huk! 🙁 Dah… 😛

    Specially for those who have face broken hearted (me too) ahh…sedihnya lirik lagu ni…

    Jangan Bersedih lagi
    by Anuar Zain

    Kekasihku
    Jangan bersedih lagi
    Keringkanlah titisan air mata di pipi

    Kekasihku
    Tabahkan hatimu
    Sekalipun tak pernah terduga
    Halangan yang melanda
    Melenyapkan Impian bersama

    Jangan dikesali
    Atas apa yang terjadi
    Mungkin rahmat sebaliknya
    Membuahkan bahagia

    Kekasihku
    Aku tahu
    Kita sama saling percaya
    Tidak pernah
    Ada dusta
    Kasih antara kita
    Jangan berduka (kekasihku)
    Jangan berdendam pada sesiapa
    Bersabarlah, Menerima…
    Segala-galanya dengan redha

    Mungkin suatu hari
    Kita akan bersama lagi, Be
    Aku masih mengharap
    Segalanya kan Berulang semula…

    Kekasihku Aku tahu
    Kita sama saling menyinta
    Tidak pernah Ada dusta
    Kasih antara kita
    Jangan berduka kekasihku
    Jangan berdendam pada sesiapa
    Bersabarlah Menerima
    Segala-galanya dengan redha…

    Sigh… 🙁

  • Puan Seri Siantan, banyak bebenor soalan kamu ya, yang mana satu nak jawab pun tak tahu nihhh. 😀

    Hmm…about iblis dan syaitan, simple je you just do the opposite! You rasa takut nak lakukan sesuatu je, terus you beranikan diri. You rasa tak confident je, terus you yakinkan diri you. It’s all within yourselves…

    Bukankah manusia lagi strong dari iblis dan syaitan?

    AND…semua perkara ADA RISKY. You have to be brave to face your failure. Dari kegagalan itu you boleh belajar untuk berjaya. Tapi kalau you didnt just do it…how would you know? how would you taste the risk, failures or even to see success, kan?

    So in a relationship…maybe the effect is worse la kan. But there are no other ways, except…give it a ‘shot!’ 😆

    Yang ni, I cukup frustrated with my gf…she’s not even want to give it a trial. 🙁

  • achikz

    eh eh, sama la kita 1.54…miahahaa… tp keberatan tu, x pyh citer… shhhhh… bro suka kutuk gua nnt…

    ‘semestinya ke org yg single tu lonely?
    lonely yg mcmana?’ –> ni ayat denial ke apa nih? gua single, and absolutely lonely… bak lagu britney spears, “and she cry cry cries in her lonely heart
    thinking,if there’s nothing missing in my life then why do these tears come at night?” 🙂 bro pun tau….. ;p

  • seri

    back to ‘self enrichment’
    i personally think , nowadays people are getting more confident, they never thought of being rejected(like me!) or whatsoever.
    men/women nowadays having a good job/education
    good looks, even if they dont have good looks they will make themselves look good/gorgeous, YOUNG & TRENDY..etc

    when a person have all the abovementioned points, ‘mudahlah minda mereka’ utk mencari/terima cinta.

    wallahu a’lam

    ps/ im only 1.54 in height, but i never thought its a hindrance for me to have a relationship with taller man 😉

  • seri

    psst..
    suami sapa yg laku tu…?

    😉

  • seri

    true! lebih baik mencuba drpd tidak,

    ok dlm slogan NIKE, its safe to apply that JUST DO IT!
    but in relationship, isn’t it risky?

    semestinya ke org yg single tu lonely?
    lonely yg mcmana?

    *me n my QUESTIONS!

    cheerio!

  • seri

    bro ada sebut iblis/syaitan and so forth.
    boleh tak sekiranya includekan sekali bagaimana nak menangani hasutan iblis/syaitan etc?

    of course kita semua tahu doa itu senjata mukmin. tapi kalu dgn duduk & berdoa sahaja adakah itu mencukupi?.

    pada pandangan saya,
    in order for doa diterima, kita hendaklah solat lima waktu, jgn tinggal! EVEN delay.
    khusyuk, baca surah yg betul, akhlak baik, kasih sayang sesama manusia, mkn mkanan yg halal dan sbgnya.
    bukankah begitu?

  • seri

    zuraida; yes mmg tersasar because im not giving comment to the actual topic, read my 1st comment as well. thanks

  • babysha

    huhu..babysha pun salu mikir gitu arr..sowi utk diri yg lemah ini 🙁

  • achikz

    ok bro….

    pahammmmm…. adess…..

  • Rafeah ~ Betul tu. It’s about self enrichment! When you put yourself down, you’ve become easy target EVEN to devil. Kita ingat manusia surrounding kita yang negatif approached, but actual fact is… diri kita sendiri yang menghalang kita dari bertemu jodoh! Of course diri kita tu, terhasut oleh bisikan syaitan.

    Brand Nike punya quote : JUST DO IT! Gagal atau tidak, you’ll never know until you give it a shot. Tapi adalah lebih baik you cuba dari you duduk memberi alasan itu dan ini. At the end of the day… you’re still lonely, single…and unwanted! 😉

    Sedih beb… tambah dunia hari ini, kalau you are not with anybody, you’re consider tak laku…lagilah susah dapat jodoh. Yang beristeri, bersuami…ada tunang or kekasih itu yang lebih laku!

    That’s why in my ebook 101cara BLMC …ada juga tip & teknik yang bro beri bertajuk, “Bagaikan sudah berpunya” 😉

  • rafeah

    Bro – Good topic.’Permudahkan minda anda’.Sama la jugak konsepnya kalau seseorg tu mula berfikir negatif,segala aura negatif tu akan hadir secara tak langsung.tapi kalau kita berupaya untuk cepat2 mengubah yg negatif menjadi yg positif, maka yg positif la yg akan hadir.

    Setiap di dunia ini ada kelebihan dan kekurangan, pro dan kontranya.jadi segala2nya terletak pada diri kita sendiri macam mana nak memanipulasi kelebihan minda kita untuk mengubah yg negatif menjadi positif.

    🙂 salam ramadhan Bro..

  • zuraida

    Maaf kak seri, sy rase komen akak tersasar jauh nih.. rasenya, list bro tu bukan bro ckp cam tu akak…ttp itu adalh list org yg tiada keyknan, yg was-was, takut, gara2 trhasut dgn syaitan, lalu mereka trfikir cam tu, betul kn bro? huhu..akak kena bc blk..

  • seri

    salam

    yes. u have all e points.

    im most agreed with, org lelaki kena pikat org prmpuan dulu..
    dlm zaman serba pesat skrng ni,mana ada masa nak tunggu siapa pikat siapa dulu? nant org lain kebas, haah!

    knapa org lawa2 tak setia?
    bila seseorg tu lawa/hansem, automatically dia sudah ada keyakinan diri. jadi bila si pasangan dah mula tak beri perhatian, dia pun mula carik yg lain..
    so, bagi anda yg mempunyai pasangan yg cantik rupawan atau hansem giler, jagalah baik2
    jgn sampai dia mencari cinta yg lain!
    *alamak, tone dah lain

    wassalam
    byebye
    🙂

  • seri

    hmmm… org lawa lawa tak setia?

    ye ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons