Razzi Rahman masih berbisa!

Mangga Online : 17 March 2010
Wartawan : Nonie
Foto : Jefri Iran

Razzi Rahman & Irfan Khairi

10 tahun menyepi selepas album Rembulan Kesiangan, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Syakila, Razzi Rahman kini kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single terbaru, Kerana. Mengambil masa yang lama untuk membuat comeback, bukanlah merajuk namun Razzi aktif menceburkan diri dalam perniagaan produk kesihatan sepanjang menetap di Kota Bharu. Beliau juga kini lebih dikenali sebagai brother love hasil daripada penulisan motivasi cinta di internet.

Namun kehadirannya kini bersama teman rapat yang juga seorang jutawan internet terkenal, Irfan Khairi antara individu yang bertanggungjawab mengembalikan minat Razzi kepada muzik yang telah lama ditinggalkan. Namun mampukah Razzi bertahan tika industri kini mengalami lambakan artis realiti dengan keadaan muzik yang semakin tenat?

  • Sepanjang empat tahun berkawan dan menjalankan perniagaan internet bersama, sudah banyak fan dikumpul daripada laman web kami. Sebelum buat album lagi, memang kami akan perform bersama jika ada produk baru untuk dilancarkan.
  • Saya akan menyanyi dan Irfan bermain gitar dan mencipta lagu dalam album kami. Tiada soal tergugat dengan artis baru kerana pengikut kami sahaja sudah mencapai dua juta orang.”

Razzi Rahman & Irfan Khairi“Selepas melancarkan mini album Razzi Rahman-Irfan Khairi dan dijual secara muat turun di internet pada 28 Disember tahun lalu, sambutan yang diterima amat memberansangkan. Kami guna alternatif menjualnya secara online kerana sedar market muzik sedang tenat dan sukar untuk menjual album penuh,” ujar Razzi masih mempunyai aura apabila lagu Kerana yang baru sahaja diputarkan di corong radio telah berjaya menduduki carta no3 di THR Gegar.

Brother Love

Bagaikan satu pakej lengkap, buku cinta yang dilengkapi alunan muzik Razzi dan Irfan. Dikenali sebagai Brother Love di kalangan penggemar hasil tulisannya,

Razzi kini mengorak setapak maju ke hadapan dengan melancarkan buku terbaru, 101 Nota Mencari Cinta khas untuk wanita penghujung bulan ini. Baginya pengalaman gagal bercinta banyak memberi inspirasi untuk menterjemahkannya dalam sebuah buku untuk tatapan peminat.

“Setakat ini saya sudah ada lima e-buku motivasi cinta dan kesemuanya mendapat sambutan yang menggalakkan,” ujar Razzi yang kini dibawah pengurusan Mewah Event Management.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan lagu daripada album Razzi Rahman-Irfan Khairi, boleh memuat turun di www.razzirahman.com/muzik.

*Bagi yang mahu melihat Razzi Rahman menyanyikan lagu KERANA secara LIVE. Atau berjumpa dan bergambar dengan Razzi, Anda yang berada di Kota Bharu bolehlah ke perkarangan letak kereta TESCO Kota Bharu pada pukul 4pm, hari ini 20hb mac2010

Razzi Rahman Productions
www.razzirahman.com

9 Comments

  • MAN – Hahaha, lu funny Man, kalau you nak some brain, you can take from IK, because KERANA is his songs, the lyric pun by him…he’s the genius!

    I hanya yang menyanyikannya saja hihihii…

  • IRFAN KHAIRI @ IK – Tak perlu lah nak kata apa beb, this is a real thrill of a lifetime doing this with you, my mentor, sifu, best friend! You’re brilliant… wa caya lu! We Rawk!

  • IKI KO – WELCOME! WELCOME! great to have you here girl.

    Please drop by anytime okay. Share your thoughts and experience or ask any relationship problems.

  • Man

    Mmg hebat bro RR dn bro IK, dh lh berjaya dlm bisnes, skrg melatop2 lak lagu Kerana fuhhh!!! Mmg genius!!!!!!! bg lh kepala otak korang kt sy skittt wakakaka…

  • chentamu

    congrats bro rr&IK, lagu kerana mmg best sgt, bakal menjuarai ajl2010 bro ahaks

  • sweety

    uikss…macho2nyer abg berdua 😉

  • biso… biso…

    dream come true for me too sebab dapat berganding dengan penyanyi pujaan 90-an!

    congrats beb!

    -ik

  • Iki Ko

    tahniah bro,salam kenal ye, sy org baru kat sini. inilah pertama kali kenal bro. like a dream come true…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons