Saat akhir bersama mu

blogimage_latest

Pernah melalui saat itu? Saat terakhir bersama yang tercinta? Di saat-saat akhir itulah yang paling perit apabila sekilas pandangan, kenangan lalu menerpa laju. Kenangan bersama yang terindah dan mengasyikkan. Alangkah syahdunya sehingga membuatkan kita mahu kembali ke saat itu dan mengulanginya semula.

  • Giler arr… how we wish dapat rasa semula saat itu, kan?

Kadang nafas sesak, dada sebak… seronok dalam rasa berkasih sayang itu. Namun, pedih bagai tersiat kulit pun ada juga bila kenangan paling pahit bersamanya turut menerjah ruangan minda sehingga terasa senak dan sakitnya hati ini!

Saat itu banyak-banyaklah mengucap, dan menghela nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Begitu jugalah, segala kenangan yang tak ternilai itu… harus kita lepaskan perlahan-lahan, walau hati berat dan terasa sebak dalam sedih… jap, Razzi pun sebak juga ni…

Sesungguhnya, it’s a mix feelings la kan, mengingatkan akan percintaan kita dulu. Best sangat rasa bila disayangi sebegitu dan dalam masa yang sama, sakit sangat juga bila teringat rasa kecewanya. Lebih sakit lagi bila kecewa bukan kerana kita yang buat tetapi, kerana orang lain yang menghancurkan perhubungan yang sudah sekian lama terbina.

  • Inilah kehidupan, lumrah alam yang mana bila ada bahagia, pasti akan ada duka. Ada pertemuan, akan ada perpisahan. Kita seharusnya redha, menerima dan sentiasa bersedia…

Kadang-kadang ada juga yang meraikan perpisahan mereka, macam nak buat sesuatu ‘FOR THE LAST TIME TOGETHER’
Yang pernah Razzi tahu, kawan saya ni nak minta sesuatu yang istimewa dari girlfriend dia la, untuk memberi satu ingatan yang yang tak dapat dia lupakan sebelum berpisah. Apa yang dia nak adalah merasai semula kasih dan sayang bersama kekasih dia itu dulu… Ingatkan apa la yang dia nak minta tu huhu… rupa-rupanya,

“hulurkan tangan mu, aku hanya ingin memimpin tangan mu, menyusuri pantai sambil merasai diri disayangi, sambil mengecapi cinta yang akan aku bakal hilang nanti.”

Wahh… macam-macam la kan nak buat permintaan terakhir la pulak. Tapi, jika benar menyayangi dulu, bukankah permintaan itu tidaklah sebesar mana pun. Persoalannya, adakah the girl yang sure dah ada balak lain tu akan lakukan? Tepuk dada tanya selera la kan.

To me, yang habis tu habislah… mula lembaran baru adalah lebih baik dan menyeronokkan sebenarnya. Buat benda-benda permintaan saat akhir bersama ni rasanya akan menambah duka dan lebih menyedihkan.

Teringat dulu saat akhir bersama dia yang pernah Razzi sayangi… pernah merasa sedih, dan menangis-nangislah kalau dulu-dulu, 😀 😀 …tapi kemudian itu saya belajar mengenali erti PENGHARGAAN dan PENGORBANAN.

Mengapa perlu bersedih dengan orang yang tidak menghargai kita, jauh sekali untuk berkorban demi cintanya kepada kita? Dia yang benar-benar menyintai kita, pasti akan menghargai hati dan perasaan kita dan sanggup bersama walau dalam susah maupun senang!

Mulai saat itu, setiap perpisahan, tiada lagi air mata yang dirasakan bakal mengalir. Mengapa?, mungkin kerana rasa cinta itu tidak REAL? Kalau masih sedih, masih terasa… mungkin cinta itu benar-benar menusuk di jiwa?

Tapi sesuatu yang for sure I know,

Aku tetap cinta, walau hancurnya hati ini, walau sakitnya jiwa aku ini… aku tak dapat membenci mu… setinggi itulah cinta aku pada mu. Seumur hidup aku… aku kan tetap cinta pada mu. Namun… aku lebih menyintai diri aku sendiri dan tidak akan membiarkan diri ini kecewa kerana mu. Kerana itu aku bina kebahagiaan aku sendiri bersama dia yang lebih menghargai ku.

Anda bagaimana pula apabila berdepan dengan saat akhir bersama dia yang pernah menyintai dulu?

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

1 Comment

  • yat

    Assalammualaikum bro…sy tertarik tgk pages ni…bro nk tya sikit pendapat bole?…
    Sy dan bf baru berpisah.. buat kali kedua.. tahun yang sama..
    1st dulu bpisah sbb dia ckp dia xda perasaan pd sy ..even kami psgn …means dia mngaku mempermainkan saya….kami putus secara berdepan..dan saya terima seadanya…tp x sampai dua hari dia cari saya semula…katanya..dia nak kembali…siang mlm cari saya…sampai dia jatuh sakit…matanya bengkak menangis dan sampai kerja pon tganggu…saya trima dia semula..dia bkn laki yg slalu mnangis tuk perempuan..hanya 3 perempuan sj yg pnh dia mnangis..iatu arwah bonda,ex n last saya…
    Dan seminggu lepas dia mtk putus kembali sbb dia kata dia fedup dgn sy…ok fine..mgkin sbb saya ni jauh beza perangai dgn dia…sy kuat bckp dan dia pendiam, sy bdk bju kurung dan dia bdk moto…dan mgkin slh saya…sy tya apa slh sy..selalu bila ada mslh, sy bg dia ruang..even seminggu dua dia diam..sy still sbr dan trima dia seadanya..tiba tiba ni katanya nk jd kwn shj..tp dia pesan jg diri dan suatu hari dia pasti cari saya semula..
    So;pd pendapat bro, sy dgn dia mmg hanya sesuai jd shbt saja ka? Pndangan bro sbg lelaki..dan ayt dia tu sekadar ayat berlapik kan?
    Maaf pjg lebar msj..mohon bro ckp sejujurnya…
    Tq bro razzi…maaf ggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons