Pernahkah anda merasa sangsi dengan pasangan anda? Anda rasa macam dia sayangkan anda, tapi dalam masa yang sama anda juga sangsi samada ianya betul atau tidak. Ini terjadi adalah kerana USAHA dia ke arah bersama untuk masa depan itu tak ada, tetapi dia tetap mengambil berat, very caring dan selalu follow keadaan anda.

NAMUN, ada waktu dia hilang begitu saja dan sibuk memanjang dengan kawan-kawannya. Malah dia juga mudah mesra dengan yang lain selain dari anda.

Di sinilah anda harus faham dan jangan sesekali TERSALAH TAFSIR antara Sayang, Sunyi atau Simpati. Kena faham dia masih ambil tahu sebab dia sayang atau sebenarnya dia sunyi?

Ramai ingat dia masih sayang, sedangkan dia begitu, sementara dia tidak ada pilihan yang lain. ATAU sebenarnya dia hanya simpati? Let me explain dengan lebih detail, contoh :-

  • SUNYI – Kalau hanya kerana sunyi, sementara tidak ada pilihan yang lebih menarik di hatinya, akan ada waktu tertentu saja dia ingin berhubung atau bersama anda. Dan ada waktu dia seolah-olah bosan dengan anda. Situasi ini menunjukkan dia hanya bersama anda kerana dia kesunyian dan sementara dia mendapat yang dia benar-benar suka, dia melayan anda seperti orang yang dikasihinya.
  • SIMPATI – Kerana simpati, cara layanannya mungkin anda tersalah anggap! Kadang-kadang anda rasa seperti dia amat mengambil berat dan bagaikan menyayangi diri anda. Anda merasa begitu disebabkan anda menyimpan perasaan sayang padanya. Namun dia tidak. Sebab, dalam masa yang sama, dia juga meminati pada yang lain. Bila anda kesusahan, kekecewaan, sakit, demam, dia begitu caring sekali seolah-olah takut kehilangan anda pulak! – NAMUN, itu tidak semestinya dia menyayangi atau menyintai anda. Mungkin itu perasaan simpati antara seorang kawan, atau feelings sorry sesama insan.
  • SAYANG – Kalau benar-benar sayang dia MESTI SELALU ingin bersama, berhubung dan sentiasa mesraaaa! Tidak ada masa untuk yang lain sebaliknya, SUKA setiap masa terluang untuk menemui atau menghubungi anda, malah dia akan cari masa untuk anda! – Belum anda tanya tentang kedudukan anda berdua, dia sudah lama mahu menyatakan it is LOVE!

You see, cinta itu mudah saja…

Setiap yang punya rasa cinta, ingin meluahkannya, ingin menikmati bersama dengan orang yang dicintainya. Jika tidak, itu bukan cinta!

Anda tidak perlu confused atau pelik jika cinta yang anda idamkan itu, tidak seperti yang anda harapkan, KERANA, obviously kalau tak berbalas itu, it shows hanya anda seorang saja yang merasa cinta itu.

SEKIRANYA anda bertanya tentang keadaan atau situasi anda berdua,

  • “Bagaimakah kita sekarang ni, adakah masih ada cinta, adakah couple, adakah ada masa depan untuk bersama?”

…Jika dia punya perasaan seperti anda juga, dengan yakin dia akan menjawab,

  • “YES, We are couple, YES we are going to be together forever! and YES kita akan kahwin nanti!” Itulah cinta dan sayangkan anda.

Tidak mungkin dia menjawab tak tahu atau tidak mempunyai jawapan untuk soalan anda itu. Jika begitulah jawabnya, jelas sangat…DIA TIDAK CINTAKAN ANDA! So, boys and especially girls…kenali dan fahami betul-betul samada dia SAYANG, SUNYI atau hanya sekadar SIMPATI, demi untuk anda tidak terkecewa lagi di masa hadapan…

GOOD LUCK, and GOOD JOURNEY! 😉

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [24] Comments