Siapa sudah dimiliki?

Kali ini, ingin juga rasanya bro mengetahui siapakah di antara kita semua ni yang sudah berpunya ya… curious juga. Kita duk bercerita, dan berkongsi pengalaman tetapi tidak sama-sama berkongsi status sendiri.

Berbangga dengan pasangan anda adalah satu cara yang pasti membahagiakannya. Sesiapa saja suka dihormati, diingati tambahlah jika anda begitu bangga dengan pasangan anda.

Namun, sedikit persoalan yang timbul di sini, ialah… “adakah kita benar-benar berpunya atau adakah dia milik anda?”

Mungkin anda sudah berkahwin, mungkin sudah bertunang. Mungkin juga anda sudah mempunyai kekasih yang amat anda sayangi.

TETAPI…berapa yakinkah anda yang anda miliknya dan dia milik anda? Betulkah pasangan anda benar-benar cinta dan sayangkan anda? Adakah dia genuine mencintai anda? ATAU segala-galanya hanyalah sekadar lakonan?

Sedar-sedar, dia milik orang lain…anda mungkin yakin yang anda miliknya, jadi soalannya, “Berapa yakinkah anda, yang dia milik anda?” πŸ˜‰

Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

30 Comments

  • AHLYNN – Maksudnya… hanya kerana kita rindukan dia, so dia pun rasa rindukan kita?

    I don’t think so. Rindu ujud apabila ada sesuatu kejadian, perbualan atau perbuatan yang boleh mengingatkan seseorang kepada saat itu.

    Kalau kenal saja, nothing happen. Nothing lah. I dont believe in people saying, “Kalau kita ingatkan orang, dia juga akan ingat kita” …ini untuk mereka yang sudah bercinta. And tak semua macam tu pun. Sorry.

  • ahlynn

    tapi dia jauh lebih muda dr saya.

  • ahlynn

    jika kita suka kan ssorang yang kita kenali,dan selalu berhubung..tiba2 terbit perasaan rindu,adakah dia juga merasakanya?

  • Dekno

    rumah kat kerteh, Bro..so everyday ulang alik g keje dlm 20minit jgk..kdg2 ada driver kdg2 sy sendiri yg jd driver hehehe

  • Has

    Thks so much bro, terpanaaa jap!! πŸ™
    sib baik xmelarat kan bro, thks krn bg smgat. Sy sdar now, kena usaha ……

  • seri

    oklah kita tukar;
    “ku mahu”
    πŸ˜‰

  • Dekno ~ Yup! Kita kena sentiasa berwaspada. Happy, happy jugak. Tapi kita simpan sedikit ruang di dalam hati kita yang menghadapi sebarang kemungkinan.

    On top of that, macam Dekno kata …PASTI, Allah ada jodoh untuknya yang jauh lebih baik! IM SURE!!

  • Seri ~ Kau milik ku …wahai kau yang bernama Seri? πŸ˜€

    Emma ~ You’re always welcome.

    Dekno ~ Betul tu Dekno, body kena jaga wooo… Kat Kemaman sekarang, I see. Rumah kat sana juga ke?

  • Dekno

    Baru2 ni kwn dekno ditimpa mslh percintaan. di mana kekasih hati dia berkahwin dgn org lain. terkejut gak sebab lelaki ni diam2 je tetiba dpt tahu dr kawan yg lain lelaki ni akan berkahwin dlm masa terdekat ni. bila kwn sy tu dpt tahu dia mcm shock giler aaa. setahun lelaki tu tipu dia rupanya. kwn sy lak xdpt hidu perbuatan lelaki ni. sbb bila berjumpa lelaki ni bermati2an kate hanya kwn sy dihatinya. jadi kwn sy pun yakin yg lelaki ni hanya milik dia.

    sehinggalah minggu lepas terbongkar sumenyer. akhirnya lelaki ni mengaku yg dia akan berkahwin ngan perempuan pilihan mak dia dimana perempuan itu juga adalah tunangnye. memang kami semua terkejut la. Betullah selagi kita bukan sah miliknya, dia tetap bukan milik kita..betul x bro?

    For my fren, start your new life. anggap semua tu dugaan buat u. mungkin Allah ada yang terbaik utk u.

  • Dekno

    hehe keje lagi bro tapi bukan kat Setiu kat Kemaman lorr…body kene jaga gak, kang suami lari lak hahaha sy baru bertukar department so bz sikit la, xsempat nak mengomen. Just singgah2 sbb sy xleh lupa blog bro hehe

  • seri

    siapa sudah dimiliki?
    “ku milikmu”
    πŸ˜‰

  • emma

    uhhhhh!!!….pedih tuuu bro! πŸ™ tapi sy rase, sy mmg patut kene cam gini lew, baru sy sedor skit kerane mungkin tul gak ckp bro tu…mungkin salah saye, xjaga2…

    Uhhh, susah rasenyer nk ngaku silap nihhh… xpalah sekurg2 nyer…sy nmpk skit, klu x, cam nunggu buah xjatuh jerks!!!…anywy thanks bro huhuhuhu…

  • Shidz

    Thanks Bro Razzi,

    That’s really a thoughtful advice.

    Yesterday,I confronted him that I don’t like what I saw (in his inbox)and he exactly knew what I meant, without me having to go through all the minute detail.

    Dia kata, he’s going to delete it. I’m going to assume he did, tapi for me to trust him again is ‘something else’. Trust has been broken, hard to mend now. I know I am vulnerable now, but I am ready, though I really love him so much.

    So yea, I’m still with him and an open relationship is better. Sebab, apart from this issue, he is otherwise a nice guy.

    Btw, saya 25 tahun and he is 28 yr old.

    Terima kasih sekali lagi, Bro… πŸ˜‰

  • Shidz ~ Pada pandangan I, kekasih you ni masih muda dan tidak berapa serius dengan perhubungan both of you.

    ATAU, dia saja suka-suka untuk flirting dan mungkin tidak ada apa-apa pun. BUT if it’s nothing then he shouldn’t be in denial. He should’ve relax and be open about it.

    So, this is all up to you Shidz, kalau you nak continue most probably you have to accept the way he is yang social…OR maybe while you with him, you can have an open relationship…

    Ada je yang serious untuk commit themself to you, let your boyfriend knows it. Kalau dia tak ready, it’s time for you to have a new relationship.

    Bukan mengajar jadi jahat, since that you guys having an ‘open relationship’…it’s better to have someone while you looking for a new one yang lebih menghormati you πŸ˜‰

  • Dekno ~ Eh lama menghilang :), Im sure you tengah bahagia disamping suami tercinta lah tu kan. Syukurlah… kerja lagi kat setiu ke? Ke suami suruh jaga body je?

    Emma ~ Sabarlah dik, manusia ni sentiasa berubah-ubah, tiada siapa yang plan untuk jadi curang atau buat jahat kan? Mungkin keadaan diri kita, atau sekeliling yang mendorong mereka berubah.

    My opinion :
    Selalunya, kesalahan adalah terletak pada diri kita sendiri yang terlalu yakin dengan pasangan kita sehingga kita jadi leka…sehingga ramai yang tertipu bulat-bulat dengan pasangan masing-masing. Kerana keegoan, megah dengan diri kononnya sudah dimiliki, disayangi, lalu membiarkan kehidupan berlalu seperti biasa. Sedangkan pasangan enak bergembira dengan orang lain.

    Apa yang perlu, kita seharusnya bijak mengenali situasi dan citarasa pasangan yang mungkin berbeza-beza dari semasa ke semasa. Jangan relek je…

    “untuk memiliki sebuah percintaan, perkahwinan yang bahagia, ia memerlukan satu usaha yang berterusan”

  • HAS ~ I felt sorry for you Has. I’m really am. Hmm…cakap tak kena, tak cakap lagi tak kena.

    I want to help you Has, tapi you sendiri kena sedar dan help diri you sendiri. Apabila terjadi perkara seperti terjumpa sesuatu yang mencurigakan, terserempak atau tercakap yang tidak biasa…

    Selalunya, tak perlu tunggu dan lihat lah beb, memang ada kecurangan di situ. Cuma samada masih baru atau sudah terikat lama.

    Kadang-kadang si suami ni baru-baru nak mencuba nasib, saja suka-suka, test tengok…

    CARA PALING BERKESAN UNTUK TANGANI, buatkan seperti biasa dan banyak bersabar, kemudian ajak berbincang dan minta dia berterus-terang. Cakap saja yang anda tahu dia curang. THEN, jika ada orang ketiga, di situlah you boleh membuat keputusan.

    kalau tanya I, suruh je dia kahwin πŸ˜€ elak dari maksiat tapi, kalau you tak boleh terima, tak tahan tu…takkan nak relax je kan? Cepat-cepat ke pejabat agama dan minta pendapat mereka samada elok berpisah atau sebaliknya.

    All the best! πŸ˜‰

  • chenta

    thanks halim, u ni salu sokong kitaowang, jgn nakal2 tau.

    bro, mana u ni bro, bg lah ayat2 power utk pikat lelaki bro, ahaksss!!

  • Halim

    Adussss…rameinya surirumah & kaum wanita yg di dlm kekecewaan yaaa…kesiannn, InsyaAllah, Halim masih setia dan yakin isteri juga sama. Hope, 4ever ler…

    Kpd wanita yg kt atas tu sume, bersabarlh dan yakin ada sinar dibelakang hari nanti.

  • emma

    Bro, ngapalah laki ni suka sgt curang nyerrrrr??? klu dh khwin tu wat care dh kahwin lew pasal ape cari laen lg? Dah lupe ke pd janji mase bersumpah setie mule2 kawin dulu??…kemane perginy kasih syng bro??? mane??!!!!

    Mengapa kaum pompuan je masih setie??? nunggu suami/laki/kekasih yg tah hilang kemane….yg tetiber nk berpisah lah….yg tetiba konon tak sehaluan lh…walhal, jumpe pompuan laen….cis! ini TIDAK ADIL!!!

    maap teremosi lebih skittt…

  • Has

    Assalamualaikum buat warga cinta bro,

    Has sedikit sebyk merasa trtekan semnjak keblkangan ni. Dan bila terbaca je topik terbaru bro love kali ni terpanggil utk meluahkan rasa kegusaran ni bro….

    Selama ni sy begitu yakin yg suami sy setia dn yakin dia milik sy bro. Tapi baru2 ni sy terima sms dari suami sy yg memuji-muji “saya” ayatnya cukup power seolah2 baru2 nak memikat…dan last sekali, dia bahasakan ‘bie’ sedangkan dia panggil saya Yang…tak pernah bie.

    Lalu berdetik ke hati sy, pastinya dia nk sms wanita lain tetapi terhantar kt sy. Bila ditanya, pucat muka dia…biasalah mesti xngaku….skrng bro sy dah xyakin lagi….sy kecewa bro….pls help!! πŸ™

  • Dekno

    Salam my sifu & kawan2..

    aduhh lama tul xmasuk blog bro hehe sorii aa bro, a’a la xterpk langsung mcm yg bro katakan ni. apa yg sy rasa lepas 2bulan jd isteri kepadanya dan dia jd suami pd sy, hmm baru sy rs sy betul2 memiliki my hubby. dia dh jadi hak sy skrg hehe cinta sy pd dia adalah sepenuh jiwa, harap dia jd milik sy hingga hujung nyawa. InsyaAllah.

  • chenta

    setuju ngan Fatt lew bro, bg byk2 ler tip2 memikat, bro or tip buat lelaki jatuh cinta ngan kita ke auwwww!!!!!!

  • Shidz

    Hi everyone,

    Saya memang dah berteman aka kekasih. Setahun berkawan n bercinta.

    But recently, I happened to read one of his mail in his social network site *he gave me his password to check something else eg. game application. I couldn’t help but to also look at the inbox.

    Apa yang saya nampak, was an email of him flirting a girl or two?

    Then, i came across topik ini, today saya rasa, dia bukan lagi milik saya.

    Still thinking what to do. He is in denial.

  • Fatt

    tul la bro, fatt ase kite girls xleh nk yakin sgt ngan man ni, cam ramai je yg xsetia…

    fatt tau ler, bro dh byk bg tip mikat laki tu bro tp klu fatt nk lg leh tk? huhuhuhu…..

    lame xjoin tetiba join terus mintak lebih2 lak ahaks, bole laa bro… sure girls rame nk nyer bro tul ak girls????? πŸ™‚

  • Alia_maisara

    isssshhhh bro love ni, buat sy berdebar2 je la. sbelum ni, tk terfikir laks, cam yakin je dia milik sy.

    Uhuhuhuhu……hope he’s all mine! mine! mine! camana nk be sure bro?

  • for me..complicated,ntah la..working on to win her now..

    bz bro?ye la,blogger,singer..huh..banyak keje tu..

  • MaSteR @ Boby Atmaja Yusof

    Assalamualaikum Semua…

    Ape kabar,harap korg sume sihat..?Errrrrmmmmm….Sorry Bro,saya busy le.so,tak brape nak pantau dah blog & Forum nie.nie pon, try online jap.skrg nie le bru ada free,sbb p bercuti keluar daerah.so,take a time le. πŸ™‚
    ape2 pon,jaga diri yer Bro & Kwn2..

    Nice your post…

  • saya

    apa pun yg terjadi..berjalanlah tanpa henti…
    dariNya kita datang..dariNya juga kita akan kembali..tp di dunia..kita hanya mampu merancang…mmg kite sekadar ‘meminjam’ ..hidup di dunia kite kene teruskan..mmg kalu hati dah terpaut..kite berharap kita dpt memiliki..dan dimiliki..tp..sejauh mana??harapan?? πŸ™‚ kita dah cube sehabis baik..biarla bile kite terase dimiliki atau memiliki..kita gune kan mase tu sebaik2nye..kan…

    hmm….hmm..hmm..mcm ade tak kene je..

  • zaxone

    Salam bro..
    mmmm cam penin gak kalau pikirkan. betul ke mmg dia milik kita?
    mmg ms bercintan-cintun, ‘sayang milik abg dan abg milik sayang’ tp sejauh mana kebenaran dan keyakinan itu? walaupun sama2 sdh berjanji tp tak mustahil semua tu dusta belaka. walaupun kita telah berikan seluruh kepercayaan dan keyakinan tp akhirnya dia tetap cari yg lain dan kita ditinggalkan…
    Jadi… akhirnya keyakinan sepenuhnya itu hanyalah sia-sia belaka…
    But… life must go on..

  • Salam Brother Love

    Bagi pandangan peribadi, sebelum tue saya ini sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa terdekat ini. K bagi saya dulu sebelum memilih pasangan saya haruslah menilai tingkah laku dia terlebih dahulu dan mengenali, memahami hati perasaan dia. Selepas itu jika yakin dia adalah pasangan kita, hendaklah membuat solat istikarah untuk meminta petunjuk daripada Allah swt kerana dengan petunjuk daripadanya membuatkan kita bertambah yakin.

    My pandangan, zairi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

Β© 2023 Created with Royal Elementor Addons