Syukur saya masih beristeri

love8

“Siapa tak sayang bini oi!” kata P.Ramlee dalam filem lakonannya. Kata-kata ini, boleh Razzi confirm kan, YES betul… suami mana yang tak sayang isteri? Kalau tak sayang mengapa masih lagi ada isteri itu di sisinya? Pasti sudah dicerainya, jika benci sangat.

  • NAMUN, masih ada lagi pasangan yang terus kekal di dalam perkahwinan, walau perhubungan itu langsung tidak membahagiakan!

This is a true story, kerana ini terjadi pada sahabat lama Razzi sendiri, siapa tu biarlah ia kekal menjadi rahsia. Yang nak dikongsikan hari ini adalah kisah mereka ni… Pasangan suami isteri yang dulunya amat bahagia hidup bersama, dan setelah lama tak jumpa, saya dapat tahu… si suaminya ikut jalan sendiri, si isteri pula mengikut hala tujunya sendiri, mengharungi hidup berasingan setiap hari, tiada perasaan apa-apa lagi, tiada cemburu, tiada benci dan tiada cinta, tiada kasih sayang…

Bila petang, mereka pulang ke rumah dan hidup bersama seperti biasa. Semuanya demi anak-anak alasannya, oleh itu kedua-dua sanggup tidak bercerai, walaupun anak-anak sebenarnya sudah menjangkau awal belasan tahun.

Lihat pada mereka berdua, nampak macam biasa saja… nampak okay, tidaklah seromantik mana, but just like pasangan suami isteri lain yang tak punya apa-apa problem. Namun, akhir-akhirnya terkeluar juga keluh kesah, terluah juga kesedihan di hati yang tak terbendung lagi. Jelas kelihatan, kehambaran cinta yang entah apalah puncanya.

  • Hmm, itulah dia, selama ni asyik cakap, “It’s okay, no hal, I go on with my life” …please la, tak baik sombong, itu hanya egoistik yang berkata-kata.

Hakikatnya, panas pedih ulu hati, sunyi, kosong rasa di jiwa, bosan tak terhingga, teramat kecewa… namun teruskan hidup begitu, walau jiwa menderita. Yang si isteri memanglah nampak sangat dukanya, tapi encik suami asyik cuba untuk menyembunyi perasaan sebenarnya…

Bolehkah terus hidup begitu? Tidak dahagakah lagi kasih sayang dari pasangan? Atau mereka mempunyai hubungan sulit di belakang? Allah waalam… itu tidaklah Razzi tahu pula, dan tak mahulah nak tanya-tanya lebih pula, cuma ada dengar-dengar cerita yang si suami mempunyai seorang kawan wanita yang rapat. Itu sahaja… Si isteri pula bagaimana?

Si isteri, relek je… tak ada pula marah, tak ada pula cemburu, tak pernah komplen… mungkin juga kerana dia mempunyai ramai kawan-kawan dan karier yang diutamakan. Tapi dalam hati, Tuhan sajalah yang tahu, kan?

PERSOALANNYA… sampai bila nak begitu? Perkahwinan yang dibina adalah kerana hasrat hati yang mahu berkongsi hidup dengan seseorang yang sama-sama punya rasa kasih dan sayang. BUKAN hidup sebagai suami isteri, tetapi bagai hidup sendiri. Bagai bingit di khalayak ramai tetapi, sunyi sepi, bagai bahagia tetapi derita yang dirasai!

Kehidupan mereka berdua, seolah-olah sudahpun bercerai, walau masih berkahwin. Aduh… sedih menengoknya. Di sinilah Razzi merasa syukur sekali. Alhamdulillah kerana saya masih beristeri.  Masih kekal dalam perkahwinan, hampir 15 tahun. Ya, biasalah bergaduh tu, takkan manis saja selalu, pasti ada pahitnya. Pasti juga ada waktu bencinya, tapi kenalah cepat-cepat sayang kembali 😀 – Kita kena sama-sama cuba fahami dan pertahankan cinta dan kasih sayang yang telah lama terbina ini lah kan. InsyaAllah.

Di waktu ini, agak ramai yang kita lihat sudah menduda, menjanda, single father dan single mother di usia muda.  Melihat mereka mencuba berbagai peluang, cuba mencari bahagia, dan mereka gagal dan gagal lagi… lantas terpaksa hidup dalam kekosongan, tiada lagi senyum manis tanda gembira, tawa terukir hanya terpaksa, malah bagai serba tak kena dibuatnya. Perit hidup begini, ini lagilah membuatkan saya merasa turut bersedih kerana mereka juga adalah di antara kawan-kawan baik saya sendiri…

Jadi, sekiranya anda masih mempunyai pasangan. Masih beristeri atau masih bersuami. Bahagia di dalam rumahtangga… ada baiknya kita jagalah pasangan kita dengan bersungguh-sungguhnya.  Jangan cepat putus asa, perjuangkan cinta yang masih ada!…

Kerana apabila cinta sudah hilang, kasih dan sayang tiada lagi, kekosongan hidup di saat itu benar-benar menghimpit jiwa kedua-duanya. Anda akan merasa teramat sedih hingga tak sanggup merasainya… tak sanggup rasanya kehilangan pasangan yang sudah berzaman disayangi. Tercari-cari pula bahagia yang tah bila kan kunjung tiba, sedih…

Bersyukurlah jika anda masih ada pasangan yang mencintai anda. Syukurlah dia masih di situ menanti anda, syukurlah dia masih menyayangi. Saya juga bersyukur, Alhamdulillah syukur saya masih beristeri!

PENTING! – Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi bagaimana anda boleh menjadi seorang wanita yang disukai lelaki, apa kata anda dapatkan pakej, ebook + buku-buku Brother Love dengan harga diskaun hari ini, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

2 Comments

  • Aleeya

    Adehhh.. Ade suami macam xde suami..

  • JFS

    Yaa… Inilah yg terjadi pada aku, ada bini macam tak dak bini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons