Syurga Buat Isteri…

“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!”

Razzi Rahman & Siti

Amboi, suka orang pompuan…tersengih je bila bro Razzi tulis macam ni kan. Hehehe… Tambah pulak letak gambar Siti, artis kesayangan I ni pulak. (Sorry D.K, I cut u out…I jeles! hehe…) 😉

Tapi itulah hakikatnya! Sememangnya wanitalah yang paling mudah ke syurga.Tetapi, sebelum kita masuk bab syurga tu…apa kata kita sama-sama renungkan terlebih dulu apa yang bro love bakal katakan di sini, iaitu…tentang kesilapan isteri! “…pulak dah bro nihh hehe…orang baru duk sedap ke syurga, dah…nak kena lagi lah ni 😀 “

Haih!!..  orang pompuan tu mulailah tu cepat-cepat fikir apa salah si suami pula. Ada je cari point nak berlawan. Macam ni lah…YES, lelaki pun ada salahnya, suami juga bersalah!, suami juga ada yang jahat, curang, dan sebagainya! Okey we accepted it and we do get it! 😉

TETAPI, itu bukan apa yang hendak diperbincangkan di sini. Keutamaan yang bro Razzi hendak kita sama-sama fahami dan mengerti ialah asal kesilapan itu. Dimanakah bermulanya keruntuhan sebuah perkahwinan?, bagaimanakah kemesraan hubungan suami isteri boleh luntur?  Sentuhan suami isteri juga turut tawar… “Dah tak steam!” orang kata…

Pada pendapat Brother Love, kesilapan seorang isteri berlaku tanpa disedarinya sejak dari awal perkahwinan lagi. Kesilapan yang paling ketara dan langsung tidak disedari ialah apabila isteri-isteri ni, “Take things for granted!” …maksud I, terlalu memandang remeh dan tak kisah, menganggap lelaki/suami ni mudah…malah terlupa pandang dan tidak langsung menghiraukan samada si suami suka atau tidak…

Kesilapan ini selalunya terjadi especially kepada newly wed, haaa..yang baru kahwin tu. Mentang-mentang baru kahwin, apa? Awak ingat laki awak tu suka sangat ke apa yang awak suka? 😛

Mungkin sebab masih baru, masih sayang, maka selalunya si suami akan mengikut kata si isteri. Isteri pulak, apa lagi…buat ajelah ikut suka dia, pergi kemana sahaja ikut minat dia, makan apa sahaja ikut selera dia… 

  • “Sayang suka ke tak makan durian dengan budu? Best tau” tanya si isteri.
    “Suka…apa yang you suka, I pun suka.” Jawab suami.
  • “Sayang jom kita pergi rumah mak. Sayang sukakan pergi rumah mak?” tanya isteri.
    “Suka…mak you, kan, mesti I suka.” Jawab suami
  • “Sayang, I letih lah malam ni…nanti-nantilah ya.” Kata isteri
    “Okey, I wait…anything for you dear.” Jawab suami.

Alkisahnya, dah sayang, ikut je lah kan. Si isteri pulak tak tahu betapa peritnya si suami menahan bau durian dan budu tu, betapa boringnya pergi rumah mak mertua, betapa terseksanya batin, dah lah 2minggu tak dapat…dah lepas bendera merah pun, tak dapat-dapat jugak?!… itu yang kegersangan habis tu!! 😆

Kesilapan awal inilah yang selalu berlarutan. Dari awal-awal lagi si isteri melakukan rutin hariannya dengan cara melayan suami mengikut kata hatinya, tanpa sebarang perbincangan dengan menganggap suami sentiasa menyayanginya!

REALITY CHECK!! 😈
Akhirnya, apa yang berlaku? Segala-gala yang menjadi ketidak puasan suami terhimpun, bengkak kat dalam hati. Lama-lama BOOM!!…meletup dengan berbagai-bagai cara. Ada suami tak balik rumah, dah tak nak makan kat rumah, selalu keluar sendirian…dan lastly, having affair. Sebab apa?…tidak puas hati dengan sikap isteri sejak dari awal-awal lagi.

Wahai mereka yang sudah bergelar isteri, you all kena ingat…syurga anda adalah dibawah tapak kaki suami! Mentang-mentang suami punya sayang kat awak, lepas tu ingat awak ada Master, PHD, berkedudukan tinggi, anak orang kaya pulak…Sombong! You all ingat suami you tu tak lari dah ke? Tak akan cari perempuan lain? Tunggu awak je?

** Seorang suami akan terus setia sekiranya anda menghormatinya! Walau setinggi mana taraf anda, walau selautan sayang suami kepada anda, …suka atau tidak, awak tetap berada dibawah perintahnya. Jadi, hormatilah suami dengan bertanya apa yang suami suka buat, apa selera suami, apa ‘kehendak’ suami…tanya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian dan sebarang keputusan!

Bro love ni bukan pandai sangat hukum-hakam dalam bab nikah kahwin ni, walaupun masa sekolah dulu duk jadi bilal di surau. Duk bercerita kisah-kisah para sahabat sementara menunggu waktu asar. Namun, mungkin asas dari situ membuatkan I cukup meminati penceramah besar, Ustaz Datuk Ismail Kamus…beliau selalu menekankan soal menghormati suami. Ada satu kisah dari beliau…

Aisyah R.A isteri Nabi Muhammad S.A.W dulu, pada setiap hari menunggu Nabi pulang, beliau selalu menunggu dengan segelas air sejuk dan dengan sebatang tongkat. Apabila Nabi pulang, Aisyah akan berkata, “Minumlah air ini, jika dahaga dari perjalanan yang jauh dan pukul lah aku dengan tongkat ini jika ada yang tidak puas di hati!”

Amacam? Isteri sekarang nak buat macam tu ke?…ambik tongkat tu pukul laki dia lagi ada! Habis, laki asyik balik lambat je kan hahahaha!!

You know, sesungguhnya…sekira isteri menjawab mulut suami pun dah berdosa besar. Malas buat apa suami suruh pun dah neraka jahanam balasannya. Haaa…berat tu. Suami baru suruh, “Sayang tolong buat air kat abang…” sekali si isteri jawab, “Alaaa….abang ni, ayang mal…” Belum habis pun ayat tu baru mal je…dah berdosa dah tu! Haaa…kalau sebut “Malaslah bang!” …habislah, boom, masuk neraka! How?! Hehehe… 😛

Gelak…gelak juga lah kan, tapi itulah hakikatnya. Jadi orang pompuan semua, bro Razzi bukan nak memandai kat sini, tapi sesuatu yang baik itu haruslah kita pelajari, fahami dan amalkan agar kita tidak kecundang di hari muka. Jangan sudah terlambat, barulah nak cari dimana silapnya. Hey ladies, mendengar cakap suami, ikut kemahuannya bukan susah pun…seperti quote di awal artikel bro kali ini,

“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!” itu memang benar…caranya juga cukup mudah, dengar kata suami dan ikut katanya!…maka, syurgalah buat isteri!

…namun tetapi,

“Wanita juga adalah kaum yang paling mudah masuk neraka!” caranya juga mudah, tidak menghormati suami, lupakan tanggungjawab terhadapnya dan lawanlah kata suami!….maka, nerakalah buat isteri! …Wasalam! 8)

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

16 Comments

  • Salam kak Aishah, Razzi rasa simpati dengan kisah hidup akak ni.

    Itulah kan kadang-kadang suami ni bila Allah dah beri kuasa sebagai ketua dalam keluarga, syurga bawah tapak kaki suami… aihh, dia pulak lebih-lebih.

    From what I learn dari seorang ustaz, sekiranya suami berlaku kasar yang melampau terhadap isteri hanya sebab-sebab biasa dan tidak melanggar syarak, isteri boleh melawan suami, setelah memberi nasihat yang setimpal kepadanya.

    Sesungguhnya, suami tidak ada hak untuk menghina isteri, menghina asal usulnya, mengherdek kelemahan isteri, sebaliknya, tugas suami adalah memimpin dan membimbing isteri untuk menjadi seorang yang lebih hebat…

    Ini terbalik pula ya, seolah-olah dia yang bersalah, dia yang curang lalu kerana rasa bersalah dalam dirinya dia seperti sengaja meletakkan kesalahan dirinya kepada akak…

    Seelok-eloknya, perkara ini perlu dibincangkan secara terus-terang tanpa sebarang rasa amarah. Dan kalau boleh pergi ke pejabat agama islam dan minta untuk bertemu dengan pakar kaunseling perkahwinan…

    Pakar ini memang disediakan bagi pasangan yang filekan untuk perceraian. Sebelum bercerai, dia akan memberi nasihat dan pandangan terlebih dulu. So, i think you all mesti pergi berjumpa pakar kaunseling ini dan minta nasihat dia. InsyaAllah.

  • salam razzi. my hubby nye mulut kalau bercakap masa dia tengah angin dengan i, astaghfirullah. na’uzubillahiminzalik. bila i cakap i boleh terima my hubby seadanya & terima segala kekurangan dirinya & i cakap to him supaya terima diri i seadanya & terima segala kekurangan diri i, dan kalau i memang ada yang tak kena dia patut bimbing i bukan marah i @ hina i. pas tu dia cakap i ni nak minta cerai nak kahwin lain. padahal langsung tak sebut pun. so many qustion mark dalam kepala otak. i sayangkan dia, sama jugak dia. tapi tulah mulut dia terlalu perit i nak telan apa yang dia dah cakap. selembut2 orang macam i pun boleh jadi garang nanti kalau dapat mulut nuklear macam my hubby tuuuu…. camane deq. tolong lah akak ni…

  • Along – Very-very good post there. I like!

    SOmetime kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Lantas, kita jadi orang yang sentiasa meminta-minta dan tidak puas itu dan ini…

    Jadi benarlah apa Along tulis tu. Semoga kita sama-sama tabah dalam dunia yang fana ini.

  • Thank you to you Fara 🙂 …I memang rasa happy sangat jika sedikit dari pengetahuan dan pengalaman dapat dikongsikan dengan you all dan dapat membantu pula. Thanks to Allah!

  • fara

    thanx bro razzi.. fara suke topic nie. ia mberi kan fara mgetahuan dlm hal ni. thank you soo much bro love! 🙂

  • mrs teddy

    Kesilapan yang paling ketara dan langsung tidak disedari ialah apabila isteri-isteri ni, “Take things for granted!”

    moral of the story: beri kasih sayang,’KASIH SAYANG TANPA SYARAT’…..mgkin itu lebih ikhlas…huhu..

    sayangku mr teddy..klu la awk tau cmne hati sy sygkan awk..tiada lelaki lain spt mane awk anggap slama ni.sy x penah mintak pape dr awk.cume sy mntak awk pecaya kan sy..pecaya kasih sayang sy pd awk..beri kbebasan kpd sy,spt mane sy beri kbebasan pd awk..belajar la utk kendalikan emosi awk spt mane sy belajar utk kendalikan emosi sy pd awk..tolong jgn mnguasai sy shingga sy sah milik awk..KLU AWK JODOH SY LA…hahahahahaha… :p pilihan byk di tgn sy klu awk bt prangai ‘x matang’ awk tu yek…hehe.. :)ooopppsss..im sorry..

  • along

    good article…
    along selalu pesan kat kengkawan.. bersyukur kerana ada suami dan anak-anak.. skeurang-kurangnya ada tmpt kita mengadu dan menumpang susah senang.. yg penting tak buat semua benda sorang-sorang… so hargai sebuah perkahwinana dan teman hidup yg telah diijabkabulkan..

    cuba bayangkan kalau perasaan kehidupan org yg masih single.. sunyi sepi dah biasa jadi teman nya… kejayaan di rai sendirian.. harta dan kemewahan tidak boleh di kongsi kerana tiada berteman… betapa sunyi sepinya mereka yg masih lagi tidak merasai sebuah perkahwinan.. hanya mampu membaca melihat adegan sebuah keluarga..hanya mampu menumpang kegembiraan atas zuriat yg bukan dari rahimnya.. hanya mampu melihat kasih seorang suami pada isteri memalui jendela kaca kereta.. hanya mampu melihat si isteri sayup mencium tangan si suami di kala mencari rezeki memulakan keje.. maka isteri sekalian begitu suami.. hargai sebuah perkahwinan…

    so syukur kerana allah berikan permudahkan rezeki mu ,jodoh mu.. maka hargainya.. jalankan tanggujawab si isteri dgn baik nya walaupon sesibuk mana.. dan si suami.. lihat ketulusan si isteri dan juga menghargainya.. jangan di tunding kesalahan atas si suami atau si isteri tapi sama-sama membina peyelesaiaan dalam sebarang kesulitan dan kekusutan dan rasai betapa pentingnya sebuah ikatan kekeluargaan dan persefahaman…

    sedih pulakkan.. pepagi ni… rasa sunyi dan sepi…

  • 921

    “Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!” dan “Wanita juga adalah kaum yang paling mudah masuk neraka!”…

    walaupun tak banyak masa yg aku dapat luangkan kat blog ni, tp dari mula sampai skrg aku sentiasa suka dengan kebenaran yang di utarakan…dan artikel kali ni, begitu bermakna buat yang “terlupa”…

  • rafeah

    Bro – this article i can say…hmm a very good reminder to all wives.even myself.thank you so much bro sebab sama2 mengingatkan bahawasanya benda2 macam ni mmg happen.bahagia yg dikecapi tu InsyaAllah boleh kekal hingga ke akhir hayat…dengan izin Allah..kata2 nasihat and reminder macam ni mmg sangat bagus.sebagai isteri kita jangan terlalu leka dgn bahagia yg kita kecapi.kene sentiasa buat checklist, whether suami betul2 gembira ke dgn apa yg dipersembahkan oleh isterinya selama ini..hmm sang suami pulak,kene sama2 la.musyawwarah dlm sesebuah keluarga tu mmg amat penting.suami isteri duduk sama2 berbincang,luahkan perasaan, masing2 bagi feedback demi sebuah rumahtangga yang rukun damai aman bahagia hingga ke syurga Allah..InsyaAllah..

  • CM : Kadang-kadang tu sesebuah perkahwinan, tidak perlu romantica de amor ni CM, janji puas hati with each other pun dah cukup sangat. Macam CM punya marriage lah kan…it’s great if you can have that kind of relationship with your wife. Cuma nak dapatkan sincerity macam CM ni mungkin agak susah…

    Maybe kan CM, each of them sentiasa ingin mereka didahulukan, isteri mahu keinginannya didahulukan, suami pula mahu isteri buat apa sahaja yang diarah terlebih dahulu…so kat sini lah hilangnya keikhlasan itu! Hilang kasih dan sayang…mungkin macam kata CM, kata-kata romantik tu takkan lama…bila dah berkurun kahwin yang tinggal hanyalah persefahaman. Kut yang itu pun hilang…hancurlah segala-gala yang terbina.

    TAPI CM…bro Razzi rasalah, I’ll be romantic sampai bila-bila kut, mungkin it’s in me. Namun, orang lain…lain caranya, mungkin cara mereka lebih berkesan dari cara romantic bro ni…who knows? 🙂

  • Okay Bro…sambung balik, CM dah teringat balik apa yg CM nak tulis tadi.

    Okay…apa2 pun kita perlu back to basic….sincerity. Janganlah kata2 manis tu hanya dizahirkan kerana semata2 nk amik hati pasangan sahaja, tapi biarlah kata2 yg dizahirkan itu adalah tulus walaupun bunyinya tak berapa romantik atau tak manis didengar. Pesanan CM kepada golongan wanita di luar sana…janganlah terlalu asyik dengan kata2 manis dari seorang lelaki tu kerana biasanya kata2 manis tu akan hilang selari dengan peningkatan usia sebuah perkahwinan. Janganlah terlalu percaya dengan lelaki2 yg terlalu romantis…kerana….boleh jamin ker romantik tu kekal sampai bila2???

    CM bercakap sebenarnya berdasarkan life CM sendiri. CM mengaku bahawa CM bukanlah seorang lelaki yg ideal utk seorang pompuan – means CM bukanlah seorang lelaki romantik yang menjadi idaman golongan wanita tetapi rasanya tindakan atau layanan CM terhadap isteri dari dulu sampai sekarang sama jer…masih understanding, masih ada sincerity, tak ada prejudis sesama kami. So, pada CM, romantik tu bukan satu jaminan kepada kesejahteraan atau kehangatan sebuah perhubungan itu. Kerapkali kita dengar luahan hati sama ada dari pihak isteri atau suami yg mengatakan sikap pasangan masing2 telah berubah atau tk seromantik dulu. So, inilah yg CM maksudkan bahawa berhati2 dgn pasangan yg terlalu romantis kerana tiada jaminan romantis itu akan kekal lama.

    p/s : bro…kengkadang tuh CM rasa jeles gak dgn kengkawan, walopun usia perkahwinan dah melebihi 20 tahun, sesama pasangan masih dok panggil “Yang” lagi. Aduihhhh, CM dah try dah, tk mo jadik…tu lah kelemahan org yg tk romantik cam CM ni…heheheheh 😉

  • Annika

    Hi bro,

    adanya tawaran kerana adanya permintaan. ini hukum ekonomi.
    hmm…adanya lelaki curang kerana adanya wanita yg desperate!. what do u think?.

  • Assalamualaikum…

    Bro…kali ni tk nk dah jadi pengomen yg ke 27 dahhhh….hehehe

    Sebelum terlupa, CM nak menyeru kepada sumer golongan wanita…”Jadilah golongan wanita yg mudah masuk ke syurga….because the path is all ready there….just follow it & u will not regret”

    Sebenarnya kita perlu menerima hakikat tentang pasangan masing2…means kita perlu terima sebarang kekurangan dengan seadanya. Keep in mind hubungan suami isteri itu sepatutnya melengkapi antara satu sama lain….dan kita tk boleh expect pasangan kita sama ngan kita dalam sumer perkara…..For example (memang dh ramai CM jumpa…), kalau si suami suker dok intenet, si isteri tk suka…isteri suker, suami tak suker….it’s normal. Macam laa jugak orang dok main bola, one team score gol yg sebelah kiri dan satu team lagi score goal sebelah kanan (mentang2 dok panas citer bola ni…siap guna contoh bola plak…ahaks), mana boleh score gol yang sama. Kengkadang tu kita tengok si suami seorang yg temper…so si isteri kena pandai camner nk manupulate temper si suami tuh. So kalau si suami tu tgh marah, si isteri cepat2 laa mintak maap on the spot…..kompemm si suami stop pasal dah abishhh modal…hahahhaha. Cam tu plak kalau si isteri yg suka membebel, suami jgn tunggu lagi….blah laaa buat apa2 kerja yg patut…jangan dok lawan gak, nahas kena leteran tahap machine gun…hahahha.

    …….stop jap…ada tetamu datang…………

    Halamak bro…lepas sejam baru nk sambung balik, idea pun dah hilangggg….hampehhh betoi. Takper nnti idea datang balik….CM sambung yer

  • dekno

    wah..betul tu bro…ku impikan utk menjadi isteri yg solehah..InsyaAllah

  • Nurin

    bro love… bro love…

    nurin nak komen lebih2 berkenaan dengan ini melalui pengalaman sendiri, memang tak dapatlah, since nurin pun belum kawen lagi… tapi, melalui pengalaman rakan2 dan keluarga… mungkin nurin boleh kongsi sket..

    they say… syurga anak bawah tapak kaki ibu, syurga isteri bawah kaki suami…

    tak akui juga yang kaum isteri ni kadang2 alpa tentang tanggungjawab dan juga bunga2 percintaan semasa bercinta dulu2… memang benar kata bro love, “they take things for granted…” tapi, nurin beranggapan… they don’t complaint, so why bothers kan?? disini, nurin rasa give and take kena ade… selain itu, ingat mengingati, tegur menegur antara satu sama lain, supaya kekal rumahtangga tu wangi berseri… *wink*wink*

    perbuatan suami memanjakan isteri pada awalnya juga, salah siapa? isteri? tak kan?? jadi dua2 belah pihak memainkan peranan penting untuk institusi kekeluargaan. memang benar suami adalah leader atau ketua rumahtangga, jadi tugas nasihat tu dah jadi tanggungjawab dia… manja berpada2…

    nurin cakap bukan berbelah pada pihak isteri… cuma tak adil lah kalau sang isteri dipersalahkan bulat2 atas kelemahan dia… bercakap melalui pengalaman orang lain, ada juga suami yang mensia2kan isteri… kehendak dah dilayan, bagaikan raja… jadi sebab dah jadi raja… mahu pasang pulak gundik kan??? adilkah itu??… benar yang suami kalau islam, layak kawin sampai 4, tapi… fahami lah konsep itu dengan betul2… kalau asyik nak amalkan konsep habis madu sepah dibuang…susah jugak…

    pengalaman orang lain jugak ni… my fren, dia cakap, isteri dia selalu bagi alasan untuk masak or buat air dia… jadi apa yang dia buat… dia buat air untuk isteri… isteri dah termalu, dan sejak hari tu, blom mintak pun dah dapat air… blom lagi yang lain2 kan??? 😛

    alamak, dah panjang pulak kan si nurin ni membebel… cuma topik ni menarik pulak pagi2 ni… satu je, rumahtangga ni dikongsi dua… dan jadi tanggungjawab yang dua ni juga untuk menjayakannya… samada nak rumah batu, rumah kayu, terpulanglah pada masing2… yang penting, keharmonian akan ada dlm keserasian, kata sepakat…

    p/s: rupa x penting, harta x penting, yang penting keserasian, selesa sama dgn dia… winkwink…

  • assalamualaikum… i’m here again… entry ni bagus, tidak bias kerana ia mmg benar2 berlaku… yerla. even i’m not married yet, but…reality dalam hidup kdg2 bg contoh utk kita… wanita adalah golongan paling ramai di neraka. dan… golongan paling mudah masuk syurga. cuma kadang2 lupa atau sengaja buat2 lupa… yang benda kecik2 pon boleh membuatkan kita menuju ke neraka, takut bila membayangkannya… rasa kecik jer diri…

    Seorang suami akan terus setia sekiranya anda menghormatinya… erm.. harap2 aku bisa juga. cuma mungkin jodoh tu belom ada, susahnya nk buka hati… kdg2 silap pilihan buat hati ini rasa kecewa dan takut… takut kalau salah langkah lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons