www.razzirahman,comYou all perasan tak dengan sesetengah couple tu, selalu sangat komplen pasangan dia? Tegur pasal lambat lah, tegur tentang berat badan lah, tak puas hati dengan tabiat dia lah…tak berpuas hati dengan segala-gala cara pasangannya.

Ini selalunya terjadi setelah beberapa lama bercinta lah. Awal-awal tak da punya. Semua ok, semua cantik…everything is great! Sebabnya…masih sayang, masih teruja. Jadi, kalau ada apa-apa yang tak berkenan dek kalbu tu…buat tak tahu je, telan pahit dan hempedu kerana cinta! 😀

TAPI, setelah lama, setelah tahu luar dan dalam…slowly, pasangan anda mulai menegur itu dan ini. Ada je perkara yang tak disukainya, ada je komplennya. Pelik tak? Dulu ok je…dulu boleh terima, mengapa sekarang bosan la? tak serasi la? ada je yang tak puas hati, mengapa?

Apa yang bro nampak di sini, selalunya…pasangan itu cuba,

Mengubah pasangan masing-masing, mengikut cara dan kehendak hatinya yang mana difikirkan baik untuknya. Yang mana dirasakan betul baginya.

Mungkin betul tindakan anda, mungkin apa yang anda mahu dia berubah adalah baik untuk perhubungan anda. TETAPI, masalahnya…pasangan anda tu dah hidup sebegitu sejak dulu lagi…sejak sepanjang umur dia lah dia begitu…tiba-tiba anda bercinta dengannya dan dalam masa duk happy-happy tu, anda cuba mengubah dirinya!

Setiap orang tidak mahu dan tidak akan terima teguran anda setelah anda bercinta dengannya dan menerima caranya sedari awal lagi. Ianya seolah-olah, anda muncul menjadi Ibu Bapa yang asyik berleter dan menegur mereka! Semua orang mahu yang boleh jadi member dengannya…

Jika anda mahu kekal lama di dalam sesebuah perhubungan, jangan sesekali cuba untuk menjadi ‘Ibubapa’ kepada pasangan anda. Dia dah ada ibubapa dah…atau dia pernah ada orang tua yang selalu berpesan macam-macam, selalu melarang dari melakukan itu dan ini. dan dia pastinya tak mahu menambah seorang lagi ibu atau bapa seperti itu 😉

Melainkan…dia berubah setelah anda bersama itu lain lah. Contoh : Awal-awal dulu wangi dan harum je setiap kali bertemu, tapi sebab dah kenal lama, dah bercinta, so dah tak jaga…ITU WAJIB dITEGUR!, Pasangan anda pula, patut berubah!

TETAPI, jika anda sudah terima sedari awal, dari mula-mula dulu lagi dia gempal ke, betis besar ke, punggung besar, badan kurus sekeping, bersiap pun lambat, bercakap menderam kuat, sendawa depan orang ramai, suka mengata orang, badan hapak, nafas berbau, selekeh, kekampungan dan apa-apa sahaja yang anda anggap buruk…ANDA SEHARUSNYA TERUS KEKAL TERIMA DIA SEADANYA!!

Janganlah sibuk-sibuk nak menegur atau cuba untuk mengubahnya lagi, “Yang hang pi pilih yang macam tu dari awai lagi tu pasai apa? Pilih lah yang baguih punya….tu dia, sekarang nah…padan muka hang!” 😀

Ramai yang menerima sahaja pasangan masing-masing tanpa mengambil masa untuk memikirkan terlebih dahulu, samada  sanggup kekal lama bersamanya walau baik atau buruk…

Sebenarnya, jika sedari awal anda boleh berjanji pada diri anda sendiri yang anda akan menerima si dia walau bagaimana keadaan sekali pun, maka perhubungan cinta anda pasti kekal buat selama-lamanya! …jika sebaliknya, lebih baik anda cari bukan yang sikit-sikit berkenan je tau…haaaaa, terus  cari yang betul-betul berkenan di hati, barulah ada ummphh!! 😆

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [24] Comments