Too much thinking…

Kenal tak gambar di sebelah ni siapa? Cuba teka siapa…hehe, maybe susah kut kan.  🙂

Okey, dia sebenarnya adalah seorang penulis berbangsa Perancis. Dialah juga orang pertama sekali yang telah membuat penemuan di dalam cara penulisan romantik. Haaa…sebab itulah barangkali french people ni, romantik-romantik belaka kan.

Nama beliau ialah Francois Rene de Chateaubriand. Bagi saya, mutiara kata darinya sangat bermakna. Katanya…

The original writer is not one who imitates nobody, but one whom nobody can imitate!

Faham kan? 😉

Penulis sebenar bukanlah yang meniru orang lain TETAPI yang orang lain tak boleh nak tiru! 

Saya terpanggil untuk menulis tentang satu perkara yang pada pendapat saya, ramai yang menempuhinya. Ada tak anda rasa apabila anda melihat ramai yang berbakat, minda anda mulai, “Too Much thinking!” … 🙂

Adakah aku bagus? adakah aku berbakat seperti mereka? adakah penulisan aku sehebat mereka?

Semua itu tak penting! Dalam penulisan apa sekali pun, apa yang anda perlu fikirkan ialah, “Cara dan gaya anda” ini adalah kerana, suara anda adalah suara anda…begitu juga dengan gaya anda, adalah gaya anda!

Apabila anda mulai TERLEBIH berfikir, cara dan gaya penulisan anda akan menjadi “Sama seperti mereka yang anda fikirkan!” Tulis je apa yang hati dan jiwa anda merasakan di kala itu. Jangan cuba menjadi sama seperti orang lain. Dengan cara menulis tanpa berfikir panjang, terus-terusan menulis…penulisan anda tidak akan ada orang lain boleh tiru! “Pelik tak??!” hehehe…

Anda tahu…apabila saya bertanya dengan kawan-kawan ni, “Bila nak menulis?” Jawapan yang saya terima selalunya sama iaitu, “Tak ada idea lagi…” atau “Tak tahu apa nak tulis…” SEBENARNYA, sekiranya anda terus menulis apa sahaja yang datang di fikiran di saat itu, itulah yang terbaik dan kemungkinan besar akan menjadi unik atau “Doesn’t sound like others!”

Namun, 1st round je tanpa berfikir, selepas anda tulis giler-giler apa yang tersirat di hati dan jiwa, kemudian tulis apa sahaja yang datang di kepala anda….edit lah balik kasi lagi cantik!  Cubalah cara ini. Anda pasti akan merasakan perbezaan di dalam penulisan anda. Jangan fikir banyak…tulis je dulu, jangan fikir malulah, takut tak bestlah…tulis je dulu!

“Writers…writes! that is what they do.”

9 Comments

  • ariqa

    eheh..
    ni topik bout pnulisan ke??
    eheh..
    me pn sdg try buat novel yg first..
    hope its just wonder as bro’s writing..^^

  • azwa

    ok bro thanks.. saya cuba.. 😉

  • Azwa tulis je apa yang terasa nak tulis. Tulis banyak-banyak dulu kat rough paper. Then baca kuat-kuat… yang mana sedap di telinga, yang tu ambik. Yang mana cam tak sedap di dengar buang. Yang penting tulis apa sahaja dulu…

  • betul arr.. saya setuju.. saya menulis pun berpandukan apa yang saya rasa dan apa yang saya fantasikan.. hehe

    tapikan bila saya nak start menulis jer kat c ni idea kat otak mmg hitam kelabu arr bro.. jenuh gak saya gali dan gali nak ikut rentak kekawan semua.. payah gak dia nak kuar… mungkin otak nih jammed dan belum santai dan tak kreatif kot pasal tuh tepu jer manjang.. huhuhu..

  • Adam

    Salam perkenalan dan salam raya semua…

  • Ada…ada…ada terima tapi tak sempat baca lagi lah…adoi, busy betul lately ni. Baru balik dari KL ni. Handling project ke 2 Gold Mind Publishing. InsyaAllah tak lama lagi…apa ya?? 🙂

    Talking about raya, Bro ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang telah menghabiskan Kad Raya Cat… 🙂

    Also Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir…and batin too 😆

    Salam Sejahtera Cinta!

  • nissya

    Will do!Actually i’m very sensitive dengan permasalahan orang lain.Esp.kisah kanak-kanak and orang tua yang susah.

    I hope after Raya I can go all out.

    Untuk sampai to ur level maybe jauh lagi la kot…he he he!

    By d way…ada terima tak text Tea Coffee Or Me?

  • My pleasure Nissya. Happy sangat dapat membantu you.

    Menulis tentang diri sendiri Nissya sebenarnya is THE BEST!…senang sebab you dah tahu kan, juga you boleh jiwai lebih lagi.

    Later, you cuba pulak macam I buat… jiwai dan rasai apa cerita sekali pun ADALAH seperti cerita you sendiri 🙂

  • nissya

    YUP…! I totally agreed with ur philosophy.I’m one of those yang terlalu fikir terlebih sangat tentang hasil kerja saya.

    Well after Diari Tsara…i dapat satu kekuatan untuk menulis tanpa memperdulikan apa orang nak kata or takut apa yang ada diotak dan hati saya ni diketahui orang luar.

    Penulis lain mungkin menulis hasil pengamatan mereka tentang keadaan sekeliling.
    Tapi saya buat masa ini lebih senang berkongsi cerita yang berkisar tentang kehidupan saya sendiri so that i tak yah nak buat rujukan lebih -lebih.

    Thanks to you Bro…for giving me such an honour to come out with my very first material.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons