WANITA seumpama BAYI

blogpost01

Bagaimana anda menjaga bayi anda? Bagaimana pula anda menjaga pasangan wanita anda? Bagaimana anda tangani waktu wanita moody, resah gelisah, merajuk, datang bulan, tak bercakap senyap je, tanya apa masalah, dia buat tak tahu dan mengharap pasangan lelakinya faham apa yang difikirkan di mindanya yang berputaran laju giler! How la?

Adakah anda merasa RUGI kerana begitu mengambil berat dan menyayangi? Pernahkah anda fikirkan atau anda tidak kisah mana hati dan perasaan pasangan anda?

“Kau nak buat perangai, lantak kau lah, buang masa aku je melayan kau!” Begitukah cara anda menangani pasangan WANITA anda? ataupun begitukah caranya anda menjaga bayi anda?

Artikel ini sebenarnya KHAS buat mereka yang menghargai pasangannya sahaja. Yang benar-benar sayangkan isterinya, yang benar-benar kasihkan kekasihnya… bagi yang tak berapa nak kisah tu, this doesn’t apply to you… you can have your own world to you lah kan… but don’t come and crying here if you all alone one day and no one loving you anymore 😉

All I can say, WANITA ni seumpama BAYI la kan…

  • Adakah anda marah-marah bila baby anda menangis? Anda menjerit kepada baby itu, atau maki hamunnya? Pastinya TIDAK, hanya orang gila dan hilang akal saja maki-maki bayi dan sepak terajang sampai membunuh bayi yang tak berdosa. Pastinya anda layan dengan baik dan pujuk bayi itu, barulah dia berhenti menangis kan?
  • Bagaimana pula waktu bayi merenget kelaparan, adakah bayi itu akan cakap, “wei aku lapar ni, bagi la makan!” Pastinya TIDAK! Namun bayi itu tetap menangis dan mahu ibunya faham yang dia lapar.
  • Bayi yang baik selama ini tiba-tiba meraung dan meragam, bila check, badannya panas, mungkin demam, sudah tentulah meragam kemain lagi sebab tak sedap badan. Tubuh panas dan tidak selesa. Kita buat macamana pun dia tetap meragam-ragam, segala macam tak kena. Adakah bayi itu dianggap sebagai bayi yang jahat dan tidak baik perangainya?
  • Bila bayi anda inginkan sesuatu, toys ke, barang apa saja, tetapi anda tidak berikan, selalunya dia akan tidak puas hati la kan, moody dan ada juga yang marah-marah. Cuba berikan apa yang dia mahu, senyap tak dia?
  • Bagaimana sewaktu dia tidur malam-malam anda pasang tv punya kuat, lalu bayi itu pastinya terjaga dan menjerit kuat, mungkin kerana tidurnya terganggu atau terkejut dari bunyi yang bising. Cuba anda perlahankan volume tv atau anda terus tidur bersama bayi anda, kan dia akan tenang gembira tidur berteman?

JADI…begitu jugalah WANITA! Anak dan ibu, bayi dan wanita sememangnya mempunyai hubung kait yang amat rapat!

  • Jika wanita menangis, layanlah seperti anda melayan bayi tadi, layan dengan baik dan pujuk perlahan-lahan barulah berhenti tangisannya itu. Kalau maki hamun balik, marah-marah, seperti bayi itu, dia takkan nak faham punya.
  • Seperti bayi yang inginkan ibunya faham dia lapar tanpa memberitahu ibunya, begitu jugalah wanita. Nalurinya sudah begitu, teramat suka sangat jika suaminya atau pasanganya memahami apa yang dia mahu tanpa dia memberitahunya. Cara begitu dianggap lebih mengambil berat.
  • Sebagaimana bayi yang tak sedap badan, begitu jugalah sewaktu wanita tak sedap badan, usah cerita soal bila sakit dulu la kan, cerita tentang waktu ‘Bendera Merah’ naik setiap bulan tu sudahlah. Betapa tidak selesanya wanita itu ketika datang bulan, Tuhan sajalah yang tahu. Kena faham benar tu…
  • Samalah juga bila wanita inginkan sesuatu dan tak dapat… kalau yang manja tu habislah teresak-esak nak sangat apa yang dihajati, macam bayi tu la kan hehe… nak tak nak kena berilah baru diam dan happy.
  • Bayi sangat suka dipeluk, dicium dan dibelai-belai, bila nak tidur, layu matanya bila diusap-usap rambutnya, begitulah juga si isteri… nyenyak tidurnya bila ada suami yang memeluknya, membelai-belainya. Macamana isteri tak mengamuk bila terjaga dari tidur, suami tiada di sisi, rupa-rupanya duk tengok tv kat luar punya kuat bunyinya hahaha… adoi!

Perumpamaan ini mungkin tidak kepada semua namun, elok benar jika kita cuba renung-renungkan akan persamaannya dan cara untuk menangani situasi ini. Persoalannya, adakah anda sayangkan pasangan anda atau tak berapa sayang mana pun?

Sesungguhnya, tak rugi apa pun jika kita benar-benar mengambil berat terhadap dia yang kita sayangi, cubalah bayangkan yang pasangan wanita anda itu umpama seorang bayi, bagaimana anda lembut dengan bayi, bagaimana anda amat menjaga agar bayi itu selesa, tenang, baik, dan memberi sepenuh perhatian dan seluruh kasih dan sayang, begitu jugalah seelok-eloknya kita menjaga isteri/wanita dengan lemah lembut, dan memberi sepenuh perhatian kepada pasangan kita dan mencurahkan seluruh kasih dan sayang, jiwa dan raga demi kebahagiaan kita bersama, InsyaAllah!

p.s. : Bagi wanita yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang lelaki pula,
Dapatkan eBook terbaru dari Brother Love, 101 cara Memikat Lelaki sekarang! – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons