Ya, saya seorang yang cemburu!

gambar_blog21
Orang tua-tua kata kalau tak cemburu tak sayanglah tu… kerana cemburu tandanya sayang!

Dalam pemerhatian saya dan melalui pengalaman sendiri, ada kebenarannya ya. Sebab, dolu-dolu la kan masa muda-muda remaja, memang boleh rasa ‘berat’ sangat cemburu saya ni hehe… sebab berat, padat, dan sendat je dada ni kegeraman dalam cemburu, adalah kerana pastinya cinta sudah mendalam dan rasa tidak mahu berkongsi dengan orang lain suku sakat mana entah kannn…

Kita punya cinta, dia milik kita, kita sayang menyayangi mengapa nak sibuk orang lain tu kan? Mengapa nak menggatal tak tentu pasal?

Nak cuba-cuba rapat, konon tak ada perasaan apa…piiiraahhh! Jangan nak kelentong la… kalau tak ada perasaan apa-apa, pergilah layan minah lain yang senget dan gendut tu. Mengapa nak kacau awek aku yang cun ni 😀 😀 …Mengapa nak ‘just friend’ la konon?

  • “Dah tak ada yang single ko nak berkawan, dengan girlfriend aku jugak ko nak ambik?” Hahaha… begitulah saya dulu 😛

Bila dah begitu membara, apa lagi kerjanya? Soal jawab lebih dari polis la kannn…

  • “Sapa dia? Dia nak apa dengan you? Mengapa nak kena kawan dengan dia? I tak suka! I tak suka!” huhuhu… ada sapa-sapa terasa sama tak? :p

…bila lama menghilang or lambat jawab phone,

  • “Hello, you kemana tadi? Mengapa tak jawab I call banyak kali, you keluar dengan jantan mana? You cakap betul-betul eh, jangan nak menipu la I tahu la you jumpa balak hari tu kan?”  hahaha… cemburu giler!

Boleh dikatakan memang asyik membara je la sebab bila girlfriend lawa ni kan, and somebody pulak… sure la ramai yang nak mencuba. Samalah juga bagi wanita yang punya boyfriend hensem ke, ada nama besar pulak ke, orang berada ke, or even bagi isteri yang mempunyai suami kaya ke, or somebody ke akan CEMBURU dan marah giler-giler punya la kalau ada yang nak kacau! 😀

  • Anda macam saya tak perasaannya? Haha… kalau hati berdentum, berkocak ganas tu… memang anda adalah seorang yang cemburu la tu.

Cuma, sekarang saya tidaklah lagi begitu. Bertahun-tahun masa muda saya tu hidup dalam kemarahan, kegeraman akibat cemburu itu telah membuatkan saya benar-benar letih, walaupun hanya sekadar untuk bertanya, “Siapa dia tu?” aduhhh… malasnyerr!

Masa untuk jadi polis tanpa gaji, sudah berlalu bagi saya… bila terfikir pasal cemburu ni, BOSAN! Dan yang paling saya tak suka, walau saya cemburu macamana sekalipun, girlfriend saya tetap buat juga apa yang dia nak buat. Kerana baginya, ianya tidak salah… At the end, kami tetap bergaduh besar juga. BUANG MASA sangatlah segala amarah saya, segala luahan saya itu… jadi, lebih baik saya cari orang lain yang tak buat saya jeles, lagi bagus, betul tak?

To me, jika pasangan kita itu benar-benar sayangkan kita, benar-benar cintakan kita, jika dia tahu kita tak suka, mengapa dia buat juga? Kalau sayang mesti mahu jaga perasaan orang yang kita sayang, bukan sakitkan lagi hatinya. Jagalah hati pasangan, mengapa nak buat pasangan cemburu? …unless kalau dah tak sayang la kan. Atau saja-saja nak menduga? Meh sini saya duga awak pulak, camana nak?

Bagaimana perasaan anda pula, jika pasangan anda pula buat perkara yang sama, haaa… sibuk dengan yang lain, sehingga anda cemburu giler-giler, dan tekeduhlah hati, sakitlah jiwa, koyaklah dada kemarahan kan?…pasti anda pun tak suka. Jadi kalau anda tak suka, janganlah pula anda buat.

Anyway, nowadays Razzi just living as it is. Tak ada masa lagi nak cemburu-cemburu, buang masa… buang tenaga. Kita nak ketenangan di jiwa. Keselesaan dan aman sentosa. Kita nak relax, tengok tv dengan tenang, keluar-keluar tak ada siapa yang kita takut bertembung… all cool.

Kalau semak je dunia saya ni dengan all this rubbish… lebih baik saya undur diri. But, Alhamdulillah, now I’m happy…tidak ada lagi masalah-masalah ‘jantan keparat’ nak mendekati or whatever it maybe. If one day kalau datang or timbul masalah cemburu sebegitu lagi… I will not cemburu la, tapi I akan angkat kaki pergi ke dunia aman ku sendiri hehe… hope I don’t have to 😉

Anda pula, bagaimana? Jika terjadi kepada anda, apakah yang anda akan lakukan?

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons