Break-ups? In my humble opinion, hampir semua orang pernah laluinya dan pasti akan melalui ‘breaking up’ or orang Jepun kata, ‘mei honggo dochera made asoka kondayo gozaimass’  …maksud dia, putus cinta lah tu 😀

Bukan kita nak minta perkara itu berlaku, tetapi at least sekali… kita merasakannya, itu cukup bagus! It gives us experience yang tidak dapat kita belajar di mana-mana. Cuma some of us, selalunya tidak belajar dari kegagalan itu.

To me, Tuhan buatkan kegagalan cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kesilapan dan kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna atau lebih berpengetahuan. Dan dari break ups itu, kita boleh pula berkongsi pengalaman dengan orang lain, kan?

“So, kita tak perlu bersedih di atas break-ups itu!”

Sama juga, bila sesebuah perkahwinan yang melalui perceraian… Tuhan buatkan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah, dan bahagia bersama orang lain yang lebih berhak! Itulah pengajarannya. Jadi sekali lagi…

“Kita tak perlu bersedih di atas break-ups itu!”

Ada satu kisah artis… warning : “Jangan fokus kepada kisah panas itu tetapi fokus kepada outcome of the story”

Semalam semasa saya menghadiri wedding receptions for my niece Catriona Ross. Ada lah satu couple artis ni. I tengok dia orang cukup bahagia… dan artis lelaki ni sangat baik dan lucu orangnya. Tak perlulah I cakap siapa artis lelaki itu, because, kes dia ni semua orang tahu…

Yang nak ceritanya, wife dia sekarang tu actually dulu masa jadi pelakon, pernah dibela suami kawan baik I sendiri. Seorang lelaki tua yang kaya. Sangat kaya, lebih kaya dari Datuk yang kahwin dengan artis popular tu. Kereta mewah, kondominium dan berbagai-bagai hadiah mahal pernah dihadiahkannya. My friend pun datang jumpa dia, tapi sungguh sedih sekali…artis wanita ni tak mahu back off …tetap nak main juga dengan suami my friend ni. Fuhhh!, punyalah sombong dan jahat!

Anyway, setelah dia berjumpa dengan artis lelaki yang tengah dalam proses di saman ini, artis wanita ini berubah menjadi baik, bercinta dengannya dan setia. Mereka berkahwin dan bahagia hingga sekarang! …so wonder tak?, lelaki yang baik ini bercerai, kemudian dapat seorang wanita yang tidak baik! Apakah outcome of this break-ups?

There are saying, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!”

To me, itu bukanlah maksud yang sebenar! NOPE!!…to me maksud di sebalik ayat itu adalah, “Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”

Kerana, seperti break-ups yang Tuhan buatkan itu, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much.

Thats why, seperti kisah artis lelaki itu…Dia seorang yang baik, bercerai, kemudian dapat yang tidak baik tetapi dia belajar membimbingnya menjadi baik atau yang tidak baik itu mahu berubah, maka barulah caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan, betul tak?

So, break-ups, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman agar kita dapat membantu sesama insan lain. Yang paling penting, – apabila berlaku break-ups, putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana,

“Setiap perpisahan pasti ada pertemuan, setiap kegagalan pasti ada kejayaan!” ….dan itu adalah satu ciptaan Tuhan yang maha agung, – which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita! 😉

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com – ketahui lebih lanjut tentang ebuku cinta Razzi Rahman di sini.