Cinta di PEJABAT

blog8

Bagaimanakah scenario PERCINTAAN di PEJABAT? Pernahkah anda alaminya?  Ingat tak betapa malu dan segannya untuk memulakan percintaan bila satu office ni? Dan bagaimana pula rasa peritnya bagi yang berlaku perpisahan pula. Sakitnya hati tak terperi bila ianya dicurangi, lebih sakit hati lagi apabila terpaksa berjumpa setiap hari dengan dia yang dibenci. Namun memang syok la bagi yang masih bercinta datang kerja bersemangat je, sebab pasti jumpa dia yang amat dicinta. Macam-macam cerita kan 😉 …cinta di Pejabat!

Menonton sebuah siri penyiasatan semalam, bukan cerita cinta, bukan kisah romantik, sebaliknya siri pembunuhan, namun tetapi terselit sebuah scene romantik yang agak menyentuh hati yang berkisar di sebuah office. Tak yah cerita bagaimana penyiasatan itu la kan, yang nak ceritanya, hero siri ini yang dah lama menyimpan hati kepada kerani bawahan sepejabat dengannnya.

Sudah lama dia memendam rasa tetapi masih takut dan segan untuk menyatakan hasrat hatinya. Lebih-lebih lagi takut ditolak cintanya, apatah lagi seluruh pejabat bagaikan sudah tahu dia syok kat girl tu. Dan deorang siap kacau-kacau matchmake gitu, mestilah malu dengan teman-teman sepejabat kalau ditolak hasrat hatinya kan… Haa ni ramai yang tersenyum masa baca ni kan, sebab pernah merasa hehe 🙂

So. teman rapat si hero ni pula sering menasihatinya,

  • “cepat-cepat la bertindak, jangan sampai diambil orang, jangan sampai melepas, jangan takut, berterus-terang saja.”

Tapi makin disuruh makin segan dia. Dan bila dia malu, macam-macamlah dia beri tugasan kepada the girl tu, bagaikan cara begitu buat dia hilang rasa ketegangan di jiwanya. That girl pula, lagilah rasa segan dengan dia, apatah lagi orang atasannya pula.

Suatu malam, dia telah pergi ke satu bachelor party meraikan kawannya yang akan berkahwin. Keletihan pulang dari party itu dia terus tidur. Keesokan paginya, di ofis, dia terpandang 1 bouquet besar bunga-bunga rose terletak di atas meja gadis yang dia tergila-gila itu. Hatinya gelisah, tak senang duduk, ke sana ke mari, tertanya-tanya siapakah pula yang menghantar bunga itu… “Melepas aku ni nanti” fikirnya.

Tambah berkerut dahinya bila seluruh pejabat menyangka dia yang menghantarnya, ini membuatkan dia semakin segan dan malu. Teman baiknya cepat-cepat ingatkan dia, yang inilah masanya sebelum terlambat, sebelum adanya lelaki lain yang mengaku dan sebelum gadis itu diambil orang.

Hero kita ni semakin risau lantas bertekad untuk bertindak hari ini juga dan menyampaikan hasrat sucinya itu. Dengan hati yang berdebar-debar, diseliputi pula dengan rasa takut, segan, malu, ditekankan pula oleh teman-teman sepejabat, akhirnya dia beranikan diri melangkah tenang, merapati meja gadis itu dan…. Seperti biasa gadis peramah itu menegurnya,

  • “hi morning”
  • Dan dia menjawab “Good morning”
  • “Lawa tak bunga ni, waiter kedai seberang jalan yang berikan” (Dah translate 🙂 )
  • “err lawa” jawabnya pendek sambil terkedu.

Jalannya mulai lemah, ingat nak berhenti berbual mesra di meja gadis itu sebaliknya pulang kembali ke mejanya begitu saja… HAMPA. Berkali-kali dihela nafas yang panas geram kebengangan. Belum pun sempat dia berkata apa-apa… Dalam sedikit rasa kecewa, dia cuba menguatkan kembali semangatnya, untuk berpatah balik, tiba-tiba muncul lelaki tampan, jelas nyata waiter dari kedai seberang…Waiter itu merapati meja gadis idamannya, berbual sepatah dua dan terus gadis itu bangun dan melangkah keluar berdua. Seperti gaya nak berdating lagaknya…

Si hero benar-benar kecewa, bengang dan sakit hati… Bengang kerana “melepas” dan sakit hati kerana dirinya sendiri yang terlalu lambat bertindak, jika awal-awal lagi dia sudah meluahkan perasaannya and who knows the girl dah jadi kekasihya or at least dia tahu peluangnya… Dalam waktu gadis itu melangkah pergi bersama lelaki itu, sempat pula dia menoleh ke arah hero kita ni, dari riak wajahnya, dari sinar matanya, seolah-olah berkata, “aku pernah menunggu mu, tetapi kau lambat sangat”

Begitulah kisah pendeknya…

NOTA PENTING : Itulah kan, pengajaran di sini yang boleh diambil ikhtibar,

PELUANG yang hadir bukan mudah-mudah datang. Jika kita tidak ambil serius dan takut-takut, RAMAI lagi orang lain yang lebih serius dari kita dan berani untuk bertindak dulu.  TAK CUBA TAK TAHU… cuba dulu, baru tahu baik atau tidak akhirannya itu.

KECEWA, GAGAL, MALU itu adalah lumrah hidup. Hari ini kita kecewa, gagal dan dimalukan, well SO WHAT?! Apa nak kisah… semua yang kaya raya, hidup bahagia, semuanya pernah kecewa, dan berkali-kali gagal! Usah cerita pasal malu lah, lebih malu dari ini pun pernah. Ingat semua yang bahagia tu terus-terus bahagia?

Tuhan suka kepada mereka yang rajin dan berusaha. Lagi banyak kita usaha, lagi banyak dugaan yang kita terima, lagi banyaklah ganjarannya. Tempuhi dengan tabah dan redha. Kalau ada jodoh tak kemana. Yang penting kita cuba. TAK KIRA lelaki mau pun wanita, kena sama-sama berusaha mencari bahagia. Jangan tunggu dan lihat saja. Itu jawabnya tak kemana la…

Cinta di pejabat, untuk mengelak dari MALU yang teramat, YANG PENTING ushar-ushar dulu tengok peluangnya. Tanya-tanya, spy-spy lihat citarasa. Tengok-tengok apa yang dicarinya. Nak berusaha pun kena juga tahu sedikit-sebanyak infonya. Mana boleh pakai langgar saja. Kang habis semua teman sepejabat gelakkan je 😛

  • SEBELUM MELINTAS JALAN, TENGOK KIRI KANAN samalah juga dalam soal ini, SEBELUM SUKA GILA, TENGOK DULU KUT ORANG PUNYA, KUT JENIS BERBEZA 😉 …bila lampu hijau baru boleh jalan. Jangan lampu merah pun nak jalan juga, itu menempah maut namanya 😀
  • Ingat, kalau dah big sign NO ENTRY tu… (Milik orang, citarasa berbeza, tak berminat dan sebagainya) maknanya kalau try juga, dan gagal serta kecewa, itu adalah kecewa dan gagal yang sengaja nak la tu…
  • Berhati-hati di jalan cinta, lebih-lebih lagi bila Cinta di pejabat!

Okay? All the best and good luck!

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda dapatkan, ebook + buku-buku Brother Love di page ini ->, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

Share This Post

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *