Cinta itu milik ALLAH

gambar_blog16
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya adalah di tangan Allah. Dia Maha Pencipta dunia dan rahsia alam ini. Semuanya milik Dia… kasih, sayang, benci, rindu dan pastinya Cinta adalah milik Allah. Dalam Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dianugerahkan pula kepada kita, hambanya ini dengan segala rasa yang ajaib dan bisa menggegarkan jiwa.

Mungkin rasa pelik sekali imbas, melihat akan kehidupan kawan Razzi ini, let’s call her Diah (Don’t worry D, i replace nama sebenar you dah )  😀 – Well, kisah Si Diah ni adalah tentang JODOH sebenarnya.

Diah ni seorang yang murah senyumannya, dan A PLUS buat Diah kerana dia bukanlah seorang yang memilih sangat pun. Dia tak kisah lelaki tu kaya ke, berharta ke, asalkan ada kerja tetap cukup. Sebab dia sendiri pun seorang lawyer, banyak duit 😀 – Tak kisah pun hensem ke, hitam ke, pendek ke, asalkan baik, cukup. Cuma, satu kepelikannya adalah… dia SELALU terjatuh cinta dengan lelaki yang sudah berumur. Atau paling tidak, suami orang, if not duda. Walaupun dia masih muda ketika itu. Mungkin orang yang sudah berumur ni, punya pengalaman lebih, tidak gelojoh dan layanan pun hebat kut…

Dipendekkan cerita Diah ni, bercinta punya bercinta, gagal dan gagal lagi, ada juga yang dia tinggalkan beberapa kali atas berbagai sebab. (Kebanyakan menipu mengaku bujang huhu) Akhir sekali, bertahun-tahun berjuang dalam mencari cinta, pada umurnya 35 tahun, Diah telah bertemulah jodohnya… seorang lelaki… ya, sebagaimana yang anda sudah jangkakan, sudah agak berumur dan DUDA.

Razzi dan kawan-kawan lain, gembira untuk Diah… tak kisahlah siapa yang dia kahwin asalkan dia happy, dan syukur, Diah memang suka kerana memang baik orangnya. Lagipun, kawan-kawan semua dah kahwin tinggal dia je tak kahwin-kahwin so tak boleh la nak memilih sangat (padahal dah 10 tahun memilih) 😀

  • We went to her wedding, cukup meriah sekali… dan pasangannya, yaa…boleh dikatakan tidak sepadanlah kalau dari segi rupa parasnya… tapi, kami tidak komen apa-apa la sebab nampak baik orangnya. And you know what? …Alhamdulillah, Diah memang cukup happy berkahwin dengan lelaki duda tanpa anak itu. Seorang yang mempunyai karier yang baik dan amat penyayang sekali, loving couple gitu. Diah bahagia sangat-sangat. Segala penderitaan dia selama ini, pengalaman pahit dengan beberapa lelaki, akhirnya dapat diganti dengan sebuah perkahwinan yang amat membahagiakannya untuk beberapa tahun…

Tapi itulah yang Razzi sebut dari awal-awal lagi, Cinta itu milik ALLAH, jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Hari ini Dia anugerahkan kepada kita, bila-bila masa saja ianya boleh diambil balik! …dan bagi Diah, apa lagi yang boleh dikatakan, “Ku sangkakan panas mentari hingga ke petang rupanya hujan di tengahari!”

Bukan setakat Cinta, jodoh, pulang kepada penciptanya, orangnya juga turut pulang ke Rahmatullah, kembali kepada yang Maha Agung. Sungguh besar dugaan buat Diah… seksanya tak terkira, hibanya Tuhan saja yang tahu, kesedihan yang tidak dapat dibendung lagi. Nak mendapat suami, satu hal, nak dapat suami yang baik, ada karier yang bagus dan amat penyayang pula… mana nak cari?!

Kini suami tercinta menemui ajal dalam sekelip mata akibat stroke yang mengejutkan! Kesian dengan Diah, tak ada rezeki… jodoh tak panjang. Umur pun menghampiri 40an, tiada suami, tiada zuriat… Hampir gila dibuatnya, namun ketahanan mental Diah patut dipuji, pegangan agamanya juga utuh tak terganjak tak terperi. Alhamdulillah… di saat-saat getir begini, dia semakin rapat kepada Allah dan Diah menemui ketenangan dalam hidupnya yang baru ‘lumpuh’ …syukur sangat, kalau orang lain entahlah bagaimana keadaannya bila kematian suami yang baru setahun dua dikahwini.

Ketenangan Diah, terpancar indah di wajahnya yang berseri-seri dan selalu tersenyum itu malah dalam kedukaan. Tiada erti seksa, tiada erti putus asa…fuh, respect aku pada Diah!!

Dan sifat positif Diah inilah yang membuatkan Razzi menulis kisahnya hari ini, kerana inilah yang dikatakan JODOH! Asalkan ada kemahuan yang tinggi, redha, tawakkal dan tidak pernah putus asa berdoa kepada Allah swt, InsyaAllah, Dia akan anugerahkan lagi jodoh yang sebenar!

Syukur sangat-sangat, baru-baru ni Razzi pulang ke kampung beraya… Alhamdulillah mendapat jemputan untuk makan nasi minyak buat kali ke 2 untuk Diah!! Wow! …Diah bertemu jodohnya yang ke 2 kali. Dan best part, kali ini dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Dan honestly speaking… handsome, sopan santun orangnya dan cukup peramah. Bak kata orang, ada sinar Nurr di wajahnya… I’m very happy for Diah. Dan wajah Diah pula… bertambah-tambahlah serinya dan semakin lebar senyumannya…

Begitulah kisah benar ini… benar sungguhlah pepatah orang tua-tua, “PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI!” …walau usia sudah petang, walau kehilangan pasangan, walau sudah kematian sekali pun, JANGAN PUTUS ASA! InsyaAllah akan ada JODOH SEBENAR kita nanti, jika kita terus PERCAYA pada yang ESA dan terus memohon kepadanya!

p.s. : Ingin membaca lagi tulisan-tulisan Razzi yang lain? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share ARTIKEL ini, dengan kawan-kawan anda, semoga ianya dapat memberi manfaat…

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *