Cinta & lagu…

Razzi Rahman“Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa…hampa!”

Itulah bait-bait lagu Getaran Jiwa, nyanyian Allahyarham P.Ramlee. Nyata benar apa yang dicoretkan oleh seniman negara itu, sesungguhnya…jika lagu tanpa irama, tiadalah lagi jiwa atau soul to a song! Hambar dan kecewalah feel nya..

Pernah juga semasa waktu bercinta dulu… bro pasang lagu dedication ni, ikut telefon je, tapi menangis-nangis girlfriend bro mendengarnya…all because lagu itu adalah lagu kegemaran kami. Lagu cinta kami, “If I let you go” nyanyian kumpulan Westlife 😀

So, seperti lagu dan irama tidak dapat dipisahkan, to me…cinta & lagu juga seharusnya bersama kerana ia boleh menaikkan semangat cinta, memberi kenangan manis yang juga boleh menaikkan bulu roma apabila setiap kali kita mendengarnya.

Razzi Rahman

Nyanyian bagi bro, adalah my passion! That’s why cinta juga menjadi kegilaan bagi bro, malah apabila bro menyanyi perasaan cinta di dalam jiwa ini begitu bergelora sekali, berdegup laju je jantung ni. Tengoklah saja apabila bro perform pada hari Sabtu lepas 25oct 2008 di JW.Marriot…semangat & rock habis beb! 😉

Irfan Khairi, Razzi Rahman, Captain Muz

Kena pulak dengan blood brother Dr.Irfan Khari dan pilot MAS, Captain Muz yang main gitar, lagilah bersemangat. Sampai putus-putus tali gitar!

Razzi Rahman

Bro pulak, biasalah bila dah waktu macam gini…bagi habis-habisanlah! Itulah orang cakap, kalau nak tahu kuat atau tidak “The power of love” carilah pasangan yang berjiwa seni, haaa…hangat beb cintanya!

Irfan Khairi @ Razzi Rahman.com

Saudara Irfan Khairi pun mempunyai passion yang cukup kuat dalam bidang seni. Tengoklah saja, bukan hanya seorang Jutawan Muda Malaysia, tetapi pandai bermain muzik lagi beb. Seperti Dr Irfan selalu berpesan,

Lakukan sesuatu yang paling anda suka dan sangat minat…your passion!. Happiness pasti saja anda akan kecapi dalam perhubungan mau pun perkerjaan yang anda buat. Sebaliknya jika anda tidak tahu apa yang anda mahu…pastinya jiwa anda akan terus terhimpit dan kecewa.

Passion dan semangat cinta yang ada pada kami bertiga itulah maka, bagai terancang dengan sendiri…Bro Razzi Rahman, Dr Irfan Khari & Captain Muz telah bersetuju untuk bersama menubuhkan sebuah band.

Irfan, Razzi & Muz

Dengan konsep muzik orchestra rock ciptaan composer terkenal Zul Mahat, maka insyaAllah 3weeks dari sekarang kami akan masuk studio! Yang bestnya, bro dapat merakamkan lagu semula, tambah best dengan blood brother Irfan Khairi dan Muz pula tu…Dan saudara Irfan Khairi pulak telah menulis lirik lagunya yang sungguh memberi semangat sekali > klik di sini untuk lihat lirik lagu

All I can say, Alhamdulillah! Apabila kita ikhlas dan suka membantu, redha dengan rezeki yang Tuhan beri…Maka lebih ramai lagi orang yang suka pada kita, rezeki juga melimpah ruah, dan pastinya cinta akan hadir di dalam hidup kita dengan sepenuh kebahagiaan.

Bro akhiri dengan sebuah soalan, “Apakah perkara yang paling anda suka?”

p.s : Thank you to Ieja yang menjadi camerawoman kami di hotel hari tu, and to Siti too for the video.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *