Ibu saya pernah berpesan, bila jatuh cinta esok-esok, cintailah dengan sepenuh hati dan sungguh-sungguh cinta, kalau tidak jangan sibuk nak bercinta. Begitu juga bila berkahwin, kahwinlah betul-betul dan cintailah isteri sesungguh-sungguh hati, kerana isteri itu adalah amanah dari yang Maha Esa begitu juga sebaliknya. Apabila disebut AMANAH, maka ianya akan ditanya di akhirat kelak. Jadi jangan buat main-main. Kalau nak main-main baik jangan kahwin!

Jadi, di sinilah lelaki sejati yang punya sifat terpuji, akan diuji… Sekiranya belum kahwin lagi, kalau boleh ikutlah pesan ibu saya ini, insyaAllah selamat dan berkat. Kalau sudah kahwin, cuba renung-renungkan, adakah anda amat menyayangi isteri anda?