Artikel kali ini tidak heavy dan pastinya tidak “deushh”, “bamm”  or “kababoom” terkena kat batang hidung you la kan hehehe…

  • Cuci mata! Haaaaaaa… Very sure ramai yang suka cuci mata tuhhh. Nga…a..a.. Jangan nak ngelak, nak deny la plak. Relek laa, ngaku je no sweat la beb 😉

Tak tahulah kalau ada yang tak suka. Atau buat-buat tak suka. Huhu depan orang tak suka, senyap-senyap dia cuci mata! My guess mesti semua suka punyalah. Takkan tak suka mencucikan mata dengan keindahan ciptaan Tuhan? Hehe… At least sikit-skit, curi-curi pandang balik tingkap, balik pintu, curi-curi jeling…mesti pernah buat punya kan 🙂

Sebenarnya, ianya sesuatu yang harus gitu cuci-cuci mata ni haha… Harus sebab kita kena juga relax-relax, sesambil setia pada yang satu tu, apa salahnya nak tengok-tengok yang lain. Menghargai kecantikan atau ketampanan…

  • Bukan nak buat apa pun, tengok je takkan itu pun tak boleh?…takkan nak cemburu? Kalau itu pun tak boleh duk dalam hutan lah tak perlu jumpa orang, kan? Hahaha… Baru tak cemburu!

Pernah satu ketika, kakak angkat I  cakap kat I,

  • “Baguslah laki aku tengok pompuan lain, itu tandanya dia normal lah tu, kalau dia tak tengok haaa itu bahaya!!”

Hahaha…betul juga kata kakak angkat I tu kan. Kalau suami dia tak tengok pada wanita lain… Huhu kut suami dia dah hilang nafsu pulak, lagi parah kalau dia suka tengok lelaki la pulak wohooo…hancur!!

Well, Razzi sendiri pun suka cuci mata ni… My love ones pun tahu sangat, …tapi I tak buat depan yang tersayang la kan, have some respect laaa kut… I mean I’m sure, I pun tak suka jika pasangan I duk sibuk pandang pada lelaki lain bila dia bersama I kan hehe…

Do it untuk hepi-hepi bersama kawan-kawan just for a laugh, for fun! Bukan sampai lebih-lebih atau sampai terjatuh cinta pulak, itu dah leebih beb! Nanti koyak la perhubungan… Silap-silap jiwang karat, adoi!!

  • Unless kalau masih single tu go aheadlah nakcuci mata sampai admiring giler, hingga jatuh cinta, cucilah dan beruslah mata tu dengan serbuk pencuci Breeze…hambiklah ko hahaha… Orang Sabah kata, “Oke, kalo ko bah”

BUT if you already have a special one in your heart, commit and devoted, so just enjoy the moment je lah, hayati, kagumi…that’s it and that’s all,END of story!… jangan bawa sampai ke mimpi!

  • Dan kita sebagai pasangan pula, berilah sedikit kebebasan itu kepadanya, agar dia boleh bernafas lega lebih sedikit… Barulah tak bosan sangat perhubungan tu kan.
  • Dah lah kat facebook dengan dia, kat phone dengan dia, habis phone YM pulak, habis YM sambung kat wall status lagi, pastu twitter, dah sambung BBM pulak!! AYO! …bosannyerrr!

Imagine sekejap…

You ingat you boleh ke macam gitu untuk 10 tahun lagi? Tok sah 10 tahun lah, 3 tahun sudah lah…boleh? Lambat lagi laa…cukup setahun, dah bosan giler, mulailah nak cari salah, mulailah you tak betul, you tak pandai, you silap laaa… Padahal dah naik menyampah! Hahaha 😀

  • Ish..ish bro Razzi ni kata tak terkena kat batang hidung, Bamm!! Kena jugak hahahaha… Selingan muzik je

Well, basically kita kena cool sikit dengan perhubungan kita tu, kena longgar-longgarkan sikit terma dan syarat tu agar pasangan kita lebih relax dan lega… Jarang-jarangkan sikit bersama atau berhubung, biar ada rindu yang membara di jiwa. Kurangkan connected online… Or jadi macam Bro Razzi and my lovee ones, NOT CONNECTED at all secara online! No FB, No twittter, No YM, Nothing! Boleh? Ya, serius ni …that’s me, my special one is special, so we have a special time together Hehe :))

Meanwhile, berilah kebebasan untuk pasangan anda menghayati dan mengkagumi lelaki yang tampan/wanita yang cantik… Kerana itu sudah menjadi lumrah alam, manusia memang sukakan keindahan dan kecantikan… Kalau kita nak sekat-sekat mereka cuci-cuci mata buat apa?…, well belakang kita, tanpa pengetahuan kita, dia boleh buat juga kan… So, lebih baik kita cool, relax dan jangan ambil tahu lah… Itu semua very small matter!!

Yang big matter adalah :

  • Bagaimana dia apabila bersama kita. Adakah dia buat kita rasa sayaaaang sangat? Adakah kita rasa amat disayangi? Dicintai? Diambil peduli? Adakah dia amat mengambil berat tentang diri anda? Jika ya… Apa lagi yang anda mahu?

Walaupun sudah lebih 10tahun berkahwin masih lagi rasa amat disayangi…buat apa nak kisahkan hal-hal lain? – cuma bagi yang tak kahwin-kahwin tu kena kisahlah why tak kahwin tu huhu…

Pada asasnya, ‘Cuci Mata’ ni adalah satu kebebasan yang harus dibiarkan atau dilupakan saja untuk pasangan kita merasa tenang dan bebas sedikit. Cuma, kalau dia OVER tu, boleh lah JENTIK hidung dia dan PULAS telinga dia hahaha!!

Also, cuci mata ni juga bagus untuk anda sendiri bergembira bersama kawan-kawan. Sebelum menyambung hidup bersama yang tersayang. Lepas cuci-cuci mata tu, bilas lah balik dengan menghargai hidup anda berdua dan bersyukur anda masih punya dia. That way, anda akan lebih menyayangi antara satu sama lain…

p.s. : Ketahui berbagai-bagai lagi tip cipta dari Brother Love @ Razzi Rahman – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…