Masih ingat lagi tak scene dalam gambar di atas ni dan dialog dia? Kalau siapa suka repeat tengok movie P.Ramlee sure ingat la M.Zain cakap pada P.Ramlee betapa degil isterinya, tetapi sebab M.Zain berlakon sebagai suami berbangsa india so, “Ini perempuan, dalam kepala ada batu duduk!” hehehe 😆

Maknanya, kepala keras macam batu la tu kan. Well, begitulah susahnya untuk sesetengah dari kita untuk membuka lembaran baru, kan?! Susah untuk menempuh kehidupan baru, dunia baru!

Pernah satu ketika, salah seorang client yang sering meminta pendapat Bro Razzi, kata dia :-

  • “NO!!…I nak dia saja, I tak nak orang lain bro, I tak boleh!”
  • “Walaupun he dont love you?…walau dia mencintai orang lain, tak menghargai langsung hati dan perasan you?”
  • “Biarlah…biar i terseksa begini bro, namun untuk I memiliki kasih yang lain, NO! Susah hati I untuk terbuka bro, teramat susah, hati I hanya untuk dia je, hanya untuk dia sorang!”
  • “Tapi dia tak nak kat you, dia tak berminat langsung dengan you, dia hanya nakkan girl lain. Berapa lama you nak tunggu dia?”
  • “Tak pa lah bro, I akan tunggu sampai bila-bila…I rela, I rela…”

Hehehe… “Betapa banyak dalam kepala ada beberapa ketul batu duduk!” 😉

TETAPI…itulah kan, siapalah kita untuk menghakimi mereka. Dulu-dulu…Bro Razzi juga begitu. Dungu menunggu, mengharapkan sebuah fantasi yang akhirnya menghancurkan seluruh hidup saya yang telah terbina teguh.  Saya rebah tersungkur sendirian…

Bila sudah degil begitu… how can anybody help you? Jika diri anda tidak ada kemahuan untuk menolong diri anda sendiri? Jumpa Daddy Brother Love sekali pun pun takkan dapat membantu punya. Until diri kita punya kemahuan, then barulah setiap steps, tips, info cinta itu boleh diguna pakai…

Kita biasa mendengar kisah kanak-kanak suka kan mainan orang lain, kan? Walau di tangan dia sudah ada toys sebenarnya, tetapi toy budak lain yang dia sibuk nak miliki.

Just imagine manusia ni kan, dari sekecil-kecilnya lagi, yang susah itulah yang diimpikan, yang sudah ada atau yang senang dapat itu, dihindarkannya. Begitulah sesetengah dari kita…

All I can say, That is NOT YOU…that is the devil inside you, called NAFSU!  Yang hidup dalam diri kita untuk menghancurkan kita. Itu yang KEPALA BATU tu, sebab bila kita lemah maka NAFSU akan terus menguasai kita, menjadikan kita DEGIL…

Tetapi Alhamdulillah, sudah ramai yang dapat Bro Razzi bantu, malah saya cukup gembira dengan salah seorang yang telah lama follow me, syukurlah akhirnya dia telah sedar dari kedegilannya… sedar dari terseksa sendirian, sedar dengan lelaki yang digilainya tu telah 2x berkahwin…

Akhirnya, gadis ini  telah membuka hatinya kepada yang lain dan melupakan kekasih yang tidak menghargainya itu. Alhamdulillah, dia baru saja bertunang dengan orang baru dalam hidupnya dan akan berkahwin tidak lama lagi

I’m sure you all tertanya-tanya apa yang telah dia lakukan betul tak? WELL… sebenarnya, simple je… apa yang Bro Razzi minta dia lakukan adalah :-

  • TEKAD buang kedegilan dan hindarkan terus kegilaan cinta kepada lelaki itu kemudian PERCAYA ada insan lain yang lebih menghargainya. PERCAYA, ada insan lain yang akan lebih mencintai dirinya dari bekas kekasihnya itu. SIMPLE! – Buka hati dan perasaan kepada yang baru!

Hati tak buka, macamana nak berjaya miliki kasih baru? — Tapi kita kena understand something about our reality of life… all of us, are not perfect! It’s okay jika kita melalui laluan “HITAM” itu, asalkan kita mahu putihkannya.

Same goes with me too… I was a sore loser, and I had my bad times, crazy times, being stupid in love dengan orang yang langsung tak menghargai I…but I appreciate the experience and learn from it then stop being stupid! – Sebab itu I juga yakin that I can be a good role model for having so called “Brother Love” kerana…

Itulah nama dia manusia. We are not perfect babe! Kejahilan, kedegilan dan ketaasuban terhadap cinta bagai virus yang menular di dalam relung-relung rindu, menyemarak di jiwa, merebak ke seluruh saraf-saraf halus sehingga membingungkan kita yang waras. What we must remember is this :-

  • Kita akan kecewa, dan kecewa lagi…tetapi kita juga boleh dicintai dan dicintai lagi dan lagi, asalkan kita MAHU membuka lembaran baru, menuju dunia baru, Revolusi ku!

p.s : Miliki Koleksi ebook cinta Razzi Rahman yang telah banyak membantu ramai orang – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…