Diri anda lebih berharga!

www.razzirahman,com

 “Love is about an opportunities…”

Dalam kehidupan seharian kita, kita selalu mendengar atau mengalami sendiri, permasalahan cinta seperti :-

Masalah frust dengan kekasih, dikecewakan, cinta terabai, tiada kemesraan lagi, kesunyian, kerinduan, tiada pujuk rayu, cumbuan syahdu…dan berbagai-bagai lagi yang sama juga sewaktu dengannyalah, ado! 😀

Well, you know, apabila anda menghadapi masalah cinta yang sebegini, ingatlah diri anda lebih berharga. Anggap yang banyak lagi peluang untuk anda berjaya! Dunia ini begitu luas untuk anda terokai dan kenali ramai orang beb. Bro yakin you all masih ada masa dan ketikanya untuk menemui DIA YANG DIIDAMKAN.

PLEASE…LOVE YOURSELVES MORE!

So, ada beberapa nasihat yang bro ingin you all praktikkan apabila menghadapi masalah cinta yang sebegini :-

  • Mungkin kepercayaan kepada lelaki/wanita sudah lenyap…JADI, perlahan-lahan lembutkan hati untuk kembali mempercayai mereka dengan cara cuba menyukai keperibadian mereka, cuba memahami keinginan dalam hidup mereka.
  • Mungkin anda kesunyian, terabai, teraniaya, dihina, terhimpit dalam situasi keseorangan…JADI, tenangkan diri anda dengan cara meramaikan kawan-kawan yang menghargai anda, karier anda, menaikkan semangat anda. Kawan yang mahu anda berjaya! Dengan cara ini, anda akan rasa lebih bahagia dan hilang segala duka.
  • Mungkin anda tidak dapat melupakan dia, tidak sanggup melepaskan cintanya walaupun dia sudah lama pergi…JADI, slowly mencuba untuk menyayangi diri anda lebih dari biasa dengan cara memberi peluang kepada hati anda untuk mengenali orang baru. Kembali bercinta dengan membuka hati anda kepada sesiapa yang serius untuk mengambil anda sebagai pasangan hidup.

Nasihat-nasihat ini jugalah yang pernah bro berikan kepada salah seorang bloggers pioneer kita iaitu, Wan Fadini. So, di kesempatan artikel ini bro ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wan Fadini, yang baru menjejak kaki ke jinjang pelamin baru-baru ini,

“Tahniah Dini!” …bro ucapkan tahniah diatas perkahwinan beliau, tetapi mengapa bro mengucapkan syabas?

…syabas adalah kerana, Dini telah mengharungi berbagai pahit maung onak dan duri dalam bercinta. Selalulah Dini mendapat nasihat dari bro ni. Ikut emaillah, smslah, phone dan sesi perjumpaan. Entah apalah yang bro cakap kat Dini tu ya 😛 tapi, Alhamdulillah, kini Dini sudah pun mendirikan rumahtangga. Jadi, bro amat bersyukur sangat kerana sudah ramai yang telah berjaya seperti Dini.

Ikuti pengakuan ikhlas dari Wan Fadini Wan Ahmad.

Abang Razzi telah membuatkan saya sangat tabah dalam mengharungi kekecewaan dalam percintaan saya! Bro telah mengajar saya supaya tidak bersedih tetapi terus yakin ada insan yang lebih baik menanti, seperti Mutiara cinta oleh Bro sendiri, “JANGAN BERHENTI BERCINTA”

… Maksudnya yang mendalam telah menjadi penyuntik semangat dan penawar kepada saya agar menganggap selagi ada ruang dan peluang, saya akan terus dan harus menikmati cinta yang hadir. Berbagai-bagai karenah lelaki yang telah saya temui hingga saya menutup hati untuk bercinta!

Lalu saya telah mencari berbagai panduan cinta. TETAPI karya abang Razzi Rahman yang akhirnya telah menyedarkan saya untuk membuka hati kepada yang benar-benar sudi dan bersungguh mahu memiliki saya. Abang Razzi juga telah banyak memberi tip-tip dan berkongsi pengalaman cinta yang pernah dilaluinya. Sehinggalah saya begitu yakin dan telah menemui kebahagiaan itu!

“Tidak seperti penulis yang lain, tip-tip cinta oleh abang Razzi Rahman banyak membantu saya dan kini…saya telah pun berkahwin!”

I’m touched! Terimakasih yang tidak terhingga Dini…

TIP : Apabila anda menganggap diri anda lebih berharga, maka hati anda pasti mahu memberi peluang atau opportunities untuk anda berjaya dalam cinta yang baru. Tidak hanya menunggu bagai tiada kesudahan. Bukan hanya mahu kepada dia yang tidak menghargai anda TETAPI…anda mahu membuka hati anda kepada any possiblities… segala kemungkinan yang mungkin indah menanti… 🙂

p/s : Ebook tulisan Razzi Rahman telah terbukti membantu ramai memiliki cinta sejati. klik disni untuk mengetahui dengan lebih lanjut! 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *