Face Your FEAR!

Ada satu situasi yang ramai orang akan merasakan menghadapi situasi itu adalah amat mengerikan, atau mungkin juga memalukan sehingga membuatkan kita merasa takut untuk face it. Situasi itu adalah apabila,

Kita masih single, tidak berjaya dan bertembung dengan bekas kekasih yang bahagia bersama pasangannya dan berjaya di dalam hidupnya pula!

Huuu…ngeri jugak kan 🙂 or lebih kepada segan? Atau malu? Merasa rendah diri? Atau mungkin juga tidak selesa? Well, Im not going to tell how to deal with this, kerana I pun have the same feelings jugak before. BUT, apa yang I boleh kongsi with all of you adalah…apa yang I buat!

I face the fear! I face it!…malu or not, I dont care! I go ahead and meet them. I hadapi dengan senyuman walau ianya amat berat untuk ditanggung!! 8)

For example : Last month, So happen terserempak with my ex and her new hubby. I just go and meet up with my ex girlfriend yang ternyata happy dengan husband dia, and tengah pregnant pulak tu. Yesss…I pergi approach them, kenalkan diri and I siap gosok-gosok lagi perut my ex yang dah memboyot tu hahaha, tergamam suami dia. Then I siap bercakap lagi kat perut dia, “Baby, nanti be good to your mom okay” 🙂

There you go! That’s me… I bukan jenis merintih sedih, lara, kecewa, berduka…just because bekas kekasih I happy. NOPE…I join their happiness lagi ada. Because, I believes, one fine day, setiap orang akan ada hari dia, hari kejayaan dia, hari yang pasti memberi sepenuh kebahagiaan kepadanya!

Take it this way, setiap kebahagiaan tidak semestinya kekal. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Perkahwinan boleh hancur dalam sekelip mata. Anak-anak bekas kekasih kita yang masih kecil itu contohnya, adakah dia akan tahu anak-anak mereka akan berjaya atau tidak? Mungkin, berjaya, tetapi mungkin terlibat dengan berbagai gejala yang tidak sihat? Mungkin juga akan gagal berkali-kali dalam cinta?

Yang penting,

“semasa kita bahagia ni kita jangan sombong dengan orang dan jangan suka menghina atau merendah-rendahkan kegagalan orang. Sebab kita tidak tahu bila pula masa kita akan jatuh…mungkin masa kita akan sampai untuk menempuh kegagalan.”

That’s why, semalam… I terserempak with my another ex girfriend, dan I tahu dia baru sahaja bercerai. Bila dia nampak I, dia cuba nak lari…hehe, I tarik dia…and ask her to be relax. Dia menggeletar dan menutup muka… Adoi 🙂 hehe…relax, I takkan nak menghina dia, atau menjatuhkan martabatnya hanya kerana dia telah kecewakan I dulu then kahwin dengan orang lain and now divorced…dah lah tu, kena pukul lagi, siap naik mahkamah. Tu lah nasib dia…

BUT me…nope, I will not be happy dengan balasan yang dia dapat. Walau I sangat frust dulu-dulu, sangat marah dan geram tapi she used to be someone that I really love. She cares for me…cuma, to her at that time, ada lelaki yang lebih baik dari I, so okay. I understand. Tapi untuk berdendam, untuk berkata, “Nahhh, padan muka kau, dulu kau tinggalkan aku, kecewakan aku, sekarang suami kau pulak tinggalkan kau!”

NO! NO! …I pulak yang rasa sedih untuknya tau. Sedih kerana dia tidak menemui kebahagiaan yang dicarinya. Malah begitu malu sekali apabila bertemu dengan I, merah matanya bila I cakap, “It’s okay, I forgive you.” …orang yang pernah kita sayang, mestilah kita mahu dia bahagia, kan?! Takkan hanya kerana dia kecewakan kita maka kita benci dia sepanjang hidup? Dimana sayang kita dulu?

So, what I’m trying to say is…hadapinya dengan senyuman, hadapi kekalahan anda, hadapi kegagalan anda…dan face your fear! Kemudian anda akan mengatasinya sendiri dengan mudah.

  • Dan sesungguhnya, dari pengalaman I sendiri selama ini, “Jika kita merasa bahagia untuk orang lain, pastinya kebahagiaan juga mahu kita merasakannya!”
  • Begitulah juga jika kita asyik marah, geram dan berdendam serta mengharap dia merasa kecewa seperti kita, maka… “diri kita juga akan terus menjadi pemarah, gagal dan gagal lagi. Malah kekecewaan jugalah yang akan mendekati kita….” 😉

Lawati http://www.notacinta.com untuk mendapatkan berbagai-bagai tip motivasi cinta dari :

Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *