Tersenyum lebar kakak-kakak dan isteri-isteri membaca topik Bro Razzi kali ni kan… semua suka semacam je. Tengok tuhh… dah hint kat suami masing-masing dan suruh hafal, well… sememangnya artikel Razzi kali ni khas untuk semua, especially nak-nak dekat raya ni kan 😀
Bagi yang sudah bertahun-tahun follow penulisan Razzi semenjak 2006, dari buku-buku dan ebook-ebook saya, dari blog Brother Love dan facebook, pasti tahu apa yang selalu saya bentangkan. Santai dalam panas, macam tengah berjemur kat tepi pantai gitu…
So, SUAMI! Husbands and what a great father you’re… juga harus senyumlah bila membaca saranan saya ni. Bukan apa, sememangnya kita tahu tanggungjawab seorang suami dan betapa banyak perbelanjaan di dalam sesebuah rumahtangga. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah memiliki anak-anak yang bersekolah. Persediaan masuk sekolah pun dah ribu-ribu.
NAMUN, janganlah sesekali merasa gusar atau takut untuk berbelanja kepada keluarga especially isteri. Secara logiknya, setelah isteri yang bertungkus lumus menjaga rumah serta anak-anak, menyiapkan segala keperluan suami dan sebagainya, “She deserved a great treatment from her husband!.”
Pesan ibu saya :
“Esok Razzi kahwin, janganlah takut belanja isteri dan anak-anak, InsyaAllah! berkat dan akan bertambah lebih banyak rezeki nanti!”
Aduuuh!! kalau seorang ibu sudah berpesan sebegitu, takkan kita mahu mengabaikannya? Sesuatu yang baik dan membawa berkat ini sewajarnya kita ikuti dan amalkan. Lagi pun, sesungguhnya, setiap anak-anak kita itu, sedari dalam perut ibunya lagi, Allah telah meletakkan rezekinya sendiri. Begitu juga, si isteri. Rezekinya telah ditetapkan – Inilah yang kadang-kadang tu kita sering terlupa.
Mungkin dalam tiba-tiba kita mendapat rezeki yang banyak. Lantas kita fikir semuanya adalah dari usaha kita seorang diri. Sebenarnya, rezeki yang banyak itu adalah KOMBINASI dari rezeki anak-anak dan isteri yang disalurkan melalui kita.
Sebab itu sering orang kata, “Rezeki anak-anak”…betul kan? Tapi orang jarang kata, “Rezeki isteri” Haaa… jangan lupa ya tentang rezeki dari ‘membina masjid’ itu, iaitu rezeki perkahwinan, dapat isteri itu juga rezeki, malah cukup besar sebenarnya, dengan berkat dari Allah swt, bertambah banyak rezeki selepas kahwin, sebab nak menanggung isteri ni 😉
Jadi, JANGANLAH TAKUT untuk BELANJA ISTERI, walaupun isteri mempunyai pendapatannya sendiri. Kalau isteri nak belanja suami, Alhamdulillah!… jika tidak, kita belanja dia banyak-banyak! Hahaha 😀 – manalah tahu, lagi banyak kita belanja isteri, lagi banyak Allah curahkan rezeki dan menambahkan keuntungan buat kita, isteri pun pasti bertambah sayang!
Daripada si suami ni asyik belanja kawan-kawan nak menunjuk dia banyak duit, lebih baiklah belanja anak-anak dan isteri. Sesetengah suami pulak ada yang suka belanja kat entah sapa-sapa dan awek mana. Hmm, ada baiknya belanja isterilah, dah memang sah-sah milik kita. Daripada belanja perempuan mana ni, belakang kita dia melaram dengan jantan lain, kita tak tahu. Buat rugi duit kita je.
PERINGATAN!
Amboi, suka sangatlah tu si isteri mendengarnya! TAPI, kena ingat juga isteri-isteri tu… maksud belanja isteri disini BUKAN belanja isteri yang boros dan suka menghabiskan duit suami, sehingga melampaui kemampuan suami.
Tetapi, belanja isteri yang baik, penyayang, solehah, bijak mendidik anak-anak, pandai berjimat, mengurus rumah tangga dan menghormati suami. Kalau isteri yang membazir dan suka menunjuk-nunjuk tu, buat Tuhan tarik rezeki kita lagi, ada lah.
So, sebagai seorang suami amatlah berkat berbelanja untuk anak dan isteri. Janganlah sesekali merasa takut habis duit atau menganggap perbelanjaan buat isteri itu satu beban yang memudaratkan. Selalu percaya, dengan berbelanja pada isteri, InsyaAllah! rezeki kita akan bertambah lagi, kasih sayang dalam perkahwinan juga akan kekal aman sentosa.
p.s. : Ingin ketahui semua buku-buku/ebooks Razzi dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share ARTIKEL ini, dengan kawan-kawan anda, semoga ianya dapat memberi manfaat…
2 Comments
salam bro..saya ada seorang kekasih…sy tua 5 tahun dari die n die student ipta di mana 1 ipta tmpt sy kerja,kami baru becinta dalam 2 bln tp mmg sepanjang dgn die, sy rase selesa, aman, tenteram dan die adalah lelaki yg baik spnjg knl…n mmg die pon dh bincang psl kawen n masing2 dh bgtau family n xde pape halangan melainkan kne tggu die habis study taun depan… cuma, sy ade sikit rase risau sbb sbg student die x berduit sgt, so sy yg slalu kluarkan duit lebih tp die pon blanje jgk ape yg mampu…kdg2 sy kesian tgok die, sy belikan juga brg2 mahal ckt tuk die pakai..die ade ckp die xmmpu nk bg sy pape lg n tggu die kj..sy xpenah mntk pape dan sy bg ikhlas..tp bro razzi rase camne, sbb org2 sekeliling slalu tnye sy soalan..x leceh ke kapel ngn student, x rase cam byk ke duit klua tuk student tp ko xde dpt pape n mcm2 lg soalan -ve…sy xtau la..tp sy syg die n sy rase duit bkn masalah cuma sy tkut juga sikap baik hati sy tu x elok or boleh memakan diri..apa pandangan bro?
Salam Aida – To me, tak ada masalah kalau you nak teruskan dengan boyfriend muda you ni, kalau you tak kisah belanja dia dan menyara hidup dia. Kerana, akan makan masa yang agak lama sebelum dia boleh menyara seorang isteri. Kalau dia dapat kerja sekali pun, still belum cukup I rasa.
So, if you don’t mind, go ahead saja la kan. Jangan hiraulah apa orang nak kata. Orang sekeliling kita ni, kalau kita bagus macamana sekalipun dia akan tetap cari salah kita juga dan akan cakap macam-macam untuk mengenakan kita.
BUT…ini penting untuk you fikirkan. TANYA diri you sendiri :-
1. Adakah dia hanya menggunakan aku sahaja untuk wang, dan apabila dia sudah stabil, dia akan pergi dengan wanita lebih muda?
2. Adakah dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan taraf hidupnya nanti atau dia terus selesa dengan pendapatan aku?
Honestly speaking I sudah tengok RAMAI yang sudah terkena. Menanggung bertahun-tahun kekasih hati, yang muda, yang hensem, yang baik, yang manis, yang solat tak tinggal, tetapi akhirnya ditinggalkan begitu saja.
Alasannya, sudah tak serasi… padahal bertemu yang LEBIH KAYA, LEBIH MUDA, LEBIH segala-gala. Adakah Aida bersedia menghadapi situasi ini? Tepuk dada tanya selera 😉