“Menangani situasi berkongsi kasih dengan bijak”

bg77Bagaimanakah situasi seorang isteri yang tiba-tiba terpaksa menerima hakikat, suaminya kahwin lain? Betapa remuknya hati, kecewa dimadu dalam diam, hancur sebuah kebahagiaan yang bertahun-tahun dimilikinya seorang, kini terpaksa berkongsi kasih…

Bagi kebanyakan para isteri yang menghadapi situasi sebegini yang telah saya temui, dan telah saya tanyakan serta berbicara soal rumah tangga mereka…kebanyakan jawapan diterima hampir sama. Kalau tidak berlaku pertelingkahan yang cukup panjang, pastinya pergaduhan, tangisan, amukan jeritan lantang dan maki hamun yang selalunya terjadi.

Si suami pula, ada yang jenis senyap, dengar dan tunduk sahaja. Ada juga yang berminggu-minggu menghilangkan diri setelah si isteri dapat tahu penipuannya selama ini. Tidak kurang juga yang turut berlawan dan bertikam lidah, cuba memberi alasan untuk menyebelahinya.

NAMUN, semua ini bukanlah yang hendak saya ceritakan, tetapi ada suatu kisah menarik di dalam suasana tragis ini sebenarnya…

Kisah benar tentang seorang isteri yang saya anggap cukup, ‘GENIUS!’ menangani situasi getir ini. Beliau tidak mengamuk, tidak marah, tidak terjerit-jerit macam orang gila, dan tidak pula menangis, bersedih dan meratapi masalah ini.

Sebaliknya, beliau menerima dengan tenang dan turut memberi senyuman seikhlas mungkin, kerana… hati mana yang tak terguris, apabila sang suami menduakan kasih? Isteri mana yang mampu menandingi Saidatina Khadijah? Jiwa mana kan aman tenteram pabila suaminya tidur bersama perempuan lain, walau perempuan itu isteri barunya sendiri!

TETAPI itulah yang dikatakan otak geliga, genius, brilliant! Bijak menyembunyikan amarahnya, pandai pula mengambil hati suami… Menangis tetap menangis, bersedih pilu, kecewa sendu. Tetapi, tidak seperti sesetengah wanita yang apabila suami berkahwin lain pastinya akan mengamuk, terjerit-jerit marah pada suami. Sedangkan si suami sudah pun berkahwin, nak marah apa lagi? Tak boleh buat apa-apa lagi dah… Nak suruh cerai? BERDOSA!

Jadi, terimalah seadanya, BUT, terima-terima juga, namun anda kena pandai mengawal situasi ini. “The best thing to do is, be like this women” laa…

Rahsia GENIUS si isteri tua

Sesuatu yang sure akan selalu berlaku adalah, isteri muda… biasalah darah muda, pasti asyik nak berkepit dengan laki baru dia je… merengek kalau balik lambat, asyik-asyik minta balik awal untuk datang rumah dia, tidur rumah dia, duduk sepanjang masa di rumah dia dengan dia… Tentu saja si isteri tua BENGKEK!

TAPI sabar… be cool, relax, perlahan-lahan tangani situasi ini dengan memulakan taktik anda dengan menyembunyikan perasaan anda yang mendidih panas tu, kemudian berikan senyuman termanis anda, kemudian… berubahlah dengan bijak dan menguntungkan…

Kena pandai melihat peluang yang ada untuk kembali berjaya. Seperti si isteri tua ini, beliau melihat satu peluang terbuka kepadanya di mana, beliau telah meminta 1 permintaan. Suami sure akan bagi punya sebab nak suruh si isteri tak marah dan senyap mulut kan hehe…

Jadi, permintaan si isteri tua adalah dia ingin bekerja di pejabat suaminya dan menguruskan kesemua perniagaan suaminya itu. – Haa… itu bijaknya dia. Dia tidak minta duit yang banyak tetapi sesuatu yang boleh kekal lama.

Kemudian apa yang telah dia ubahkan adalah daripada seorang isteri yang hanya duduk di rumah menjaga anak, dia telah menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dia mulai berpakaian stylish ke pejabat dan menjadi wanita yang lebih sophisticated.

Dia semakin arif dalam perniagaan suaminya dan cukup aktif di dalam setiap meeting. Alhamdulillah, syukur dengan perubahan itu, dia juga telah membawa banyak keuntungan dalam syarikat suaminya.

Suami mulai respect!

Perkara ini telah membuatkan suami dia menjadi agak pelik serta terbuka matanya dan melihat ada sesuatu yang istimewa pada isteri tuanya yang belum dia ketahui lagi. Lalu, kerana curiosity yang membuak-buak di dalam jiwa si suami, dia telah meluangkan banyak masa di ofis bersama isteri pertamanya itu.

Bila sudah selalu bersama, dan melihat sendiri kecekapan si isteri menguruskan pekerja-pekerja dan mengendalikan perniagaan yang bernilai beratus-ratus ribu ringgit itu, si suami mulai menghormati isterinya lebih daripada biasa. In fact, dia juga mulai rasa berbangga memiliki seorang isteri yang bijak di dalam perniagaan.

Kini si isteri yang dulunya berasa kecewa dan sakit hati, mulai tersenyum puas. Tambahan pula bila sudah ada banyak wang yang diusahakan sendiri, dia sudah boleh menjaga badan dan penampilan dengan lebih hebat lagi. Lama kelamaan, si isteri pertama kelihatan lebih cantik dari isteri kedua. Dia nampak lebih hebat dan memberangsangkan daripada isteri yang muda. Dia kini bukan lagi isteri penunggu rumah atau isteri usahawan sebaliknya dia sudah menaikkan tarafnya kepada seorang usahawan berjaya!

Ini telah membuatkan si suami lebih menyedari kesungguhan dan perubahan yang dilakukannya. Semakin hari mereka semakin rapat kerana mempunyai minat yang sama di dalam perniagaan, sehingga masa sudah semakin kurang diluangkan untuk isteri muda.

Apa yang telah terjadi…

Namun, lelaki tetap lelaki… isteri muda tetap digauli. Tetapi, kian hari yang muda semakin jeles dan tertekan sedangkan yang tua hanya act cool walaupun hati di dalam Tuhan sajalah yang tahu betapa panas dan geramnya dia.

Tetapi dengan bijak dia memberi kebebasan kepada suaminya dengan penuh sabar. Si suami lagilah pelik dan mulai begitu menyanjungi isterinya yang cukup sabar itu. Sehinggakan yang peliknya, Alhamdulillah, suaminya pula tak mahu berjauhan darinya lagi. Ini membuatkn si muda semakin memberi tekanan kepada si suami…

Bila bertemu, yang muda asyik komplen siang malam. Selalu saja mengungkit masa yang sudah semakin sedikit diluangkan untuknya. Semakin hari semakin tertekan. Nak buat apa pun kena report, nak balik rumah sendiri pun kena marah. Kerja lebih sedikit pun tak boleh. Itu tak boleh ini  tak boleh, tekan…tekan…tekan!

  • Akhirnya, si suami yang berkahwin dengan gadis muda kerana mencari ketenangan dan kenikmatan hidup, dengan sendiri merasa sudah tibalah masanya untuk menceraikan isteri mudanya itu. Kesiannn…
  • Tujuan dia berkahwin adalah untuk ketenangan hidup dan mempunyai isteri yang boleh berikan dia happiness…. Bukan kahwin untuk menambahkan beban di jiwa dan serabut di otak! Tidak disangka-sangka, kebahagiaannya ada di depan mata. Lalu berakhirlah sudah episod sendu si isteri tua dengan sepenuh kebahagiaan yang hakiki. Kini dia mampu tersenyum lebar dengan usaha bijaknya.

Kisah benar ini mungkin tidak sama dengan kisah hidup anda tetapi harapan Bro Razzi, sedikit sebanyak ianya dapat memberi manfaat untuk anda semua dan boleh dijadikan sebagai pedoman.

Jadi, ambillah iktibar daripada kisah hidup si isteri yang telah memenangi hati si suaminya semula ini. You see, everything comes from you, yourself… Jangan cepat salahkan orang sebaliknya perbetulkan salah sendiri dan naikkan taraf hidup anda, nescaya anda akan disanjung tinggi, disayangi ramai dan dihormati pasangan anda serta dihargai suami tercinta!

Apa pendapat anda dengan kisah benar ini? Jika anda berminat untuk memberi komen, atau mengikuti setiap tip dan kata-kata serta cerita yang memberi inspirasi dan motivasi dari saya, anda boleh sahaja ‘likes’ facebook saya dan visit setiap hari.

Brother Love FB: klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share ARTIKEL ini, dengan kawan-kawan anda, semoga ianya dapat memberi manfaat…