Di rumah Allah ini aku termanggu, terpana pilu… terjenguk-jenguk mencari-cari… dan dari hujung penjuru dinding putih ini aku mengintai-intai dia… – Namun singgahnya seorang lelaki kacukan di diijab kabulkan imam muda yang menjadi tarikan utama iris ini…

Alhamdulillah, dengan hanya sekali nafas, dara menjadi milik teruna secara sah, halal…dan dengan sekali nafas itu juga, seluruh hasrat cinta ini terkambus, terkubur… Harapan yang masih bagai terjulang tinggi, bersemi, bersalut jiwa…hancur luluh…berderai…

Titisan air mata gembira kelihatan jelas di kesemua wajah ahli keluarganya… Mata ku juga turut berkolam, berkaca, bersinar…pabila aku dapat melihatnya di dalam kebaya serba putih…tertunduk  gembira…aku?…ya, aku juga gembira…gembira bercampur duka.

  • Gembira kerana akhirnya kawan wanita ku berkahwin juga dengan kekasihnya, duka kerana terpaksa melepaskan dia dari alam impian cinta kami, yang sekian lama menjadi rahsia antara aku dan dia, terpendam dalam sedalam lautan yang tiada hujungnya…

Teringat lagi dulu…

Kami bagai empat sekawan, selalu saja go for ‘double date’ …best! Memang best… dia bersama boyfriend dia, lelaki yang dikahwininya itu dan aku bersama so called, ‘Kekasih’ aku yang mana, ehhh…hanya ku anggap kawan. Mungkin kerana dia cute, kecil, comel ‘lote’ – well, ok la tapi bukan taste aku…tetapi bagi dia, aku yang besar macam beruang ni citarasa dia pulak hahaha… 😆

Well…nun jauh dilubuk jiwa, mungkin ada sedikit kenakalan aku dimana, yang sebenarnya aku bersama gadis kami panggil ‘si kecil’ molek ini, adalah kerana niat aku untuk rapat dengan kawan dia, Wina… ya, itulah namanya. Cukup unik dan memberangsangkan! Wina’s WIN! Hehehe…kena dengan perinsip aku being a positive thinker…

Akan tetapi, Wina pula yang menganggap aku… hanya kawan baiknya…all because dia dah jatuh hati kat mamat kacukan cina ni pulak…kawan-kawan dia orang gak laa eeeeee!!  – Anyway, setelah beberapa kali kami keluar double date…aku dengan berat hatinya, telah berterus-terang pada Si kecil…yang aku sebenarnya amat terpikat pada kawannya Wina…

Ingatkan aku dah nak kena sembur, tetapi rupa-rupanya dia pun dah lama dah dapat merasa dan mengagak. Alhamdulillah, dia telah membantu aku untuk rapat dengan Wina…

Kian hari kian rapat…persahabatan kami sungguh mesra, tetapi dia selalu saja ingatkan aku yang dia dan mamat mix cina hensem sudah couple. Ahhh… satu-satu ayat dari mulut dia yang aku teramat bosan untuk mendengarnya…

  • “Walau kita closed…tapi ingat tau, I sudah dimiliki…hati I hanya untuk dia.”
  • Adoi!… “Ya lah!, ya lah!” jawab aku selalu… walhal dalam hati, Tuhan sajalah tahu betapa aku teramat ingin memiliki Wina… aku sayang dia, aku sanggup lakukan apa saja untuk dia. Malah setiap hari, tiada lain dalam kepala aku… Wina…Wina…Wina…

Dan di dalam hati aku pula… aku begitu yakin yang Wina juga sayangkan aku…Aku yakin kami saling cinta, tetapi mungkin kerana Mr Hensem hadir dulu di dalam hidup dia, itu yang membuatkan cinta kami seolah-olah tidak kesampaian di ketika itu…

Masa berlalu, perhubungan Wina mulai melalui saat getir apabila boyfriend dia kantoi dengan awek lain… Ya Allah mujur! Alhamdulillah….peluang aku untuk miliki Wina kini terbuka… well at least that’s what I thought…huh, Mr Hensem terer ayat lah… Wina maafkan dia, dammmned!! Frust beb!…

But one thing for sure that aku dapat tengok sangat perhubungan mereka sudah tidak semesra dulu. Wina berubah menjadi seorang yang teramat curiga, syak wasangka, prasangka buruk of almost everything… mungkin trauma dari kecurangan boyfriend dia…dan mamat  tu pulak, juga turut selalu menyalahkan Wina dalam apa sahaja yang Wina lakukan. Benda-benda remeh temeh pun dia salahkan dan boleh jadi gaduh…

  • Biasalah lelaki dayus macam tu arr, bila dah bersalah… mulai lah nak cari salah orang untuk mengaburi mata dan menutup kesalahan dia… aku tahu sangat lah this old tricks! – Orang yang berjaya adalah orang yang berani mengaku kesalahannya, bukan macam dia nihh…

Itu yang buat aku benci mamat ni… mentang-mentang kaya, ada rupa …huh TAK HENGAT! Dan plus sebab dia dapat Wina la kan sebab tu aku lagi lah benci hahaha 😀

Setelah beberapa lama, perhubungan mereka yang kononnya CINTAN habis tu…terus continue dengan pergaduhan, argument all the time. Actually at that time… aku sudah kira menerima hakikat yang Wina takkan dapat aku miliki dah… pasal, mamat dah kantoi pun dia nak lagi, entah berapa awek dah dia skandal sebelum ni yang tak tertangkap? Sure dah ramai… biasa arr, bawa kereta mewah, ada duit…macho… aku jugak yang duk menunggu si Wina kan…

So, fikir-fikir okay lah kan…accept je lah yang aku dan Wina hanya kawan…tapi, masa ni lah secara rahsia…tanpa pengetahuan kekasihnya…

  • Wina mulai contact aku 3-4am menangis-nangis, aku lah tempat dia meluah perasaan setiap hari… apa sahaja pergaduhan yang berlaku, semua diceritakan kat aku…tahan je la telinga ni. Lama-lama kita makin rapat…
  • Siang-siang kami keluar makan, minum, jalan-jalan cam biasa… dan hampir 3-4 bulan kami asyik duk ym selalu…malam-malam webcam…pastu buat joke, then kami gelak sama-sama, aku biasalah buat lawak bodoh je la hahaha…
  • Cinta kembali bersemi dalam diri aku… yang jelas, cinta aku pada Wina sentiasa ada di dalam diri ini…hanya menanti ianya disemai kembali…Dan kehadiran Wina setiap masa, menghidupkan jiwa ini, mencairkan hati…aku kalah dengan kemanjaan Wina pabila dia mulai teruja membicarakan tentang perasaannya terhadap ku…
  • Kami semakin intim dan bagai dilamun keindahan hidup bercinta…Tetapi Wina juga asyik merendah diri yang kononnya dia tidak setaraf seperti bekas-bekas kekasih aku sebelum ini yang terdiri dari golongan model-model dan juga stewardest….

Ahhh…mungkin dia tidaklah secantik mereka semua tetapi, suaranya yang sangat manja sudah cukup membuaikan jantung aku, kelembutannya mencairkan jiwa ini…longlai, hingga aku terlupa segala-gala yang berlaku di sekeliling ku… Memang benarlah kata ibu ku,

“Lebih baik bersama pasangan yang kurang cantik tetapi menyenangkan hati, daripada yang cantik tetapi menyakitkan jiwa!”

Namun, Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, siap kelabu pekat lagi awan yang berarak!! –

Rupa-rupanya, dalam diam… rahsia perhubungan kami disyaki oleh kekasih Wina. Menyedari aku dan Wina yang semakin mesra, Mr Hensem telah melamar Wina! Cis!… di saat ini jugalah aku nekad untuk tidak mengalah. Aku takkan rebah sebelum berjuang… itulah niat aku! Akan aku pujuk Wina untuk meninggalkan mamat tak guna tu…dan memilih aku!

  • Tetapi, di saat itulah juga sekilas lalu…aku terpandang di wajah Wina bagai bercahaya ceria… lamaran itu menggembirakan hatinya yang penuh duka. Dia memandang aku dengan ekspresi yang berubah-berubah…kemudian memandang kekasihnya pula, seperti sedih dan gembira bercampur gaur…

Sehingga aku tidak sampai hati untuk mengkeduhkan keadaan itu…walau aku tahu perkahwinan itu adalah bukan atas dasar yang betul. Di dalam hati kecil ku berkata,

  • “Don’t get married for the wrong reason Wina!” – tetapi aku tidak sanggup mengatakan kepadanya… sebak dada aku tak terhingga menahan, namun ku biarkannya…
  • Perselisihan faham, pertengkaran, perbalahan, tawar hati, bosan bercinta, takut kehilangan kekasih… bukan sebab untuk berkahwin. Perkahwinan is not the answer, BUKAN penyelesaiannya! Wina tahu itu…tetapi, betapa kecewanya aku apabila itulah juga jalan yang dipilih Wina dan kekasihnya…

Ingin saja aku yang melamarnya atau memberi janji untuk mengahwininya… tetapi apa kan daya… aku masih belum layak untuk bergelar seorang suami yang sejati di kala itu…

Lalu aku terus tercegat di situ… hanya memandang Wina yang sememangnya memilih untuk bergembira,  berlari dan memeluk lelaki yang cukup bertuah itu. Lelaki yang punya segala-gala…dan kini dia juga punyai gadis idaman ku, dia telah miliki apa yang aku miliki hanya buat seketika cuma…sedih….sedih…

Dan hari ini, di sini lah aku berada, di masjid ini…

dengan penuh hiba, aku melepaskan  cinta yang sekian lama aku idam-idamkan.  Wina pun tahu, kedatangan aku adalah untuk menatapnya buat kali terakhir, kerana aku tidak mahu Wina pula yang berduka melihat cinta kami yang tidak kesampaian…

Tak apa lah… ini lah pengorbanan aku, tanda cinta dan hadiah terbesar di hari perkahwinannya dan harijadinya…Sebuah kebahagiaan yang aku berikan kepada gadis yang telah dapat menggoncang dunia ku… – kata akhir dari ku…

“Bersama angin timur, ku rela meninggalkan keindahan kita…moga jiwa mu bergetar rindu selalu… Selamat Tinggal!”

 

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this story at your facebook…