Kolaborasi sulung Razzi, Irfan

Utusan Malaysia 6 Mac 2010

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR
RAZZI dan Irfan berkolaborasi hasilkan mini album.
 
MASIH ingatkah anda pada si pelantun lagu Syakila, yang cukup popular sekitar era 90-an? Ya, sudah agak lama penyanyi berambut panjang, Razzi Rahman ini tidak muncul dengan produk seni terbaru. Kali terakhir dia merakamkan lagu ialah 10 tahun lalu menerusi single Ke Dasar Cintamu.

Memilih untuk berehat seketika dari dunia glamor, Razzi menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, penyanyi berkulit cerah itu tidaklah 100 peratus berehat dari dunia seni kerana dalam masa yang sama, dia turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan drama.

Sepanjang tempoh itu, Razzi menetap di Kota Bharu, Kelantan menjalankan perniagaan sebagai pengedar produk minuman kesihatan. Kini Razzi kembali mengubati rindu peminatnya menerusi album yang memuatkan Tujuh lagu terbaru nyanyiannya iaitu Kerana, Misteri, Akustik Sepi, Syakila, Selamanya, Kekuatan & bonus track Voices.

Album Razzi Rahman – Irfan Khairi itu telah pun mula dijual secara muat turun di internet sejak dilancarkan pada 28 Disember lalu. Menariknya, kemunculan Razzi kali ini merupakan kolaborasi sulung dengan jutawan internet terkenal, Irfan Khairi. Klik di sini

“Sebenarnya saya tidaklah hilang sebab di samping berniaga saya ada juga ambil tawaran berlakon drama. Kenyataannya memang saya rasa seronok berniaga dan saya memang nak buat benda yang saya suka. Namun sejak berkenalan dengan Irfan empat tahun lalu, dia menaikkan kembali semangat saya untuk kembali aktif.”

“Malah, katanya lagu-lagu nyanyian saya dahulu banyak yang memberi motivasi kepada dirinya sehingga berjaya kini,” kata Razzi.

Kata Razzi, kerana kestabilan perniagaannya kini, maka dia mencuri sedikit masa terluang untuk mempromosikan album tersebut. Selain berniaga, Razzi turut melibatkan diri dalam bidang penulisan buku-buku motivasi cinta sejak tiga tahun lalu.  Menurutnya, sehingga kini dia telah menghasilkan sebanyak lima e-book tentang motivasi cinta yang begitu mendapat sambutan…

Bukan itu sahaja, buku terbaru tulisannya, 101 Nota Mencari Cinta yang diterbitkan oleh Razzi Rahman Production bakal dikeluarkan bulan ini.

Mungkin kerana itu jugalah, baik Razzi mahupun Irfan tidak begitu sukar memasarkan produk seni mereka di internet kerana telah pun mengumpul ribuan peminat sebelum ini. Malah kata Irfan, baru saja sebulan diputarkan di corong radio, lagu Kerana telah berjaya menarik perhatian pendengar di THR. Apatah lagi, kini lagu tersebut menduduki tangga ketiga dalam carta THR Gegar.

Meminati muzik, sungguhpun tidak menyanyi, Irfan yang menulis dan mencipta lagu-lagu terbaru buat Razzi itu turut menyumbang suara sebagai vokal latar. Bercerita tentang tercetusnya idea berkolaborasi, kata Irfan, minatnya terhadap muzik dan lagu-lagu nyanyian Razzi mendorong dirinya untuk lebih serius.

“Siapa sangka, 10 tahun lalu saya hanya mendengar dan mengikuti perkembangan seni Razzi. Tetapi kini, kami menjadi kawan dan berkolaborasi pula bersama. Kerana Razzi kini menulis buku-buku tentang cinta, maka lagu-lagu yang saya cipta disesuaikan dengan konsep penulisan Razzi sendiri.”

“Disebabkan ini produk pertama kami, jadi kalau boleh segalanya saya mahu nampak berbeza termasuklah lagu-lagu, cara promosi dan juga jualannya,”

kata Irfan yang memperuntukkan sebanyak RM25,000 bersama Razzi dalam menghasilkan album tersebut. Bagi yang berminat membeli lagu-lagu dari album tersebut, boleh berbuat demikian secara muat turun menerusi laman sesawang www.razzirahman.com/muzik – Sebuah lagu hanya RM3 manakala untuk memuat turun keseluruhan lagu dalam album tersebut adalah RM10.

p/s : Sejuta Terimakasih kami kepada wartawan Norliza dan Utusan Malaysia di atas sokongan dan juga kepada seluruh peminat kami! “You all ROCK!”

Salam hormat,
Razzi Rahman & Irfan Khairi
Untuk maklumat lanjut tentang album sila klik di sini

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *