Sanggupkah kita melepaskan dia yang kita benar-benar kita cintai? – satu persoalan yang rasanya tidak perlulah ditanya, kerana sudah terang dan nyata jawapannya, TIDAK SANGGUP!

  • Di dalam percintaan, satu perbuatan yang sangat mulia adalah mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati dan rela berkorban apa saja demi untuk dia bahagia sepanjang dia menjadi milik kita selamanya.
  • NAMUN, sebenarnya… adalah lebih mulia dan tinggi nilai cinta sekiranya anda dapat melepaskan dia pergi untuk menimba pengalaman di dalam perhubungan baru dengan orang yang boleh memberi cinta yang jauh lebih baik dari kita.

Ianya satu pengorbanan yang teramat besar kerana, melepaskan orang yang kita cinta, sewaktu kita sama-sama masih cinta adalah sesuatu yang amat susah untuk dilakukan…

Perbuatan ini juga menunjukkan yang anda adalah seorang yang tidak pentingkan diri sendiri, kerana, itulah lambang cinta yang sebenarnya cinta! Meletakkan orang yang kita cintai di depan dan dahulu dari hati serta perasaan kita…

  • Sudah tentu seseorang akan menghormati tindakan kita bila kita bersungguh-sungguh cuba untuk memenangi hatinya, memikat dia sehabis-habisan. Akan tetapi, anda akan lebih dihormati ramai jika anda meletakkan kebahagiaan dia terlebih dahulu dari kebahagiaan anda.

Persoalannya sekali lagi, sanggupkah kita membiarkan dia bahagia dengan pilihan hatinya, pilihan yang boleh dikatakan membahagiakannya, sedangkan kita tahu kita juga boleh membahagiakan dirinya? Bagaimana pula perasaan kita? hati dan jiwa yang sudah sekian lama menyintainya?

REALITI SEBENAR

TRUTH IS … bagi Bro Razzi yang pernah melakukannya, ianya amat perit! satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan atau digambarkan setelah melalui pengalaman berkorban demi cinta saya itu! Sedih, kecewa, frustrated! YES I DO! But at the same time, rasa bangga kerana ikhlas berkorban demi dia yang saya cintai, rasa puas kerana dia bahagia, malah sampai sekarang pun dia masih menghormati Razzi!

Kalau nak cakap di ketika itu, memanglah jauh di sudut hati, I tahu dia akan lebih bahagia bersama pilihannya. Walaupun dia juga masih sayang I ketika itu, Huhu, but I pun tak nak lepas juga pada mulanya hehe… 🙂 tetapi ada perkara-perkara yang kami tidak berapa sesuai untuk bersama, jadi I rasa I better let her go… – You know la kan bila kita selami betul-betul situasi tu, kita dapat rasa memang kita dengan dia tak ada harapan laa..

Tentu sahaja I boleh usahakan dan cuba saling faham memahami dan menyesuaikan diri. BUT, I think she’s better off without me. True enough, sekarang dia sudah bahagia di samping suaminya yang tercinta.

GAGAH DAN BERANI

Mungkin anda akan berkata, “tak nak lah bro, tak mungkin I nak lepaskan dia!” – I faham, mungkin anda tidak mempunyai keberanian atau tidak gagah untuk menghadapinya.

Tetapi percayalah, jika anda sanggup diri terluka, rela hati anda mengecapi kecewa… anda akan dapati diri anda akan menjadi jauh lebih gagah dari biasa dan penuh dengan ketabahan!

  • Hilang orang yang dicintai ini bukan main-main dan bukan calang-calang kesannya. Tetapi itu lah satu perbuatan mulia dari diri kita yang merendah diri menyayanginya… setelah berbagai usaha dilakukan, inilah sahaja yang dapat kita berikan demi kebahagiaan dia yang kita cintai!

Itulah setinggi-tinggi pengorbanan… buat dia yang tersayang. Mungkin hari ini kita kehilangan cinta, melepaskan dia pergi, melepaskan sebuah cinta abadi… namun, sebenarnya kita sedang membina sebuah cinta yang jauh lebih abadi di dalam diri yang hakiki…

Luka yang terhiris di jiwa, mengingatkan mu saat kau kehilangannya… mungkin berzaman, namun ia sembuh jua, parut itu mengingatkan mu sejarah lalu, yang mengajar mu erti cinta yang sebenarnya, dan pabila kau mendirikan rumahtangga, kau akan lebih bahagia!

Semuga anda terus tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan di dalam percintaan, GOOD LUCK…. you need it 😉

p.s. : Ketahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com