Menangi $$$ untuk “IDEA” cerita video clip


Assalamualaikum, salam sejahtera…

Setelah berbincang panjang, team Razzi Rahman Productions membuat keputusan untuk mengeluarkan video clip terbaru dari Razzi Rahman, untuk lagu Rembulan Kesiangan yang telah dirakam semula secara versi akustik.

Anda boleh mendengarnya di my fb music player (Click songs)

Jadi, pencarian model/pelakon bakat baru akan bermula soon.

Berapa orang yang diperlukan belum kami tentukan tetapi kemungkinan 2 atau 3 orang. Ianya berpandu kepada jalan cerita atau storyboard untuk video clip itu nanti.

================

STORY BOARD $$$

================
Peluang untuk anda memenangi RM100 sekiranya anda dapat memberi IDEA, story yang terbaik! Yes… kami mahu anda memberi satu jalan cerita yang menarik untuk video clip ini… make it simple, tetapi penuh bermakna dan bersesuaian dengan lirik lagu Rembulan Kesiangan ini.

Caranya senang :
Anda cuma perlu tulis saja di ruangan komen dalam notes di facebook page Razzi. Click here to go RazziRahman.Fb Cerita mestilah original dari idea anda sendiri. Boleh tulis beberapa idea pun tak pa. Tapi kami hanya pilih satu. — Tidak perlu panjang-panjang, …just nice for a video clips.

Dan sekiranya cerita anda terpilih, NAMA anda akan tersiar di dalam video clip itu nanti sebagai penulis “CERITA ASAL” dan kami akan bank-in kan RM100 terus ke bank anda, selepas keputusan diumumkan!

Mudah kan? Mudah dan sangat menguntungkan, duduk relek-relek, tulis saja dapat duit 😉 …Okay guys, be creative, meaningful, loving, romantic dan paling penting FULL OF LOVE!

“Razzi tidak sabar menanti idea anda!”

p.s : Tarikh tutup 20hb mac – 21hb keputusan akan diumumkan

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
http://www.facebook.com/razzirahman.fb

Share This Post

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *