Dah lama tak cerita kat you all kisah-kisah cinta saya masa dulu-dulu… Semalam banyak pula soalan yang diajukan kepada saya di blog dan facebook, soalannya pula lebih kurang sama, … “MENGAPA SAYA DITINGGALKAN BRO?”
…ini membuatkan saya teringat kisah lama ni, sewaktu saya pernah diperdaya oleh bekas kekasih saya dulu. Kisahnya… ex girlfriend saya ni dulu telah pergi bercuti ke London melawat adik lelakinya.
So, setelah about seminggu gitu kita duk berhubung walau jauh… ada la juga bergaduh sikit-sikit biasa la kan, darah muda bergelora gitu kan, hingga the last message dari dia tu cakap dia nak saya datang ke London kalau betul-betul sayangkan dia. Wo, berat jugak tu…tiket ke London, dah berapa. perbelanjaan di London is very high, x7 duit kita at that time. kalau rm700 duit kita, duit pound sterling baru 100.
Cari la tiket paling murah sikit dan I pun pergilah ke London…sayang punya pasal. Sampai di rumah tumpangan ‘Student House’ adik lelakinya, saya agak terkejut kerana dia tak ada. Adik dia pulak macam nervous semacam nak cakap pun takut-takut. Dia biasanya happy la tengok bakal abang ipar dia ni, sebab dia pun tak ada abang. Seingat saya, apa yang terkeluar dari mulut dia hanyalah suruh saya bersabar dan tunggu kakaknya balik. Dah la kita ni tak pernah datang London, dengan sejuknya, dengan tak tahu nak bermalam kat mana lagi. Auntie saya ada la menetap di England, tapi jauh about 40 miles away dari kota London.
Nak tak nak, tunggu je la… sayang la katakan, nak buktikan la ni… saya pun tunggu la kat situ berjam-jam macam tunggul kayu sampai tertidur di kerusi. Lenyap saya dari dunia luar, melayang tah kemana, tiba-tiba bingit terkejut mendengar jeritan yang kuat, nyaring dan lantang, saya terjaga. Rupa-rupanya ex girlfriend saya yang menjerit terkejut melihat saya ada di situ, di london, di rumah adiknya… barangkali tak sangka yang saya benar-benar datang ke London la tu kan, mungkin dia saja gurau-gurau kut suruh saya datang.
- BUT yang kurang menyenangkan pertemuan itu adalah kerana ada lelaki MELAYU lain yang hantar dia pulang! BAMM!! Hati memang syak, berdebar, jantung dub dab dub dab… hangat! hangat! …ada balak lain sudah masuk daun ni… tapi as usual la, berlakon COOL. Mamat tu pun cool je, salam dan cakap nak balik dulu. So, I was like… okay lah nothing much kan.
Lagi pun segan lak nak cari pasal kat rumah orang, teman-teman serumah adik dia pun ada 2-3 orang lagi tu. , students kat situ. TETAPI, kehadiran saya di situ sememangnya mengubah segala-galanya. – Amat terasa sekali yang saya tidak diingini di situ. Betul-betul terasa sangat seolah-olah saya ni menyusahkan. Saya rasa macam pelik,
- “kemana perginya kemesraan dia selama ni? kemana hilangnya manja dia, manis dia, …apa salah aku? Aku ada buat salah ke?” macam tu lah dalam fikiran ni.
Ex saya pun kelihatan serba salah, nak peluk saya pun tidak… selalunya la kan kalau dah lama tak jumpa, datang dari jauh pulak kan, sure la “Hi sayang, ..peluk…I miss you so much” Ini langsung tak ada apa-apa… Nampak sangat seolah-olah mahu mengejar lelaki tu yang mulai melangkah keluar… tetapi dalam masa yang sama dia seperti terpaksa menyambut kedatangan saya. Adiknya pula asyik duk minta maaf berpuluh kali kat saya dan juga pada kakaknya… APA HAL?
Lalu saya pun, tarik nafas panjang-panjang sikit, sebelum ku amuk ni kan haha 😀 … dan bagai menyedari, saya tidak sepatutnya berada di situ. Lalu, saya memberi senyuman sambil minta diri dan terus menyembunyikan wajah kesedihan saya, sedih…sedih sangat!
- Kita faham la kan bila orang dah tak suka kita ada di situ… Lantas saya pun keluar dari rumah itu. Wondering juga adakah dia akan mengejar saya… ternyata TIDAK. Hehe… saya pun macam sudah tahu.
Di luar rumah, lelaki tu masih menyandar di keretanya sambil hisap rokok. Tak balik pun lagi… hmmm, lagi lah saya faham. Saya belah gitu je… but tak sangka pula adiknya yang mengejar saya… dan rupa-rupanya, adik dia yang message saya suruh datang ke London, bukan ex girlfriend saya. Laaaaa… (Stupid tul) – Ini semua kerana melihatkan kakaknya yang sudah begitu rapat dengan lelaki itu dan living in wild life, hampir setiap hari balik pagi-pagi buta.
Tah la… nak kata cerdik, bangang… buat aku datang ke London, habis berapa ribu duit, masa, maruah, …nak kata bodoh, well okay la juga tindakan dia tu, maybe kerana sayangkan kakak dia dan tidak mahu kehilangan best bro dia. I did say thank you to him… tetapi secara sinis la, “Thank you for letting me know…in the hardest way!”
Tidur semalaman dekat cheap hotel buruk, esok pagi tu I pun pergi jumpa my auntie Sofie jap… dia pun dah tua, living with her husband saja, now. Bosan yang amat, ada girlfriend pun macam tak ada… nak balik KL, tiket esok malam. Adoi!! …lepak la layan orang tua. Phone tak kedengaran langsung…senyap… takut bayar bil mahal kut. Hmm… macam-macam la alasan yang aku berikan pada diri aku sendiri, untuk buat diri cool sikit. But all that ternyata HAMPA.
Malam esok tu terus I balik KL. One thing for sure… aku menitis air mata la dalam flight back to KL. Sebab selepas kejadian itu, dia tak ada contact langsung sepanjang waktu di London… frust beb! Frust sangat!
- Few days back in KL… dia terus senyap. Geram saya tak usah nak cakap… marah saya memang mendidih, tapi bila kita sudah tahu kita dicurangi, dikecewakan, ditinggalkan… pasti kita nak tahu sebabnya… kita nak tahu why, why, why….
BEST PART, duk jalan-jalan menghala ke food court kat shopping mall, BAMM! terserempak dia…bersama mamat melayu tu! SHIT! PANAS giler la kan, balik KL senyap-senyap… dengan mamat yang dia jumpa kat oversea lak tu…terus pergi dekat dia, “You’re such a F%$#*^G B*&$#”
HAHAHA… kelakar la bila ingat balik. Mamat tu kecut perut la badan pun sekeping, mana nak lawan Bro Razzi yang BESAU ini …my ex pulak, tergamam la kan. I terus belah la… tak guna nak bergaduh-gaduh lagi. Dah tertunjuk depan mata… nak tanya why, why buat apa lagi kan…buat lagi bengkak jiwa je.
Nak tanya, “Mengapa awak tinggalkan saya? …Mengapa buat begini? …Mengapa sanggup melukakan hati I? …tak ingatkah bertahun-tahun kita bersama?” ALL THAT SAMPAH LAAA…NO POINT!
Di sini PENGAJARAN yang Razzi dapat adalah,
- Apabila perpisahan terjadi, atau ditinggalkan, atau kekasih pergi kepada yang lain. IANYA telah bergolak di dalam dirinya, mungkin sudah lama. Sudah lama dia inginkan perpisahan itu. Perasaan cintanya mungkin sudah perlahan-lahan hilang tanpa kita sedari. SEBAB APA? Sebabnya boleh dikatakan berbagai-bagai sebab… dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Mungkin cara kita sendiri yang tidak disenangi, mungkin pergaulan kita, even mungkin sebab bau nafas kita, atau cara kita bertutur, cara kita menegur, sebab family, friends… it can be ANYTHING!
TETAPI yang pentingnya di sini, mengapa nak tahu sebabnya? …selepas you dapat tahu sebabnya? You nak buat apa? …katalah you nak berubah, how about dia jawab, “I dah tak nak kat you lagi, walaupun you berubah!” Apa pula yang kita nak buat?
- Nak tahu mengapa dia berdiam diri? Senyap selama ini? Takkan tak tahu sebabnya, pastilah sebab takut dan tak tahu nak cakap macamana agar you boleh terima perpisahan itu, tak sampai hati ke nak cakap… takut you bersedih ke, meraung ke, menangis ke. All that laa… same old thing laa…
ASAS nya di sini, apabila dia sudah pergi, atau sudah berkenalan dengan orang lain, sudah berkawan dengan orang lain, sudah bersama yang lain… IT IS OVER! Tak perlulah nak tahu mengapa dan kenapa atau bagaimana… tak pelulah nak balas perbuatannya pula… or nak tahu dia rasa bersalah ke tak. Kalau dia rasa bersalah but still dia nak buat… so what would you feel? Atau kalau dia tak ada rasa bersalah apa-apa? How pulak?
- …bottom line, BUANG MASA semua tu…of all you know, sekejap je dia dengan orang lain tu, kadang-kadang kehadiran orang ketiga hanya penyebab saja untuk dia keluar dari perhubungan kita yang memang dah lama dia rimas. I know it! – because that’s what happen to my ex… selepas 1-2 bulan gitu she called me ajak keluar-keluar minum coffee. Why? Sebab nak borak-borak coz dah putus with that guy… Huh…aku dah tahu dah, takkan lama. So, I borak masa dia call tu je. Malas ahh nak keluar… awek lain ramai lagi haha…
As for me… what is over, OVER! I will not turn back… I always looking forward. Tak ada masa nak dwell to the past. Dia hanya ujud dalam memori lama aku yang sudah dibuang jauh ke lubuk buaya…oopss lubuk hati ku hehehe.
“I will not forget her…I know, BUT I can make, she’s nothing to me now!”
– inilah pengajaran yang sangat berguna bagi saya dan bagi you all juga. Ambil lah kisah ini sebagai satu inspirasi atau motivasi untuk anda bangkit, bersemangat dan memandang ke hadapan… kerana, “Kita tidak akan dapat lupakan dia, tetapi sememangnya kita boleh buat dia sudah tidak bermakna apa-apa lagi sekarang!”
p.s. : Ingin ketahui semua buku-buku/ebooks Razzi dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share REAL STORY ini, dengan kawan-kawan anda, semoga ianya dapat memberi manfaat dan semangat untuk mereka yang pernah kecundang…
8 Comments
thank you… I rasa penulisan u beri sedikit ketenangan jiwa serta emosi… thanks again
salam bro..saya dan pasangan kini dlm situasi terumbang ambing dan dia sudahpun menyatakan ingin berpisah, namun saya masih berusaha untuk teruskan hubungan krn sy dpt rase dia masih sygkan sy..fyi, pasangan sy amat ego dan sukar menerima pandangan..apa yg harus sy lakukan? dia juga masih menyimpan gambar2 kami dan keluar bersama
IZUNANUR – You’re welcome. Appreciate for reading. Keep visiting ya. Thanks.
ZALINA – Tahap mana perhubungan you all ni pun i tak tahu la kan. Kalau you kata masih sayang, tapi mengapa minta berpisah pula, what’s the problem?
Cubalah duduk berbincang secara terang dan ikhlas. Letak jauh-jauh marah dan ego dan luahkan apa yang terpendam. Tak tahu masalah, macamana nak selesaikan.
Jangan cepat menyalahkan sesiapa, sebaliknya kenali apa yang menjadi perhubngan you all sampai ke tahap ini. Kemudian perbetulkan!
salam,bro first time sy bce tntg blog ni..seriously sgt2 impressive…keep it up bro..segala nasihat n penerangan sgt2 bermakna..mgkin ade kebenaran yg menyakitkn..tp Rasulullah s.a.w pernah berpesan..”berkatalah benar walaupun ia pahit”…sy sgt2 kagum dgn usahayg bro bwt ni…terima kasih, serba sedikit ilmu dpt sy timba dr sini…=)
Salam bro,
First time baca blog nie.I like it.
Saya nak minta pandangan dr bro.
Saya pernah bercinta dengan seorang laki nie. Dye nie macam family kita orang.kami orang berkenalan pun disebabkan mum dye yang introduce. Then kite orang berkawan dan bercinta tapi tak pernah declare jadi boyfriend ow girlfriend. Tapi hubungan kite orang memang macam couple.sbenarnya hubungan kite orang tlalu complicated. Payah nk cite.
Then, suatu hari, at the end of 2011, dia macam lain, and i dapat rasekan yang dye dah berubah hati and i dapat tahu yang dye ade bkawan dengan pmpuan lain. So, after berbincang pun dye kate yang kite orang nie tak serasi. i tahu yang dye dah berubah hati. So, what to do? I let him go jugak walaupun i memang masih ada persaaan yang sangat kuat time tu.
So,sepanjang tahun 2012, kite orang adelah contact tapi juz for birthday wishes macam tu lah. but, lately, dye selalu msg wlaupun untuk bnda yang tak penting. i tak kisah.i reply jer.
persoalannya sekarang, dye masih dgn gf dye, tapi why mcm keep on contact.walaupun contact,tapi dye takde lbeh2.biase jer.tapi cukup luar biase untuk dye yang tak pernah tibe2 nak salu contact pulak. saya nak tahu la bro, adakah dye masih ada perasaan kat saye? n apa yang ptut saya buat.
Thanks in advance n harap bro dapat jawab cepat2.hehehe
INA – Thank you. trying to give my all, my best 😉 …hoping you all terus membaca dan mendapat manfaat from my writings. dah almost 8 years dah ni, harap dapat teruskan 🙂
HUMAYRA – welcome! 😉 – Sorry jawab lambat… hehe, but will always try my best untuk jawab la.
So, for this matter, ada banyak possibilities actually. One of them is, MAYBE…before that nak minta maaf lah …but maybe dia tengah boring tu.
You see, lelaki ni sometimes bila dia tak dapat girl yang dia nak, exactly like how yang dia nak, dia akan get bored easily. Ya, dia ada girlfriend tapi tak semestinya dia happy …
SO, the best place to be or best someone to talk to is someone familiar, someone yang dia boleh cakap lepas…feel free, no commitment, so probably you’re the chosen one to talk to lah 😀
it’s up to you really, if you nak simpan harapan atau keep it cool. My advise layan je tanpa sebarang harapan, tanpa sebarang ikatan, keep your options open, who knows along the way… somethings come up! 😉