www.razzirahman,comApa kata anda beri pendapat, atau cara pemikiran anda, atau pun pendirian anda di dalam persoalan ini. Janganlah risau untuk memberi pendapat anda. Bro tak pernah makan orang yang tak selari dengan bro ni hehe…

Cuma, bro sendiri ingin tahu dari anda semua, “Mengapakah

cinta itu boleh berubah?” Mungkin dari pengalaman anda, sebab-sebab dan kemungkinannya berbeza dari pengalaman bro sendiri. Mungkin juga sama. Tetapi yang penting di sini, kita nak bincang sama-sama tentang topik ini yang mungkin boleh membuka minda kita bersama :-

Di sini juga bro ada beberapa soalan untuk anda jawab. :-

  1. Mengapa setelah sekian lama bercinta, pasangan boleh berubah hati dalam tiba-tiba?
  2. Mengapa seorang suami boleh melupakan cintanya kepada isteri, lalu bercinta dengan seorang gadis baru?
  3. Mengapa wanita/lelaki tidak mahu menerima hakikat yang cinta sudah berubah?
  4. Mengapa kita masih menanti, walau jauh di sudut hati kita sedar cinta sudah tiada?
  5. Sekiranya cinta berubah kerana kehangatan seks sudah tiada, apakah cinta boleh berjaya hanya kerana ada tarikan seks?

😛 Boleh jawab semua soalan ini? Boleh beri pendapat anda? Cantik lah…bro pun nak tahu juga apakah yang anda semua fikirkan. Jika nak jawab 1 or 2 dari soalan tu pun boleh. You’re free to do so. Jom, kita bincang-bincang!

============================= 

25th August ~ Pendapat Brother Love ~

Semua komen dan pendapat you all sememangnya cukup strong untuk memberi sebab mengapa cinta itu boleh berubah. In fact semua jawapan boleh dikatakan betul belaka. Cuba kita sama-sama baca semula komen-komen yang diberi.

Jadi, sekarang…lebih kurang kita dah tahu sebab-sebabnya. Malah pada pendapat bro, kita semua sudah tahu sebenarnya. Cuma, kadang-kadang tu kita tidak mahu percaya dengan apa yang kita rasa. Dan sometimes kita sengaja buat degil kerana jauh di sudut hati kita….kita masih menaruh harapan.

So, I guess the most important thing right now is, MENGATASI PERUBAHAN ITU! betul tak?! ….5 langkah mudah tetapi penting untuk kita renung sejenak…

  1. Well, menaruh harapan adalah salah satu cara untuk kita merasakan perhubungan itu masih hidup…alive! 😉 Seterusnya mungkin dapat mengatasi perubahan yang berlaku.
  2. Cuba mengingati kembali saat-saat manis dalam percintaan juga dapat mengembalikan perasaan cinta yang pudar.
  3. Melupakan jauh-jauh keegoaan masing-masing juga satu cara untuk mengatasi perubahan perasaan cinta itu, buang ego dan bincang.
  4. Berani untuk meminta penjelasan boleh mengelakkan dari terus terkecewa
  5. Berani menerima kekalahan.

Unless, kalau kita sama-sama mahu memperbaiki cinta yang pudar, mahu berjaya di dalam perhubungan itu, maka… sama-samalah kita cari cara dan berusaha mengembalikan cinta itu. Salah satu cara yang sangat penting ialah dengan meraikan cinta itu semula! Raikan dengan holiday ke, travel ke tempat baru, romantic dinner pun best jugak, …or, have a great sex! 😛

Ada satu cara meraikan cinta dari kawan bloggers kita Pesal, yang bro nak share dengan you all. This way, kalau cinta tu pernah berubah pun, ia akan kembali hangat!

Well, I start with a quote of mine…

“Tiada perkahwinan yang sempurna, Tetapi ada berbagai usaha ke arah kesempurnaan itu.”

and for that, bro congratulate you Pesal! 😉

Aduuuhh…cutenya Nur Qaseh ni, geram bro tengok. Fuuu…dah lama dah nak baby girl. Hmm dah tak berpeluang nampaknya. 🙁  Anyway, I’m very happy for you Pesal.

Tiada anugerah yang lebih besar dari pemberian satu nyawa dari zuriat kita sendiri. Tiada kebahagiaan yang melebihi kebahagiaan memiliki anak-anak yang menarik rasa cinta luarbiasa dari dalam diri kita.

May Allah blessed you Faisal and Lynn with all the happiness. 😉

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com