Sudah lebih 1 minggu kita beraya, menyambut Aidil Fitri. Bro Razzi pun mengambil masa lama juga untuk kembali menulis di blog Tip Brother Love ni. I harap you all terus setia browsing blog ini okay, maklum sajalah raya-raya ni kan, cuti memanjang laaa…, tak cuti macamana, ada open house la, ada kenduri arwah la, ada kenduri kahwin la, dah naik tembam dah muka ni haha 🙂
Talking about, kahwin… bro Razzi dapat lihat, ‘Musim Raya, memang Musim Cinta’ sebabnya, ramai kelihatan seperti mencari-cari cinta, mencari siapa yang boleh menjadi kekasih, “Hmm…siapa yang nak aku pikat ni?” hehe…
Pergi kenduri arwah pun ada yang nak match making… open house pulak lagilah, yang lelaki mesra lebih-lebih yang wanita over excited hehe… Kenduri kahwin, memang tempat mencari cinta lah kan… desperado je nampak kadang-kadang tu, kesian…. BUT, I understand the pressure… especially bila you pergi ke tempat keramaian seperti ini, ramai yang sudah couple….ada pulak yang sibuk je bertanya,
“Bila nak kahwin? Umur makin lanjut!” haaa….ada tak? Sure ramai punya lah kan….tanya soalan yang menyirapkan darah tu 🙂
Well, tahan je laaa 😛
CUMA, dalam ramai-ramai lelaki dan wanita yang begitu menginginkan cinta tu, I tengok dan dengar, ramai begitu gabra, gelisah, keresahan, tidak sure, lack of confident dalam memikat! Susahlah macam tu nak dapat boyfriend atau girlfriend beb.
“Mengapa bro Razzi ada ramai kenalan wanita? Mengapa wanita cepat sukakan saya? Because I’m very friendly, funny dan ikhlas berkawan, most important sekali is I’m very confident with myself!” …tengok, I cakap kat sini pun confident semacam hahaha 😉
THE SECRET IS :
Saya selalu “AWAS” dengan sejenis makhluk! …haaa, makhluk apa tu? Hehe, well…Semasa anda sedang asyik dan bersusah payah mencari cinta, ada satu lagi makhluk yang turut asyik bersama anda tau! Yep! SYAITAN!
Iblis dan syaitan ini pasti akan turut bersama dengan anda sebenarnya. Mereka akan menghasut, mengejek mengherdek, menakutkan anda dan mereka akan lakukan berbagai-bagai cara lagi… semuanya adalah untuk kegagalan anda!
Tugas syaitan ni…buat anda was-was, minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan. Dia tidak akan henti menghasut anda sehinggalah anda mengalah dan putus asa! Kerana, sekiranya anda menemui cinta itu dan anda berkahwin, maka gagallah tugas syaitan dalam merobohkan perhubungan yang sungguh suci itu, kan?! Now you see?
Jadi, syaitan akan cuba sedaya-upaya untuk menghalang anda dari dapat ‘mendirikan masjid’ itu. Kesan dan akibat hasutan syaitan ini selalunya akan membuat anda jadi hilang keyakinan, gusar, was-was, resah, takut, malu, keliru, minda lemah, terasa susah dan perkara yang selalu bermain-main di minda anda nanti adalah seperti :-
- Layakkah dirinya untuk aku? Nanti dia malukan aku…seganlah!
- Dialah yang kena mula dulu, mengapa kena aku? Aku lagi kaya…
- Orang perempuan mana boleh memikat lelaki, lelaki kena pikat dulu…
- Dia muda lagi, aku sudah tua…Dia sudah tua, tak padan dengan aku
- Aku tak sepadan dengannya…dia berpangkat, dia berpelajaran tinggi
- Dia tak hensem la, yang tu lagi hensem tapi yang ni macam kedekut hmm yang itu pulak pendek…
- Aku nak kahwin dengan dia tapi aku tak yakin dia boleh bahagiakan aku laa..
- Takutlah bercinta dengan orang yang lawa-lawa ni nanti dia orang tak setia
- Famili aku boleh terima ke dia? Famili dia macamana pulak? Boleh berkekalan ke cinta aku dan dia? Takut nanti tak kesampaian…
- ..isshh…takut dia tak layanlah, malu pulak aku nanti.
Anda nampak? …belum apa-apa, anda dah takut itu dan ini, tak ada keyakinan, lepas tu asyik kelirulah, seganlah, malulah, risau tak menentu!! Semua ini adalah halangan yang anda reka sendiri semata-mata! Semuanya hasil dari hasutan syaitan yang cuba membuat anda hilang keyakinan, selalu was-was dan merasa terlalu rendah diri yang tidak sepatutnya.
Namun, bro Razzi tidak berhak untuk menghalang anda dari terus berpendirian begitu. Cuma kesemua perkara yang menghalang anda dari bertindak ini hanyalah akan melambatkan proses pencarian cinta anda sahaja.
tip brother love :
“Apabila fikiran anda mulai memikirkan perkara yang tidak baik atau negatif dan mengecewakan, cepat-cepatlah mengubah cara minda anda berfikir kepada perkara yang menggembirakan, ingatkan kenangan yang manis, bayangkan kejayaan dan percaya kepada diri anda sendiri, serta permudahkan minda anda!”
Salam Ikhlas Aidil Fitri dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
p.s : Nantikan Buku Terbaru dari Razzi Rahman dalam masa terdekat!
5 Comments
salam lebaran bro….pe yang bro cakap tu ade betulnye…memang kdg2 keyakinan tu rendah sgt…adakalanya cam terfikir yg bukan2…was2 lagilah….sgt2….kadang2 ade yang kita suka tapi banyak benda negatif kita dok fikir.Kadang2 rasa bersalah pun ade sebab kita slalu wasangka dengan dia…cane eh nak kurangkan or buang terus rasa wasangka yg teramat sgt tu???
huhhuhuhu….
I really like your blog and i respect your work. I’ll be a frequent visitor.
As rase bro mmg ramai septi bro ckp tu, tp bkn sng bro nk terus ngap je bro huhu, kompiden kureng, takut je bro ye lah kan setan duk nagasut je kan lotih lai!!
emm..topik ni agak susah sket nak bagi komen..pasal jodoh ni sume kan ketentuan ilahi…kita as a human just can plan…jadi ke tak..tuhan lah yang tentu kan…pasal 10 persoalan yang bro nyatakan kat atas tu..let me komen every each one :
*Layakkah dirinya untuk aku? Nanti dia malukan aku…seganlah! – emm…ini memang nak kena fikir…sebabnye ade orang ni cerewet..nak yang ikut taste diorg jek..tp yelah…tak cube tak tahu kan..so better try n don jdge book by its cover..tp agak2 lah…pilih lah yang bersesuaian..huhu
*Dialah yang kena mula dulu, mengapa kena aku? Aku lagi kaya…- ha..ni ego lah ni..kaya miskin mane lah leh di pertikaikan kalo dalam soal hati nih…sape nak mulakan dulu..ni melampau..kalo orang miskin tak bekerja tuk orang kaya..orang kaya tu takkan akan jadi kaye tau tak..jangan lah jadi orang yg tak tahu kenang budi n ego sangat..ni mmg godaan setan
*Orang perempuan mana boleh memikat lelaki, lelaki kena pikat dulu…- ni aku setuju..even zaman sekarang dah moden..tapi tradisi mesti dikekalkan..nape lak pempuan mst mulakan dlu bro? tak leh2..laki-laki better mulakan dulu..baru lah ok…takde la orang kate pempuan ni perasan or gedik…huhu..
*Dia muda lagi, aku sudah tua…Dia sudah tua, tak padan dengan aku – sape lah yang berfikiran gini memang lah jenis yang tak tahu menilai..orang tua ni kadang lebih matang bila memikirkan sesuatu compare tu orang muda..yelah..orang tua kan dah lama hidup..must have lot experience in life..mcm2 cerita leh dia share ngan kita..so tua muda bukan la penghalang bagi cinta ni..tapi jangan ar bercinta ngan tua sangat2…sendiri mahu ingat lah beb..
*Aku tak sepadan dengannya…dia berpangkat, dia berpelajaran tinggi- memang ade setengah orang berfikiran camni bro…sebab orang zaman sekarang kebanyakannye materialistik..lebih memandang harta benda..n suka pandang serong kepada mereka yang rendah dari mereka..bagi mereka bila orang yang rendah dari diorg ni nak close to them, diorg nak kikis wet dia…tapi tak semua lah..ade rmi gak yang berhati mulia..pdi2 lah pilih
*Dia tak hensem la, yang tu lagi hensem tapi yang ni macam kedekut hmm yang itu pulak pendek…- bagi sesapa yang ade fikiran camni..adui..hidup tu jgn ar nak menilik rupa orang tu..tengok cermin lah..kita ni cantik sangat ke nak kate org lain tu buruk..setiap yang tuhan cipta tu cantik n sesuai dengan tubuh kita..tak baik kata orang len buruk..
*Aku nak kahwin dengan dia tapi aku tak yakin dia boleh bahagiakan aku laa..- hidup ni kena la ade self confident..kalo kita sendiri tak yakin pada diri..camne org len nak yakin pada kita??
*Takutlah bercinta dengan orang yang lawa-lawa ni nanti dia orang tak setia – for me tak semua orang lawa-lawa tu tak setia..kadang org tak lawa tu lagi rmi yg tak setia tau..tp logik gak…cabaran bercinta ngan org lawa ni lagi besar..imagine..tiap kali jalan..sume mata memandang pasangan kita..bangga mmg lah bangga…yelah..kita yang tak berapa cantik ni dpt org lawa..cewah…tapi..takut gak kot2 ade orang len nak goda pasangan kita pasal dah lawa sangat..ha…tu kena la pdi control n jaga sendiri..susah sgt simpan je pasangan lawa anda dalam almari..hahahaha
*Famili aku boleh terima ke dia? Famili dia macamana pulak? Boleh berkekalan ke cinta aku dan dia? Takut nanti tak kesampaian…- bak kata org..ade jodoh tak kemana…kalo pasangan kita tu baik, sopan n tahu hormat orang tua..gerenti parents kita setuju…parents mana lah nak anak dia kawin ngan orang tak elok..
*..isshh…takut dia tak layanlah, malu pulak aku nanti- yang ni pun melibatkan self confident..jgn la jumpa2 terus lafaz kata-kata cinta..takut org beb..huhu…dpt jd mmbr dulu pun ok what??hehe
tullah bro…confident kurang…camana nak wat nie…coz i know this is my biggest in getting to know ppl…so last2 snyap jelah…plz how to built my confident…